Anda di halaman 1dari 43

SPM 2017 BAHASA MELAYU

KERTAS 2 SKEMA TATABAHASA

SKEMA Tatabahasa 1 (Johor – Set 1)

Jawapan 3(a)
(i) pulang
1. pergi ke tempat asalnya
2. balik
3. kembali
(ii) pulangan
1. hasil daripada
2. pendapatan
(iii) memulangkan
1. mengirimkan ke tempat asalnya
2. menyusun/ mengatur semula, memulihkan semula
3. merujukkan, menyerahkan (kepada)
(iv) mansuh
1. tidak berlaku lagi
2. batal
3. ditiadakan
(v) pemansuhan
1. perbuatan memansuhkan
2. pembatalan
3. penghapusan
(vi) memansuhkan
1. menjadikan tidak berlaku lagi, membatalkan
2. menghapuskan, meniadakan

Jawapan 3(b)
Menukarkan Cakap Ajuk Kepada Cakap Pindah
(i) Kumar menegur Daniel dan bertanya tentang tempat yang ingin ditujuinya.
(ii) Daniel berkata dia tidak ke mana-mana, cuma hendak mengambil angin sebentar.
(iii) Kumar menyatakan kekagumannya dan memuji kehebatan Daniel menjawab semua
soalan fizik sebentar tadi.
(iv) Daniel menafikannya dan mengatakan bahawa perkara tersebut biasa sahaja baginya.
(v) Kumar bertanyakan rahsia Daniel yang semakin bijak dan memintanya berkongsi rahsia
tersebut.
(vi) Daniel menyatakan bahawa dia tidak mempunyai apa-apa rahsia, cuma mengulangkaji
pelajaran dan belajar dengan abangnya sahaja.
[6 markah]

Halaman 1
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 SKEMA TATABAHASA

Jawapan 3(c)
Kesalahan ejaan dan imbuhan

(i) meletak - meletakkan


pelangan - pelanggan

(ii) akaun - perakaunan


tersuhur - tersohor

(iii) mendalamkan - mendalami


teknoloji - teknologi
[6 markah]
Jawapan 3(d)
Kesalahan kata atau istilah dan tatabahasa
(i) meluas – menyeluruh
ibu bapa awasi – diawasi oleh ibu bapa

(ii) merempuh - menempuh


di – pada

(iii) pemberian - pendermaan


supaya - untuk
[6 markah]

Jawapan 3(e)
Peribahasa

(i) Bagai aur dengan tebing / Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
(ii) Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
(iii) Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat / Muafakat membawa
berkat.
[6 markah]

Halaman 2
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 SKEMA TATABAHASA

SKEMA Tatabahasa 2 (Johor – Set 2)

Jawapan 3(a)
(i) Faham
1. pengertian
2. pendapat
(ii) Memahami
1. Tahu dan mengerti benar akan sesuatu
2. Menyelami perasaan seseorang
3. Memandang, menganggap
(iii) Pemahaman
1. Perihal memahami, apa yang difahami tentang sesuatu atau sejauh mana sesuatu itu
difahami
(iv) Keras
1. Kuat dan padu
2. Dengan giat atau bersungguh-sungguh
3. Dengan tidak berganjak atau berubah sikap
(v) Pengeras
1. Jampi untuk memperkuat diri atau untuk menakutkan
2. Bayaran kepada pawang
3. Alat mengeraskan atau menguatkan (suara dlln)
(vi) Mengeraskan
1. menjadikan keras (tidak lembik)
2. menguatkan, menyaringkan (suara)
3. memaksa

Jawapan 3(b)
Menukarkan Cakap Ajuk Kepada Cakap Pindah

(i) Fatihah berkata kepada rakannya bahawa pada malam tadi dia bermimpi menjadi
seorang puteri raja.
(ii) Latifah menjerit dan meminta tolong kerana anaknya terkunci di dalam kereta.Latifah
mengatakan bahawa anaknya masih kecil dan tidak tahu membuka sendiri pintu kereta
sambil meminta pertolongan untuk menyelamatkan anaknya dengan segera.
(iii) Dengan perasaan marah, Pak Man memberi amaran kepada orang kampung bahawa
dia tidak suka orang menuduhnya sebagai pencuri. Pak Man juga menegaskan bahawa
jika dia tahu orang yang membuat fitnah itu, dia akan mengambil tindakan keras.
[6 markah]

Halaman 3
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 SKEMA TATABAHASA

Jawapan 3(c)
Kesalahan ejaan dan imbuhan

(i) restoran nasi kandar kapitan - Restoran Nasi Kandar Kapitan


memulai - memulakan

(ii) senam - bersenam


sayogia - seyogia

(iii) bergiat - giat


lalulintas - lalu lintas
[6 markah]

Jawapan 3(d)
Kesalahan kata atau istilah dan tatabahasa
(i) akuan – akaun
di atas - atas

(ii) kepelbagaian kaum-kaum – kepelbagaian kaum


imigrasi - imigran

(iii) dari - daripada


kareografi – kaligrafi
[6 markah]

Jawapan 3(e)
Peribahasa

(i) Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan


(ii) Bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
(iii) Genggam bara api biar sampai jadi arang
[6 markah]

Halaman 4
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 SKEMA TATABAHASA

SKEMA Tatabahasa 3 (Johor – Set 3)

Jawapan 3(a)
(i) cakar
1. kuku yang panjang, runcing, dan melengkung
2. garis bekas kena kuku, kesan kena garu
(ii) mencakar
1. menggaru dengan cakar
2. mengais, mencari makan
(iii) bercakaran
1. berkelahi dengan menggunakan cakar
2. berkelahi, bertengkar
(vii) bunyi
1. Sesuatu yang kedengaran atau dapat didengar selain suara manusia.
2. Suara alat muzik atau orang menyanyi.
3. Lafaz, sebutan, pengucapan.
4. Bacaan.
(viii) Berbunyi
1. Mengeluarkan bunyi
2. memberibunyi
(ix) sebunyi
1. serupa bunyinya.
2. Suratini – dengan surat yang kita terima
[ 6markah]
Jawapan 3(b) Menukarkan Cakap Ajuk Kepada Cakap Pindah
(i) Siti menanyakan kepada Faiz tentang punca dia tidak menghadiri latihan Zapin pada
hari semalam.
(ii) Faiz menyatakan bahawa dia terjatuh di tangga semalam.
(iii) Selanjutnya, Siti menanyakan Faiz tentang sebab dia terjatuh di tangga.
(iv) Faiz menyatakan bahawa dia tidak menyedari bahawa ada satu anak tangga lagi
sewaktu dia menuruni tangga di rumah datuknya.
(v) Sit imenyarankan kepada Faiz supaya dia pergi berurut dengan tukang urut untuk
membetulkan urat sarafnya.
(vi) Faiz bersetuju dan menjelaskan bahawa dia akan pergi berurut di kampung sebelah
pada waktu petang nanti.
[6 markah]

Halaman 5
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 SKEMA TATABAHASA

Jawapan 3(c)
Kesalahan ejaan dan imbuhan
(i) Kreatif - kreatif
mentakrifkan - ditakrifkan
(ii) interpersonel - interpersonal
pembentukan - membentuk
(iii) goring - goreng
menghasil - menghasilkan
[6 markah]
Jawapan 3(d)
Kesalahan kata atau istilah dan tatabahasa

(i) sangat penting sekali - sangat penting/ penting sekali


(ii) kekotoran - keracunan
(iii) Peralatan-peralatan - Peralatan
(iv) berkuantiti - berkualiti
(v) bukan - tidak
(vi) habis- luput
[6 markah]

Jawapan 3(e)
Peribahasa
(i) Orang lain makan nangka, orang lain yang terkenan getahnya
(ii) Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua
(iii) Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
[6 markah]

Halaman 6
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 SKEMA TATABAHASA

SKEMA Tatabahasa 4 (Pulau Pinang – Set 1)

Jawapan 3(a) – Bina ayat


(i) corat-coret
Maksud : garis-garis yang tidak menentu/gambar yang berupa garis-garis atau
coret saja/tulisan atau karangan yang dibuat dengan serba ringkas

(ii) kusut-masai
maksud : sangat kusut

(iii) remeh-temeh
Maksud : (hal-hal yang) remeh, menjadikan remeh-temeh.

(iv) remuk-redam
Maksud: hancur menjadi kecil-kecil/ hancur berkecai.

(v) mundar-mandir
Maksud: berulang alik/berjalan pergi balik

(vi) lentang-lentung
Maksud: bunyi kuat seperti bunyi tin dipukul berulang-ulang/bunyi berdentang-
dentang.

[6 markah]
Jawapan 3(b) Menukar Ayat – Ayat Aktif kepada Ayat Pasif
(i) Pengedar dadah itu telah berjaya diberkas oleh polis dengan bantuan orang ramai.

(ii) Mahkamah Khas Jenayah Seksual Kanak-Kanak untuk membanteras penganiayaan


seksual terhadap kanak-kanak telah dilancarkan oleh kerajaan
Mahkamah Khas Jenayah Seksual Kanak-Kanak telah dilancarkan oleh kerajaan untuk
membanteras penganiayaan seksual terhadap kanak-kanak

(iii) Ujian untuk memasuki kelas memandu motosikal itu telah saya duduki pada
awal bulan lalu.
Ujian untuk memasuki kelas memandu motosikal itu pada awal bulan lalu telah saya
duduki.
[6 markah]

Halaman 7
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 SKEMA TATABAHASA

Jawapan 3(c) Kesalahan Ejaan dan Imbuhan


(i) Tradition - Tradisi keunikkan - keunikan

(ii) impit - himpit menjadikan - menjadi

(iii) tosai - tose merasakan - merasai

[6 markah]

Jawapan 3(d) Kesalahan Kata atau Istilah dan Tatabahasa


(i) di - dalam memeningkan - membimbangkan

(ii) dilakukan oleh saya - saya lakukan bahkan - tetapi

(iii) lintang pukang - lintang-pukang disapa - disergah

[6 markah]

Jawapan 3(e) Peribahasa


(i) berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni

(ii) ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya

(iii) seperti kacang melupakan kulitnya

[6 markah]

Halaman 8
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 SKEMA TATABAHASA

SKEMA Tatabahasa 5 (Pulau Pinang – Set 2)

Jawapan 3(a) – Bina Ayat

(i) olang-aling
Maksud: bergerak atau berayun ke kiri ke kanan

(ii) awan-gemawan
Maksud: pelbagai rupa awan

(iii) batu-batan
Maksud: pelbagai jenis batu

(iv) beli-belah
Maksud: membeli beberapa jenis barang keperluan sehari-hari

(v) calar-balar
Maksud: banyak garis yang tidak keruan, penuh dengan calar

(vi) hingar-bingar
Maksud: sangat bising, riuh-rendah
[Maksimum : 6 markah]

Jawapan 3(b) Menukar Ayat – Ayat Pasif kepada Ayat Aktif

(i) Faiz Subri menjaringkan satu gol untuk membantu Kedah menewaskan Pahang 2-0
kelmarin.

(ii) Sepanjang 30 tahun menjadi warga pendidik, beliau telah menerima pelbagai anugerah.

(iii) Pihak polis telah selesai menjalankan siasatan terhadap suspek kes buli baru-baru ini.

[Maksimum : 6 markah]
Jawapan 3(c) Kesalahan Ejaan dan Imbuhan

(i) emel - e-mel dikomunikasi - berkomunikasi


(ii) deraf - draf merasmi - merasmikan
(iii) jeket - jaket bertempah - ditempah

Halaman 9
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 SKEMA TATABAHASA

[Maksimum : 6 markah]
Jawapan 3(d) Kesalahan Kata atau Istilah dan Tatabahasa
(i) lain-lain faktor - faktor-faktor lain adalah - ialah
(ii) Tolong jangan - Jangan marah - larang
(iii) Sejak akhir-akhir ini - akhir-akhir ini keliling - sekitar

[Maksimum : 6 markah]

Jawapan 3(e) Peribahasa

(i) Lain orang, lain hatinya


Lain mangkuk, lain cawan
Lain dulang lain kakinya, lain orang lain hatinya

(ii) Burung terbang, dipipiskan lada

(iii) Gunting dalam lipatan


Musuh dalam selimut

[Maksimum : 6 markah]

Halaman 10
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 SKEMA TATABAHASA

SKEMA Tatabahasa 6 (Pulau Pinang – Set 3)

Jawapan 3(a) – Bina Ayat

(i) jerih-perih
Maksud: susah payah dalam melakukan sesuatu usaha, berusaha bersungguh-sungguh
(ii) karut-marut
Maksud: sangat kacau (fikiran, hati), sangat kusut, tidak tentu hala
(iii) degap-degup
Maksud: bunyi seperti bunyi orang menghentakkan kaki ketika berjalan (bunyi degupan
jantung dan lain-lain) bunyi degap berulang kali
(iv) celorong-celoreng
Maksud: coraknya berupa palitan berbagai-bagai warna yang kehijau- hijauan
(v) kembang-kuncup
Maksud: seketika mengembang seketika menguncup
(vi) licin-licau
Maksud: permukaan tidak kesat, tidak kasap, kulit- halus, sekata, tidak menggerutu
[Maksimum : 6 markah]
Jawapan 3(b) Menukar Ayat – Ayat Aktif kepada Ayat Pasif

(i) Yuran lawatan ke Kuala Lumpur tidak dapat dijelaskan oleh murid tersebut kerana tidak
berkemampuan.
(ii) Surat pelantikan sebagai pegawas Sekolah Kebangsaan Batu Merah telah diterima oleh
sebanyak 40 orang pelajar.
(iii) Setelah beberapa bulan membuat segala persiapan majlis perkhawinan abang, para
tetamu pun diterima oleh kami sekeluarga dengan tangan terbuka.
[Maksimum : 6 markah]
Jawapan 3 (c) Kesalahan Ejaan dan Imbuhan

(i) intipati - inti pati pemasalahan - permasalahan


(ii) sub-tajuk - subtajuk tercapai - mencapai
(iii) syiling - siling selamatkan - menyelamatkan
[Maksimum : 6 markah]

Halaman 11
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 SKEMA TATABAHASA

Jawapan 3 (d) Kesalahan Kata atau Istilah dan Tatabahasa

(i) begitu laris sekali - begitu laris / laris sekali kuantiti - kualiti
(ii) banyak pepohon - pepohon / banyak pohon menghalang - mengelakkan
(iii) daripada – dari menguruskan - mengusahakan
[Maksimum : 6 markah]

Jawapan 3(e) Peribahasa

(i) gunting dalam lipatan


musuh dalam selimut

(ii) bagai cincin dengan permata


seperti cincin terlekat dijari
tanduk bersendi gading

(iii) masuk telinga kiri keluar telinga kanan


(iv) mencurah garam ke laut
[Maksimum : 6 markah]

Halaman 12
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 SKEMA TATABAHASA

SKEMA Tatabahasa 7 (Perak)

Jawapan 3(a) – Bina Ayat

(i) tunjuk
a. menunjuk, menunjukkan
(ii) telunjuk
a. jari antara jari hantu dengan ibu jari
b. perintah, kemahuan, suruhan
(iii) guruh
a. bunyi bising di langit (yang biasanya didahului oleh kilat)
(iv) gemuruh
a. berbunyi seperti guruh
b. berdebar-debar hati (kerana ketakutan, bimbang dsb), agak gementar
(v) sabut
a. kulit yang berserat (kulit nyiur, pinang dll)
(vi) serabut
a. serat seperti yang terdapat pada sabut
b. berambu-rambu, berbulu-bulu (tali, benang dll)
c. terharu (fikiran), risau, runsing [6 markah]

Jawapan 3(b)Menyatakan Jenis Ayat Perintah


(i) Ayat Permintaan
(ii) Ayat Larangan
(iii) Ayat Silaan
(iv) Ayat Suruhan
(v) Ayat Silaan
(vi) Ayat Suruhan
[6 markah]

Halaman 13
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 SKEMA TATABAHASA

3(c) Kesalahan ejaan dan kesalahan imbuhan

Kesalahan Ejaan Kesalahan Imbuhan

i. antiboitik- antibiotik i. teringatkan- mengingatkan

ii. tempeyek- rempeyek ii. pembantu- membantu

iii. memfotostet- memfotostat iii. persalianan- salinan

[6 markah]
3(d) Kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan tatabahasa

Kesalahan Penggunaan Kata Kesalahan Tatabahasa

i. Menghilangkan- menghabiskan i. demi untuk- demi / untuk

ii. Tayangan- pementasan ii. Semua murid-murid- Semua murid

iii. Dirampas- diragut iii. Bila- apabila

[6 markah]

3(e) Peribahasa
(i) Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing [2 markah]
(ii) Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan [2 markah]
(iii) Rumah siap pahat berbunyi [2markah]

Halaman 14
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 SKEMA TATABAHASA

SKEMA Tatabahasa 8 (Kedah)

Jawapan 3(a) – Bina Ayat

(i) memotong
a. memutuskan sesuatu (dengan pisau, gergaji), menghiris
b. mengurangi gaji
c. memintasi jalan (memotong kenderaan)
d. Menyelang (percakapan orang)
(ii) menahan
a. tidak membiarkan lepas (menyekat)
b. Tidak membenarkan masuk
c. Meletakkan sesuatu supaya tidak roboh
d. Mengurung, memasukkan seseorang ke daam lokap (menagan reman)
e. Menguatkan diri supaya tahan (menahan tangis, menahan marah)
f. Memasang (menahan jerat)
g. Melambai-lambaikan tangan supaya (bas, kereta, teksi) berhenti
(iii) menarikb
a. menghela supaya bergerak ke arah diri sendiri (maju ke hadapan, keluar, tercabut,
dll), menyentak, menyeret: menarik perahu
b. memikat hati: permainan yang sungguh istimewa dan menarik
c. berubah air muka: menarik muka masam
d. menyedut udara: menarik nafas panjang
e. mulai menyanyi dengan suara yang nyaring: penyanyi itu menarik suaranya
f. meletakkan jawatan, enggan menerima jawatan, keluar dari perhimpunan dengan
kemahuan sendiri
[6 markah]

Jawapan 3(b) Menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif


(i) Kawasan tanah kebun dibersihkan oleh golongan petani dengan kaedah pembakaran
terbuka.
(ii) Mangsa kemalangan jalan raya itu telah kami bawa ke hospital sebelum ambulans tiba
di tempat kejadian.
(iii) Perlawanan bola sepak dapat anda saksikan secara langsung sekiranya anda menjadi
pelanggan stesen televisyen kami.
[6 markah]
Halaman 15
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 SKEMA TATABAHASA

3(c) Kesalahan ejaan dan kesalahan imbuhan

Kesalahan Ejaan Kesalahan Imbuhan

i. Memanfaat – memanfaatkan i. Senaman – bersenam

ii. Stress – stres ii. Di kawasan – di kawasan

iii. Kraftangan – kraf tangan iii. Keunikan - keunikan

[6 markah]
3(d) Kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan tatabahasa
(i) Berhenti – mendarat
Sebab – kerana
(ii) Pencatuan – pencatutan
Jika sekiranya – jika / sekiranya
(iii) Pembonceng – penunggang
Pihak polis saman – disaman (oleh) pihak polis
[6 markah]
3(e) Peribahasa
(i) Ular menyusur akar tak akan hilang bisanya
(ii) Sambil menyelam minum air
(iii) Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah; ke bukit sama didai, kelurah sama
dituruni, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
[6 markah]

[6 markah]

Halaman 16
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 SKEMA TATABAHASA

SKEMA Tatabahasa 9 (Kelantan)

Jawapan 3(a) – Bina Ayat

(i) menyebar luas


a. menyebarkan sesuatu secara meluas
b. menyebarkan sesuatu dengan berbagai-bagai cara sehingga diketahui di serata
tempat
(ii) membaik pulih
a. memeriksa dengan teliti untuk membaiki atau memulihkan keadaan sesuatu alat/
kenderaan/ tempat/ jentera dan sebagainya
(iii) melipat ganda
a. menggandakan berkali-kali, memperbanyak, menjadikan bertambah banyak
(iv) sahabat pena
a. sahabat menerusi surat sahaja
(v) budi bicara
a. pertimbangan fikiran/ pendapat
(vi) budi pekerti
a. cara perlakuan/ tingkah laku/ perangai terhadap orang lain
b. nilai akhlak/ moral/ budi luhur
[6 markah]

Jawapan 3(b)
(i) Subjek: Pekerja-pekerja kilang itu
Predikat: didedahkan dengan peralatan moden untuk membuat kerja-kerja di kilang
(ii) Subjek: Kelajuan kenderaan yang dibenarkan di lebuh raya
Predikat: 110 kilometer sejam
(iii) Subjek: Kami sekeluarga
Predikat: bercuti di Pulau Sentosa pada bulan yang lalu
[6 markah]

Halaman 17
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 SKEMA TATABAHASA

3(c) Kesalahan ejaan dan kesalahan imbuhan

Kesalahan Ejaan Kesalahan Imbuhan

i. nenas – nanas i. penanam – penanaman

ii. jalanraya – jalan raya ii. menghadkan – mengehadkan

iii. Agung - Agong iii. perkenan - berkenan

[6 markah]
3(d) Kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan tatabahasa
(i) perbuatan – kejadian
di dalam – dalam
(ii) kedua – kedua-dua
emosi – semangat
(iii) inisiatif – insentif
di - pada
[6 markah]
3(e) Peribahasa
(i) ilmu itu pelita hati/ ilmu pelita hidup/ usaha tangga kejayaaan
(ii) ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
(iii) tiada beban batu digalas/ mendukung biawak hidup
[6 markah]

Halaman 18
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 SKEMA TATABAHASA

Latihan Tatabahasa 10 (Sarawak)

Jawapan 3(a) – Bina Ayat

(i) Dilema
keadaan yang menyebabkan sukarnya membuat pilihan antara dua alternatif (benda,
orang, situasi, dll) atau lebih; keadaan serba salah
(ii) Delima
sejenis tumbuhan (pokok renek), sejenis permata (berwarna merah muda)
(iii) Bendang
sawah; tanah sawah
(iv) Gendang –
alat muzik daripada kayu bulat panjang yg berongga dan direntang dgn kulit
(v) Sarat –
terlalu banyak (muatan, bebanan, buah, dll) hingga berat atau penuh, penuh berisi (dgn
air, fikiran, harapan, kesusahan, dll), mengandung (hamil, bunting) dan hampir akan
bersalin
(vi) Surat –
kertas yang ditulis, segala sesuatu yang tertulis (tercetak dll), kertas yang
ditulis(mengandungi khabar dll) dan dikirim kepada orang lain, sesuatu yang ditulis,
tulisan

Jawapan 3(b) Tukarkan ayat aktif di bawah ini kepada ayat pasif

(i) Aksi yang membanggakan dipamerkan oleh Malaysia apabila berjaya mengutip 17
emas dalam kejohanan sukan itu.
(ii) Hakikat bahawa cuaca memainkan peranan penting dalam hidup kita tidak dapat
nafikan.
(iii) Untuk memastikan jumlah kemalangan berkurangan, kempen keselamatan di jalan
raya hendaklah dijalankan oleh pihak berkuasa.
[6 markah]

Jawapan 3(c) kesalahan ejaan kesalahan penggunaan imbuhan.

Kesalahan ejaan
Atlit – atlet
Jenarasi – generasi
Konsistan – konsisten

Halaman 19
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 SKEMA TATABAHASA

Kesalahan imbuhan
Setaraf – bertaraf
Menyungkil – mencungkil
Berlaku – dilakukan

[6 markah]

Jawapan 3(d) kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan tatabahasa.

(i) melihat – melawat


di – ke

(ii) produser – prosedur


memuaskan hati kepada semua – memuaskan hati semua

(iii) sampel – model


dari – daripada

[6 markah ]

Jawapan 3(e) Peribahasa

(i) Buka pekung di dada.


(ii) Carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum jua.
(iii) Ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi.
[6 markah ]

Halaman 20
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 SKEMA TATABAHASA

SKEME Tatabahasa 11 (Pahang)

Jawapan 3(a) – Bina Ayat

(i) Akar tunjang


a. Akar pada pokok-pokok tertentu yang tumbuh lurus ke bawah ke dalam tanah (untuk
menegapkan pokok dll)
(ii) Gerak balas
a. Tindak balas organisma terhadap rangsangan seperti cahaya, air, sentuhan dll
(iii) Garam mineral
a. Unsur bukan organik yang ringkas, biasanya diperlukan dalam kuantiti yang sedikit
untuk menjalankan metabolisme badan
(iv) Isi padu
a. Sukatan atau ukuran ruang yang dipenuhi oleh sesuatu jisim seperti pepejal, cecair
atau gas dalam sesuatu bekas.
(v) Pusat graviti
a. Titik tempat tumpuan daya tarikan yang menggerakkan jasad-jasad ke arah pusat
sesuatu cakerawala seperti bulan atau bumi.
(vi) Bahan apai
a. Bahan yang digunakan untuk menghasilkan haba atau tenaga (kayu, arang batu,
minyak dll)
[6 markah]

Jawapan 3(b) Ayat aktif kepada ayat pasif


(i) Usul itu telah kami syorkan kepada pihak berkuasa agar mengambil tindakan dengan
segera.
(ii) Sijil penghargaan akan dianugerahkan kepada semua pelajar cemerlang oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia.
(iii) Tempat kebakaran itu sedang diawasi oleh beberapa orang anggota keselamatan
secara bergilir-gilir.
[6 markah]

Halaman 21
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 SKEMA TATABAHASA

3(c) Kesalahan ejaan dan kesalahan imbuhan

Kesalahan Ejaan Kesalahan Imbuhan

i. 1 Malaysia – 1Malaysia i. Pertubuhan – penubuhan

ii. pelancung – pelancong ii. kunjungi – berkunjung

iii. ibu-bapa – ibu bapa iii. pembentukan - membentuk

[6 markah]
3(d) Kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan tatabahasa
(i) Memuat naik – memuat turun
Digunakan oleh kami – kami gunakan

(ii) Penghapusan – pelepusan


Menerangkan tentang – menerangkan

(iii) Resipi – menu


Kamariah Restoran – Restoran Kamariah
[6 markah]
3(e) Peribahasa
(i) Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah

(ii) Kalau tidak dipecahkah ruyung manakan dapat sagunya / usaha tangga kejayaan

(iii) Sediakan payung sebelum hujan

[6 markah]

Halaman 22
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 SKEMA TATABAHASA

SKEMA Tatabahasa 12 (Terengganu)

Jawapan 3(a) – Bina Ayat

(i) Gemerlap
a. Berkilat-kilat/ berkilauan
(ii) Gemilang
a. Cahaya terang benderang/ cemerlang
(iii) Gemuruh
a. Bunyi seperti guruh/ berdebar-debar
(iv) Gelisah
a. Tidak tenang/ tidak tenteram
(v) Gelojoh
a. Rakus/ lahap
(vi) Gersang
a. Kering dan tidak subur [6 markah]

Jawapan 3(b)
(i) Semangat kejiranan amat penting.
Semangat kejiranan dapat memupuk perpaduan.
(ii) Amar hidup dalam kemiskinan.
Amar sentiasa berpakaian kemas ke sekolah.
(iii) Sewaktu hari perayaan, rumah terbuka boleh diadakan.
Sewaktu hari perayaan, semua kaum boleh mengunjungi jiran mereka.
[6 markah]
3(c) Kesalahan ejaan dan kesalahan imbuhan

Kesalahan Ejaan Kesalahan Imbuhan

i. cancer – kanser i. dikurangkan – mengurangkan

ii. urusetia – urus setia ii. melangsungkan – berlangsung

iii. mesjid - masjid iii. menghadkan - mengehadkan

[6 markah]

Halaman 23
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 SKEMA TATABAHASA

3(d) Kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan tatabahasa


(i) Termaklum – termaktub
Semua urusan-urusan – semua urusan

(ii) Gaji – elaun


Walaupun – kerana

(iii) Bila – apabila


Berdendang – berkumandang
[6 markah]
3(e) Peribahasa
(i) Jinak-jinak merpati
a. Siti yang peramah itu gagal dipikat oleh ramai pemuda kerana dia umpama jinak-
jinak merpati.
(ii) Melepaskan anjing tersepit
a. Abang dimarahi oleh bapa kerana cuba membantu penjahat itu memandangkan
perbuatan tersebut umpama melepaskan anjing tersepit.
(iii) Hati kuman sama dicecah, hati gajah sama dilapah
a. Keuntungan perniagaan menjual nasi ayam dibahagi sama rata antara Amirul dengan
rakannya, Zulhimi bak kata pepatah hati kuman sama dicecah, hati gajah sama
dilapah.
[6 markah]

Halaman 24
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 SKEMA TATABAHASA

SKEMA Tatabahasa 13 (Melaka)

Jawapan 3(a) Bina ayat:


(i) duduk:
a. Beristirahat di atas punggung
(ii) penduduk:
a. Orang yang menduduki sesuatu daerah (tempat, negeri dan lain-lain)
(iii) terduduk:
a. Terjatuh duduk, duduk dengan tiba-tiba dan tidak sengaja
b. Mengendap atau terendap (serbuk kopi, teh dan lain-lain)
(iv) kedudukan:
a. Tempat tinggal yang didiami
b. Tempat letaknya
c. Keadaan atau selok-belok (hal) sesuatu perkara
d. Tingkatan taraf ( martabat, darjat dan sebagainya)
(v) pendudukan:
a. Perihal atau perbuatan menduduki sesuatu daerah atau negara oleh kuasa luar
(tentera dan lain- lain)
(vi) menduduki:
a. Mengambil tempat duduk
b. Mendiami, tinggal
c. Menakluki (mengalahkan) dan menguasai sesebuah negeri
d. Mengambil (memasuki, mengikuti) sesuatu peperiksaan atau ujian
e. Duduk (berada) di (kerusi parlimen, majlis tertinggi dan sebagainya)
f. Memikat hati seseorang
[6 markah]

3 (b) Tukar ayat pasif kepada ayat aktif


(i) Saya telah menghasilkan poster dalam pertandingan Hari Kebangsaan dan mendapat
hadiah pertama peringkat kebangsaan.
(ii) Mangsa-mangsa banjir di Kuantan, Pahang telah menerima pelbagai bantuan makanan
dan pakaian apabila rumah mereka dilanda banjir.
(iii) Setiap pelajar harus mengetepikan sikap suka menangguh kerja ketika membuat ulang
kaji untuk peperiksaannya.
[6 markah]

Halaman 25
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 SKEMA TATABAHASA

3(c) Kesalahan ejaan dan imbuhan.


Kesalahan ejaan
(i) tumboh - tumbuh
(ii) renik - renek
(iii) losyen - losen
Kesalahan imbuhan
(i) panjat - memanjat
(ii) dikenal - terkenal
(iii) gunakan - menggunakan
[6 markah]

3(d) Kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan tatabahasa.

(i) kepantasan - kepetahan


semua hujah-hujahnya - semua hujah/ hujah-hujahnya
(ii) baru - baharu
kerajaan lancarkan - dilancarkan oleh kerajaan
(iii) peserta- peserta - peserta
perjalanan - pendakian
[6 markah]
3(e) Peribahasa:
(i) Makan angin

(ii) Ukur baju di badan sendiri

(iii) Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung


Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
[6 markah]

Halaman 26
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 SKEMA TATABAHASA

SKEMA Tatabahasa 14 (SBP)

Jawapan 3(a) Bina ayat:

(i) Pekat
Definisi : 1. tidak cair, kental, likat: santan itu kalau agak likat atau ~ boleh ditambah air sejuk;
penuh ~ penuh sesak; susu ~ susu likat (dlm tin); tanah ~ tanah liat; 2. keras (kopi dll): Wak
Kudin mengonyeh-ngonyeh lalu menelan dan kemudian menunda dgn air kopi ~; asid ~ asid
yg kuat (tiada banyak bercampur air); 3. tidak jernih (air); 4. gelap atau kelam (warna dll);
gelap (kelam) ~ gelap sekali; hitam ~ hitam sekali; 5. ki tebal, teguh, kuat, dsb (bkn
percakapan, kepercayaan dsb): loghat Kelantannya masih ~ walaupun telah lama menetap di
Kuala Lumpur; tambah Solisir yg ~ dgn kepercayaan pd cerita dongeng; memekat menjadi
pekat: hitam malam kian ~; memekatkan menyebabkan jadi pekat: bijirin ini digunakan utk ~
susu bayi; kepekatan perihal atau keadaan pekat: ~ ammonia; ~ malam; ~ warna; pemekatan
perihal (proses atau perbuatan) memekatkan (bkn cecair dsb): ~ dgn penambahan gula,
garam dan pengawet lain; pemekat bahan yg menjadikan pekat, bahan yg memekatkan:
biasanya tepung jagung digunakan sbg ~ dlm masakan itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

(ii) Pikat
Definisi : ; memikat 1. menangkap burung dll dgn menggunakan burung lain yg jinak,
menjebak: berburu kerbau jalang, dan ~ ayam hutan; 2. memerangkap (musuh dll),
memancing: tingkap itu sengaja dibuka utk ~ pencuri masuk; 3. melakukan sesuatu supaya
seseorang (sesuatu) tertawan atau tertarik hati: seorang anak muda mata keranjang telah ~
Minah; ~ hati memujuk-mujuk dan menarik-narik hati: lagu-lagu Minang moden makin ~ hati
pendengar; terpikat kena pikat, tertarik (hati): aku segera ~ oleh seluruh gerak-gerinya; pikatan
burung (orang dll) yg telah dipikat; pemikatan perihal (proses atau perbuatan) memikat:
pepatung jantan terbang ke arah pepatung betina dlm proses ~; pemikat 1. orang yg memikat;
2. burung (orang dll) yg digunakan utk memikat; ~ hati penarik (penawan) hati. (Kamus Dewan
Edisi Keempat)

(iii) siram
Definisi : ; bersiram mandi (digunakan utk raja-raja saja): Silakan tuanku berangkat ~.
menyiram 1 mencurahkan air dsb pd sesuatu: ~ bunga. 2 menjirus dgn air (supaya bersih dll).
menyirami 1 menyiram berkali-kali; menyiram banyak-banyak. 2 menjadikan sesuatu disiram:
Hujan ~ bumi. menyiramkan menyiram dgn (sesuatu); mencurahkan; mencucurkan: ~ air
mawar pd bunga rampai. persiraman tempat bersiram; permandian. penyiraman perbuatan
(hal dsb) menyiram, menyirami atau menyiramkan. penyiram alat utk menyiram. (Kamus
Pelajar Edisi Kedua)

Halaman 27
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 SKEMA TATABAHASA

(iv) suram
Definisi : 1. tidak berapa terang (cahaya dll), agak gelap, kurang cahaya, redup (cuaca): di dlm
kamar tidurnya itu hanya lampu tidur sahaja yg hidup, lampu kecil yg ~ cahayanya; petang yg
~; 2. tidak berkilauan atau bercahaya (barang emas, perak, dll), tidak bening (batu permata),
buram: kalau beberapa hari tidak dicucinya, kereta itu kelihatan ~; 3. tidak berseri-seri (muka,
mata, dll), kusam, kuyu, muram (kerana sedih dll): di ambang pintu terdiri Jenab dgn pakaian
serba hitam, rambutnya tidak berdandan, mukanya ~; matanya ~; 4. kurang seronok
(kehidupan dll), kurang berbahagia, susah (hati dll), sedih: sesekali guruh menderam di
sebelah barat, di hati mereka ~, besok entahkan hujan!; kehidupan yg ~; suram-suram; ~
gelap sedikit gelap (sehingga tidak kelihatan nyata), samar-samar, sabur limbur; menyuram
bertukar menjadi suram, menjadi muram (buram, pudar); menyuramkan menjadikan suram
(buram, pudar, dll), memuramkan, memudarkan: jalan ke rumahnya yg gelap makin ~
pandangannya; kesuraman perihal suram, kemuraman, kepudaran: di wajahnya, terbayang
kesulitan hidup serta ~ masa hadapan anak-anak itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

(v) indah
dapat menarik atau memuaskan hati; elok benar; cantik: pemandangan yg ~. ~ permai sangat
cantik. mengindahkan menjadikan indah; mencantikkan: Kelapa sawit ditanam utk ~
pemandangan di padang golf itu. memperindah menjadikan lebih indah; mempercantik.
keindahan keadaan indah; kecantikan; keelokan: Amin dan keluarganya sedang menikmati ~
alam di pinggir kota. pengindahan perbuatan mengindahkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

(vi) endah
ada atau mempunyai minat terhadap sesuatu. ~ tak ~ tidak menunjukkan minat terhadap
sesuatu; tidak peduli. mengendahkan memberikan perhatian kpd sesuatu; mempedulikan: Dia
tidak ~ hasutan orang itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
[6 markah]

3 (b) Menukar ayat aktif kepada ayat pasif


(i) Saya menziarahi nenek pada hujung minggu
- Saya ziarahi nenek pada hujung mingu.
(ii) Majlis Anugerah Cemerlang yang bertempat di Dewan Jubli Intan telah dirasmikan oleh
Pengarah Pendidikan Negeri.
- Majlis Anugerah Cemerlang yang bertempat di Dewan Jubli Intan telah dirasmikan
oleh Pengarah Pendidikan Negeri.
(iii) Kereta itu harus kamu pandu dengan berhati-hati kerana hujan yang sangat lebat di lebuh
raya.
- Kamu harus memandu kereta itu dengan berhati-hati kerana hujan yang sangat lebat
di lebuh raya
- Kerana hujan yang sangat lebat di lebuh raya, kereta itu harus kamu pandu dengan
berhati-hati.
[6 markah]
Halaman 28
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 SKEMA TATABAHASA

3(c) Kesalahan ejaan dan imbuhan.

Kesalahan Ejaan Kesalahan Imbuhan

i. Pusaka - pusaka i. Menjadikan - dijadikan

ii. Carigali – cari gali ii. Pengairan - perairan

iii. Kerinting - keriting iii. Penurunan - keturunan

[6 markah]

3(d) Kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan tatabahasa.

Kesalahan kata / istilah Kesalahan tatabahasa

i. Apresiasi - aspirasi i. Daripada - dari

ii. Berbunyi - berkokok ii. Tiap - setiap

iii. Bertempik - bersorak iii. Di dalam - dalam

[6 markah]
3(e) Peribahasa:
(i) Bagai / seperti menatang minyak yang penuh

(ii) Menangguk di air keruh / menahan lukah di pergenti

(iii) Mak lapuk dek hujan tak lekang deh panas


[6 markah]

Halaman 29
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 SKEMA TATABAHASA

SKEMA Tatabahasa 15 (MSRM)

Jawapan 3(a) Bina ayat:


(i) merebus
a. memasak sesuatu dalam air, monggodok: merebus keledek, merebus air
(ii) mereneh
a. mendidih
b. meleleh (air mata dll)
(iii) menanak
a. mamasak nasi (dalam periuk, kawah, dll)
b. memasak sesuatu dengan merebusnya sahaja: menanak kentang
(iv) mencelur
a. memasukkan (mencelupkan) sesuatu (sayur dsb) untuk beberapa ketika ke dalam
air panas (supaya lembut)
(v) mengukus
a. memasak atau memanaskan sesuatu dengan menggunakan wap air mendidih
b. memanaskan cairan (seperti air dll) hingga menjadi wap yang kemudian bertukar
semula menjadi cairan
(vi) menjerang
a. meletakkan (periuk dll) di atas api untuk memasak
b. memasak: memasak nasi

[6 markah]
3(b) sintaksis (ayat majmuk)
(i) Melaka merupakan destinasi pelancongan kerana mempunyai bangunan-bangunan
bersejarah dan tempat-tempat menarik.
(ii) Kerajaan negeri mengadakan pelbagai usaha mempromosikan Melaka dengan
mengadakan kempen Melawat Melaka Bererti Melawat Malaysia supaya Melaka lebih
dikenali oleh pelancong-pelancong.
(iii) Peluang pekerjaan terbuka luas apabila banyak pelancong mengunjungi Melaka
sehingga ekonomi Melaka meningkat.
[6 markah]

Halaman 30
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 SKEMA TATABAHASA

3(c) Kesalahan ejaan dan imbuhan.


Kesalahan ejaan
(i) Mensifatkan – menyifatkan
Tempuh – tempoh
(ii) Definisi – definisi
Rujukan – merujuk
(iii) Mengimbas – pengimbas
Disetiap – di setiap
[6 markah]

3(d) Kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan tatabahasa.

(i) Pemberian – penyampaian


Semua pelajar – semua pelajar / pelajar-pelajar
(ii) Membacakan – mendeklamasikan
Oleh sebab – oleh sebab
(iii) Berapa – beberapa
Menaiki – mendaki
[6 markah]
3(e) Peribahasa:
(i) Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
(ii) Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.
(iii) Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-
senang kemudian.
(iv) Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
(v) Malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan
(vi) Seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
[6 markah]

Halaman 31
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 SKEMA TATABAHASA

SKEMA Tatabahasa 16 (YIK)

Jawapan 3(a) Bina ayat:


(i) interaksi
a. Jiwa seorang anak akan menjadi kosong sekiranya proses interaksi antara anak
denagn ibu bapa agak kurang.
integriti
b. Pihak pengurusan masjid diarahkan supaya bersifat integriti dalam mengurus wang
derma yang dipungut daripada orang ramai agar tidak berlaku penyelewengan.
(ii) liar
a. Dewan Bandar Raya Kota Kinabalu telah berjaya membunuh 20 ekor anjing liar yang
berkeliaran di pinggir bandar itu.
liat
b. Adik agat liat hendak bangun pagi bila cuaca sejuk.
(iii) rasmi
a. Datuk Kadir Ahmad telah dilantik secara rasmi sebagai Pengarah Yayasan Islam
Terengganu.
resmi
b. Sudah menjadi resmi dalam kehidupan manusia apabila memiliki wang banya
mereka akan berbelanja mewah.
[6 markah]
3(b)
(i) Subjek: Bapa budak itu
Predikat: telah memukul seorang guru sekolah di Pekan.
(ii) Subjek: Seramik antik dari China itu
Predikat: untuk dipamerkan di Muzium Negara.
(iii) Subjek: Rumah Datuk Fadilah
Predikat: sangat besar.
(iv) Subjek:Pokok yang besar itu
Predikat: telah tumbang semalam
(v) Subjek: Merah
Predikat: ialah warna kegemaran Cikgu Halimah
(vi) Subjek: Ini
Predikat: gambar Rohayah pada masa kecil
[6 markah]

Halaman 32
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 SKEMA TATABAHASA

3(c) Kesalahan ejaan dan imbuhan.


Kesalahan ejaan
(i) Alatulis – alat tulis
Penganjuran – penganjur
(ii) Pilihan raya – pilihan raya
Memperketatkan – memperketat
(iii) Kontijen – kontinjen
Memenuhkan - memenuhi
[6 markah]

3(d) Kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan tatabahasa.

(i) Kedaulatan – kepentingan


Kedua belah pihak – kedua-dua belah pihak
(ii) Mundur – pedalaman
Bercerita tentang – menceritakan
(iii) Sepanjang – selama
Oleh sebab – Oleh sebab (ejaan o huruf kecil 0m)
[6 markah]
3(e) Peribahasa:
(i) Sesuatu benda tidak akan datang atau diperoleh jika kita tidak berusaha.
Peribahasanya: Yang bulat tidak datang mengolek, yang pirih tidak datang melayang
(ii) Adat persandingan dalam majlis perkahwinan orang Melayu merupakan adat yang
masih utuh dan diamalkan secara besar-besaran pada hari ini.
Peribahasanya: Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
(iii) Kita hendaklah menurut adat atau peraturan yang telah ditetapkan di tempat kita diami
atau tinggal agar tidak mendatangkan kesusahan nanti.
Peribahasanya: Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
[6 markah]

Halaman 33
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 SKEMA TATABAHASA

SKEMA Tatabahasa 17 (Sabah)

Jawapan 3(a) Bina ayat:


(i) Pihak sekolah diseru untuk melipatgandakan usaha untuk meningkatkan pencapaian
akademik pelajar mereka.
(ii) Semua penduduk Kampung Taginambur diingatkan supaya tidak membincangkan
perkara yang dapat mengucar-ngacirkan ketenteraman kampung dalam mesyuarat itu.
(iii) Kerajaan harus menguatkuasakan undang-undang jalan raya untukmengurangkan
kemalangan yang sering berlaku.
(iv) Guru kaunseling sedang mengemaskinikan maklumat pelajar yang akan mengikuti
kem motivasi pada minggu depan.
(v) Guru Bahasa Melayu menasihati pelajarnya supaya tidak mencampuradukkan bahasa
Melayu dengan Bahasa Inggeris.
(vi) Pihak penaja menggunakan van bergerak untuk menguar-uarkan konsert yang akan
diadakan pada malam itu.
[6 markah]
3(b) Ayat aktif kepada ayat pasif
(i) Pasu-pasu bunga itu akan saya alihkan ke halaman rumah esok
(ii) Keunikan budaya rakyat Malaysia dikagumi oleh pelancong dari luar negara.
(iii) Aktiviti gotong-royong membersihkan surau disertai oleh Landoi secara sukarela.
[6 markah]
3(c) Kesalahan ejaan dan imbuhan.
Kesalahan ejaan
(i) diklamasi – deklamasi
disertai – penyertaan
(ii) was-was – waswas
menyukar - menyukarkan
(iii) sinareo – senario
kemasukkan - kemasukan
[6 markah]

Halaman 34
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 SKEMA TATABAHASA

3(d) Kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan tatabahasa.


(i) menyulam – menganyam
daripada – dari
(ii) pembebasan -pelepasan/pengecualian/pengurangan
demi untuk – untuk/demi/supaya/agar
(iii) menyimpan – menyembunyikan/menyorokkan/merahsikan
yang - bahawa
[6 markah]
3(e) Peribahasa:
(i) Ikut hati mati,ikut rasa binasa
(ii) Berfikir sebelum berkata,berunding sebelum berbuat
(iii) Kalua kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga
[6 markah]

Halaman 35
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 SKEMA TATABAHASA

SKEMA Tatabahasa 18 (SELANGOR – SET 2)

Jawapan 3(a) Bina ayat:


(i) Golongan
a. Kelompok, kumpulan
(ii) Gulungan
a. Apa-apa yang sudah digulung, lipatan berbentuk torak – bulat panjang)
(iii) Seloroh
a. Senda gurau, kelakar, lawak/ menggelikan hati, lucu
(iv) Seluruh
a. Semua sekali dikira satu, segenap
(v) Telor
a. Pelat, tidak dapat menyebut sesuatu perkataan dengan betul
(vi) Telur
a. Benda bulat bujur yang biasanya berkulit keras dan berisi lembaga anak

[6 markah]
3(b) Ayat aktif kepada ayat pasif
(i) Novel terbahrunya bakal dilancarkan (oleh) sasterawan itu.
(ii) Pegawai yang bertugas sudah kamu hubungi untuk bertanyakan soalan?
(iii) Pemakanan seimbang perlu kita amalkan demi menjamin kesihatan tubuh.
[6 markah]
3(c) Kesalahan ejaan dan imbuhan.
Kesalahan ejaan / imbuhan
(i) Lalu-lintas – lalu lintas
Penambahan – pertambahan
(ii) Perihatin – prihatin
Kurangkan – mengurangkan
(iii) Kontraktor – kontraktor
Penerusan - meneruskan

[6 markah]

Halaman 36
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 SKEMA TATABAHASA

3(d) Kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan tatabahasa.


(i) Serangan – serbuan
Siber kafe – kafe siber
(ii) Pengembangan – penyebaran
Adalah – ialah
(iii) Bersetuju – berkenan
Daripada – dari
[6 markah]

3(e) Peribahasa:
(i) Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni / berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
(ii) Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua
(iii) Sediakan payung sebelum hujan / berkubu sebelum alah
[6 markah]

Halaman 37
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 SKEMA TATABAHASA

SKEMA Tatabahasa 19 (WILAYAH PERSEKUTUAN)

Jawapan 3a bina ayat


(i) hemah
a. budi pekerti yang mulia
(ii) hemat
a. tidak boros atau membazir (dalam membelanjakan wang atau menggunakan
sesuatu), cermat, jimat
(iii) rasmi -
a. disahkan oleh kerajaan atau yang berkuasa, (yang) diisytiharkan (ditentukan,
disahkan) oleh kerajaan atau jabatan dan lain-lain
(iv) Resmi
a. sifat semula jadi, sifat khas (benda, adat, perangai, tabiat) – resam
(v) inspirasi
a. ilham atau bisikan hati
(vi) aspirasi
a. keinginan yang kuat (untuk mencapai atau mengadakan sesuatu) - cita-cita
[6 markah]
3b Ayat bersusunan songsang kepada ayat bersusunan biasa.
(i) Persaraan kakitangan kerajaan sudah ditetapkan pada usia 60 tahun
Persaraan kakitangan kerajaan pada usia 60 tahun sudah ditetapkan.
(ii) Banglo mewah berharga RM3 juta itu terletak di Bukit Perdana
(iii) Pertunjukan udara yang diadakan bersempena dengan sambutan ulang tahun hari
kemerdekaan negara sungguh menakjubkan.

[6 markah]
3c kesalaahan ejaan & imbuhan
(i) bihun – mihun
berkerja - bekerja
(ii) perabut – perabot
menenggelami - menenggelamkan
(iii) ke 3 - ke-3
diada – diadakan
6 markah]

Halaman 38
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 SKEMA TATABAHASA

3d kesalahaan penggunaan kata/istilah & tatabahasa


(i) Seiras - Selaras
paling tinggi sekali - paling tinggi/tinggi sekali
(ii) beliau - baginda
di dalam - dalam
(iii) berhenti - mendarat
satu setengah jam - satu jam setengah

[6 markah]

3e peribahasa
(i) Harapkan pagar, pagar makan padi / biar pecah diperut, jangan pecah dimulut / mulut
tempayan.
(ii) Rambut sama hitam, hati lain-lain.
(iii) Nasi sudah menjadi bubur / sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

[6 markah]

Halaman 39
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 SKEMA TATABAHASA

SKEMA Tatabahasa 20 (SELANGOR – SET 1)

Jawapan 3a bina ayat


(i) Kaki
a. Payung, cendawan, kunyit atau bunga
(ii) Gugus
a. Kunci, buah yang tumbuh banyak-banyak pada setangkai seperti anggur
(iii) Berkas
a. Ikatan atau susunan seperti kayu api, lidi, surat dll
(iv) Lembar
a. Benda yang panjang dan luas bidangnya seperti benang, tali, kertas dll
(v) Pasang
a. Dua benda yang melengkapi satu sama lain seperti anggota tubuh, selipar, stoking,
anting-anting dll
(vi) Kuntum
a. Bunga
[6 markah]
3b Jenis-jenis ayat perintah
(i) Jemput ke majlis perkahwinan saya. (Ayat Silaan)
(ii) Jangan lalu di kawasan peperiksaan. (Ayat Larangan)
(iii) Buang sampah ke dalam tong sampah. (Ayat Suruhan)
(iv) Jika aku pulang lewat, usah tunggu aku. (Ayat Larangan)
(v) Baca soalan dengan teliti sebelum menjawabnya. (Ayat Suruhan)
(vi) Harap bersabar sementara menunggu giliran anda. (Ayat Permintaan)
[6 markah]

3c kesalaahan ejaan & imbuhan


(i) Kilo meter – kilometer
Memperindahkan – memperindah / mengindahkan
(ii) antiIsrael – Anti-Israel
mensarankan – menyarankan
(iii) perindastrian – perindustrian
bertumpukan – menumpukan
[6 markah]

Halaman 40
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 SKEMA TATABAHASA

3d kesalahaan penggunaan kata/istilah & tatabahasa


(i) menolak – mendorong
(ii) goyang – goyah
(iii) ikut serta – campur tangan
(iv) agar – untuk / bagi
(v) banyak kilang-kilangnya – banyak kilangnya / kilang-kilangnya
(vi) pada – kepada
[6 markah]

3e peribahasa
(i) Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
(ii) Ada gula, ada semut
(iii) Bersatu teguh, bercerai roboh / seikat bagai sirih, serumpun bagai serai
[6 markah]

Halaman 41
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 SKEMA TATABAHASA

SKEMA Tatabahasa 21 (PERLIS)

Jawapan 3a bina ayat

(i) jemput; (sejemput)


a. sebanyak yang dapat diambil dengan hujung jari
b. dialu-alu
(ii) jemput-jemput;
a. sejenis kuih (daripada adunan tepung, pisang dan gula yang dijemput sedikit-sedikit
dan digoreng)
(iii) jarang;
a. tidak rapat, renggang, bersela-sela, tidak kedap (gigi, kain dan lain-lain)
b. tidak lebat, tidak padat (rambut)
(iv) jarang-jarang;
a. tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim
b. sejenis daun herba (bayam rusa)
(v) halus;
a. tidak besar (kasar), kecil-kecil
b. sangat kecil ukuran kelilingnya (berkenaan jarum, benang)
c. tidak kesat, lembut, licin
d. berbudi bahasa yang baik, beradab, bersopan-santun, budi pekerti
e. kelihatan elok dan rapi, sempurna
f. dengan teliti, dengan cermat atau hati-hati, secara terperinci
g. tidak dapat dilihat seperti roh (makhluk halus)
(vi) halus-halus;
a. dengan meneliti segala butir yang berkaitan, dengan teliti secara terperinci

[6 markah]
Jawapan 3b Tukar cakap aktif kepada cakap pasif

(i) Majlis rumah terbuka telah lama diadakan oleh masyarakat Malaysia apabila menyambut
sesuatu perayaan.
(ii) Pengalaman berkhemah perlu kamu kongsikan dengan rakan yang lain.
(iii) Muzium Negara dikunjungi oleh Persatuan Sejarah Negeri Perlis sebagai aktiviti tahunan
mereka.
[6 markah]

Halaman 42
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 SKEMA TATABAHASA

Jawapan 3c Membetulkan kesalahan ejaan dan imbuhan

Kesalahan ejaan Kesalahan imbuhan

i aturcara atur cara terancang dirancang


ii disayangi kesayangan buffet bufet
iii pra-syarat prasyarat menyelamatkan keselamatan

[6 markah]

3d
Kesalahan bahasa Kesalahan istilah/kata
i banyak kapal-kapal banyak kapal/ berhenti berlabuh
kapal-kapal
ii Bahasa Melayu bahasa Melayu budayawan cendekiawan /
ilmuan
iii di dalam dalam menganugerahkan mengurniakan

[6 markah]
3e peribahasa

(i) ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua


(ii) sediakan payung sebelum hujan / mencegah lebih baik daripada mengubati
(iii) seperti cendawan tumbuh selepas hujan

[6 markah]

Halaman 43