Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN KE-62

SMK KARAK SETIA TAHUN 2019.

Para murid yang dikasihi,


Majlis akan bermula sebentar lagi, untuk itu diminta semua untuk senyap dan tumpukan
perhatian kepada majlis yang akan berlangsung.

Semua guru dan murid berkumpul di Dewan Al-Khawarizmi


SMK Karak Setia.
*Tindakan

Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha, Tuan Haji Basirun Bin


Abdullah Hasim, Pengetua SMK Karak Setia, diiringi oleh Guru
Pengumuman
Penolong Kanan Pentadbiran dan Ketua-Ketua Bidang.

Para hadirin diminta untuk berdiri.

Para guru dan murid dipersilakan untuk terus berdiri bagi


menyanyikan lagu Negaraku dan lagu Allah Selamatkan Sultan
Kami.
Nyanyian Lagu
 Cue: Setelah nyanyian selesai

Para guru dan murid sekalian dipersilakan duduk.

Ke Pekan Kuala membeli bingka,


Burung merba di pohon cemara,
Majlis bermula tirai dibuka,
Assalamualaikum pembuka bicara.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt, salam sejahtera,

Yang Berusaha,
Tuan Haji Basirun Bin Abdullah Hasim,
Salutasi Pengetua SMK Karak Setia,

Yang Dihormati,
Puan Hilmun Binti Mohamad,
Guru Penolong Kanan Kurikulum dan Pentadbiran.

Barisan guru dan seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.

1
Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Rahmat Pencipta kerana di
atas limpah dan kurnia-Nya dapat kita bersama-sama berkumpul
pada petang ini bagi menghadiri Majlis Pelancaran Sambutan
Kata-kata aluan
Bulan Kebangsaan Peringkat Sekolah, SMK Karak Setia Tahun
2019.
.

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi memberkati majlis kita yang penuh bermakna pada hari ini,
marilah kita sama-sama menadah tangan mengaminkan bacaan
doa yang akan dibacakan oleh .....................................................
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Bacaan Doa
 Cue: Setelah selesai bacaan doa.

Amin amin Ya Rabbal ‘Alamin.


Majlis merakamkan setinggi-ti nggi penghargaan dan terima kasih
kepada ............................................................ atas bacaan doa itu
tadi.

Sudilah tuan jalan berlapan,


Jalan berlapan di malam kelam,
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam.

Seterusnya,
Ucapan
Pembacaan Memulakan bingkisan ucapan, majlis menjemput Yang Dihormati,
Perutusan Puan Hilmun Binti Mohamad GPK Pentadbiran dan Kurikulum
SMK Karak Setia bagi membacakan perutusan. Dengan penuh
tunduk kasihnya, dipersilakan.

 Cue: setelah ucapan selesai.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas ucapan itu tadi.

2
Kain bersulam benang sutera
Sudilah kiranya pakai berjalan
Masa ditunggu dah kunjung tiba
Ucapan perasmian bulan kebangsaan.

Ucapan Hadirin yang dihormati sekalian,


Perasmian
Pengetua Majlis diteruskan dengan menjemput dan mempersilakan Yang
Berusaha, Tuan Haji Basirun Bin Abdullah Hasim, Pengetua SMK
Karak Setia bagi menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan Majlis Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat SMK
Karak Setia Tahun 2019. Dengan penuh takzimnya, dipersilakan.

 Cue: setelah ucapan selesai.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas ucapan itu tadi.

Hadirin sekalian,

 Cue: setelah usher bersedia untuk gimik pelancaran.

Hadirin sekalian, Majlis sekali lagi menjemput Yang Berusaha,


Gimik Tuan Haji Basirun Bin Abdullah Hasim, Pengetua SMK Karak
Pelancaran Setia diiringi oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran untuk
menyempurnakan gimik pelancaran bulan Kebangsaan Tahun
2019. Majlis mempersilakan.

 Cue: setelah selesai gimik pelancaran.

Majlis merakam ucapan terima kasih atas penyempurnaan gimik


pelancaran itu tadi.

Hadirin sekalian,

Untuk lebih menyerikan majlis, dengan itu dipersilakan kumpulan


Persembahan koir untuk menyampaikan sebuah lagu yang bertajuk “Keranamu
Murid 1 Malaysia”. Majlis mempersilakan.

Majlis merakam ucapan terima kasih atas persembahan itu tadi.

3
Sedap sungguh kuih koci,
Persembahan Mari dimakan bersama saudara,
Murid 2 Bangsa Malaysia kaya tradisi,
Bersama-sama kita pelihara.

Hadirin sekalian,

Tibalah masa yang kita nanti-nantikan. Untuk itu, dipersilakan


kumpulan Tarian .............................. untuk mempersembahkan
sebuah tarian kebudayaan. Majlis mempersilakan.

 Cue: setelah selesai persembahan.

Majlis merakam ucapan terima kasih atas persembahan itu tadi.

Hadirin dewan yang dimuliakan,


Penyerahan
Bendera Kepada Tidak lengkap sambutan bulan kebangsaan kiranya tidak diserikan
Ketua Kelas dengan aktiviti mengibarkan bendera. Justeru, pihak sekolah
berbesar hati untuk menyerahkan bendera kepada wakil setiap
kelas untuk dikibarkan di dalam kelas masing-masing.

Untuk itu, majlis sekali lagi menjemput Yang Dihormati Puan Hilmin
Binti Mohamad, GPK Pentadbiran SMK Karak Setia untuk
mengiringi Tuan Haji Basirun Bin Abdullah Hasim Pengetua SMK
Karak Setia, bagi menyampaikan bendera kepada wakil setia
kelas.

Ketua Kelas diminta bersedia.

Hadirin sekalian, penyerahan bendera dimulakan dengan


kelas .....................................

 Cue: setelah selesai penyampaian

Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas penyempurnaan


penyampaian bendera itu tadi.

Hadirin yang dihormati,

Nyanyian Lagu Majlis diteruskan lagi dengan nyanyian lagu tema bulan
Tema Bulan kebangsaan. Untuk itu, para guru dan murid yang dikasihi,
Kemerdekaan dipersilakan untuk berdiri bagi sama-sama menyanyikan Lagu
Malaysia Bersih, Tanggal 31 dan Jalur Gemilang. Dipersilakan.

4
 Cue: setelah selesai nyanyian tiga buah lagu.

Hadirin sekalian,

Dengan berakhirnya nyanyian lagu tema bulan kebangsaan itu


Penutup tadi, maka berakhirlah majlis kita pada petang ini.

Akar Keladi Melilit Selasih


Selasih Tumbuh Tepi Jambangan
Kalungan Budi Junjungan Kasih
Mesra Kenangan Sepanjang Zaman

Saya mewakili jawatankuasa program memohon ampun ke atas


salah dan silap sepanjang pengendalian majlis.

Sekian terima kasih dan salam hormat.

5
6

Anda mungkin juga menyukai