Anda di halaman 1dari 6

SMK MERADONG, JALAN KJD,

96509 BINTANGOR.

LAPORAN AMALI 7

TAJUK : ANATOMI & FISIOLOGI

SUBTAJUK : SISTEM KARDIOVASKULAR

TUJUAN : Mengukur denyutan jantung, tekanan darah dan

menilai tahap pernafasan semasa senamann


aerobik.

Nama : CHIENG SHAO LIANG


Kelas : U6A10
No. Kad Pengenalan : 000708-13-0047
No. Angka Giliran : SS6201/1106
Guru Pembimbing : CIKGU MUNAN ANGKOM

1
LAPORAN AMALI SISTEM KARDIOVASKULAR DALAM ANATOMI DAN
FISIOLOGI

Pada 20 Febuari 2019, pelajar kelas U6A10 bersama dengan guru mata pelajaran Sains
Sukan iaitu Cikgu Munan telah menjalankan satu latihan amali yang berkaitan dengan system
kardiovaskular bertempat di kelas U6A10. Tujuan untuk menjalankan latihan amali ini adalah
untuk memgukur denyutan jantung, tekanan darah dan menilai tahap pernafasan semasa
senaman aerobic. Di akhir latihan ini, pelajar dapat mengukur denyutan nadi sebelum dan
melakukan senaman naik turun bangku (jenis senaman aerobik) dan mengukur darah sebelum
dan selepas melakukan senaman naik turun bangku.

Pelajar dikehendaki untuk menyediakan peralatan seperti bangku ketinggian 40 cm


untuk lelaki dan 33 cm untuk perempuan, Sphygmomanometer digital (alat mengukur tekanan
darah), metronome dan jam randik dan Carta Rate of Perceived Exertion (RPE). Sebelum
memulakan sesi latihan amali, setiap kumpulan perlu dianggotai oleh pencatat data (denyutan
nadi, tekanan darah dan RPE), penjaga metronome dan masa serta pengukur tekanan darah.
Selepas itu, pelajar duduk di kerusi yang disediakan bersebelahan bangku dalam keadaan rehat
selama 3 minit. Pada minit terakhir sesi rehat, tekanan darah dan denyutan nadi rehat
direkodkan. Seterusnya, pelajar melaksanakan sesi penyesuaian Teknik ujian naik turun
bangku dengan bantuan dan bimbingan daripada guru. Guru pengiring akan memastikan teknik
setiap pelajar adalah betul dan kemudian sesi ini mengambil masa selama 1 minit.

Selepas sesi penyesuaian, pelajar kembali duduk dan rehat selama 3 minit sebelum
memulakan sesi ujian sebenar dengan bantuan ritma metronome dan bimbingan guru.
Metronome dilaraskan pada tahap 90 bagi memberikan frekuensi naik turun pada 22.5 langkaj
seminit (setiap bunyi beep menandakan frekuensi naik-naik, turun-turun, naik-naik dan
seterusnya). Ujian ini telah dijalankan selama 3 minit. Kami diberi maklum RPE berkenaan
tahap kepayahan ujian dan kadar pernafasan. Selepas ujian ini, pelajar dikehendaki duduk serta
merta dan kira kadar nadi dalam masa 10 saat seperti yang dinyatakan dalam latihan amali 4
dengan menggunakan Polar Heart Rate Monitor.

2
Keputusan:

Fasa Denyutan nadi Tekanan darah RPE RPE


Senaman Kadar
keseluruhan pernafasan
Rehat 98 129/78 - -
Senaman 134 162/102 4 3

Kadar senaman Pernafasan Percakapan Perihalan


10 Tercungap-cungap Tidak boleh bercakap Sangat Tinggi
7-9 Sangat dalam dan cepat Terlalu sukar Sederhana tinggi
5-6 Mendalam tetapi stabil Sukar Berat
4 Ketara Agak Sukar Kurang berat
3 Selesa Senang/mudah Sederhana ringan
2 Normal Normal Ringan
1 Normal Normal Paling ringan
0 Tiada kesan Tiada kesan Tiada kesan

Selepas menjalankan latihan amali ini, terdapatnya perubahan pada denyutan nadi iaitu
meningkat dari 98 ke 134 denyutan seminit manakala tekanan darah pula meningkat dari
129/78 ke 162/102 dari masa rehat hingga ke penghujung sesi senaman. Keputusan tersebut
dapat diklasifikasikan sebagai kecergasan kardiovaskular yang baik, tetapi tidak mencapai
keputusan yang cemerlang iaitu kurang atau sama dengan denyutan nadi 121 denyutan seminit
kerana kekurangan menjalankan senaman secara tetap. Berdasarkan Carta RPE di atas, saya
telah mencapai RPE senaman keseluruhan pada aras ke 4 dan RPE kadar pernafasan pada aras
ke 3. Maka, pernafasan saya adalah ketara, percakapan saya selepas senaman dalah agak sukar.
Hal ini menunjukkan latihan amali ini adalah kurang berat bagi saya. Oleh itu, dapat
dikenalpastikan bahawa kesan positif dari aspek fisiologi adalah daya tahan kardiovaskular
dapat dipertingkatkan. Daya tahan dan kekuatan otot juga dapat ditingkatkan melalui senaman
ini.

3
Sebagai kesimpulannya, senaman aerobik adalah penting untuk memastikan keadaan sistem
kardiovaskular kita adalah sentiasa dalam keadaan yang cemerlang serta membantu kita
menghindarkan diri daripada penyakit kronik. Oleh itu, adalah pentingnya kita menjalankan
aktiviti fizikal supaya kita mampu mencapai kecergasan dari segi fisiologi.

DISEDIAKAN OLEH, DISEMAK OLEH,

___________________ _____________________

(CHIENG SHAO LIANG) (MUNAN ANAK ANGKOM)

Pelajar Sains Sukan U6A10 Guru Sains Sukan U6A10

SMK Meradong. SMK Meradong.

4
LAMPIRAN

Pelajar mengukur denyutan nadi dan tekanan


darah sebelum melakukan senaman

Guru pengiring membuat demostrasi sebelum melakukan senaman

5
Pelajar memanaskan badan sebelum amali berlangsung

Pelajar melakukan senaman naik turun bangku.

Anda mungkin juga menyukai