Anda di halaman 1dari 1

PENGUCAPAN AWAM: BULAN MEMBACA

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada tuan pengerusi majlis, tuan pengetua Sekolah
Menengah Agama Izzuddin Shah,pegawai pelajaran daerah, guru-guru dan rakan-rakan
sekalian. Saya Nurfaizatullah Binti Hussaini, selaku ketua murid berasa bertuah kerana diberi
peluang untuk berucap dalam Majllis Pelancaran Bulan Bahasa. Pada hari ini, saya akan
membincangkan mengenai konteks pentingnya membaca.
Para hadirin sekalian,

Kita semua tahu bahawa semangat membaca dalam kalangan pelajar belum begitu
memberangsangkan. Pelbagai kempen dan aktiviti telah dijalankan tetapi semangat membaca
masih ditakuk lama. Kita harus sedar bahawa kejayaan seseorang bermula dengan membaca.
Hanya membaca menjamin kecemerlangan masa hadapan.

Sebelum kita menyuruh orang lain membaca, kita perlulah memulakan terlebih dahulu
agar tidak dikatakan seperti ibu ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Apabila kita rajin
membaca, ianya akan memberi dorongan kepada orang lain seperti slogan kepimpinan melalui
teladan.
Para hadirin sekalian,

Bulan membaca merupakan satu usaha untuk memupuk semangat membaca dalam
tempoh satu bulan. Melalui pengisian pelbagai aktiviti ia akan menarik minat membaca dalam
kalangan pelajar. Contohnya, program nilam yang memerlukan para pelajar untuk mencatat
bilangan buku yang telah dibaca serta membuat sedikit kesimpulan mengenai buku yang telah
dibaca. Program ini menarik minat pelajar untuk membaca kerana pelbagai hadiah yang
menarik disediakan kepada pelajar yang paling banyak membaca.

Selain itu, sudut mempamerkan buku terbaru di perpustakaan juga sangat menarik.
Pameran ini mendorong semnagat membaca dalam kalangan pelajar. Buku-buku terbaru
selalunya akan membangkitkan semangat pelajar untuk membaca kerana mereka tidak akan
puas dengan hanya melihat buku tersebut seperti kata pepatah berjumpa dnegan putih, terlesi
sangat. Tentulah mereka akan meminjam buku tersebut untuk dibaca.
Para hadirin sekalian,

Tokoh-tokoh tertentu juga akan diundang ke sekolah bagi menyemarakkan lagi kempen
Bulan Bahasa. Kehadiran tokoh-tokoh ini dapat menyuntik semangat membaca dalam
kalangan pelajar. Hal ini demikian kerana tokoh-tokoh yang berkarya ini tentulah mampu untuk
menjelmakan motif sebenar penulisan karya mereka. Para pelajar akan tertarik untuk membaca
dan meminjam buku hasil karya tokoh-tokoh tertentu.

Nampaknya telah panjang bicara saya pada hari ini. Saya menyusun sepuluh jari
memohon maaf sekiranya sepanjang saya memebri ucapan, ada menyinggung mana-mana
pihak. Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai