Anda di halaman 1dari 11

1.

0 Pengenalan

Kaedah dan teknik pengajaran sangat memberi kesan terhadap penghasilan


pengajaran bagi tujuan memastikan objektif pembelajaran tercapai. Terdapat pelbagai kaedah
dan teknik pengajaran yang dapat digunakan untuk mengembangkan kemahiran bahasa dalam
bahasa Melayu sekolah rendah.

2.0 Definisi kaedah dan teknik

Kaedah dan teknik mengajar adalah dua istilah yang sering digunakan bersama atau
bertukaran. Kaedah dapat didefinisikan sebagai cara atau peraturan yang digunakan untuk
melaksanakan sesuatu. Kaedah pengajaran ialah satu perancangan atau prosedur bagi
melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur, kemas, dan sistematik. Kaedah merupakan
langkah langkah pengajaran yang tersusun rapi dan berkesinambungan yang harus diikuti
dengan sistematik bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran. Kaedah mestilah tidak
bercanggah dengan pendekatan yang telah dipilih. Oleh itu, pemilihan kaedah yang paling
sesuai amat diperlukan oleh guru untuk memastikan pengajarannya berjalan lancar dan objektif
pengajarannya tercapai.

Menurut Kamus Dewan (edisi keempat), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil
seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Edward M. Anthony (1983)
mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru
yang mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa
tertentu. Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (2003), teknik merupakan
pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia
digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Teknik pengajaran merupakan suatu alat yang
digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih
untuk murid-muridnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan
seirama dengan pendekatan yang digunakan. Secara khususnya teknik merupakan satu cara
penyampaian pelajaran dan perlu diteliti supaya dapat mempercepat penanggapan murid.
3.0 Kemahiran bahasa dalam Bahasa Melayu

kemahiran
bahasa

kemahiran kemahiran kemahiran


lisan membaca menulis

kemahiran kemahiran
mendengar bertutur

Rajah 1: Kemahiran bahasa dalam Bahasa Melayu


Rajah 1 menunjukkan kemahiran bahasa yang terdapat dalam Bahasa Melayu.
Kemahiran yang pertama dalam kemahiran bahasa ialah kemahiran lisan. Kemahiran lisan
melibatkan dua komponen lain yang sama penting iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran
bertutur. Kemahiran mendengar ialah kemahiran yang melibatkan aktiviti penerimaan mesej
atau maklumat dan kemahiran bertutur pula merupakan kemahiran yang melibatkan aktiviti
penghasilan maklumat.

Kemahiran membaca adalah lanjutan daripada kemahiran-kemahiran asas seperti


mendengar dan bertutur. Membaca adalah proses kebalikan daripada proses menulis.
Membaca memerlukan seseorang itu menterjemahkan kembali lambang-lambang bertulis
kepada lambang-lambang bunyi yang hendak disampaikan oleh penulisnya.

Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta
mengeluarkan idea melalui pelbagai penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan
dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda bacaan dan ejaan
yang betul serta tulisan yang jelas dan kemas.

Ketiga-tiga kemahiran ini adalah sangat penting di dalam proses Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah di mana ia merupakan tempat terawal bagi
kanak-kanak untuk menguasai kemahiran-kemahiran ini.
4.0 Aplikasi kaedah dan teknik

- kaedah audio-lingual
kaedah
- kaedah komunikatif

kemahiran lisan
- teknik main peranan
teknik - teknik permainan
bahasa

- kaedah pandang
kaedah sebut
- kaedah abjad
Aplikasi kaedah dan
kemahiran membaca
teknik
- teknik Knowledge,
teknik What, Learn, How
(KWLH)

- kaedah proses
kaedah - kaedah pengalaman
bahasa (LEA)
kemahiran menulis

- teknik peta minda


teknik
- teknik penyoalan

Rajah 2: Contoh-contoh kaedah dan teknik kemahiran bahasa

4.1 Aplikasi kaedah dan teknik kemahiran lisan

Terdapat pelbagai contoh kaedah dan teknik pengajaran bagi kemahiran lisan
yang dapat diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran guru. sebagai contoh,
kaedah audio-lingual, komunikatif, fonetik/linguistik dan sebagainya. Kaedah kemahiran
lisan yang diterangkan dalam tugasan ini ialah kaedah audio-lingual dan komunikatif.
Guru hendaklah memilih kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai supaya objektif
pembelajaran dapat dicapai.

Antara contoh kaedah kemahiran lisan ialah kaedah audio-lingual. Kaedah


audio-lingual merupakan gabungan dua kemahiran iaitu kemahiran mendengar (audio)
dan kemahiran bertutur (lingual). Kaedah ini mementingkan penggunaan bahan bantu
mengajar berupa alat-alat audio seperti radio, pita rakaman, compact disk (audio) dan
piring hitam. Bahan-bahan yang diperdengarkan kepada murid-murid ialah bunyi haiwan,
nyanyian, petikan cerita, sajak, dan sebagainya.

Kaedah komunikatif pula mementingkan proses pemerolehan bahasa kanak-


kanak yang melibatkan kognitif dan interaksi bahasa. Kaedah ini menitikberatkan
pengajaran kecekapan bahasa, iaitu tatabahasa dan kecekapan komunikatif khususnya
kemahiran mendengar dan bertutur. Ketika murid-murid melalui proses pemerolehan
bahasa, mereka menguasai makna terlebih dahulu sebelum dapat menggambarkan
makna tersebut dalam struktur ayat tertentu. Proses menggambarkan makna dalam
struktur ayat tertentu tersebut memerlukan guru-guru melatih murid-murid menguasai
kemahiran mendengar dan bertutur melalui aktiviti bahasa yang bermakna.
Sehubungan itu, aktiviti-aktiviti bahasa yang bermakna dalam kaedah komunikatif ialah
penyelesaian masalah, perbincangan, dialog, sumbang saran, wawancara dan
sebagainya.

Antara contoh teknik kemahiran menulis ialah teknik permainan bahasa. Teknik
permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik
permainan. Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar
memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik.
Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa
pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis Mewujudkan
satu suasana pembelajaran bahasa yang selesa dan menggembirakan serta
membolehkan murid-murid menggunakan bahasa sebagai alat perantaraan semasa
bermain. Guru dapat memupuk semangat bersaing di antara murid-murid. Dapat
menanamkan semangat kerjasama antara ahli kumpulan. Selain itu, guru juga dapat
melatih murid-murid untuk mengaktifkan kecekapan bahasa mereka serta
mengembangkan penguasaan keempat-empat kemahiran bahasa.

Selain itu, dengan menggunakan teknik permainan dalam pengajaran dan


pembelajaran dapat meneguhkan penggunaan unsur-unsur bahasa tertentu tanpa
disedari oleh murid-murid. Teknik ini juga dapat mewujudkan situsi sosial yang sihat
bagi membolehkan murid berinteraksi dengan rakan sebaya mereka dan mendorong
minat murid untuk berkerjasama bagi menjayakan sesuatu tugas yang diberi (Abd.Aziz
Abd Talib, 2000). Melalui kaedah ini, murid-murid akan mendengar (contohnya bunyi
sajak daripada pita rakaman). Melalui pengalaman mendengar tersebut, murid-murid
akan berlatih menyebut perkataan, frasa dan ayat yang didengar termasuk nada dan
intonasinya secara latih tubi. Murid-murid seterusnya akan berlatih mendeklamasikan
sajak dengan rakan secara berpasangan atau berkumpulan. Melalui kaedah ini, murid-
murid lebih mudah mengingat maklumat yang didengar. Ingatan murid-murid juga dapat
diperkukuh dengan cara mendengar semula rakaman dan berbincang dengan rakan-
rakan.
Contoh teknik kemahiran yang seterusnya ialah teknik main peranan. Teknik
main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah yang dianggap
penting. Melalui teknik ini, murid-murid diberi peranan dan bertindak sebagai watak-
watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan. Walaupun begitu, teknik
main peranan ini ialah satu bentuk drama yang tidak memerlukan penghafalan skrip.
Murid-murid yang berlakon dalam teknik ini cuba menyelesaikan atau menjelaskan
sesuatu situasi kepada murid-murid yang lain. Murid-murid yang lain akan
mempraktikkan peranan murid-murid yang berlakon tadi secara spontan. Oleh hal yang
demikian, teknik ini amat bersesuaian digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran
kemahiran lisan. Teknik ini dapat dijalankan dengan guru memberi pemikiran masalah
yang sesuai, misalnya amalan menabung. Seterusnya masalah ini dikemukakan kepada
murid-murid dengan cara membacakan atau memperlihatkan melalui filem, televisyen
atau memperdengarkan rakaman. Berdasarkan perkara yang dilihat dan didengar,
murid-murid akan melakukan main peranan untuk menunjukkan amalan menabung
tersebut. Murid-murid lain akan mempraktikkan peranan yang telah dimainkan secara
spontan. Akhir sekali guru bersoal jawab dengan murid tentang aktiviti main peranan
yang telah dijalankan, misalnya kebaikan amalan menabung.

4.2 Aplikasi kaedah dan teknik kemahiran membaca

Contoh-contoh kaedah kemahiran membaca ialah kaedah pandang sebut.


Kaedah ini dikenal sebagai kaedah seluruh perkataan kerana pelajaran dimulakan
dengn memperkenalkan perkataan dan bukan huruf atau suku kata. Aktiviti yang
dijalankan dengan kaedah ini memberi fokus agar murid memandang dan menyebut
perkara yang dilihat oleh mereka. Hal ini bermaksud bahawa, pengajaran bacaan tidak
dimulakan dengan mengenal dan menghafal huruf atau abjad secara satu per satu tetapi
murid-murid akan diperkenalkan dengan perkataan atau ayat lengkap yang disertai
gambar. Melalui kaedah ini, pengajaran membaca adalah berdasarkan perkataan-
perkataan yang biasa (sight words) diguna seharian yang membentuk kebanyakan
pertuturan kita seperti saya, makan, lari, main, emak, bapa dan sebagainya. Guru akan
memperkenalkan beberapa perkataan dahulu dan diulang-ulang menyebutnya.
Kebiasaannya perkataan tersebut disertakan gambar dan adalah diandaikan yang murid
belajar secara pandang (visual). Kaedah ini tidak menggunakan aktiviti mengeja sama
sekali. Sekiranya murid tidak dapat menyebut perkataan tertentu, guru digalak
menggunakan fonik atau bunyi huruf, iaitu menghubungkan satu huruf dengan satu
bunyi untuk membantu pelajar menyebut perkataan tersebut. Misalnya bagi
perkataan ”gula”, guru boleh membantu murid dengan menyebut bunyi huruf ”g” iaitu
[ g ] dan kalau perlu membunyikan suku kata [ gu ].
Kaedah abjad merupakan antara contoh kaedah bagi kemahiran membaca.
Kaedah ini berfokus kepada penghafalan abjad, pembentukan suku kata dan aktiviti
mengeja. Kaedah abjad urut dilabelkan sebagai kaedah nama-nama huruf oleh Azman
Wan Chik (1993), iaitu huruf-huruf rumi daripada A hingga Z. Antara prinsip kaedah
abjad adalah setiap perkataan terdiri daripada beberapa huruf. Oleh itu, untuk
membolehkan murid-murid membaca perkataan, mereka perlu diperkenalkan dengan
huruf-huruf yang menjadi unsur perkataan. Erti kata lain, murid-murid mesti menghafal
nama-nama huruf sebelum didedahkan kepada peringkat membaca perkataan-
perkataan mudah. Kaedah ini dapat diaplikasikan dengan guru memperkenalkan
kesemua 26 huruf yang terdapat dalam bahasa Melayu daripada A hingga Z. Kemudian,
murid-murid diarahkan menghafal setiap lambang abjad. Huruf besar diperkenalkan
terlebih dahulu sebelum huruf kecil diajarkan menurut Abdul Aziz Abdul Talib (2000)
atau kedua-dua bentuk huruf kecil dan huruf besar didedahkan serentak seperti menurut
Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1985). Setelah murid mengenal kumpulan huruf
A hingga Z, guru akan menarik keluar bunyi-bunyi vokal daripada kumpulan ini. Guru
akan mengajar membina suku kata menerusi proses penggabungan bunyi-bunyi vokal
dan konsonan, contohnya “sa”, “ya”,”ma”, ”kan”, ”ro”, “ti” dan sebagainya. Murid-murid
akan diajar kemahiran mengeja perkataan-perkataan mudah. Sebagai contoh, “saya”,
“makan”, “roti” dan sebagainya.

KWLH

What I want What I learned How much I want to


What I know (Tahu) (Hendak/Ingin Tahu) (Pelajari) know (Bagaimana)

mencatat bagaimana, bila dan


mencatat maklumat yang sudah mencatat maklumat yang ingin mencatat isi penting yang
di mana untuk mendapatkan
diketahui berdasarkan tajuk diketahui dengan lebih lanjut diperoleh daripada bahan
maklumat yang belum lengkap
yang akan dibincangkan. berdasarkan tajuk yang dibaca. bacaan berdasarkan tajuk.
berdasarkan teks yang diberi.

Rajah 3: Teknik KWLH

Contoh teknik bagi kemahiran membaca ialah teknik KWLH. Teknik KWLH ialah
satu teknik membaca secara kritis yang memerlukan pelajar meninjau perkara-perkara
yang telah diketahui, yang akan diketahui dan yang telah dipelajari. Teknik ini bertujuan
menggalakkan pelajar mencari maklumat tambahan daripada pelbagai sumber. Teknik
ini juga sesuai dilaksanakan untuk bacaan ekstensif dan kritis. Tujuan teknik KWLH ialah
mengenal pasti perkara-perkara yang sudah dipelajari dan perkara-perkara tambahan
yang perlu diketahui lagi di samping meningkatkan pemahaman pembaca berkenaan
sesuatu bahan yang dibaca. Bagi mengaplikasikan teknik ini, guru perlu menyediakan
tajuk dan memberi borang KWLH kepada pelajar. Kemudian, guru berbincang dengan
pelajar tentang tajuk dan meminta pelajar mengisi ruangan ‘K’ (apa yang saya tahu)
berkaitan dengan tajuk. Guru meminta pelajar mengisi ruangan ‘W’ (apa yang saya ingin
tahu) tentang tajuk yang diberi. Guru akan memberi petikan dan meminta pelajar
membaca dan mencatat isi-isi penting dalam ruangan ‘L’ (apa yang saya telah pelajari).
Guru berbincang dengan pelajar tentang perkara yang telah mereka pelajari dan
meminta pelajar mengisi ruangan ‘H’ (bagaimana saya boleh mendapatkan maklumat
tambahan) berkaitan dengan tajuk yang dipelajari.

4.3 Aplikasi kaedah dan teknik kemahiran menulis

Contoh-contoh kaedah kemahiran menulis ialah pendekatan proses.


Pendekatan proses menekankan proses dalam penghasilan sesebuah karangan, bukan
kepada hasil penulisan tersebut. Dalam pendekatan ini penulisan akan dimulai dengan
proses menulis draf, menyemak dan membincangkannya. Dalam pendekatan ini juga,
penulisan akan dilihat dari aspek format yang betul, struktur penulisan yang sesuai, dan
penggunaan tatabahasa yang tepat, sebagai suatu penulisan yang baik. Sehubungan
dengan itu, pendekatan ini memerlukan penulis menguasai kemahiran bahasa yang baik,
di samping mempunyai pengetahuan tentang format atau model penulisan yang baik.

Kaedah pengalaman berbahasa (LEA) merupakan contoh kaedah bagi teknik


kemahiran menulis. Kaedah ini berasaskan prinsip bahawa kemahiran berbahasa tidak
boleh dipecah-pecahkan dalam bentuk yang berasingan, seperti kemahiran mendengar,
bertutur, membaca, dan menulis (Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz,
2003). Sehubungan dengan itu pendekatan ini menekankan konsep dan penggunaan
struktur bahasa yang bermakna, yang boleh dituturkan dan dituliskan. Pendekatan ini
juga mengeksploitasi pengalaman bahasa yang bermakna dalam kalangan pelajar
untuk dijadikan bahan perbincangan dalam proses penulisan karangan. Kaedah ini
dapat diaplikasikan dengan guru meransang perbincangan berkaitan dengan tajuk yang
dipilih. Murid-murid digalakkan memberi sumbangan untuk membina cerita. Perkataan-
perkataan tertentu yang akan digunakan dalam petikan akan disebut dalam
perbincangan oleh guru. Murid-murid diminta membina ayat berdasarkan idea yang
mereka berikan. Setelah selesai, guru membimbing murid memberi tajuk cerita. Guru
menulis ayat-ayat untuk membina cerita bertulis. Setelah cerita selesai, Guru membaca
secara nyaring, murid mendengar. Murid menyalin teks yang telah ditulis oleh guru.
Murid menggariskan perkataan yang mereka tahu. Guru meminta murid-murid
menggunakan perkataan yang mereka tahu dalam situasi.

Contoh-contoh teknik bagi kemahiran menulis ialah teknik peta minda dan teknik
penyoalan. Teknik Peta Minda digunakan untuk memandu pelajar ke arah penghasilan
isi yang bernas dan tersusun dalam penulisan. Dalam teknik ini, guru akan
menyenaraikan isi-isi serta huraian yang dihasilkan melalui perbincangan dengan
pelajar, dalam bentuk Peta Minda di papan tulis. Penggunaan Peta Minda ini akan
memudahkan pelajar melihat kesinambungan isi-isi, dan perkara-perkara yang
berkaitan dengan sesuatu tajuk.

Teknik penyoalan boleh digunakan untuk mencungkil idea dalam penulisan


karangan (Koh Boh Boon, 1989). Dalam teknik ini guru akan menyediakan soalan-
soalan yang berkaitan dengan isu atau perkara yang akan ditulis. Penyoalan yang
melibatkan ‘apa’, ‘bila’, ‘mengapa’, dan ‘bagaimana’ boleh digunakan untuk
menggalakkan pelajar befikir ke arah isi-isi penulisan

5.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, pelbagai kaedah dan teknik yang boleh digunakan oleh guru untuk pengajaran,
Kaedah dan teknik pengajaran yang digunakan hendaklah sesuai dengan tahap keupayaan
kanak-kanak dan menarik minat. Kaedah dan teknik pengajaran memberi kesan terhadap
pembelajaran murid bagi mencapai objektif pembelajaran.
RUJUKAN

Abd.Aziz Abd Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik. Kuala

Lumpur: Utusan Publication & Distributors and. Bhd.

Abd.Aziz Abd Talib. (1989). Pengajaran dan Pengujian Bahasa. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Abdullah Hassan. (1987). Isu-isu pembelajaran dan pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala

Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azman Wan Chik. (1986). Mengajar Bahasa Malaysia, Jilid 1 & 2. Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Chomsky. (1957). On Human Communication. Cambridge : Mass

Edward M. Anthony. (1963). Approach, method and technique. English language

teaching, 17(2), 63-67.

Institut bahasa. (1994). Strategi Pendidikan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka

Juriah Long, Raminah Hj Sabran dan Sofiah Hamid. (1990). Perkaedahan Bahasa Malaysia.

Kuala Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia.

Kamaruddin Hj Husin. (1988). Pedagogi Bahasa. Kuala Lumpur: Sri Pendidikan Longman Sdn

Bhd.

Kamaruddin Hj Husin. (1991). KBSM dan Model-model Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur

Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. (2003). Pedagogi Untuk Asas Pendidikan.

Kamus Dewan. (2007). Edisi keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Koh Boh Boon. (1989). Perspektif-perspektif Dalam Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Raminah Hj Sabran. (1991). Penilaian dan Pengujian Bahasa Malaysia: Penerapannya pada
Peringkat Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan 1
2.0 Definisi kaedah dan teknik 1
3.0 Kemahiran bahasa dalam bahasa Melayu 2
4.0 Aplikasi kaedah dan teknik 3
4.1 Aplikasi kaedah dan teknik kemahiran lisan 3
4.2 Aplikasi kaedah dan teknik kemahiran mendengar 5
4.3 Aplikasi kaedah dan teknik kemahiran menulis 7
4.0 Kesimpulan 8
Rujukan 9