Anda di halaman 1dari 10

BIDANG TUGAS AHLI-AHLI JAWATAN KUASA INDUK PELAJAR GITA

1. Pengerusi
 Bertanggungjawab dalam menguruskan pentadbiran, kewangan dan sebarang
aktiviti serta aktiviti produksi pementasan.
 Memastikan arahan daripada penasihat GITA dapat dijalankan mengikut kesesuaian.
 Memberi arahan yang tepat dan jelas kepada jawatan kuasa dalam melaksanakan tugas atau aktiviti.
 Menjadi orang tengah dalam mengemukakan cadangan atau usul ahli kepada pihak yang berkenaan dan
menjadi perantara antara pihak produksi pementasan GITA dan pihak jawatankuasa induk pelajar serta
jawatankuasa induk pensyarah.
 Bertanggung jawab menentukan hala tuju persatuan GITA dan berperanan dalam mengekalkan hala tuju
GITA sebagai latihan dalaman IPG kepada guru-guru pelatih.

2. Timbalan Pengerusi
 Membantu Pengerusi dalam melicinkan perlaksanaan aktiviti GITA.
 Memangku tugas pengarah semasa ketiadaannya.

3. Setiausaha
 Bertanggungjawab kepada pengerusi dalam bidang pengurusan dan pentadbiran GITA.
 Mengumpul semua maklumat seperti merekodkan semua fail-fail untuk rujukan, salinan skrip bagi setiap
pementasan, pelaporan bagi setiap aktiviti GITA.
 Bertanggungjawab untuk hadir setiap mesyuarat dalam perlaksanaan program GITA.
 Menguruskan urusan surat menyurat kepada pihak yang berkenaan.
 Memanggil ahli jawatan kuasa untuk bermesyuarat.
 Menyedia dan mengedarkan catatan minit mesyuarat dan surat pekeliling kepada yang berkenaan.
 Bersama pengerusi menentukan tempat, masa, tarikh dan agenda mesyuarat.
 Mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berkelompok di kalangan ahli jawatan kuasa.
 Menyediakan kertas kerja yang diperlukan oleh program induk GITA sahaja. Jika ada pementasan,
Setiausaha Produksi yang mainkan peranan.
 Menyusun dan menyediakan tempat dan kemudahan mesyuarat.
 Berbincang dan menjadi tempat rujukan oleh setiausaha produksi pementasan.

4. Naib Setiausaha
 Membantu Setiausaha dalam melicinkan perlaksanaan aktiviti GITA.
 Memangku tugas Setiausaha semasa ketiadaannya.

5. Bendahari
 Bertanggungjawab kepada pengerusi dalam bidang pengurusan pentadbiran kewangan.
 Menyedia dan menyimpan buku akaun GITA.
 Menerima dan menyimpan cek-cek dan wang tunai milik persatuan.
 Menyimpan semua resit-resit, baucar-baucar, buku rekod wang keluar masuk dan lain-lain yang berkaitan
dengan pengurusan kewangan.
 Menjaga dan menguruskan harta benda persatuan dengan baik.
 Menyediakan laporan wang masuk dan keluar setiap kali mesyuarat.
 Memberi pandangan dalam usaha untuk menyelesaikan masalah kewangan bagi perlaksanaan produksi dan
program.
 Menjadi tempat rujukan kepada Bendahari Produksi bagi sebarang aktiviti kerja-kerja produksi pementasan
GITA yang memerlukan peruntukan.

5. Ahli Jawatankuasa Khas GITA


 Menghadiri semua mesyuarat persatuan.
 Menerima dan melaksanakan semua tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepada mereka.
 Menyumbangkan idea, pendapat dan tenaga untuk menjayakan rancangan atau projek yang telah ditetapkan
oleh persatuan.
 Boleh melantik ahli-ahli jawatankuasa kecil jika dirasakan perlu.
 Bersama-sama bertanggungjawab terhadap segala keputusan yang telah dipersetujui dalam sesuatu
mesyuarat.
SENARAI JAWATAN KUASA PRODUKSI TEATER

Olahan Skrip/ Arahan :


Pengarah Karya :
Pengarah Produksi : (samada Pengerusi GITA / individu lain yang berperanan besar dalam
memastikan kejayaan pementasan)

PENGURUSAN
Pengarah Produksi :
Pengurus Produksi :
Setiausaha :
Bendahari :

Jawatankuasa Pengurusan Produksi

Pengurus Artisan/ Karyawan :


Dana/ Sumbangan :
Penginapan :
Pengiklanan/ Publisiti :
Pensijilan :
T shirt :

Jawatankuasa Pengurusan Acara / Majlis

Protokol dan Aturcara :


Persiapan / Tempahan Tempat :
Sambutan/Jemputan :
Pengangkutan :
Teknikal :
Dokumentasi :
Cenderamata :
Pengacaraan :
Buku Program :

PEMENTASAN

Jawatankuasa Pementasan dan karya

Pengarah Artistik :
Skrip / Karya :
Pengarah :
Penolong Pengarah :
Pengurus Pentas :
Transformers :
Krew Pentas :
Penata Cahaya :
Penata Bunyi :
Set dan Props :
Penata Kostum :
Penata Tatarias :
Runner :
Persembahan Multimedia / Reka Bentuk keseluruhan :
(Master Designer)
BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PENGURUSAN

JAWATANKUASA PENGURUSAN PRODUKSI

Jawatan Bidang Tugas


Pengarah Produksi  Dipegang oleh samada Pengerusi Induk Pelajar GITA atau mana-mana
individu yang mampu memantau dan memastikan perjalanan kerja-
kerja pengurusan produksi serta pementasan berjalan lancar.
 Berperanan dalam menjadi perantara jawatankuasa produksi dan
jawatankuasa induk pelajar GITA bagi melancarkan urusan seperti hal
kertas cadangan dan peruntukan.
 Memastikan arahan daripada penasihat GITA dapat dijalankan
mengikut kesesuaian.
 Memberi arahan yang tepat dan jelas kepada jawatan kuasa
dalam melaksanakan tugas atau aktiviti.
 Bertanggungjawab dalam melaksanakan post mortem keseluruhan
produksi.

Pengurus Produksi Pengurus bertanggungjawab dalam aspek-aspek ’business’. Antara tugasnya


ialah
 Mengurus dan mencari wang untuk membiayai produksi
 Berhubung dengan pihak luar untuk sebarang urusan.
 mendapatkan pelajar yang akan berada di dalam jawatankuasa
pengurusan .
 Memastikan kerja persiapan tempat.
 menyelia tugas-tugas perlaksanaan produksi
 menyediakan belanjawan untuk sesebuah produksi. (Perlu
bekerjasama dengan Pengarah Pementasan.)
 Bertanggungjawab untuk hadir setiap mesyuarat produksi.

Setiausaha  Bertanggungjawab kepada pengurus Produksi dalam bidang


pengurusan dan pementasan.
 Mengumpul semua maklumat seperti merekodkan semua fail-fail
untuk rujukan, salinan skrip bagi setiap pementasan, pelaporan bagi
produksi pementasan dan perlu serahkan pada Setiausaha Induk
Pelajar GITA .
 Bertanggungjawab untuk hadir setiap mesyuarat produksi.
 Menguruskan urusan surat menyurat kepada pihak yang berkenaan
bagi produksi pementasan.
 Memanggil ahli jawatan kuasa produksi untuk bermesyuarat.
 Menyedia dan mengedarkan catatan minit mesyuarat dan surat
pekeliling kepada yang berkenaan.
 Bersama pengurus produksi dalam menentukan tempat, masa, tarikh
dan agenda mesyuarat/ perjumpaan produksi.
 Menyediakan kertas kerja yang diperlukan oleh produski pementasan
serta menyediakan salinan kepada Setiausaha Induk Pelajar GITA.
 Menyusun dan menyediakan tempat dan kemudahan mesyuarat/
perjumpaan.
 Sentiasa merujuk kepada Setiausaha Induk Pelajar GITA dalam
sebarang urusan yang perlu. .
Bendahari  Bertanggungjawab kepada Pengurus Produksi dalam bidang
pengurusan pentadbiran kewangan.
 Menyimpan semua resit-resit, baucar-baucar, buku rekod wang
keluar masuk dan lain-lain yang berkaitan dengan pengurusan
pementasan.
 Menyediakan laporan wang masuk dan keluar setiap kali mesyuarat.
 Memberi pandangan dalam usaha untuk menyelesaikan
masalah kewangan bagi perlaksanaan produksi dan program.
 Sentiasa merujuk Bendahari Induk Pelajar GITA dalam urusan
Peruntukan dan kewangan Produksi.
Pengurus Artisan / Karyawan  Menguruskan pencarian dan kebajikan para artisan serta karyawan
dalam pelaksanaan sebelum dan semasa pementasan.
 Berurusan dengan Pengarah Produksi, Pengurus Produksi dan
Pengarah Pementasan dalam menentukan artisan dan karyawan yang
terlibat.
 Bertanggungjawab untuk memastikan bahawa setiap pelaku serta ahli
produksi yang terlibat berada di tempat latihan pada masa yang telah
ditetapkan. Sekiranya pelaku tidak tepat pada masanya, pengurus
artis akan bertugas untuk mendapatkan (mencari) pelaku tersebut
untuk berada di tempat yang sepatutnya. Pengurus artis
bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada pengarah sama ada
semua pelaku dalam produksi sudah sampai ataupun belum di lokasi
supaya dapat latihan dimulakan

Dana & Sumbangan  Bekerja di bawah Bendahari Produksi.


 Menguruskan sumber peruntukan melalui dana dan sumbangan
mana- mana pihak.
 Merekodkan maklumat tentang pemerolehan dana dan menyerahkan
pada Bendahari Produksi untuk urusan perbelanjaan.
 Merujuk Setiausaha Produksi dalam sebarang urusan surat menyurat.

Pengiklanan & Publisiti  Berperanan dalam mengiklankan produksi pementasan pada pihak
tertentu secara nyata atau melalui media social.
 Perlu berurusan dengan pereka keseluruhan produksi (master
designer) dalam mendapatkan corak reka bentuk utama (poster /
trailer )
 Memastikan semua pengiklanan secara nyata yang ditampal dicabut
serta merta selepas pementasan.
Pensijilan  Mendapatkan senarai nama dan maklumat diri daripada Setiausaha
Produksi untuk penyediaan sijil.
 Berurusan dengan Bendahari Produksi dalam mendapatkan
peruntukan untuk sijil.
 Memastikan kesemua sijil diedarkan.
 Berurusan dengan Penasihat Persatuan dalam mendapatkan nombor
rujukan keluaran sijil dan urusan tandatangan.

T shirt  Menguruskan reka bentuk T shirt .


 Berurusan dengan pereka keseluruhan produksi (master designer )
untuk mendapatkan reka bentuk utama produksi.
 Menguruskan tempahan T shirt dengan mana-mana pihak penjual.
 Menguruskan kutipan wang dari barisan produksi dan pensyarah
 Menguruskan pengambilan dan pembahagian t shirt
JAWATANKUASA PENGURUSAN ACARA / MAJLIS

Protokol / Aturcara  Berperanan dalam menyediakan tentatif program dan


membentangkannya dalam mesyuarat pengurusan produksi.
 Menyediakan teks pengacara majlis
 Mendapatkan maklumbalas jemputan kehormat daripada ajk
jemputan.
 Menguruskan gimik (jika ada)
 Menyambut tetamu pada pintu masuk bersama jawatankuasa yang
terlibat.

Persiapan Tempat  Menguruskan tempahan dewan / tempat pementasan berlangsung.


 Menyediakan label kerusi untuk jemputan
 Menyediakan kerusi, meja, alas meja dan air untuk VIP
 Memastikan kebersihan dan keperluan tempat pementasan terjaga
dan mencukupi sebelum, semasa dan selepas pementasan.

Sambutan / Jemputan  Berurusan dengan Setiausaha Produksi untuk urusan surat menyurat
jemputan luar.
 Menyerahkan senarai jemputan pada ajk protokol dan aturcara untuk
penyediaan teks pengacara.
 Menyerahkan senarai jemputan pada ajk persiapan tempat untuk
urusan penyediaan dewan.
 Menyambut tetamu pada pintu masuk bersama jawatankuasa yang
terlibat.
 Menguruskan jamuan untuk jemputan kehormat (jika ada)

Pengangkutan  Menguruskan pengangkutan bagi menjemput tetamu (jika perlu)


 Menguruskan pengangkutan bagi pergerakan props atau mana-mana
set yang diperlukan dalam produksi.

Teknikal  Menguruskan tempahan PA system , spotlight, lcd, mikrofon dan


sebagainya untuk pementasan.
 Perlu berurusan dengan pengarah produksi, pengurus produksi dan
pengarah pementasan tentang keperluan dan sumber yang boleh
diperoleh.
 Menyediakan beberapa orang ajk untuk mengawasi dan menjaga
penggunaan mikrofon dan sebagainya. Seperti pertukaran headmic.
 Skop tugas ajk teknikal merangkumi system audio, bunyi dan
tayangan multimedia.
 Memastikan peralatan tersedia semasa raptai, dan dikemas dengan
rapi selepas pementasan.

Dokumentasi  Berperanan dalam merakam segala bukti gambar atau video


sepanjang kerja –kerja produksi dilaksanakan iaitu sebelum, semasa
dan selepas pementasan.
 Menyerahkan segala data dokumentasi pada setiausaha produksi
untuk urusan pelaporan.

Cenderamata  Menguruskan penyediaan cenderamata kepada tetamu jemputan.


 Berurusan dengan pengarah produksi dan Bendahari Produksi untuk
peruntukan dan jenis cenderamata yang perlu disediakan.
 Menyediakan kelengkapan penyampaian cenderamata seperti dulang
dan alas.
 Melantik beberapa ajk cenderamata untuk memudahkan sesi
penyampaian (jika perlu)
 Bertanggungjawab dalam memastikan tetamu jemputan peroleh
cenderamata untuk dibawa pulang selepas pementasan.
Pengacaraan  Berurusan dengan ajk protokol dan aturcara berkaitan dengan
penyediaan teks pengacara.
 Menghadiri diri ke raptai pementasan
 Sentiasa bersedia dengan sebarang perubahan majlis.
 Melantik dan melatih pengacara majlis jika perlu.
 Memastikan pengacara majlis hadir sesi raptai.
 Menguruskan pemakaian dan ketrampilan pengacara semasa
pementasan.
 Membuat salinan master teks pengacara majlis untuk diedarkan pada
pihak yang memerlukan semasa pementasan seperti bahagian
teknikal, bahagian audio, bahagian multimedia dan sebagainya.

Buku program  Menyediakan buku program / flyers kepada pihak tetamu.


 Berurusan dengan pereka keseluruhan (master designer) untuk reka
corak utama yang diperlukan dalam buku program.
 Menyerahkan satu salinan buku program kepada setiausaha produksi
untuk penyimpanan bahan program.
BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PEMENTASAN

JAWATANKUASA PEMENTASAN DAN KARYA

Jawatan Bidang Tugas


Pengarah Artistik  Berperanan dalam menentukan hala tuju visual pementasan dari
pelbagai sudut seperti rekaan set, rekaan props, rekaan cahaya, rekaan
audio, rekaan kostum, rekaan solekan, rekaan multimedia dan lain-lain
yang berkaitan dengan bentuk konsep sesebuah persembahan.
 Lebih tertumpu pada hala tuju produksi dan juga berhak member
pandangan atau idea-idea kreatif kepada pengarah karya.
 Boleh dilantik hanya jika perlu.
Skrip / Karya  Menyediakan sebuah naskah pementasan.
 Berhak menentukan corak persembahan jika ada perkara yang ingin
diubah oleh pengarah.
 Jika ianya ialah olahan dari skrip yang sedia ada, perlu dinyatakan
maklumat penulis asal.
Pengarah  Pengarah membangunkan konsep produksi, menjelaskan kepada
pelaku-pelaku, membantu pelaku mewujudkan peranan dan watak-
watak dan menggarap keseluruhan persembahan produksi.
 Pengarah adalah seorang yang menerajui sebuah produksi yang
melibatkan kerja-kerja teknikal dan proses kreatif.
 Merupakan pemimpin kepada sekumpulan tenaga kerja pentas bagi
melaksanakan kehendak kesenian yang menepati ilusi dan kreativiti.
 Pengarah juga perlu mempunyai cara komunikasi yang boleh difahami
oleh semua yang terlibat dengan produksinya.
 Bertanggungjawab mengkoordinasikan aspek-aspek lain di dalam
sesebuah produksi seperti idea-idea untuk pereka-pereka bentuk.
 Tugas-tugas pengarah ialah:

1. Skrip
- Memahami dan menganalisis skrip dari segi plot, tema
serta persoalan yang ingin
disampaikan oleh penulis.
- Menentukan gaya pementasan yang hendak disampaikan
- Melakukan perubahan bagi penyesuaian persembahan jika
perlu dengan syarat mendapat persetujuan daripada penulis
asal.

2. Konsep Persembahan
- Memilih dan mengembangkan konsep keseluruhan
produksi.
- Menerangkan konsep persembahan yang dikehendaki
kepada semua pelaku serta petugas-petugas lain.
- Menggunakan semua ilmu dalam seni persembahan yang
diketahuinya untuk melaksanakan realiti konsep
persembahan.
- Menggarap unsur-unsur dramatik dan estetik dalam sebuah
persembahan.
3. Lakonan/Pelakuan
- Memahami watak-watak (peranan-peranan) – fizikal,
psikologi, mental
- Menetapkan jenis watak dan perwatakan dalam
persembahan.
- Memilih pelaku (dengan menggunakan pelbagai kaedah
untuk memilih)
- Menjadi pengajar, pengkritik, pemimpin, sahabat,
pendisiplin serta penggarap pada sebuah persembahan.
-Mengarah latihan serta menyusun ruang lakon para pelaku
di pentas.
-Menyediakan jadual latihan.

4. Teknikal
- Memahami keperluan hiasan latar (setting), kostum
(busana), tatacahaya, tatarias supaya sesuai dengan konsep
yang dipilih.
- Bekerjasama dengan petugas-petugas produksi yang lain
dengan berjumpa dan berbincang dengan pereka-pereka
tentang konsep produksi.
- Menetapkan apa yang dikehendakinya dan pereka-pereka
mesti menyediakan perkara tersebut.
- Mengadakan perjumpaan dengan pasukan teknikal dari
semasa ke semasa untuk meninjau perkembangan setiap
seksyen.

Penolong Pengarah  Membantu Pengarah dalam melaksanakan kelancaran produksi .


 Menggantikan pengarah semasa ketiadaannya.

Pengurus Pentas  Berperanan dalam pengendalian sekumpulan tenaga kerja bagi


Transformer menjayakan sesebuah produksi.
Krew Pentas  Segala tugas pentas seperti pertukaran set, pertukaran pakaian dan
make up, keluar masuk pelaku serta props yang digunakan pada hari
pementasan adalah bawah pengawasannya.
 Perlu berurusan dengan pengarah pementasan dan bahagian-bahagian
tertentu seperti penata cahaya, penata bunyi, set dan props.
 Melantik transformer dan krew pentas bagi melancarkan kerja-kerja
pementasan dan Persiapan pengurusan pentas.

Penata Cahaya  Memutuskan setiap ruang cahaya: warna, adunan, bilangan lampu,
intensiti dan kebenderangan lampu, sudut di mana cahaya menyinari
pelakon dan jangka waktu yang diperlukan untuk diterangkan,
digelapkan atau disuramkan.
 Terang atau gelap bermaksud kesan terhadap sesuatu yang
digambarkan berdasarkan emosi atau zaman. Dalam hal ini cahaya
perlu direka atau ditatakan. Tugas ini diterajui oleh seorang pereka
cahaya dan dibantu oleh satu kumpulan kerja yang dapat mencapai
maksud.
 Harus sentiasa berbincang dengan pengarah dan bertanggungjawab
dengan kemahuan serta keperluan pengarah dari semasa ke semasa
 Perlu berurusan dengan ajk Teknikal Produksi bagi menentukan jenis
dan kualiti peralatan untuk penata cahaya.

Penata Bunyi  Mencipta dan menentukan apakah bentuk kesan bunyi atau lagu yang
digunakan dalam persembahan.
 Latar bunyi yang dicipta hendaklah bersesuaian dengan konsep serta
kemahuan pengarah persembahan.
 Perlu berurusan dengan ajk Teknikal Produksi bagi menentukan jenis
dan kualiti peralatan untuk penata bunyi.
Set dan props  Pengurusan Props
1. Menubuhkan satu pasukan tenagakerja
2. Menentukan bengkel dan kategori props
3. Pengendalian props berdasarkan jenis seperti set props,
trim props, set dressing, hand props, personal props

 Persiapan Props Untuk Pementasan


1. Memahami Skrip
2. Menentukan props mengikut skrip
3. Merancang penggunaan props yang berkaitan
4. Menyediakan props

 Semasa Latihan Pementasan


1. Keperluan props percubaan
2. Pengendalian props diruang latihan

 Ke Arah Pementasan
1. Latihan langsung mengendalikan props
2. Senarai lengkap keperluan props
3. Pelan lantai
4. Pemindahan lokasi
5. Pengangkutan props

 Semasa Pementasan
1. Masuk ke ruang pementasan sebenar
2. Penyesuaian dan penetapan ruang prop
3. Keselamatan props

 Selesai Pementasan
1. Pemulangan barang
2. Kebersihan props
3. Penstoran props
4. Post Mortem

 Perlu membuat belanjawan peruntukan untuk props dan berurusan


dengan Bendahari Produksi bagi urusan perbelanjaan.

Penata Kostum  Bertugas mencipta atau menentukan apakah kostum dan bahan yang
sesuai untuk digunakan bagi sesebuah produksi dengan
menitikberatkan konsep yang telah ditetapkan.
 Pemilihan warna hendaklah diselaraskan dengan latar/set dan
pencahayaan agar tidak bercanggah dengan kemahuan
pementasan/persembahan.
 Pemilihan pakaian juga hendaklah memberi keselesaan kepada para
pelaku (si pemakai).
 Pengurusannya memerlukan penelitian dan perapian kerana melibatkan
urusan bahan seni dan kreatif. Selain itu, pengendali terhadap mesin
dan teknikal juga perlu dititikberatkan.
 Perlu membuat belanjawan peruntukan untuk Kostum dan berurusan
dengan Bendahari Produksi bagi urusan perbelanjaan.

Penata Tatarias  Menentukan apakah bentuk make-up yang sesuai dipakai oleh setiap
pelaku.
 Pemilihan warna hendaklah diselaraskan dengan watak dan
pencahayaan agar tidak ditenggelami oleh latar dan cahaya lampu.
 Tatarias juga hendaklah bersesuaian dengan kostum yang digunakan
dan perlulah berbeza dengan setiap konsep persembahan dan watak
yang dibawa oleh pelaku dalam persembahan.
Runner  Bertugas untuk memastikan semua bekalan yang diperlukan berada dan
ada pada masa yang diperlukan oleh pengarah dan kesemua produksi.
 Sekiranya tidak, maka tugas runner untuk pergi mendapatkannya

Persembahan Multimedia / Pereka  Menyediakan persembahan multimedia untuk kerja-kerja publisiti


Bentuk Multimedia Keseluruhan (trailer) dan menguruskan tayangannya bersama ajk teknikal produksi.
(Master Designer)  Menyediakan reka bentuk utama /tema bagi keperluan menyediakan
poster, T shirt dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai