Anda di halaman 1dari 10

Kekuatan dan kemajuan sesebuah negara adalah terletak kepada tahap ilmu dan kemahiran yang

dikuasai oleh rakyat negara tersebut. Oleh itu, sistem pendidikan diberi mandat besar untuk
menyampaikan ilmu dan kemahiran kepada rakyatnya. Sehubungan dengan itu Malaysia telah
mengalami tranformasi dalam bidang pendidikan. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025 menekankan kepada konsep kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) untuk melahirkan
pelajar yang dapat berdaya saing menjelang abad ke 21. Kemahiran berfikir aras tinggi(KBAT)
merupakan salah satu komponen utama dalam kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dan ia
merupakan aras yang paling tinggi dalam hierarki proses kognitif.. Kemahiran berfikir aras tinggi
itu berlaku apabila seseorang itu mendapat maklumat baru, menyimpan, menyusun serta
mengaitkannya dengan pengetahuan sedia ada dan akan memanjangkan maklumat itu untuk
mencapai sesuatu tujuan atau penyelesaian situasi rumit. APA ITU BERFIKIR Menurut kamus
dewan edisi keempat, berfikir ialah menggunakan akal untuk menyelesaikan sesuatu . Kamus
dewan edisi kedua pula menyatakan berfikir ialah bekerja dengan otak untuk membuat sesuatu
keputusan. Beyer,B.K,1991 mendefinisikan berfikir sebagai kebolehan manusia untuk
membentuk konsep, memberi sebab, atau membuat penentuan. Menurut Nickerson, Perkins dan
Smith, 1985, berfikir ialah satu koleksi kemahiran atau operasi mental yang digunakan oleh
seseorang individu. Fraenkel, J.R, 1980 pula menyatakan bahawa berfikir merupakan
pembentukan idea, pembentukan semula pengalaman dan penyusunan maklumat dalam bentuk
tertentu. Mayer, R.E. 1977 memberi maksud berfikir ialah satu proses yang melibatkan
pengelolaan operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau system kognitif seseorang
yang bertujuan untuk menyelesaikan masalah. 1

3. Nordin Tahir (PIPP) pula berpendapat pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk
mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, meneroka pelbagai kemungkinan idea atau
ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar bagi membuat keputusan dan menyelesaikan
masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialami.
George(1970) pula mentakrifkan pemikiran sebagai suatu proses penyelesaian masalah dan
pelakuan semula jadi yang kompleks. Menurut Edward de Bono (1976), kemahiran berfikir
berkait dengan pemikiran lateral yang membawa maksud bukan sahaja menyelesaikan masalah,
ia juga berfikir untuk melihat sesuatu dengan pelbagai pendapat untuk menyelesaikan masalah.
Perlukah kita mengajar pelajar untuk berfikir? Menurut Confucius, seorang ahli falsafah Cina,
belajar tanpa berfikir adalah sesuatu yang sia-sia manakala belajar tanpa berfikir merupakan satu
perkara yang sangat berbahaya. Dewey, 1944 juga menyatakan bahawa berfikir merupakan
kaedah pembelajaran pintar dan pembelajaran yang menggunakan minda. Berfikir dan belajar
merupakan dua aspek yang sangat berkait rapat Penting bagi seorang guru untuk menerapkan
kemahiran berfikir di kalangan pelajarnya agar sesuatu tugasan atau masalah dapat diselesaikan
dengan baik. KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS RENDAH(KBAR) Kemahiran berfikir terbahagi
kepada dua iaitu kemahiran berfikir aras rendah (KBAR) dan kemahiran berfikir aras
tinggi(KBAT). Kemahiran berfikir aras rendah ditakrifkan sebagai penggunaan potensi minda
yang terhad yang berfokus kepada aplikasi rutin. Menurut Senk, Beckman & Thompson(1997),
kemahiran berfikir aras rendah (KBAR) berlaku apabila pelajar menyelesaikan masalah dimana
penyelesaian masalah tersebut menggunakan algoritma yamg biasa, tiada justifikasi, penerangan
atau bukti diperlukan dan hanya satu jawapan sahaja yang betul. Schmal (1973) pula
mendefinisikan kemahiran aras rendah (KBAR) sebagai mengingat semula fakta, melakukan
operasi yang mudah, atau menyelesaikan masalah secara biasa. Ia tidak memerlukan pelajar
menyelesaikan masalah diluar kebiasaan. 2

4. Menurut Resnick(1987), ciri kemahiran berfikir aras rendah (KBAR) ialah mengingat semula
maklumat atau aplikasi konsep atau pengetahuan dalam situasi yang biasa. Thompson(2008) pula
berpendapat secara umumnya kemahiran berfikir aras rendah (KBAR) ialah menyelesaikan
masalah dalam situasi dan konteks yang biasa atau mengaplikasi algoritma yang biasa kepada
pelajar. Konklusinya, kemahiran berfikir aras rendah (KBAR) hanya melibatkan kemahiran
mengingat semula atau hafalan. Pelajar tidak mengaplikasi konsep atau pengetahuan yang sedia
ada. APA ITU KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) Kemahiran berfikir aras
tinggi(KBAT atau HOTs) ialah kemahiran berfikir yang tidak menggunakan algoritma dan boleh
mempunyai banyak penyelesaian. Ini juga membawa maksud tidak berfikir dengan cara
kebiasaan kita berfikir dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Seseorang itu perlu lebih kreatif
apabila menghadapai masalah dengan mempunyai lebih dari satu penyelesaian. Ia merupakan
empat aras teratas dalam Taksonomi Bloom iaitu mengaplikasi, menganalisis, menganalisa,
menilai dan mencipta. Ia termasuk pemikiran kritial, pemikiran kreatif, pemikiran logical,
pemikiran reflektif dan meta-kognitif. Kemahiran berfikir aras tinggi(KBAT) dicetuskan melalui
masalah bukan rutin iaitu maslah yang tidak jelas. Pemikiran Aras Tinggi (HOTs) merupakan
salah satu komponen utama dalam kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK). George
Polya dalam tahun 1957 berjaya membina satu model penyelesaian matematik yang dikenali
sebagai " Model Polya". KBAT juga merupakan aras yang paling tinggi dalam hirarki proses
kognitif. Ianya berlaku apabila seseorang mendapat maklumat baru, menyimpan dalam memori
dan menyusun, mengaitkan dengan pengetahuan sedia ada dan memanjangkan maklumat ini
untuk mencapai sesuatu tujuan atau penyelesaian situasi rumit. Menurut definisi yang diberikan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, kemahiran berfikir aras tinggi ialah keupayaan untuk
mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi
menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. 3

5. Manakala Onosko dan Newmann (1994) pula mendefinasikan Pemikiran Aras Tinggi (higher
order thinking) sebagai penggunaan minda secara meluas untuk menghadapi cabarancabaran
baru. Penggunaan minda secara meluas berlaku apabila seseorang itu perlu mentafsir,
menganalisis atau memanipulasi maklumat untuk menjawab soalan atau menyelesaikan masalah
yang dikemukakan. Hanya dengan mengaplikasikan maklumat yang telah diperoleh lebih awal
untuk menjawab soalan atau menyelesaikan masalah dalam situasi baru mungkin tidak akan
membuahkan hasil. Zevin (1995) pula berpendapat, Pemikiran Aras Tinggi merupakan perluasan
maklumat yang sedia ada dalam minda untuk menghasilkan sesuatau yang baru atau asli.
Masalah-masalah yang mempunyai pelbagai kemungkinan penyelesaian merupakan nadi kepada
Pemikiran Aras Tinggi. KENAPA PERLUNYA PENEKANAN TERHADAP KEMAHIRAN
BERFIKIR ARAS TINGGI(KBAT) Menurut kajian yang yang dilakukan oleh UN Education
Index, Malaysia muncul ditempat ketiga terakhir daripada 181 buah Negara. Manakala kajian
“Programme for International Student Assesment”(PISA) pula meletakkan Malaysia di tangga 55
daripada 74 buah Negara. Laporan TIMSS 2011 juga mendedahkan kejatuhan kedudukan
Malaysia dalam mata pelajaran Matematik iaitu pada kedudukan 16(1999), 10(2003), 20(2007)
dan 26(2011). Begitu juga dengan kejatuhan markah purata iaitu 519(1999), 508(2003),
474(2007) ke 440(2011). Kedudukan Malaysia dalam PROGRAMME FOR INTERNATIONAL
STUDENT ASSESSMENT (PISA) pula ialah di tempat ke 57 daripada 74 buah negara yang
menyertai. Dalam PPPM 2013-2025, ada menetapkan sasaran, Malaysia perlu mencapai skor
purata 500 di TIMSS menjelang 2015 dan menjelang 2025, Malaysia perlu mencapai 1/3 tempat
teratas dalam TIMSS dan Pisa. Oleh itu kemahiran berfikir aras tinggi perlu diterapkan dalam
sistem pendidikan di Malaysia umumnya dan pendidikan Matematik khasnya kerana murid perlu
ada keupayaan penaakulan, membuat unjuran dan mengaplikasi pengetahuan secara kreatif
dalam suasana 4

6. yang berlainan. Murid juga memerlukan ciri-ciri kepimpinan untuk bersaing di peringkat
global. Pentaksiran antarabangsa TIMSS dan PISA menunjukkan murid di Malaysia sukar
mengaplikasi kemahiran berfikir aras tinggi. Kajian tinjauan ke atas syarikat Malaysia dan
syarikat antarabangsa juga melaporkan bahawa murid Malaysia gagal menguasai kemahiran
insaniah yang diperlukan oleh bakal majikan. MENGAPA KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS
TINGGI PENTING 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-
2025 ada menyatakan bahawa, untuk meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf antarabangsa,
rombakan semula peperiksaan dan pentaksiran untuk meningkatkan tumpuan terhadap
kemahiran berfikir aras tinggi (higher order thinking skills) adalah perlu untuk menghasilkan
modal insan yang cerdas, kreatif dan inovatif bagi memenuhi cabaran abad 21 agar Negara
mampu bersaing di persada dunia. Menjelang tahun 2016, peratusan soalan berbentuk pemikiran
aras tinggi akan ditambah sehingga merangkumi 80% daripada keseluruhan soalan UPSR, 80%
dalam pentaksiran pusat untuk Tingkatan 3, 75% daripada keseluruhan soalan bagi mata
pelajaran teras SPM dan 50% bagi soalan mata pelajaran elektif SPM. Perubahan dalam reka
bentuk peperiksaan bermaksud guru tidak lagi perlu meramal bentuk soalan dan topik yang akan
diuji, dan pada masa yang sama tidak perlu melaksanakan latih tubi terhadap topik terhadap
topik tertentu.Sebaliknya murid dilatih berfkir secara kritis dan mengaplikasi ilmu yang
dipelajari dalam pelbagai konteks keperluan. Penilaian berasaskan sekolah juga memberikan
tumpuan untuk kemahiran berfikir aras tinggi. TUJUAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS
TINGGI(KBAT) DIPERKENALKAN Sistem pendidikan Malaysia yang berlandaskan sistem
peperiksaan , telah memaksa guru menggunakan konsep hafalan terhadap para pelajar.
Pengajaran disediakan sepenuhnya untuk peperiksaan. Maka dengan mudah pelajar dapat
menggarap markah sepenuhnya melalui soalan-soalan awal yang memerlukan penghafalan fakta
dan sebagainya. Justeru itu kemahiran berfikir aras tinggi(KBAT) diperkenalkan untuk
mengubah amalan tersebut 5
7. kepada konsep kefahaman sejajar dengan hasrat hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia
Negara maju menjelang abad 21. Di samping itu, tujuan lain kemahiran berfikir aras
tinggi(KBAT) diperkenalkan adalah untuk: 1. meningkatkan tahap kesedaran pengetahuan 2.
mewajarkan penyelesaian dan penemuan(lebih banyak analisa, menilai dan mencipta) 3.
diperlukan untuk penyiasatan saintifik 4. konsep matematik dapat dipelajari dengan lebih
berkesan menggunakan KBAT 5. meningkatkan keupayaan murid dalam menyiasat dan
meneroka idea Matematik PERANAN GURU UNTUK KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS
TINGGI(KBAT) Guru memainkan peranan penting dalam memastikan kemahiran berfikir aras
tinggi(KBAT) dapat dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu guru harus
memastikan murid aktif dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Guru juga harus memberi
peluang kepada pelajar untuk memberi pendapat, berbincang dan bertanya. Di samping itu, guru
hendaklah mempelbagaikan strategi dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru juga perlu
mengubah teknik pengajaran secara „chalk and talk‟ kepada kaedah yang lebih menjurus pelajar
untuk berfikir. Guru juga mesti merancang soalan, tugasan dan aktiviti yang menuntut pelajar
berfikir secara berterusan dan menilai pemikiran mereka dan pemikiran individu lain.
PERBANDINGAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS RENDAH (KBAR) DAN KEMAHIRAN
BERFIKIR ARAS TINGGI(KBAT) Kemahiran berfikir aras rendah(KBAR) 1. Pemikiran Aras
Rendah ialah penggunaan pemikiran secara terhad, di mana pelajar hanya disogokkan dengan
jawapan-jawapan yang menyebabkan pelajar malas untuk berfikir. (Som & Mohd Dahlan)
Pelajar akan hanya mengingat bahan-bahan yang telah dipelajari daripada pelbagai fakta yang
spesifik sehingga kepada perbuatan 6

8. mengingat semula teori yang lengkap. (Prof.Dr. Rajendran A/L Nagappan, Kemahiran
Berfikir) 2. Onosko and Newmann(1994) & Rajendran(1998) menyatakan bahawa kemahiran
berfikir aras rendah ialah i. Penggunaan pemikiran secara terhad ii. Bersifat rutin dan mekanistik
iii. Mengingat kembali maklumat yang terancang. iv. Menggambarkan, membandingkan,
merumuskan, menghubungkait, penyelesaian. 3. Dalam Model Taksonomi Bloom (1956) ,
kemahiran berfikir aras rendah(KBAR) ialah dua aras di peringkat rendah iaitu pengetahuan dan
pemahaman.. Pengetahuan ialah mengingat kembali maklumat yang diterima manakala
pemahaman ialah memahami setiap maklumat yang diterima. 4. Pendekatan mengajar KBAR
ialah : i. Memberi tindak balas terhadap fakta di mana maklumat-maklumat penting telah diberi.
ii. Menulis semula maklumat khusus yang diketengahkan dalam perkataan sendiri atau menukar
bentuk penulisan jenis yang lain tanpa menghilangkan fakta yang asal (Barret, 1967) iii.
Memproses data 5. Kaedah yang digunakan di dalam KBAR: i. Kajian Teks dan gambar ii.
Soalan Tertutup Contoh: 1) Mendefinisi 2) Mengingat 3) Mengulang 4) Menyenaraikan 5)
Mengenal pasti 6) Mendeskripsi 7) Memberi contoh 8) Membanding 9) Menghubung kait 7

9. Kemahiran berfikir aras tinggi(KBAT) 1. Ianya berlaku apabila seseorang mendapat maklumat
baru, menyimpan dan memeri, menyusun, serta mengaitkannya dengan pengetahuan sedia ada
dan akan memanjangkan maklumat itu untuk mencapai sesuatu tujuan atau penyelesaian situasi
rumit. Bereiter & Scardamalia (1987) menyatakan bahawa dalam Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi, pelajar perlu dilatih mengambil bahagian dalam menentukan objektif, mewujudkan
wacana, menentukan tindakan motivasi, analitik dan inferens yang dinamakan „literasi tinggi‟
(highliteracy). 2. Prof.Dr. Rajendran A/L Nagappan(2010) menyatakan kemahiran berfikir aras
tinggi ialah i. Menggunakan tahap pemikiran secara maksimum untuk menghadapi cabaran ii.
Interpretasi, analisis, dan manipulasi maklumat iii. Bersifat kritikal terhadap maklumat,idea, dan
pendapat. iv. Membuat kesimpulan, inferens, dan generalisasi. v. Komunikasi berkesan,
membuat jangkaan, penyelesaian masalah, menilai idea, memberikan pendapat, dan membuat
pemilihan, dan keputusan 3. Dalam Model Taksonomi Bloom (1956) , kemahiran berfikir aras
tinggi (KBAT) merupakan empat aras yang tertinggi iaitu : i. Aplikasi- Penggunaan maklumat di
dalam situasi yang relevan ii. Analisis- Memecahkan maklumat kepada beberapa bahagian kecil
supaya boleh memahami sesuatu perkara dengan lebih jelas. iii. Sintesis- Maklumat dikumpul
dan membina struktur baru yang berbeza daripada keadaan yang asal. iv. Penilaian- Menilai
kembali apa yang telah dilaksanakan 4. Pendekatakan mengajar KBAT ialah: i. Mengajar KBAT
– dalam konteks secara langsung di luar kurikulum. ii. Mengajar berfikir – menggunakan kaedah
yang menggalakkan berfikir dalam konteks kurikulum iii. Penyebatian – menyusun semula
pengajaran untuk mengajar KBAT secara eksplisit 5. Strategi yang boleh digunakan dalam
penggunaan KBAT ialah seperti: i. Soalan terbuka ii. Teknik Penyoalan 8

10. iii. Perbincangan iv. Metakognisi v. Pengurusan Grafik vi. Kaedah Penyelesaian masalah
Secara umumnya kemahiran berfikir aras rendah(KBAR) tidak memerlukan pelajar untuk
menggunakan kemahiran berfikir dan operasi yang digunakan adalah jelas. Manakala kemahiran
berfikir aras tinggi(KBAT) memerlukan tahap pemikiran aras tinggi pelajar, kemahiran
menaakul, jawapan yang diperlukan tidak serta merta jelas, menggalakan lebih dari satu
penyelesaian, membentuk pelajar yang kreatif dan menggalakkan perbincangan untuk
mendapatkan penyelesaian. JENIS-JENIS PENYELESAIAN MASALAH DALAM
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI(KBAT) Terdapat lima ciri utama dalam item KBAT
iaitu: (a) Stimulus: Menggunakan stimulus secara ekstensif (contoh: petikan, gambar rajah, graf)
untuk menjana kemahiran inferens dan penaakulan kritis (b) Pelbagai tahap / aras pemikiran:
Mentaksir pelbagai aras pemikiran dalam domain kognitif untuk memberi impak yang lebih
besar (c) Konteks yang baharu: Konteks yang merujuk kepada situasi baharu yang tidak lazim
kepada murid. Bertujuan merangsang murid berfikir dan bukannya menyatakan semula apa yang
telah dipelajari di dalam bilik darjah (d) Situasi sebenar dalam kehidupan harian: Mencabar
murid untuk menyelesaikan suatu masalah kehidupan sebenar dengan menggunakan
pembelajaran daripada pelbagai disiplin (e) Item tidak berulang: Item pelbagai / berbeza setiap
tahun melangkaui bahan buku teks untuk mengujudkan situasi yang baharu 9

11. Terdapat 7 jenis penyelesaian masalah kemahiran berfikir aras tinggi dalam pentaksiran
Matematik. Penyelesaian masalah tersebut ialah: 1. Bukan Rutin 2. Lembaga Peperiksaan(LP) 3.
TIMSS 4. PISA 5. Model Dan Heuristic(Mdh) 6. I-Think 7. Penyelesaian Masalah
Berstruktur(PMB) Bukan Rutin Bukan Rutin ialah masalah yang memerlukan tahap pemikiran
yang mana apabila murid melibatkan diri akan menentukan tahap pembelajaran mereka. Soalan
Bukan Rutin memerlukan tahap kognitif yang lebih tinggi. Ciri-ciri: • Memerlukan kemahiran
berfikir pada aras tinggi. • Meningkatkan kemahiran menaakul. • Jawapan dan prosedur yang
perlu digunakan tidak serta merta jelas. • Mungkin terdapat lebih daripada satu cara penyelesaian
dan strategi. • Mungkin terdapat lebih daripada satu jawapan. • Lebih mencabar. • Berupaya
membentuk murid yang kreatif dan inovatif. • Penyelesaian memerlukan lebih daripada membuat
keputusan dan memilih operasi matematik. • Memerlukan masa yang sesuai untuk diselesaikan. •
Menggalakkan perbincangan dalam kumpulan bagi mendapatkan penyelesaian. 10

12. Contoh item bukan rutin: 1. Ah Seng ingin membeli bunga untuk ibunya sempena Hari Ibu.
Setangkai bunga ros berharga RM12.00 dan setangkai bunga tulip berharga RM20.00. Ibunya
sangat menyukai kedua-dua jenis bunga tersebut. Sekiranya beliau mempunyai wang sebanyak
RM115, apakah pilihan terbaik yang boleh dibuat dengan baki wang yang paling minimum? A.
Setangkai bunga ros dan lima tangkai bunga tulip B. Dua tangkai bunga ros dan empat tangkai
bunga tulip C. Tiga tangkai bunga ros dan tiga tangkai bunga tulip D. Empat tangkai bunga ros
dan tiga tangkai bunga tulip Penyelesaian: Jawapan Bunga Ros (RM12) Bunga Tulip (RM20)
Kos A 1 x 12 = 12 5 x 20 = 100 RM112 B 2 x 12 = 24 4 x 20 = 80 RM104 C 3 X 12 = 36 3 X 20
= 60 RM96 D 4 X 12 = 48 3 X 20 = 60 RM108 Jawapan = D i) Hampir seimbang bilangan
bunga ros dan tulip kerana klausa “Ibunya sangat menyukai kedua-dua jenis bunga tersebut”. ii)
Baki minimum = RM115 – RM108 = RM7 2. 5 kasut sekolah bersaiz 4 disusun sebaris seperti
gabungan di bawah. Pelajar diminta membentuk satu segi tiga bersudut tegak menggunakan
kasut sekolah bersaiz yang sama. Berapakah bilangan kasut yang masih diperlukan untuk
melengkapkan segi tiga bersudut tegak tersebut? Berikan lebih daripada satu jawapan yang
mungkin. 11

13. Pilihan Jawapan : (i) Bilangan kasut yang diperlukan = 7 kasut 12

14. (ii) Bilangan kasut yang diperlukan = 25 kasut 13

15. Lembaga Peperiksaan(LP) Contoh item Lembaga Peperiksaan(LP): 1. Kereta di atas adalah
3.5 m panjang. Berapa panjangkah bangunan itu? 2. Sebiji belon mempunyai luas permukaan
616cm². Selepas 5 hari belon tersebut mengecut sebanyak 5%. Berapakah jejari belon tersebut
selepas 5 hari? i) Hari pertama ii) selepas 5 hari 14

16. Penyelesaian: Luas permukaan awal = 616cm². Jejari belon berkurang 5% Jejari belon
selepas 5 hari cm 15

17. TIMSS Domain kandungan NOMBOR 30% ALGEBRA 30% - Nombor Bulat -Pola -
Pecahan dan perpuluhan -Ungkapan Algebra - Integer -Persamaan, formula dan fungsi - Nisbah,
kadar dan Peratus GEOMETRI 20% DATA DAN KEBARANGKALIAN 20% -Bentuk
geometri -Organisasi dan persembahan data -Pengukuran geometri -Interpretasi Data -Lokasi dan
pergerakan -Kebarangkalian Pengetahuan (35%) Domain kognitif i. Penggunaan matematik ii.
Bergantung kepada pengetahuan matematik iii. Kebiasaan dengan konsep matematik iv. Fakta -
fakta pengetahuan yang menyediakan asas bahasa matematik, dan fakta-fakta matematik yang
penting dan ciri-ciri yang menjadi asas untuk pemikiran matematik. v. Prosedur-penglibatan
imbasan set tindakan dan bagaimana untuk melaksanakannya & prosedur pengiraan dan alatan
vi. Pengetahuan konsep - membuat hubungkait unsur-unsur ilmuan, menilai kesahihan
pernyataan matematik dan kaedahnya,serta mewujudkan perwakilan matematik Aplikasi (40%) •
Terdiri daripada situasi dunia semasa • Soalan Matematik Sebenar • Soalan titikberatkan tugasan
rutin dan telah biasa dilaksanakan 16

18. ● Domain kognitif i. Aplikasi alat-alat matematik dalam pelbagai konteks. ii. Fakta, konsep
dan prosidur yang diketahui oleh pelajar dengan masalah yang rutin. iii. Aplikasi ilmu
pengetahuan Matematik mengenai fakta, kemahiran dan prosidur atau memahami konsep
matematik ketika menncipta perwakilan. iv. Penyelesaian masalah merupakan intipati tetapi
pokok masalah adalah lebih rutin semasa melaksanakan kurikulum. v. Mempunyai kepaiwaian
latihan dalam kelas. vi. Masalah merupakan masalah buku teks. Penaakulan (25%) • Sesuatu
yang baru dalam konteks suasana yang mencabar, • Sebarang penyelesaian kepada masalah mesti
melibatkan beberapa langkah. • Pengetahuan dan kefahaman dari berbagai sumber matematik
hendaklah di lukis • Melibatkan pemindahan pengetahuan dan kemahiran kepada situasi yang
baru • Interaksi di antara kemahiran penaakulan. • Domain kognitif i. Perkara yang logik akal
menuju ke arah pemikiran yang sistematik. ii. Termasuklah pemikiran intuitif dan induktif. iii.
Berdasarkan kepada corak dan kebiasaan yang boleh digunakan untuk mencapai penyelesaian
kepada masalah bukan rutin. iv. Masalah bukan rutin – masalah yang tidak menjadi kebiasaan
kepada murid. v. Murid murid memerlukan aras kognitif yang tinggi daripada kebiasaan dalam
menyelesaikan masalah rutin, walaupun pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan bagi
menyelesaikan masalah ini telah dipelajari. 17

19. Contoh item TIMSS: 1. Di dalam sebuah hutan simpan, terdapat 3 ekor lebah yang sedang
terbang mencari madu. Terdapat pelbagai pilihan pokok bunga di hutan simpan itu. Tentukan
jejak - jejak lebah tersebut. Bermula dari petak 6x² , 2xy dan 3z² , bentukkan satu jejak bagi
setiap lebah dengan menambah sebutan - sebutan dalam petak pada jejak lebah supaya lebah itu
berakhir di petak yang bertanda bunga. Terdapat tiga ekor lebah, maka bentukkan tiga jejak pada
rajah tersebut. - 6 x² 12 xy -9x² -5z² 8 x² 5 x² 6 x² -13z² 4xy -8x² z² 7xy - xy -12xy 5z² -(-7xy) 3
z² -12z ² 2xy Jejak pertama : (1 m) Jejak kedua : (1 m) Jejak ketiga :
___________________________________________________ (1 m) 18

20. Jejak pertama : Markah Penuh : 6x² + 5 x² - 8x² + (-9x²) = - 6x² Kosong markah : 6x² + 5 x² +
8x² + (-9x²) = 10x² Jejak kedua : Markah Penuh : 2xy - xy + 7xy + 4xy = 12xy Kosong markah :
2xy - xy Jejak ketiga : Markah penuh : 3z² - 12 z² + z² - 5z² = -13z² Kosong markah : 3z² - 12 z²
+ z² + 5z² = 3z² 19

21. PISA ● Bukan sahaja menguji kemahiran spesifik pelajar dalam subjek tetapi juga menguji
kemampuan pelajar menggunakan apa yang mereka pelajari dalam situasi yang bertulis atau
masalah yang sebenar. ● Memberi penekanan tentang penguasaan proses, kefahaman tentang
konsep, dan kebolehan menyelesaikan pelbagai situasi dalam setiap domain. ● Bergerak ke luar
daripada pendekatan biasa di sekolah kepada penggunaan pengetahuan dalam menyelesaikan
masalah kehidupan seharian. ● Bertujuan menilai tentang apa yang pelajar boleh lakukan dengan
apa yang telah mereka pelajari. ● Melihat kemampuan pelajar untuk meneruskan pembelajaran
dalam kehidupan seharian dengan menggunakan apa yang mereka pelajari, menilai setiap pilihan
dan membuat keputusan Ciri-ciri item PISA: • Rangsangan / Stimulus - Maklumat khusus /benar
di mana sesuatu soalan itu didasarkan • Pengenalan - Mukadimah kepada apa yang hendak
disoalkan • Tugasan / Stem - Pernyataan tentang apa yang perlu dipersembahkan sebagai respon
• Arahan / Penyelesaian yang dikehendaki - Pernyataan yang menunjukkan bagaimana harus
respons itu dikemukakan • Peraturan Pemarkahan - Panduan tentang bagaimana skor diberikan
Contoh item PISA: 1. Kita pernah mendengar berita di kaca tv dan di dada-dada akhbar, ada
tangkapan yang telah dibuat oleh pihak berkuasa terhadap kumpulan yang mencetak wang palsu.
Menggunakan wang palsu dalam urusan jual beli adalah salah dan perbuatan itu adalah tidak
bermoral. 20

22. Di sebuah pasaraya ada promosi jualan murah berlangsung. Di antara barangan yang diberi
diskaun seperti gambar di bawah. RM35 Diskaun 20% RM40 Diskaun 30% Ahmad membeli
sepasang kasut dan sehelai baju dengan menggunakan RM100.Setelah Ahmad beredar dari
pasaraya tersebut , Juruwang itu mendapati wang RM100 itu adalah wang palsu. Berapakah
kerugian yang ditanggung oleh pasaraya itu? Penyelesaian: Kasut 20 1 , 100 5 1 35 7 5 35 7 28
Baju 30 3 100 10 3 40 12 10 40 12 28 Jumlah : 28 28 100 56 44 56 Jumlah kerugian:
RM44,sepasang kasut dan sehelai baju 3 markah 21

23. 20 1 , 100 5 1 35 7 5 35 7 28 30 3 100 10 3 40 12 10 40 12 28 Jumlah : 28 28 100 56 44 56 2


markah 20 1 , 100 5 1 35 7 5 35 7 28 30 3 100 10 3 40 12 10 40 12 28 RM 100 1 markah. 0
markah 22

24. Model Dan Heuristic(Mdh) Heuristik merupakan satu kaedah meneroka. Ia juga merupakan
salah satu alat untuk kita menyelesaikan masalah. Kaedah Heuristik boleh melibatkan gambar
rajah, jadual, dan model. Ini membolehkan kita memilih cara yang efektif untuk menyelesaikan
masalah. Stretegi untuk menyelesaikan masalah item Heuristik ialah denagn menggunakan : 1.
Lukis Gambar atau Gambarajah 2. Cari Pola 3. Teka, Semak & Ulang 4. Guna Objek 5. Buat
Senarai Semak 6. Guna Jadual 7. Guna Ayat Matematik 8. Penyelesaian ke Belakang 9. Guna
Kaedah Logik 10. Permudahkan Contoh item Model dan Heuristik(MdH) 1. Satu jar
mengandungi 8 liter air dan dua jar kosong yang masing-masing mempunyai isipadu 5 liter dan 3
liter. Jika air tersebut perlu dikongsikan sama rata antara dua orang, bagaimanakah kita boleh
melakukannya ? 23

25. Pelajar menyeleaikan masalah menggunakan kaedah logik: 8L 5L 3L 8 0 0 3 5 0 3 2 3 6 2 0 6


0 2 1 5 2 1 4 3 4 4 0 2. Kajian menunjukkan ⅚ daripada murid bermain bola sepak. ½ daripada
murid yang bermain bola sepak juga bermain hoki. Jika terdapat 132 orang murid, berapa
bilangan murid yang bermain bola sepak dan hoki? Pelajar menggunakan kaedah model untuk
menyelesaikan masalah. Bola sepak Hoki 12 bahagian = 132 1 bahagian = 132 ÷ 12 = 11 orang
murid Bola sepak dan hoki = 55 orang murid 24

26. I-Think Program i-Think adalah program untuk meningkatkan dan membudayakan
Kemahiran Berfikir dalam kalangan murid untuk melahirkan generasi yang mampu berinovasi .
Objektif: ❖ Murid dan Guru dapat berfikiran kreatif dan kritis ❖ Murid berupaya membuat
refleksi kendiri ❖ Murid lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka. ❖
Menjadikan sekolah tempat yang seronok belajar dan murid bebas memberikan pandangan yang
positif ❖ Merapatkan hubungan guru dan murid kerana guru lebih banyak berperanan sebagai
fasilitator Jenis-jenis peta pemikiran i-think 1. Peta bulatan/circle map 2. Peta pokok/tree map 3.
Peta buih/bubble map 4. Peta buih berganda/double bubble map 5. Peta alir/flow map 6. Multi-
flow map 7. Peta dakap/brace map 8. Peta titi/bridge map Contoh item I-Think: Pelajar
menyelesaikan masalah menggunakan peta pemikiran I-Think 1. Lima orang guru lelaki ingin
membuat baju batik untuk dipakai sempena Hari GuruSehelai baju batik lelaki memerlukan 2m
65cm kain batik. 25

27. (a) Berapa jumlah kain, dalam m, yang diperlukan untuk membuat 5 helai baju batik lelaki?
(b) Setiap guru telah membayar RM80 sebagai wang pendahuluan. Harga semeter kain batik
ialah RM35. Berapakah jumlah wang tambahan yang perlu dibayar untuk kelima-lima helai baju
batik itu? (c) Cikgu Zul ada beberapa keping wang kertas RM10, RM5 dan RM1 serta duit
syiling 20¢ , 10¢ dan 5¢. Berikan gabungan wang kertas dan duit syiling yang boleh digunakan
untuk membayar baki bayaran bagi kelima-lima helai baju batik itu? Jawapan (a) 26

28. (b) Penyelesaian Masalah Berstruktur(PMB) 1. Masalah/tugasan matematik yang diberi


(contohnya buku teks) kepada pelajar: i. Memerlukan murid berfikir secara mendalam untuk
menyelesaikan masalah ii. Mengenalpasti pengetahuan sedia ada murid dan menghubungkannya
dengan konsep baru yang akan dipelajari. iii. Kepelbagaian pendekatan penyelesaian yang boleh
dibanding dan dianalisis untuk mengetengahkan idea-idea matematik 2. Pengetahuan sedia ada
pelajar perlu untuk menjangkakan pendekatan penyelesaian murid yang akan muncul, rancang
pendekatan yang mana boleh dibincangkan di dalam bilik darjah. 3. Strategi pengajaran sangat
mencabar kerana guru bukan sahaja perlu merancang bahagian mereka, tetapi perlu menjangka
pemikiran murid dan merancang bagaimana ianya boleh dipersembahkan dan dibincangkan
untuk membentuk pemahaman matematik yang baru. 27

29. 4. Murid diharapkan untuk menyelesaikan masalah menggunakan pengetahuan matematik


mereka sendiri. 5. Diajar melalui pengaplikasian pengetahuan yang telah dipelajari. Ciri-ciri item
penyelesaian masalah berstruktur(PMB): 1. Direkabentuk untuk murid memperolehi
pengetahuan dan kemahiran dengan mengemukakan masalah matematik yang mencabar kepada
murid. 2. Fokus terhadap kaedah/penyelesaian yang digunakan untuk menyelesaikan masalah. 3.
Memberitahu perkara yang tepat pada masa yang sesuai 4. Berguna apabila sesuatu konsep atau
prosedur baru hendak diperkenalkan Contoh item Penyelesaian Masalah Berstruktur(PMB)
Masalah dan tugasan yang dipilih: 1. Masalah: Kabin manakah yang paling sesak? Tugasan:
Faktor apakah yang dipertimbangkan apabila membuat perbandingan? Penyelesaian: Luas (m2)
Bilangan orang Kabin A 16 6 Kabin B 16 5 Kabin C 15 5 28

30. 2. Masalah: Bagaimana untuk mencari luas trapezium berikut? Tugasan: Bentuk apakah yang
boleh digunakan untuk mencari luas? 3. Masalah: Bagaimana untuk mencari isipadu bagi pepejal
berikut? Tugasan: Bagaimana saya menukarkan kepada bentuk pepejal yang diketahui?
PENUTUP “Untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara yang maju, apa yang lebih penting ialah
kita perlu menggunakan sepenuhnya apa yang berada di antara dua telinga kita, yakni minda kita,
bukan apa yang berada di antara dua bahu kita, iaitu kekuatan, atau apa yang berada di antara
dua tapak kaki kita iaitu sumber semulajadi”. Dipetik daripada ucapan Y.A.B Datuk Seri
Dr.Mahathir Mohamad, sewaktu melancarkan Wawasan 2010 pada 6 Februari 1996. Dapatlah
dirumuskan bahawa kemahiran berfikir aras tinggi amatlah penting dalam pendidikan Matematik
dan ia merupakan satu keperluan dalam penyelesaian masalah Matematik . Kemahiran berfikir
aras tinggi(KBAT) juga perlu untuk membina pengetahuan Matematik di kalangan pelajar agar
dapat meningkatkan kecemerlangan dan mencapai hasrat dan aspirasi Negara. 29

31. Rujukan N.S.Rajendran(January 2010). Pengajaran Pembelajaran Kemahiran Berfikir Aras


Tinggi: UPSI Dr Ng Soo Boon(2013). Falsafah, prinsip dan isu dalam Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT) yang berkaitan dengan TIMSS dan PISA di Malaysia.Bahagian Pembangunan
Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia Diperoleh pada 9 November 2013 dari
http://www.bharian.com.my/articles/Rangsangkemahiranberfikirarastinggi/Articl e/ Prof.Dr.
Rajendran A/L Nagappan (2010) Kemahiran Berfikir Diperoleh pada 19 November 2013 dari
http://www.slideboom.com/presentations/145402/KEMAHIRAN-BERFIKIR-ARASTINGGI-
(KBAT)-DAN-KEMAHIRAN-BERFIKIR-ARAS-RENDAH-(KBAR). Bahan Kursus :
Lembaga Peperiksaan Malaysia(2012), Elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (Kbat) Dalam
Instrumen Pentaksiran. Lembaga Peperiksaan Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia Bahan
Kursus : Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Sains dan Matematik (Higher Order Thinking
Skilss In Sciences and Mathematics)(HOTsSM)(2012). Kementerian Pelajaran Malaysia N.S
Rajendran Ph.D(2001). Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Kesediaan Guru
Mengendalikan Proses Pengajaran Pembelajaran. UPSI Bahan Kursus : Bahagian Perkembangan
Kurikulum(2012). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Dalam Matematik. Bahagian
Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia Bahan Kursus : Bhg Perancangan
dan Penyelidikan Pendidikan . Analisis Item Matematik Timss 2011. Bahagian Perancangan dan
penyelidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahan Kursus : Bahagian Pendidikan Guru. Peta
Pemikiran I-Think. BahagianPendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia. 30

32. 31

Anda mungkin juga menyukai