Anda di halaman 1dari 6

Tamadun Mesopotamia

1. Pembentukan

 Maksud Mesopotamia: Tanah di antara dua sungai.

 Terbentuk antara Sungai Tigris dan Sungai Euphrates.

2. Kedudukan

 Dua bahagian: Utara Baghdad dan Selatan Baghdad

 Tamadun bermula di bahagian selatan: Wilayah Sumer.

3. Kegiatan

 membina petempatan.

 menjalankan aktiviti pertanian.

 membina sistem pengairan - supaya boleh mengawal pengaliran air


sungai.

 membawa kepada lebihan penghasilan makanan - dapat menampung


keperluan jumlah penduduk yang ramai.

4. Kesan

 Wujudnya perkampungan kemudian berkembang menjadi bandar.

 Terbentuk negara kota yang terletak di pesisir sungai (contoh: Kish,


Nippur, Lagash, Uruk, Ur, Eridu, Assur dan Mari).
Ciri-ciri Tamadun Mesopotamia

1. Negara Kota

Terbahagi kepada:

 Pusat kota: kebiasaannya berfungsi sebagai rumah ibadat.

 Tembok kota: bertindak sebagai kubu pertahanan dengan pelbagai


bentuk pintu gerbang (yang menjadi lambang kekayaan sesebuah kota).

 Dalam kota: terdapat istana, rumah kediaman, rumah kedai dan pasar
dengan kebanyakan jalan berbentuk lurus dan lebar.

 Luar kota: terdapat pelabuhan.

Lakaran menunjukkan pelan negara kota


2. Organisasi sosial

Terbahagi kepada dua golongan:

a) golongan pemerintah

Terdiri daripada raja, ketua pendeta, ketua tentera dan golongan


bangsawan.

b) golongan rakyat

Terdiri kepada dua:

o rakyat bebas: petani, artisan dan pedagang.

o hamba: tawanan perang.

Susun lapis masyarakat Mesopotamia


3. Sistem Pemerintahan

 Bentuk: Teokrasi (pemerintahan oleh tuhan atau wakil tuhan yang


berasaskan hukum agama dan bersifat ketuhanan).

 Raja dianggap tuhan atau wakil tuhan dan pemilik negara kota.

 Tetapi rakyat tidak menyembah raja kecuali semasa zaman pemerintahan


Raja Naramsin.

 Ini kerana, beliau berjaya menguasai wilayah yang luas dan menggelar
dirinya sebagai 'Raja Empat Penjuru Alam'.

 Fungsi raja:

o ketua pentadbir

o ketua tentera

o ketua pendeta

o ketua agama (bertanggungjawab untuk melantik ahli keluarga


diraja memegang jawatan di zigurat).

 Fungsi zigurat: Pusat ibadat, pusat perdagangan dan pusat


penyimpanan khazanah negara.

o berkuasa dalam soal tanah, cukai, hasil pertanian dan perniagaan

4. Pengkhususan kerja

 Terjadi apabila terdapat lebihan makanan -> rakyat memilih untuk


menjadi pedagang, peniaga dan artisan.
 Barangan seperti logam, kayu-kayan, emas dan perak dibawa masuk ke
Mesopotamia untuk ditukar dengan hasil pertanian.

 Ada yang menjadi tukang rumah: pertambahan jumlah penduduk.

 Menjadi tentera: mempertahankan negara kota.

5. Sistem Tulisan

Bermula dengan bentuk tulisan bergambar -> bentuk simbol yang ditulis di atas
tanah liat.

Tulisan pada tanah liat berbentuk pepaku dan dikenali sebagai cuneiform.

Sumbangan Tamadun Mesopotamia

1) Kod Undang-undang Hammurabi

 digubal semasa Raja Hammurabi memerintah kerajaan Babylon.

 berteraskan hak rakyat terhadap keadilan.

 Kandungan:

o hukuman dan denda mestilah setimpal dengan kesalahan tetapi


berbeza mengikut susun lapis masyarakat.

o mengandungi 282 undang-undang yang dipahat pada tembok serta


tiang besar supaya dapat dibaca oleh rakyat.

 Kepentingan:

o dapat mengelakkan permasalah di kalangan rakyat.


o mewujudkan perpaduan dan mengukuhkan sistem organisasi

o membantu peradaban Mesopotamia bertahan untuk jangka masa


yang panjang.

2) Sistem Tulisan

 Memajukan sistem pendidikan yang melahirkan jurutulis: urusan


pentadbiran dan perniagaan dicatat (resit,nota dan surat kredit).

3) Perkembangan Sains dan Teknologi

 Penguasaan astronomi membolehkan mereka menggunakan jalan laut


untuk belayar dan mencipta kalendar yang berasaskan sistem solar
yang mengandungi 12 bulan dalam setahun.

 Pencerapan pergerakan bulan, bintang dan matahari membantu


perkembangan ilmu matematik: sistem mengira.

 Ilmu perubatan: 500 jenis ubat telah dikatalog dan disampel


penggunaannya.

 Penciptaan roda: menghasilkan kereta kuda untuk tujuan peperangan,


membawa kepada penciptaan kincir air untuk tujuan pengairan dan
mengawal banjir.

 Alat pengangkutan: Kapal layar dan pengangkutan beroda - boleh


menguasai jalan darat dan jalan laut.

 Cara membuat batu bata daripada tanah liat.

 Mencipta arca dan tiang batu.

Anda mungkin juga menyukai