Anda di halaman 1dari 8

LAPORAN EKSPERIMEN TAHUN 6 – MIKROORGANISMA

EKSPERIMEN : Hidup mikrob – Mikroorganisma bernafas


TUJUAN : Membuktikan yis bernafas dan membebaskan gas
ALAT/BAHAN : Bekas plastik, sudu, air suam, yis, tepung gandum dan gula.
Langkah- langkah :
1) Masukkan 250g tepung gandum, 11g yis, 2 sudu gula dan air suam ke dalam bekas
plastic A.
2) Gaulkan sama rata hingga menjadi doh dan tutup bekas dengan tuala lembap.
3) Ukur tinggi doh dan lakarkan dalam jadual yang disediakan.
4) Masukkan 250g tepung gandum dan air suam ke dalam bekas plastic B.
5) Gaulkan sama rata hingga menjadi doh dan tutup bekas dengan tuala lembap.
6) Ukur tinggi doh dan lakarkan dalam jadual yang disediakan.
7) Biarkan kedua-dua bekas tersebut selama 20 minit.
8) Selepas itu, ukur tinggi doh-doh tersebut dan lakarkannya.
9) Jawab soalan yang berikutnya.
Pemerhatian : Lakarkan doh tersebut mengikut arahan yang dinyatakan.

Lakaran awal doh pada bekas A. Lakaran awal doh pada bekas B

Lakaran doh bekas A selepas 20 minit. Lakaran doh bekas A selepas 20 minit.
Soalan :
1. Apakah perubahan yang dapat diperhatikan?

2. Nyatakan inferens tentang perubahan yang diperhatikan

________________________________________________________________________
3. Mengapakah gula digunakan dalam penyiasatan ini?

_______________________________________________________________________

Kesimpulan :
EKSPERIMEN : Hidup mikrob – Mikroorganisma bernafas
TUJUAN : Membuktikan yis bernafas dan membebaskan gas
ALAT/BAHAN : Botol plastik, sudu kecil, sudu besar, benang, pembaris, air suam, belon,
yis dan gula

Langkah- langkah :
10) 250ml air suam diisi ke dalam botol plastik
11) Tiga sudu kecil yis dimasukkan ke dalam botol.
12) Satu sudu besar gula ditambah ke dalam botol dan digoncang.
13) Belon dipasang pada mulut botol
14) Pemerhatian saiz belon dilakukan
15) Diameter belon diukur menggunakan benang dan pembaris begi setiap 5 minit dalam
tempoh 20 minit
16) Perbincangan terhadap hasil pemerhatian dilakukan..
Pemerhatian : Bina jadual berdasarkan keputusan yang diperolehi
Soalan :
4. Apakah perubahan yang dapat diperhatikan?

5. Nyatakan inferens tentang perubahan yang diperhatikan


________________________________________________________________________
3. Mengapakah gula digunakan dalam penyiasatan ini?
_______________________________________________________________________

Kesimpulan :
LAPORAN EKSPERIMEN TAHUN 6- MIKROORGANISMA

EKSPERIMEN : Hidup mikrob – Mikroorganisma bertumbuh


TUJUAN : Membuktikan kulapuk bertumbuh
ALAT/BAHAN : Plastik lutsinar, penyembur air, roti dan air
PEMBOLEHUBAH :
a) dimanipulasi : ___________________________________
b) bergerakbalas : __________________________________
c) dimalarkan : _____________________________________
Langkah- langkah :
1. Air disemburkan pada roti seperti berikut
Roti A : 1 semburan
Roti B : 2 semburan
Roti C : 3 semburan
2. Masukkan setiap roti ke dalam plastic lutsinar yang berbeza dan labelkan A, B dan C
3. Pemerhatian dilakukan ke atas roti A, B dan C selama seminggu dan rekod perubahan saiz dan
warna kulapok pada roti tersebut.

Pemerhatian : Selepas seminggu

Roti A Roti B Roti C

Lakarkan mukor/kulapukyang diperhatikan di bawah mikroskop

Soalan :
1. Apakah bukti yang menunjukkan kulapuk bertumbuh ?
_____________________________________________________________________
Kesimpulan :
________________________________________________________________________

LAPORAN EKSPERIMEN TAHUN 6- MIKROORGANISMA

EKSPERIMEN : Hidup mikrob – Mikroorganisma bergerak


TUJUAN : Memerhati mikroorganisma bergerak
ALAT/BAHAN : Mikroskop, penitis, slaid kaca, sisip kaca, bikar, piring petri, kertas turas
dan air kolam

Langkah- langkah :
1. Air kolam dimasukkan ke dalam bikar
2. Penitis digunakan untuk mengambil air kolam daripada bikar.
3. Air kolam dititskan ke bahagian atas slaid kaca.
4. Titisan air kolam ditutup dengan sisip kaca.
5. Lebihan air kolam dikeringkan pada slaid kaca dengan kertas turas.
6.Slaid kaca diletakkan diatas pentas mikroskaop.
7. Laraskan kanta mikroskop sehingga mendapat imej yang jelas
8. Pergerakan mikrob di bawah mikroskop diperhatikan.
9. Lakaran mikrob diambil.
10. Catat dan laporkan pemrhatian.

Pemerhatian :

Soalan:
1. Berikan inferens berdasarkan pemerhatian yang kamu peroleh dalam air kolam ketika
menggunakan mikroskop.
__________________________________________________________________________

2. Nyatakan kesimpulan kamu dalam penyiasatan ini


_________________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai