Anda di halaman 1dari 23

000104-04-0518

ANALISIS PINJAMAN LUAR PESISIR DARI TAHUN 2014 HINGGA TAHUN 2018

1.0 ABSTRAK

Tajuk kajian ini ialah analisis pinjaman luar pesisir dari tahun 2014 hingga tahun 2018.
Objektif kajian ini dijalankan oleh pengkaji adalah untuk mengenal pasti arah aliran
pinjaman pasaran dan pinjaman projek bagi pinjaman luar pesisir dari tahun 2014 hingga
tahun 2018 dan mengukur sumbangan pinjaman pasaran dan pinjaman projek terhadap
pinjaman luar pesisir dari tahun 2014 hingga tahun 2018. Kajian ini dijalankan dengan
menggunakan data sekunder yang diperolehi daripada Laporan Kewangan Malaysia dari
tahun 2014 hingga tahun 2018. Laporan tersebut diperoleh daripada Kementerian Kewangan
Malaysia. Pengkaji juga turut menggunakan buku dan laman sesawang bagi memperoleh
maklumat berkaitan dengan analisis pinjaman luar pesisir dari tahun 2014 hingga tahun 2018.
Hasil kajian ini menunjukkan pola perubahan yang tidak konsisten bagi arah aliran pinjaman
pasaran dan pinjaman projek dan sumbangan pinjaman pasaran dan pinjaman projek dari
tahun 2014 hingga tahun 2018. Secara kesimpulannya, pengkaji didapati bahawa arah aliran
2dan sumbangan pinjaman pasaran dan pinjaman projek terhadap hutang luar pesisir dari
tahun tahun 2014 hingga tahun 2018 mempengaruhi antara satu sama lain.

1
000104-04-0518

ISI KANDUNGAN

BUTIRAN MUKA SURAT


1.0 Abstrak 1

Isi Kandungan 2

Penghargaan 3

2.0 Latar Belakang 4-5

3.0 Pernyataan Masalah 6

4.0 Objektif Kajian 7

5.0 Kaedah Kajian 8-9

6.0 Hasil Kajian dan Perbincangan 10-17

7.0 Cadangan Kajian 18-19

8.0 Rumusan 20

9.0 Senarai Rujukan 21

Lampiran 22-23

2
000104-04-0518

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada pihak pentadbir sekolah SMK Datuk
Bendahara, khasnya Pengetua Encik Tuan Haji Abdul Karim Bin Md Yazam dan juga kepada
Guru Penolong Kanan Tingkatan 6 iaitu Puan Azizah Bt Khalid atas kebenaran untuk
menjalankan tugasan kerja kursus ini diluar sekolah . Tanpa kebenarannya saya mungkin tidak
dapat melaksanakan tugasan ini dengan sempurna dan juga Berjaya menyiapkannya dengan
begitu baik sekali.

Selain itu , saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Mohamad Amin Bin
Zainal Abidin selaku guru matapelajaran Ekonomi saya yang telah banyak memberikan tunjuk
ajar yang baik dan jelas, bimbingan serta penerangan yang sempurna kepada kami dari awal lagi
sejak tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini.

Di samping itu , saya juga ingin memberikan penghargaan kepada ibu bapa saya iaitu Encik
Sanmugam A/L Ramasamy dan juga Puan Thavamani A/P Jayasakaran atas dorongan, semangat
dan juga sokongan dari segi bentuk kewangan buat saya menjalankan tugasan kerja kursus
Pengajian Am ini dengan sempurna. Tidak lupa juga atas bantuan secara langsung dan tidak
langsung rakan-rakan kelas saya iaitu 6AK2.

Sekian, Terima Kasih.

3
000104-04-0518

2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Kajian ini menghuraikan dengan lengkap tentang “ Kajian Kes: Pinjaman Luar Pesisir dari tahun
2014-2018” . Pinjaman merupakan satu sumber yang penting bagi membiayai perbelanjaan
kerajaan khasnya perbelanjaan pembangunan negara. Peminjaman diperlukan apabila hasil
kurang daripada jumlah perbelanjaan. Dalam keadaan ini kerajaan perlu membuat pinjaman
daripada atau institusi kewangan baik di dalam negeri mahupun luar negeri. Masalah beban
hutang kerajaan persekutuan berlaku akibat defisit yang besar dialami pada awal tahun 1980-an.

Secara amnya hutang kerajaan Persekutuan terbahagi kepada dua jenis yang utama iaitu hutang
dalam negeri dan hutang luar negeri . Hutang dalam negeri biasanya merupakan pinjaman jangka
pendek dan sederhana yang tempoh pembayaran sebaliknya singkat. Ia diperoleh dariapda orang
ramai dan institusi kewangan dalam negeri. Hutang luar negeri merupakan pinjaman jangka
sederhana dan jangka panjang kerajaan dariapda institusi kewangan luar negeri. Komponen-
komponen hutang luar negeri terdiri daripada pinjaman-pinjaman pasaran, projek,kredit
pembekalan dan pembiayaan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) .

Pada akhir 1960-an dan pertengahan 1970-an keadaan ekonomi yang menggalakkan telah
menyebabkan kedudukan imbangan pembayaran adalah sederhana dan seterusnya kedudukan
hutang kerajaan Persekutuan di tahap yang terkawal. Namun begitu, kemelesetan ekonomi yang
bermula pada tahun 1970-an menggugat pendapatan eksport negara serta faktor-faktor lain telah
menyebabkan hutang kerajaan Persekutuan meningkat dengan pesatnya.

Menurut data Kementerian Kewangan Malaysia, hutang luar terdiri dariapda hutang sektor
awam dan swasta. Hutang luar meliputi, pinjaman luar pesisir; pegangan sekuriti hutang
berdemoninasi ringgit oleh bukan pemastautin; deposit bukan pemastautin dan hutang yang lain
termasuk kredit perdagangan, peruntukan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) bagi Hak
Pengeluaran Khas (SDR) serta lain-lain seperti tuntutan insurans belum bayar dan faedah kena
bayar.

4
000104-04-0518

Pinjaman luar pesisir merupakan komponen terbesar hutang luar meningkat kepada RM586.5
billion atau 41% daripada KDNK (akhir 2017: RM500.9 billion ; 37%) disebabkan oleh
pertambahan hutang jangka pendek serta hutang jangka sederhana dan panjang syarikat awam.
Pembiayaan tambahan terutamanya bertujuan mengurus sumber kewangan kumpulan korporat
dan pelaburan luar negara untuk meningkatkan kapasiti produktif. Walau bagaimanapun, hutang
sektor swasta berjangka sederhana dan panjang berkurangan kepada RM155.1 bilion disebabkan
oleh pinjaman bersih bank dan bukan bank yang lebih rendah. Sementara itu, pinjaman luar
pesisir sektor awam mencatat RM138.8 bilion atau 9.7% daripada KDNK dengan sebahagian
besar iaitu 88.1% merupakan pinjaman syarikat awam manakala selebihnya Kerajaan
Persekutuan. Oleh itu, nisbah khidmat hutang untuk pinjaman luar pesisir meningkat kepada
4.8% (2017:4.5%) berikutan pendapatan eksport yang lebih rendah.

5
000104-04-0518

3.0 PERNYATAAN MASALAH

Tajuk kajian ini adalah Analisis Pinjaman Luar Pesisir dari tahun 2014-2018. Tujuan kajian ini
dijalankan adalah untuk mengenal pasti arah aliran hutang kerajaan Persekutuan dan
perbelanjaan kerajaan mengurus dari tahun 2010 hingga 2014 serta mengkaji kadar pertumbuhan
hutang Kerajaan Persekutuan dari tahun 2010 hingga 2014. Kajian ini dapat membantu pengkaji
untuk mendalami maksud pinjaman luar pesisir serta arah aliran hutang kerajaan persekutuan
Malaysia dari tahun 2010 hinngga 2014. Seterusnya, kajian ini juga bermanfaat kepada negara
untuk mengenal pasti sebab-sebab berlakunya pinjaman daripada pesisir luar. Melalui analisis
terhadap Pinjaman Luar Pesisir, kerajaan Persekutuan Malaysia dapat mengurangkan
perbelanjaan negara untuk mengelakkan berlakunya peningkatan hutang negara.

6
000104-04-0518

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Pada amnya, objektif kajian merupakan perkara yang penting dalam sesuatu kajian. Hal ini
kerana , objektiflah yang akan menentukan hala tuju semasa kajian. Kajian tanpa objektif adalah
kajian yang tidak terarah kerana tidak mempunyai matlamat serta tujuan sesuatu kajian itu
dijalankan. Kajian ini dijalankan untuk mencapai 2 objektif utama berkaitan analisis pinjaman
luar pesisir dari tahun 2014 hingga tahun 2018. Objektif kajian adalah seperti berikut :

4.1 Mengenal arah aliran pinjaman pasaran dan pinjaman projek bagi pinjaman luar pesisir.

4.2 Mengukur sumbangan pinjaman pasaran dan pinjaman projek terhadap pinjaman luar .

7
000104-04-0518

5.0 KAEDAH KAJIAN

Sebelum membuat kajian, saya telah mengambil beberapa cara untuk mendapatkan maklumat.
Kaedah kajian ialah suatu cara atau usaha yang dilakukan bagi menyelesaikan sesuatu
pemsalahan yang ingin dikaji ataupun objektif-objektif kajian tersebut hendak dicapai.Oleh itu,
pengkaji telah memilih data sekunder sebagai kaedah kajian untuk memperoleh maklumat bagi
melaksanakan kajian yang berkaitan dengan analisis pinjaman luar pesisir dari tahun 2014
hingga 2018.

Menurut Sabitha Marican(2005) , data sekunder ialah data yang telah dikumpulkan oleh
pengkaji lain. Pada awalnya, data yang dikumpul untuk tujuan lain, tetapi sesuai digunakan
untuk menjawab persoalan kajian yang dijalankan oleh pengkaji masa kini. Maklumat atau bahan
yang dikumpul oleh individu atau penyelidik lain, bukannya penyelidik yang sedang melakukan
kajian itu kini. Contoh data sekunder ialah dokumen awam , arkib, dokumen pentadbiran,
laporan formal dll. Sumber-sumber data sekunder dalam bentuk lisan ialah jurnal, buku, majalah,
tesis,cerpen,surat khabar, internet dan rekod-rekod lepas.

5.1 KAEDAH MEMPEROLEH DATA

Kajian ini menggunakan hanya satu kaedah memperoleh data iaitu kaedah melalui laman
sesawang. Laman sesawang yang digunakan oleh pengkajji ialah data daripada Bank Negara
Malaysia, Kementerian Kewangan Malasysia, Unit Perancangan Ekonomi dari tahun 2014
hingga 2018. Buku rujukan juga digunakan sebagai sumber memperolehi data. Melalui data yang
dikumpul, pengkaji dapat menerangkan cara sesuatu masalah dikaji.Pengkaji dapat menganalisis
data atau maklumat supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu rumusan
atau kesimpulan.

8
000104-04-0518

5.2 KAEDAH MENGANALISIS DATA

Kaedah analisis data yang digunakan oleh pengkaji adalah melalui pembinaan jadual,
mengenal pasti arah aliran pinjaman psaran dan pinjaman projek dan mengukur sumbangan
pinjaman parasan dan projek.Pengkaji meringkaskan pungutan data dengan menggunakan
nombor, angka dan pengiraan. Maklumat berangka disusun dan dianalisis untuk
mendapatkan satu gambaran yang jelas.Pengkaji juga menggunakan graf garis untuk
mengukur sumbangan pinjaman pasaran dan pinjaman projek terhadap pinjaman luar dari
tahun 2014 hingga 2018. Kaedah-kaedah ini digunakan oleh pengkaji untuk memudahkan
pengkaji untuk menghuraikan kajian kes yang dibuat dengan lebih mudah.

Sumbangan pinjaman pasaran = pinjaman pasaran x 100


pinjaman luar pesisir

Sumbangan pinjaman projek = pinjaman projek x 100


pinjaman luar pesisir

9
000104-04-0518

6.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

6.1 Mengenal arah aliran pinjaman pasaran dan projek bagi pinjaman luar pesisir dari tahun
2014 hingga tahun 2018.

Jadual 1: Jadual menunjukkan arah aliran pinjaman pasaran dan projek bagi pinjaman luar
pesisir dari tahun 2014 hingga tahun 2018.

Tahun Pinjaman Perubahan Arah Pinjaman Perubahan Arah


Pasaran Aliran Projek Aliran
(RM juta ) (RM juta )

2014 11469 678 Meningkat 5307 -664 Menurun


2015 15179 3710 Meningkat 6298 991 Meningkat
2016 17211 2032 Meningkat 6442 144 Meningkat
2017 15580 -1631 Menurun 5685 -757 Menurun
2018 15906 326 Meningkat 5597 -88 Menurun
(Sumber : Laporan Ekonomi tahun 2014 hingga
tahun 2018, Kementerian Kewangan Malaysia)

10
000104-04-0518

Graf 1 ; Graf arah aliran pinjaman pasaran dan projek bagi pinjaman luar pesisir dari tahun 2014
hingga tahun 2018.

20,000
RM (juta)

18,000

16,000

14,000
Pinjaman Pasaran
12,000

10,000
Pinjaman Projek
8,000

6,000

4,000

2,000

0
2014 2015 2016 2017 2018 Tahun

(Sumber : Laporan Ekonomi tahun 2014 hingga


tahun 2018, Kementerian Kewangan Malaysia)

11
000104-04-0518

Jadual 1 dan graf 1 menunjukkan arah aliran pinjaman pasaran dan projek bagi pinjaman luar
pesisir dari tahun 2014 hingga tahun 2018.Pola arah aliran bagi pinjaman pasaran dari tahun
2014 hingga tahun2018 meningkat. Hanya pada tahun 2017 pinjaman pasaran menunjukkan pola
penurunan. Selain itu, arah aliran bagi pinjaman projek menunjukkan pola perubahan yang tidak
konsisten dari tahun 2014 hingga tahun 2018. Arah aliran pinjaman projek pada tahun 2014
meningkat secara berterusan dari tahun 2015 hingga tahun 2016 serta menurun secara berterusan
sehingga tahun 2018.

Pinjaman pasaran luar negeri dibuat di bawah Akta Pinjaman Luar Negeri1963 [Akta 403] dan
diperolehi daripada institusi kewangan antarabangsa. Pinjaman pasaran luar pesisir dibuat dalam
bentuk bon, kemudahan pinjaman dan pinjaman bersindiket. Penerimaan dan bayaran pinjaman
pasaran diuruskan oleh Bank Negara Malaysia. Had pinjaman pasaran luar negeri tidak boleh
melebihi daripada 55%. GDP. Pinjaman projek pula diperolehi daripada kerajaan asing dan
institusi kewangan antrabangsa di kerajaan asing dan institusi kewangan antarabangsa di bawah
kuasa Akta iaitu Akta Pinjaman Luar Negeri 1963 [Akta 403] ,Akta Pinjaman (Bank
Pembangunan Islam ) 1977 [Akta187] , Akta Pinjaman (Bank Antarabangsa) 1958[Akta 411].
Pinjaman projek dibuat bagi projek infrastruktur, kesihatan, pendidikan dan keperluan asas.

Pada tahun 2014, jumlah hutang luar pesisir adalah RM16776 juta. Hutang pinjaman pasaran
adalah RM11469 juta iaitu meningkat sebanyak RM678 juta dari tahun sebelumnya. Hutang bagi
pinjaman projek mencatatkan RM 5307 juta iaitu menurun sebanyak RM664 juta dari tahun
2013 hingga 2014. Pada akhir 2014, jumlah hutang luar negeri Malaysia berada paras RM744.7
bilion atau 69.6% daripada KDNK. Pada tahun 2013, hutang luar negeri ini berjumlah RM 696.6
bilion atau 70.6 juta daripada KDNK. Walaupun jumlah hutang luar negeri meningkat sederhana
sebanyak 6.9%, peratusnya kepada KDNK adalah lebih rendah berbanding tahun 2013. Daripada
jumlah berkenaan , sebanyak 2% adalah hutang luar pesisir Kerajaan Persekutuan. Hutang luar
negeri berdasarkan definisi baharu mencerminkan paras pegangan sekuriti hutang dan deposit
dalam denominasi ringgit oleh bukan pemastautin yang tinggi, yang mencakupi lebih 40%
dariapda jumlah kesuluruhan hutang luar negeri. Ini adalah disebabkan oleh kedalaman,
keterbukaan dan daya tarikan yang lebih meluas terhadap pasaran kewangan Malaysia. Pasaran

12
000104-04-0518

kewangan Malaysia sudah berkembang dengan pesat hasil daripada kemajuan dalam liberalisasi
sektor kewangan. Adalah penting untuk diberi perhatian bahawa hutang luar pesisir bagi
Kerajaan Persekutuan adalah kecil, hanya meliputi 2% daripada jumlah keseluruhan hutang luar
negeri berkenaan. Hutang luar pesisir Kerajaan Persekutuan kekal tidak berubah dan rendah pada
paras RM 16.8 bilion atau 1.6 % daripada KDNK.

Jumlah kesuluruhan pinjaman hutang luar pesisir pada tahun 2015 meningkat kepada RM
21477 iaitu sebanyak RM4701 juta. Jumlah pinjaman pasaran meningkat kepada RM 15179
manakala jumlah pinjaman projek meningkat sebanyak RM991 iaitu RM 6298 juta. Jumlah
hutang pinjaman luar pesisir mencatat sebanyak RM 23653 juta pada tahun 2016 dan RM21265
juta pada tahun 2017.Pada tahun 2016 jumlah pinjaman pasaran adalah RM17211 juta dan
RM15580 juta pada tahun 2017. Selain itu, pada tahun 2016 , pinjaman projek adalah sebanyak
RM6442 juta , iaitu meningkat sebanyak RM 144 juta berbanding pinjaman projek pada tahun
2017 yang hanya mencatatkan jumlah sebanyak RM5685 juta.Menurut Laporan Ekonomi 2016 /
2017 , pinjaman luar pesisir berjumlah RM26.9 bilion, terdiri daripada pinjaman pasaran dan
pinjaman projek. Daripada jumlah ini, pinjaman pasaran merangkumi 75.3% peratus dan bakinya
pinjaman projek. Pinjaman projek diperoleh menerusi sumber dua hala dan pelbagai hala
terdahulu, bagi membiayai program khusus dan projek infrastruktur seperti perumahan,
pembetungan dan empangan.

Pada tahun 2018 , jumlah hutang pinjaman luar pesisir adalah sebanyak RM 21504juta .
Jumlah pinjaman pasaran pada tahun 2018 adalah sebanyak RM 15906 iaitu meningkat sebanyak
RM 326 juta dan pinjaman projek pula mencatat sebanyak RM 5597 juta.

13
000104-04-0518

6.2 Mengukur sumbangan pinjaman pasaran dan pinjaman projek terhadap pinjaman luar pesisir
dari tahun 2014 hingga tahun 2018.

Jadual 2 : Jadual menunjukkan sumbangan pinjaman pasaran dan pinjaman projek terhadap
pinjaman luar pesisir dari tahun 2014 hingga tahun 2018.

Tahun Hutang Luar Pinjaman Sumbangan Pinjaman Sumbangan


Pesisir Pasaran Pinjaman Projek Pinjaman
(RM juta) (RM juta ) Pasaran (RM juta) Projek
(%)
2014 16776 11469 68.37 5307 31.63
2015 21477 15179 70.68 6298 29.32
2016 23653 17211 72.76 6442 27.24
2017 21265 15580 73.27 5685 26.73
2018 21504 15906 73.97 5597 26.03

(Sumber : Laporan Ekonomi tahun 2014 hingga


tahun 2018, Kementerian Kewangan Malaysia)

14
000104-04-0518

Graf 2 : Graf menunjukkan sumbangan pinjaman pasaran dan pinjaman projek terhadap
pinjaman luar pesisir dari tahun 2014 hingga tahun 2018.

Sumbangan pinjaman pasaran dan pinjaman


projek terhadap pinjaman luar pesisir dari tahun
2010 hingga tahun 2014
Sumbangan pinjaman pasaran
dan pinjaman projek (%)

80

70

60

50
Pinjaman Pasaran
40 Pinjaman Projek

30

20

10

0 Tahun
2014 2015 2016 2017 2018

(Sumber : Laporan Ekonomi tahun 2014 hingga


tahun 2018, Kementerian Kewangan Malaysia)

15
000104-04-0518

Jadual 2 menunjukkan sumbangan pinjaman pasaran dan pinjaman projek terhadap pinjaman
luar pesisir dari tahun 2014 hingga 2018. Sumbangan pinjaman pasaran meningkat dari tahun
2014 hingga tahun 2016 dan menurun pada tahun 2017 serta meningkat pada tahun 2018.
Sumbangan pinjaman projek menunjukkan pola tidak konsisten dari tahun 2014 hingga tahun
2018.

Pada tahun 2014 jumlah hutang luar pesisir adalah sejumlah RM16776 juta. Sumbangan
pinjaman pasaran adalah sebanyak RM11469 iaitu 68.37% manakala pinjaman projek pula
mencatatkan sebanyak RM5307 juta bersamaan dengan 31.63%. Pada tahun 2015 jumlah hutang
luar pesisir adalah RM21477 juta. Sumbangan pinjaman pasaran bagi tahun 2015 adalah
RM15179 juta dan pinjaman projek adalah sebanyak RM6298 juta iaitu 29.32. Pada tahun 2016 ,
sebanyak 72.76% bersamaan dengan RM17211 juta adalah pinjaman pasaran manakala
sumbangan pinjaman mencatatkan sebanyak RM 6442 juta. Sumbangan pinjaman pasaran bagi
tahun 2017 adalah sebanyak RM15580jutamanakala sumbangan pinjaman projek sejumlah RM
5685 juta bersamaan dengan 26.73%. Pada tahun 2018 , 73.97% adalah sumbangan pasaran iaitu
sejumlah RM15906 juta manakala 26.03% bersamaan dengan RM 5597 juta daripada jumlah
hutang pesisir luar sejumlah RM 21504 ialah sumbangan pinjaman projek.

Pada tahun 2014, sumbangan pinjaman luar negeri adalah untuk pelaburan , terutamanya oleh
syarikat dalam sektor pembuatan , perlombongan dan kuari, kewangan dan insurans serta
subsektor pengangkutan dan penyimpanan. Sebaliknya, hutang luar negeri, sektor awam lebih
sederhana kepada RM82.2 bilion berikutan bayaran balik bersih pinajaman luar negeri oleh
PABK dan Kerajaan Persekutuan. PABK terlibat termasuk dalam sektor kewangan, insurans dan
pembuatan.Sektor swasta menyumbang sebanyak 51.7% kepada hutang jangka sederhana dan
panjang , diikuti oleh PABK (38.6%) dan Kerajaan Persekutuan . Sumbangan pinjaman projek
untuk membiayai projek yang mempunyai kepentingan strategik kepada negara seperti
pelabuhan, lapangan terbang dan jambatan. Selain itu, sumbangan pinjaman projek untuk
memberi faedah secara langsung kepada rakyat seperti infrastruktur awam, pendidikan dan,
pengangkutan dan tenaga.

16
000104-04-0518

Pada tahun 2015, sumbangan pinjaman projek adalah bagi tujuan projek infrastruktur seperti
jalan dan jambatan , sekolah, hospital, perumahan dan bekalan air. Sumbangan pinjaman projek
dan pinjaman pasaran kepada hutang pinjaman luar pesisir mencakupi 46% dariapda jumlah
hutang luar negeri atau RM335.6% billion . Peningkatan ini disebabkan oleh pinajman bersih
yang lebih tinggi dalam hutang jangka sederhana dan panjang oleh sektor swasta bukan bank dan
perusahaan awam manakala hutang luar pesisir Kerajaan Persekutuan kekal tidak berubah pada
RM 16.2 bilion . Selain itu, peningkatan dalam pinjaman luar pesisir jangka pendek adalah
disebabkan oleh aktivit pinjaman antara bank yang lebih tinggi . Peningkatan ini mencerminkan
keyakinan pelabur terhadap ekonomi domestik, kadar pulangan yang lebih tinggi tempoh matang
tersebut serta pasaran kewangan domestik yang lebih mendalam, terbuka dan teguh.

17
000104-04-0518

7.0 CADANGAN KAJIAN

Antara usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk menangani hutang kerajaan persekutuan
ialah kerajaan baharu kini ditingkatkan dengan cadangan untuk memperkenalkan cukai baharu
bagi menjana hasil negara dalam usaha membayar kembali hutang negara yang tinggi. Perdana
Menteri , Tun Dr Mahatir Mohamad berkata , “Kerajaan juga mempertimbangkan untuk
melepaskan asset negara seperti tanah bagi mengurangkan beban untuk membayar hutang yang
telah ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu.Tun Dr Mahatir juga menjelaskan bahawa kerajaan
perlu melepaskan aset untuk tujuan mendapatkan dana bagi menyelesaikan krisis hutang negara
dengan mencari akses baharu.

Selain itu , kerajaan telah melaksanakan Program Transformasi Fiskal (FTP) untuk terus
mengukuhkan kedudukan kewangan dan sedang melaksanakan pelbagai inisiatif pembaharuan
fiskal ke arah kemampanan jangka panjang. Dasar fiscal adalah bermatlamat mengekalkan
momentum pertumbuhan dan mengukuhkan pengurusan fiscal, dengan objektif keseluruhan
mencapai kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat. Langkah ini akan mengurangkan hutang
kerajaan persekutuan dalam negeri dan luar negeri. Ketika krisis kewangan Asia 1997/1998 dan
krisis ekonomi global 2008, dengan fleksibiliti fiscal yang lebih besar dan paras hutang yang
rendah , kerajaan berupaya melaksanakan pakej rangsangan ekonomi. Langkah ini termasuk
memperkenalkan inisiatif bagi merangsang kegiatan ekonomi dan menyediakan subsidi yang
lebih besar serta melaksanakan pelbagai program bantuan sosial.

Di samping itu , kita sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab terhadap ekonomi negara
perlulah mengambil inisiatif untuk mengurangkan beban hutang kerajaan persekutuan. Hal ini
demikian kerana, seramai 663000 orang peminjam tidak pernah membayar sesan kepada pihak
PTPTN . Hal ini menjadikan jumlah tertunggak hutang PTPTN sebanyak RM4.7 bilion dan
hanya 19% sahaja dari ratusan ribu peminjam ini disenaraikan hitam. Sejak penubuhan PTPTN,
sebanyak RM48.7 bilion diagihkan untuk membantu pelajar bagi meneruskan pengajian mereka

18
000104-04-0518

tetapi pulangan hanya RM10.8 bilion setiap tahun. Oleh hal yang demikian, peminjam-peminjam
haruslah membayar balik hutang PTPTN kepada pihak berkenaan. Dengan hasil tersebut ,
kerajaan dapat membayar balik hutang kerajaan persekutuan seperti hutang negeri dan hutang
pinjaman luar pesisir.

Secara kesimpulannya, hutang kerajaan persekutuan mendatangkan pelbagai kesan negatif


terhadap negara seperti pembangunan negara dan pertumbuhan ekonomi . Oleh hal yang
demikian, semua pihak hendaklah berganding bahu bagi menangani masalah hutang kerajaan
persekutuan agar negara Malaysia dapat bebas daripada hutang dan menjadi negara yang maju
dalam pelbagai aspek .

19
000104-04-0518

8.0 RUMUSAN

“Kajian Kes: Pinjaman Luar Pesisir dari tahun 2014 hingga 2018” dijalankan oleh pengkaji
berdasarkan dua objektif iaitu mengenal arah aliran pinjaman pasaran dan pinjaman projek bagi
pinjaman luar pesisir dan mengukur sumbangan pinjaman pasaran dan pinjaman projek terhadap
pinjaman luar. Hasil daripada kajian yang dijalankan dengan bantuan beberapa instrumen seperti
laman sesawang dibentangkan dalam dapatan kajian secara terperinci. Pola arah aliran bagi
pinjaman pasaran dari tahun 2014 hingga tahun2018 meningkat. Hanya pada tahun 2017
pinjaman pasaran menunjukkan pola penurunan. Selain itu, arah aliran bagi pinjaman projek
menunjukkan pola perubahan yang tidak konsisten dari tahun 2014 hingga tahun 2018. Arah
aliran pinjaman projek pada tahun 2014 meningkat secara berterusan dari tahun 2015 hingga
tahun 2016 serta menurun secara berterusan sehingga tahun 2018.

Sumbangan pinjaman pasaran terhadap hutang luar pesisir menunjukkan sumbangan yang
tinggi berbandind dengan sumbangan pinjaman projek terhadap hutang luar pesisir. Sumbangan
pinjaman pasaran dan pinjaman projek terhadap hutang luar pesisir menunjukkan pola tidak
konsisten .Corak arah aliran pinjaman pasaran dan pinjaman projek terhadap hutang luar pesisir
mempengaruhi sumbangan pinjaman pasaran dan pinjaman projek terhadap hutang luar pesisir.

20
000104-04-0518

9.0 SENARAI RUJUKAN

1)KARYA BUKU

Suhiliah Mohd Salleh , 2017, Ace Ahead Teks STPM Makroekonomi Penggal 2 Edidi Kemas
Kini. Selangor. Oxford Fajar Sdn.Bhd

2) KAMUS DAN ENSIKLOPEDIA

Kamus Ekonomi, 1993 , Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

3) BADAN, INSTITUSI ATAU JAWATANKUASA


Malaysia. Kementerian Kewangan Malaysia, 2019.Laporan Ekonomi 2014-2018.Kuala
Lumpur : Kementerian Kewangan Malaysia.

4) BAHAN INTERNET
Kementerian Kewangan Malaysia –Laporan Ekonomi 2015/2016. Dicapai pada Oktober 23 ,
2015 daripada https://www.treasury.gov.my/index.php/arkib/2015/item/422-laporan-ekonomi-
2015-2016.html
Kementerian Kewangan Malaysia –Laporan Ekonomi 2015/2016. Dicapai pada Oktober 25 ,
2014 daripada https://www.treasury.gov.my/index.php/arkib/2015/le

21
000104-04-0518

10. LAMPIRAN

22
000104-04-0518

23