Anda di halaman 1dari 2

Hukum Am Dalam Sejarah

 Hempel tidak setuju dengan pendapat yang menyatakan peranan sejarah hanyalah
bertujuan memberikan gambaran tentang kejadian sejarah yang khusus dan bukannya
mengkaji hukum am yang menentukan kejadian peristiwa sejarah.
 Walaupun ahli sejarah mengkaji peristiwa lampau namun begitu hukum am mempunyai
peranan yang penting seperti yang berlaku dalam bidang sains semulajadi. Hukum am
menjadi satu alat yang penting dalam kajian tentang peristiwa sejarah.
 Menurut Hempel hukum am hanya boleh dilihat dalam hubungan yang melibatkan sebab
dan kesan.
 Hempel menambah hukum am adalah sesuatu yang saintifik kerana ia sudah disahkan
benar, boleh diuji kebenarannya melalui kajian dan bersifat ramalan. Jadi ia lebih sesuai
untuk bidang sains semulajadi.
 Dalam bidang sejarah Hempel menyatakan sejarah mempunyai tujuan yang berbeza
dibandingkan dengan bidang sains semula jadi dan juga sejarah bergantung kepada fakta-
fakta untuk membuktikan kejadian peristiwa sejarah.
 Oleh itu Hempel menolak penggunaan hipotesis dalam bidang sejarah memandangkan ia
bersifat kemungkinan sahaja.
 Berdasarkan pendapat Hempel maka boleh dirumuskan ahli sejarah perlu mencari
penjelasan tentang kejadian peristiwa sejarah. Penjelasan tersebut perlu berdasarkan
bukti-bukti yang konkrit dan mengaitkan situasi awal yang mencetuskan kejadian
peristiwa sejarah.
 Secara langsung penjelasan sejarah yang melibatkan unsur ketuhanan, nasib atapun kuasa
ajaib perlu ditolak sama sekali oleh ahli sejarah.
 Oleh kerana terdapat halangan tertentu menyebabkan hukum am tidak dapat digunakan
dalam penjelasan sejarah.
 Sifat manusia yang bertindak dengan cara yang berbeza menyebabkan hukum am tidak
dapat digunakan untuk membuat penjelasan sejarah.
 Manusia akan bertindak dengan pelbagai cara disebabkan kemampuan mereka berfikir
untuk membuat pemilihan dan juga berkemampuan untuk mencipta sesuatu yang tidak
wujud sebelum ini.
 Situasi ini boleh dibuktikan semasa menuntut kemerdekaan daripada pihak British. Ada
yang bertindak dengan cara mengadakan rundingan dengan pihak British. Golongan
kedua pula lebih ke arah mendapatkan kemerdekaan dengan cara memberi tekanan ke
atas pentadbiran British.
 Tingkahlaku pihak yang berjuang untuk menuntut kemerdekaan memprlihatkan
keupayaan mereka menghadapi sesuatu keadaan tertentu dengan mengambil tindakan
yang berbeza dan juga mampu berfikir dengan cara yang tertentu untuk menimbang
pilihan yang sedia ada sebelum mengambil seberang tindakan.
 Jadi dalam situasi hukum am tidak menentukan tindak tanduk dan juga tingkah laku
manusia.
 Para ahli sejarah yang mengkaji sebab-musabab tidak akan membuat penjelasan sejarah
berdasarkan kepada situasi yang perlu ada dan wajib untuk mencetuskan kejadian
peristiwa sejarah.

1
 Ahli sejarah tidak dapat menjelaskan faktor-faktor yang perlu ada dalam mencetuskan
kejadian yang lampau seperti berlakunya pemberontakan, gerakan dan perjuangan.
 Ahli sejarah hanya mampu menghuraikan faktor serta merta dan faktor jangka panjnag
dalam menghuraikan sebab-musabab berlakunya kejadian peristiwa sejarah yang lampau.
 Michael Oakeshott menyatakan peranan ahli sejarah dalam membuat penjelasan sejarah
hanya memaparkan penghuraian tentang kejadian khusus yang dikaji dan bukannya
mempertengahkan hukum-hukum am atau pun persekitaran yang perluada dalam
mencetuskan sesuatu kejadian khusus.
 Terdapat juga perbahasan tentang usaha untuk membuat kajian sejarah secara
perbandingan. Kajian sejarah secara perbandingan akan menguji kebenaran teori-teori
yang akhirnya akan membuat kesimpulan umum tentang tingkah laku manusia.
 Antara tajuk yang dicadangkan untuk dikaji secara perbandingan ialah berkaitan ideologi
politik, agama dan budaya yang melibatkan pakar sejarah, sains kemasyarakatan dan juga
kemanusiaan
 Collingwood telah menolak usaha membuat sejarah secara perbandingan. Bagi beliau
kajian sejarah yang berdasarkan kepada teori-teori akan menjejaskan keilmuan sejarah
dan lebih kepada penjelasaan bahawa keadaan persekitaran manusia adalah tetap.
 Collingwood menambah keadaan persekitaran manusia hanya tetap sehingga tamatnya
hayat persekitaran tersebut. Oleh itu akan berlaku perubahan terhadap persekitan tersebut.
Sebagai contohnya kedudukan raja sebagai orang yang berkuasa mutlak dalam sistem
feudal. perubahan dalam sistem feudal telah menyebabkan raja tidak lagi diberikan kuasa
mutlak dalam sistem pemerintahan.
 Kesimpulannya kajian sejarah adalah untuk mengesan keadaan khusus yang mencetuskan
sesuatu kejadian peristiwa sejarah dan tidak mengkaji unsur-unsur persamaan dalam
tingkah laku manusia.
 Para ahli sejarah lebih ke arah mengkaji sebab-musabab sesuatu kejadian persitiwa
sejarah,membuat tafsiran berdasarkan bukti-bukti yang diperoleh melalui sumber-sumber
dan membuat kesimpulan yang konkrit.