Anda di halaman 1dari 1

Yang berusaha, Guru Besar SK Bindu Encik Abd Malek b Hussin,

Guru-guru SK Bindu , ibu bapa penyanyang serta anak-anak yang saya


kasihi

Izinkan saya melafaz dan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah


SWT kerana kita dapat berkumpul bagi menjayakan Majlis Restu Ilmu
untuk anak-anak Tahun 6 sebagai persediaan menghadapi UPSR tidak
lama lagi.

Pada kesempatan ini saya bagi pihak ibu bapa ingin merakamkan
ucapan semoga berjaya bukan sahaja kepada para pelajar yang bakal
menghadapi peperiksaan malahan kepada para guru yang menjadi nadi
dalam mencanai dan menggilap satu kejayaan untuk anak-anak
permata kami.

Pada saya, kejayaan anak- anak kita merupakan satu anugerah kepada
pihak sekolah dan ganjaran buat kita semua. Terima kasih kepada
semua guru yang telah melaksanakan tanggungjawab berat
membimbing, mendidik dan menyediakan anak-anak dengan segala
kudrat yang ada supaya dapat menduduki peperiksaan UPSR dengan
penuh yakin dan berjaya dengan cemerlang.

Maka saya ingin menyeru kepada diri saya dan tuan puan sekalian,
marilah kita saling bergandingan bagi memastikan anak-anak ini
membuat persediaan di saat-saat terakhir dari segi jasmani dan emosi.
Akhir kata, sekali lagi saya merakamkan ucapan semoga berjaya
kepada semua anak-anak tahun 6 dalam peperiksaan UPSR tidak lama
lagi. Sekian, terima kasih.