Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
ISU KBAT
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN (PdP)
PENGENALAN KBAT
Pada masa kini, kemahiran berfikir merupakan aspek yang penting untuk diterapkan kepada
pelajar-pelajar. Hal ini kerana kemahiran berfikir dapat memperkembangkan lagi potensi setiap
individu khususnya pelajar untuk menghasilkan idea-idea baru. Peranan guru menjadi faktor
utama dalam merealisasikan pelajar yang mampu mengaplikasikan kemahiran berfikir dalam
pembelajaran mereka. Menurut Buletin Transformasi Pendidikan Malaysia (2015), KBAT
didefinisikan sebagai keupayaan untuk mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam
membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi
dan berupaya mencipta sesuatu. Mengikut Bloom (1956) pula, KBAT melambangkan
pemikiran yang kritikal, logikal, reflektif, serta metakognitif dan pemikiran kreatif yang
dirangsangkan apabila berdepan dengan masalah dan soalan yang bukan menjadi
kebiasaan. Dengan berpegang kepada konsep kemahiran berfikir aras rendah yang
dikaitkan dengan pengetahuan dan strategi kognitif sedia ada; KBAT adalah lebih canggih
dan kaya ilmu daripada kemahiran berfikir aras rendah kerana KBAT memerlukan
seseorang pelajar itu memanipulasi maklumat dan idea yang mentransformasikan maksud
dan implikasi maklumat dan idea asal tersebut.
KBAT melibatkan kemahiran intelek yang tinggi. Kemahiran ini merujuk kepada empat aras
teratas dalam Taksonomi Bloom iaitu mengaplikasi, menganalisa, menilai dan mencipta. KBAT
mengaplikasikan pemikiran secara kritikal, pemikiran kreatif, pemikiran logik, pemikiran
reflektif dan meta kognitif. Secara mudahnya murid mencerap sesuatu data atau maklumat
kemudian diproses dalam minda dan akhirnya dikeluarkan semula dalam pelbagai bentuk.
Kemahiran berfikir ini juga dikatakan sebagai berfikir secara kritis dan kreatif. Melalui
kemahiran ini murid bebas untuk membanding, membeza, menyusun atur, mengelas dan
mengenal pasti sebab dan akibat mengikut pendapat dan pandangan mereka sendiri. Andai kata
diberikan suatu soalan maka murid boleh memberi jawapan dalam pelbagai bentuk, idea baru dan
melihat daripada beberapa sudut. Di sinilah dikatakan wujudnya pemikiran berbentuk kreatif,
inovatif dan mereka cipta di kalangan murid.
KBAT ini juga mempunyai kelebihan lain iaitu dapat meningkatkan lagi keupayaan dan
kebolehan sedia ada pada murid. Mereka akan dapat mengawal, memandu dan mengukur
pembelajaran yang telah mereka kuasai. Kebolehan ini akan menjadikan mereka lebih produktif
dan berdaya saing. Seterusnya sudah tentu dapat meningkatkan kefahaman dan memperkukuh
pembelajaran dalam apa sahaja perkara yang mereka pelajari nanti. Bagi menerapkan kemahiran
berfikir aras tinggi dalam kalangan murid maka peranan guru sangat signifikan. Usaha ke arah itu
perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh. Sebenarnya kemahiran berfikir ini bukanlah asing
kepada guru kerana mereka telah didedahkan tentang konsep dan kaedah kemahiran ini semasa
mengikuti latihan perguruan di maktab atau universiti suatu ketika dahulu. Guru perlu terus
meningkatkan keupayaan kemahiran berfikir mereka supaya dapat memberikan yang terbaik
kepada murid dalam pengajaran mereka. Antara cara berkesan yang boleh dilakukan untuk
menerapkan KBAT dalam PdP ialah dengan mengemukakan soalan-soalan yang berunsurkan
KBAT semasa proses PdP dijalankan. Soalan dikemukakan adalah soalan yang membolehkan
murid untuk mengaplikasi, menganalisa, mensintesis dan menilai suatu maklumat daripada
sekadar menyatakan semula fakta atau hanya mengingati fakta yang telah dipelajari.
Kemahiran Berfikir Aras Rendah (KBAR) Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
“Lower-order thinking (LOT) is often characterized Characterized higher-order thinking (HOT) as “non-
by the recall of information or the application of algorithmic.”
concepts or knowledge to familiar situations and Resnick (1987)
contexts”. Resnick (1987)
LOT tasks requires a student “… to recall a fact, “The use of complex, non-algorithmic thinking to
perform a simple operation, or solve a familiar type solve a task in which there is not a predictable, well-
of problem. It does not require the student to work rehearsed approach or pathway explicitly suggested
outside the familiar” Schmalz (1973) by the task, task instruction, or a worked out
example.” Stein and Lane (1996)
“LOT is involved when students are solving tasks “HOT as solving tasks where no algorithm has been
where the solution requires applying a well-known taught, where justification or explanation are
algorithm, often with no justification, explanation, or required, and where more than one solution may be
proof required, and where only a single correct possible”. Senk, et al (1997)
answer is possible”.
Senk, Beckman, & Thompson (1997)
“LOT as solving tasks while working in familiar “HOT involves solving tasks where an algorithm has
situations and contexts; or, applying algorithms not been taught or using known algorithms while
already familiar to the student”. Thompson (2008) working in unfamiliar contexts or situations”.
Thompson (2008)
Strategi pengajaran dan pembelajaran KBAT berbentuk inkuiri, penyelesaian masalah, penyelidikan
dan berasaskan projek. Pelbagai pendekatan dan aktiviti dalam bilik darjah yang boleh dilaksanakan.
Guru dan murid menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran dan penyoalan aras tinggi semasa
PdP. Pengajaran dan Pembelajaran akan berubah menjadi Pembelajaran dan Pemudahcaraan apabila
guru berperanan mengajar dan murid belajar semasa melaksanakan aktiviti aras pemikiran rendah dan
apabila aras pemikiran meningkat ke aras yang lebih tinggi, guru berperanan sebagai pemudah cara
semasa murid belajar.
Murid yang suka bertanya dan boleh memberi cadangan penyelesaian berdasarkan
pengetahuan yang sedia ada merupakan ciri-ciri murid KBAT. Penggunaan bahan rangsangan
seperti soalan aras tinggi dapat menggalakkan murid berfikir dengan lebih mendalam, membuat
kesimpulan dan refleksi, seterusnya mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam situasi sebenar.
Ciri-ciri guru yang menggalakkan KBAT pula apabila guru berperanan sebagai pemudah cara
yang melaksanakan pelbagai aktiviti berpusatkan murid, menyediakan aktiviti yang dapat
mencabar minda murid dan penyoalan aras tinggi secara berperingkat bagi mendorong murid
memberi pandangan serta membuat penyelidikan dan membuat penerokaan secara terancang dan
berstruktur.
STRATEGI KBAT
Terdapat beberapa cara dan strategi yang boleh digunakan oleh guru bagi menggalakkan
pelajar untuk berfikir secara KBAT.
Teknik Menyoal
Teknik menyoal adalah teknik paling lama dan paling popular dalam bidang pendidikan.
Pemilihan teknik ini dalam PdP dapat melahirkan interaksi antara guru dan pelajar secara
berkesan. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan yang berkaitan
dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya. Kejayaan
penggunaan teknik ini dalam PdP bergantung kepada kebolehan guru untuk menguasai teknik
menyoal. Salah satu perkara penting ketika berkomunikasi adalah aktiviti bertanya dan menyoal.
Kemahiran bertanya dan menyoal bukan sekadar untuk mendapatkan sesuatu maklumat, tetapi
juga membantu kita membina iklim komunikasi yang positif dan memupuk sikap saling
memahami dan bekerjasama. Terdapat beberapa aspek dalam teknik penyoalan yang boleh
diambil kira, antaranya ialah melihat keupayaan pelajar memahami sesuatu blok informasi,
mengalih perhatian pelajar daripada satu fakta kepada fakta yang lain, menegaskan kepentingan
isi, mengarah pelajar ke arah membentuk konsep pemahaman yang tersendiri, mengesan
pengetahuan berbahasa pelajar, mengalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan
juga kritis serta mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar.
Walaubagaimanapun, penggunaaan teknik penyoalan adalah untuk mencerna pemikiran. Ini
kerana soalan yang dikemukakn untuk menaganalisis, mensintesis dan menilai kemahiran dan
menyediakan latihan untuk pelajar berkomunikasi.
Terdapat beberapa prinsip dan panduan penyoalan yang betul bagi membantu guru untuk
mengasah pemikiran kreatif dalam kalangan pelajar. Antaranya ialah soalah hendaklah dirancang,
soalan bersesuaian dengan peringkat kebolehan pelajar, aras soalan tidak terlalu senang dan tidak
terlalu sukar, beri peluang kepada pelajar untuk berfikir mengenai jawapan, kemukakan soalan
kepada keseluruhan kelas, elakkan daripada mengemukakan soalan kepada murid tertentu sahaja,
kemukakan soalan terlebih dahulu sebelum menentukan nama murid, bentuk soalan perlu diubah-
ubah untuk menarik perhatian murid, soalan dapat didengar dengan jelas oleh pelajar seluruh
kelas, soalan haruslah mampu mendorong pelajar untuk berfikir, elakkan soalan yang
mengandungi jawapan di dalamnya dan soalan hendaklah ringkas dan juga jelas.
Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, KBAT diberi penekanan
untuk melahirkan pelajar yang berdaya saing menjelang abad ke-21. PPPM telah menggariskan
peratusan soalan pemikiran aras tinggi pada tahun 2016 yang akan ditambah mengikut peringkat
iaitu UPSR (80%), Pentaksiran Tingkatan 3 (80%), subjek Teras SPM (75%) dan subjek elektif
SPM (50%). Pentaksiran item KBAT SPM diwujudkan bagi meningkatkan kerangka pentaksiran
bagi menambahkan item yang menguji Kemahiran Berfikir Aras Tinggi serta menggunakan
rujukan standard dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Namun begitu, terdapat beberapa
isu yang timbul dalam pelaksanaan KBAT di sekolah yang dapat dilihat dari sudut kesediaan
guru, murid dan sekolah. Guru telah dibiasakan dengan kaedah pengajaran berpusatkan guru
dimana pelajar bertindak sebagai pendengar dan penerima maklumat sahaja. Pengajaran
tradisional menyebabkan proses pembelajaran berlaku secara cetek dan tidak mendalam. Hal ini
menyebabkan guru tidak bersedia dan kurang jelas makna KBAT. Menurut Rajendran (2001),
guru yang mengikuti kursus KBAT percaya yang mereka tidak bersedia untuk mengajar KBAT.
KBAT memerlukan guru memiliki pengetahuan yang luas dan perlu menghasilkan bahan soalan
yang berunsur bukan rutin. Masalah rutin bermaksud masalah boleh diselesaikan dengan kaedah
yang biasa digunakan oleh pelajar dengan mereplikasikan kaedah yang dipelajari sebelum secara
langkah demi langkah. Masalah bukan rutin pula bermaksud masalah yang memerlukan analisis
dan penaakulan matematik. Terdapat banyak masalah bukan rutin boleh diselesaikan dengan
lebih daripada satu cara, dan mungkin mempunyai lebih daripada satu penyelesaian.
Isu yang wujud dari pihak pelajar pula berkaitan dengan penglibatan pelajar dalam PdP.
Komunikasi pelajar yang tidak memuaskan dan tahap pengetahuan pelajar yang berada pada
tahap yang rendah menyebabkan KBAT tidak dapat dilaksanakan dengan lancar. Pelajar tidak
mencuba untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Menurut kajian Yee, et al. (2010), jika pelajar
jarang menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi untuk menjana idea maka pelajar menghadapi
masalah untuk menyelesaikan tugasan kerja kursus. Justeru, pelajar harus mempelajari dan
menggunakan KBAT dalam penjanaan idea supaya tugasan kerja kursus dapat diselesaikan
dengan lebih berkesan. Pelajar yang pasif dan kurang respon menyebabkan proses PdP menjadi
hambar. Menurut Rajendran (2001), KBAT memerlukan pelajar bersikap aktif. Oleh sebab
pelajar telah terbiasa dengan pembelajaran sehala, maka pelajar malu untuk menyuarakan
pendapat atau pandangan mereka. Kajian yang dibuat oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia
menunjukkan hampir 30% murid tidak menjawab soalan bukan rutin. Tambahan pula, budaya
masyarakat kita pada hari ini yang menitikberatkan kecemerlangan dan bilangan A dengan cara
menghafaz bukan berfikir menyebabkan proses perkembangan KBAT tidak dapt diteruskan
dengan jayanya. Dari sudut kepimpinan sekoah pula, pihak pentadbiran lebih menumpukan dan
memberi penekanan supaya guru menghabiskan silibus pada waktu yang ditetapkan dan lebih
mengejar prestasi pelajar melalui fokus kepada peperiksaan. (Dipetik dari Utusan Malaysia,
Oktober 2006).
Program i-Think telah mula diperkenalkan sejak 2011 tetapi perlaksanaan secara “whole-
school approach” dimulakan pada tahun 2012. Program ini adalah hasil kerjasama Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Agensi Inovasi Malaysia (AIM). Alat berfikir yang
diperkenalkan ialah Peta Pemikiran. Terdapat 8 bentuk peta pemikiran secara visual yang mudah
difahami merentasi kurikulum iaitu Peta Bulatan, Peta Pokok, Peta Buih, Peta Buih Berganda,
Peta Alir, Peta Alir Berganda, Peta Dakap dan Peta Titi. Peta Alir digunakan untuk membuat
urutan sesuatu proses manakala Peta Buih digunakan untuk memperkaya kebolehan murid bagi
mengenalpasti atau menunjukkan kualiti. Biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau
huraian.
Pembelajaran Akses Kendiri (PAK) ialah satu program yang membolehkan murid belajar
secara kendiri melalui penggunaan bahan pembelajaran. Murid diberi peluang memilih aktiviti,
menilai hasil kerja dan memantau kemajuan mereka sendiri agar mereka bertanggungjawab dan
berdikari atas pembelajaran mereka. Murid berautonomi ialah murid yang berinisiatif untuk
merancang dan melaksanakan program pembelajaran sendiri. Pemikiran baru dalam bidang
pendidikan mendapati bahawa murid bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri.
Menurut Beckett (2005), pembelajaran berasaskan projek merupakan pelaksanaan program atau
aktitviti dalam jangka panjang. Semasa proses pembelajaran, pelajar akan bekerjasama, misalnya
dalam menyediakan soalan berkaitan projek dan mengimplementasikan penyelidikan dengan
mengumpulkan data, menganalisis data dan menghasilkan laporan sama ada secara lisan atau
bertulis Projek. Menurut Newmann & Wehlage 1995, prestasi murid-murid ditunjukkan melalui
huraian yang jelas dan penyediaan butir- butir serta hujah yang tepat Projek akan meningkatkan
prestasi pemahaman murid-murid berkaitan idea, konsep, teori dan prinsip.
Posted by Azrina Sazali at 8:04 AM
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
4 comments:
1.
Reply
Replies
Reply
2.
bagus
Reply
Replies
Reply
3.
bagus
Reply
Replies
Reply
4.
perbanyakan isi
Reply
Replies
Reply
Add comment
Load more...
About Me
Azrina Sazali
View my complete profile
Blog Archive
▼ 2015 (7)
o ▼ December (7)
RUJUKAN
RUMUSAN
ISU PENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN
ISU PDP ABAD KE-21
ISU KBAT
ISU PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN
PENGENALAN