Anda di halaman 1dari 1

Budaya masyarakat kita kerap mengamalkan pilihan pemakanan yang pelbagai.

Namun, ramai juga


yang kurang pengetahuan mengenai makanan yang diambil walaupun cukup enak dan memuaskan,
tetapi tidak membentuk nutrisi mikro yang diperlukan tubuh untuk berkembang sepenuhnya.
Keadaan sebegini lebih dikenali sebagai Hidden Hunger yang menggambarkan keadaan kurang
nutrisi seperti vitamin dan mineral. Ia boleh menyebabkan tubuh tidak dapat menjalankan fungsi
dengan baik serta boleh mengalami gangguan kesihatan yang serius.
Tahukah anda, Piramid Makanan Malaysia menyarankan dua hingga tiga sajian susu dan produk
tenusu perlu diambil setiap hari. Ia bersamaan tiga gelas susu sehari, ataupun satu gelas susu
dengan satu cawan yogurt dan satu keping keju sehari.
Biasanya ibu bapa memberhentikan pengambilan susu di kalangan kanak-kanak sebaik saja
mereka melangkah ke prasekolah. Malah kemunculan banyak minuman lain di pasaran pada hari ini
membuatkan ramai beralih kepada minuman ini.
Selain kandungan kalsium dan protein yang baik untuk tulang dan tumbesaran, pelbagai lagi zat lain
yang terkandung dalam susu serta faedahnya kepada kanak-kanak.

Anda mungkin juga menyukai