Anda di halaman 1dari 2

1.

Membantu proses menurunkan berat badan


Sayuran hijau adalah semula jadi rendah karbohidrat tetapi kaya dengan serat yang
menjadikan ia lambat untuk di hadamkan. Maka ia akan membantu anda berasa
kenyang untuk tempoh yang lebih lama. Kelebihan utama sayuran hijau adalah ia
sangat rendah kalori yang telah membuktikan bahawa ia sesuai di jadikan menu untuk
membantu proses penurunan berat badan.
2. Mencantikkan kulit
Oleh kerana sayuran hijau mengandungi banyak kandungan air, ia membantu badan
untuk kekalkan kelembapan dan ianya menyumbang kepada kecantikan kulit dan
rambut. Anti oksidan seperti vitamin C yang terdapat di dalam sayuran hijau juga
membantu tubuh untuk membuat kolagen yang juga membantu mencantikkan kulit dan
rambut selain mengurangkan risiko arthritis. Vitamin E dan vitamin C bergabung untuk
mengekalkan kulit yang sihat walaupun meningkat usia.
3. Membina dan memperbaiki tulang
Sesetengah sayuran hijau seperti sayur kailan adalah tinggi dengan kalsium dapat
membantu memastikan gigi dan tulang sentiasa kuat. Ia juga dapat mengurangkan
risiko menghidap osteoporosis. Sayur yang mengandungi kalium juga mempunyai
fungsi yang sama. Untuk mendapatkan tulang yang kuat, badan kita memerlukan
kalsium, vitamin D dan vitamin K yang bekerjasama untuk membina dan membaiki
tulang.
4. Memastikan sistem imun kuat
Akhir sekali, sayuran hijau seperti bayam, mengandungi beta-karotena yang membantu
melindungi sel daripada rosak, meningkatkan fungsi imun dan melingdungi mata
daripada penyakit yang berkaitan usia. Ia juga menyumbang kepada pertumbuhan dan
pembaikan tisu badan.
5. Menangani masalah kesihatan
selain daripada rasa yang sedap dan lazat sayur-sayuran mengandungi komponen
yang boleh membantu menangani masalah kesihatan serta menyediakan hidup yang
lebih sihat. Pengkajian yang secara mendalam oleh pakar-pakar sains telah
membuktikan kandungan dalam sayur-sayuran dan buah-buahan ini telah berjaya
mengatasi masalah seperti kanser, penyakit hati, kencing manis serta darah tinggi
6. Mengurangkan risiko penyakit berbahaya
Seperti penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi. Kandungan serat, fitonutrien
dan kalium dalam sayur-sayuran membantu melancarkan proses penghadaman.
7. Kaya dengan sumber protein dan mineral
Kaya dengan sumber protein dan mineral. Contohnya, sayur bronkoli mengandungi
vitamin C dan serat. Selain kebaikan kepada jantung, bronkoli juga dapat meningkatkan
tahap antioksidan di dalam badan.
8. Baik untuk Kanak-kanak
Baik untuk kanak-kanak kerana mengandungi prebiotik yang merupakan antigen
(pemangkin ketahan badan). Dengan memakan sayur-sayuran, kanak-kanak
membesar dengan sihat tanpa ada masalah kesihatan seperti semput.
9. Membatu untuk lebih Tenang
Membantu minda dan emosi supaya lebih tenang dan melapangkan fikiran. Contohnya,
daun salad yang mengandungi karotin, serat dan air dapat membantu melancarkan
sistem pernafasan dan mengurangkan rasa dahaga pada badan.
10. Penawar Semulajadi
Menjadi penawar kepada penyakit seperti timun yang mengandungi racun alkoloid.
Timun atau mentimun amat berkesan untuk merawat kanak-kanak yang mengalami
masalah kecacingan. Sayuran ini juga memberi kebaikan khususnya dalam merawat
penyakit batuk.

Anda mungkin juga menyukai