Anda di halaman 1dari 2

Coklat juga membantu merendahkan tekanan darah, kadar kolestrol

dalam badan dan juga risiko menghidap penyakit jantung. Ini kerana
coklat mampu bertindak melawan peradangan jantung.

Melawan Diabetis
Kajian di Itali yang dilakukan pada tahun 2005 mendapati coklat
meningkatkan sensitiviti insulin dan seterusnya mengurangkan risiko
diabetis.

Melindungi Kulit
Lupakan semua yang anda dengar tentang coklat menyebabkan
jerawat pada wajah anda. Coklat gelap sebenarnya baik untuk kulit
anda. Antioksidan yang dipanggil flavonoid yang terkandung dalam
coklat menawarkan beberapa perlindungan daripada kerosakan UV.

Elakkan Dari Penyakit Batuk


Coklat juga mengandungi”Theobromine” yang membantu
mengurangkan aktiviti saraf vagus. Pada tahun 2010, para saintis
membuat kajian untuk menghasilkan sejenis ubat batuk yang
mengandungi theobromine bagi menggantikan ubat batuk yang
mengandungi kodein yang boleh mendatangkan kesan sampingan
yang mungkin berisiko untuk tubuh anda.

Hilangkan Stres
Coklat juga membantu untuk mengurangkan tekanan atau stres.
Menikmati kemanisan coklat adalah sesuatu yang hebat. Jadi, jika
anda stres atau tertekan sewaktu bekerja, amda bolehlah menikmati
coklat untuk mengurangkan stres.

Tingkatkan Aliran Darah


Coklat mengandungi anti-pembekuan darah yang membantu
meningkatkan aliran peredaran darah dan juga bertindak sebagai
aspirin yang membantu untuk mengurangkan sakit kepala.

Tingkatkan Kadar Penglihatan


Selain itu, coklat juga membantu meningkatkan aliran darah ke retina
sekali gus memberi ransangan yang baik untuk mata anda.

Anda mungkin juga menyukai