Anda di halaman 1dari 7

BARALISMAK ( BACA, RANGKA, TULIS DAN SEMAK)

LANGKAH 1: BACA SOALAN

LANGKAH 2: MENGENAL PASTI TEMA, TUGASAN DAN


KUMPULAN SASARAN

TEMA:
Mengekalkan Bangunan Bersejarah

TUGASAN:
Cara-Cara Mengekalkan Bangunan Bersejarah Di negara kita

KUMPULAN SASARAN:
Semua Pihak
(Pihak kerajaan, Masyarakat, Ibu bapa, Pihak Sekolah dan Individu)

LANGKAH 3: MENULIS RANGKA DENGAN LENGKAP

RANGKA JAWAPAN:

ELEMEN KETERANGAN

TEMA: Mengekalkan bangunan bersejarah

KUMPULAN SASARAN: Semua pihak


PENDAHULUAN
(Rujuk soalan) BAHASA INDAH: Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan
dapat sagunya

TUGASAN: Cara-cara mengekalkan bangunan bersejarah di


negara ini.

1. Sebagai pejabat atau pusat pentadbiran sesebuah organisasi.

2. Menjalankan kerja-kerja pemulharaan bangunan bersejarah.

ISI-ISI JAWAPAN 3. Penguatkuasaan undang-undang terhadap pelaku kerosakan


(Rujuk Tugasan) bangunan.

4. Sebagai destinasi pelancongan

AP:Tuntasnya, terdapat pelbagai langkah yang boleh kita


lakukan untuk mengekalkan bangunan bersejarah di
Malaysia.

PENUTUP AC:Sehubungan dengan itu, semua pihak mestilah komited


untuk mengekalkan bangunan bersejarah di negara
Malaysia.

BI:Orang tua-tua ada berpesan, alang-alang menyeluk


pekasam biar sampai ke pangkal lengan perlu dihayati
dengan lebih bersungguh-sungguh untuk menjayakan
hasrat murni ini.

AH:Dengan ini, hasrat Perdana Menteri untuk mengekalkan


bangunan bersejarah di negara ini akan dapat
direalisasikan menjelang tahun 2020 nanti.

Catatan:
AP: Ayat Pandangan
AC: Ayat Cadangan
BI: Bahasa Indah (peribahasa, pepatah, slogan, sabda nabi s.a.w, firman Allah s.w.t)
AH: Ayat Harapan

LANGKAH 4: MENULIS PENDAHULUAN (Rujuk Rangka


Bahagian Pendahuluan)

AT: Belakangan ini, isu mengekalkan bangunan bersejarah


semakin hebat diperdebatkan oleh masyarakat kita dalam
media massa di seluruh pelosok negara.

KS: Sehubungan dengan itu,semua pihak menunjukkan


keiltizaman yang tinggi untuk mengekalkan bangunan
bersejarah di Malaysia sepanjang tahun.
BI: Bak kata peribahasa, kalau tidak dipecahkan ruyung
manakan dapat sagunya, amat perlu dipraktikkan oleh kita
semua untuk menjayakan matlamat suci ini.

TG: Persoalannya, apakah cara-cara mengekalkan bangunan


bersejarah di negara kita?

CATATAN:
AT : Ayat Tema
KS: Kumpulan Sasaran
BI : Bahasa Indah (peribahasa, pepatah, pantun dan lain-lain)
TG: Ayat Tugasan

Ingatan:

Warna Merah - Wajib ditulis atau disalin setiap kali menulis pendahuluan
Warna Hijau - Pelajar wajib tukar berdasarkan maklumat yang terdapat dalam rangka
bahagian
pendahuluan.

PERENGGAN PENDAHULUAN WAJIB DIGABUNGKAN

Belakangan ini, isu mengekalkan bangunan bersejarah semakin hebat


diperdebatkan oleh masyarakat kita dalam media massa di seluruh pelosok
negara. Sehubungan dengan itu, semua pihak menunjukkan keiltizaman yang tinggi
untuk mengekalkan bangunan bersejarah di Malaysia sepanjang tahun. Bak kata
peribahasa, kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya, amat perlu
dipraktikkan oleh kita semua untuk menjayakan matlamat suci ini.Persoalannya, apakah
cara-cara mengekalkan bangunan bersejarah di negara kita?

LANGKAH 5: MENULIS PERENGGAN ISI KARANGAN


(rujuk rangka bahagian isi)

AT1: Pada pandangan saya, antara cara utama mengekalkan


bangunan bersejarah di negara kita ialah menjadikannya
sebagai pejabat atau pusat pentadbiran sesebuah organisasi.

AT2: Selain itu, menjalankan kerja-kerja pemuliharaan bangunan


bersejarah juga merupakan salah satu usaha mengekalkan
bangunan bersejarah di Malaysia.

AT3: Di samping itu, langkah lain mengekalkan bangunan


bersejarah di Malaysia ialah penguatkuasaan undang-undang
terhadap pelaku kerosakan bangunan di seluruh negara.
AT4: Seterusnya, saya berpendapat cara mengekalkan bangunan
bersejarah di negara kita juga dengan menjadikannya sebagai
destinasi pelancongan yang terkenal.

CATATAN:

AT1: AYAT TOPIK 1 (ISI 1)

AT2: AYAT TOPIK 2 (ISI 2)

AT3: AYAT TOPIK 3 (ISI 3)

AT4: AYAT TOPIK 4 (ISI 4)

PANDUAN WARNA:

Warna merah - Wajib ditulis / disalin

Warna Hijau - Salin tugasan semula

Warna Biru - Tulis isi rujuk kepada rangka

Warna pink - digunakan untuk tulis isi selepasnya bagi AT1 dan AT3

PERENGGAN ISI WAJIB DIGABUNGKAN

Pada pandangan saya, antara cara utama mengekalkan bangunan bersejarah di


negara kita ialah menjadikannya sebagai pejabat atau pusat pentadbiran sesebuah
organisasi. Selain itu, menjalankan kerja-kerja pemuliharaan bangunan bersejarah juga
merupakan salah satu usaha mengekalkan bangunan bersejarah di Malaysia. Di
samping itu, langkah lain mengekalkan bangunan bersejarah di Malaysia ialah
penguatkuasaan undang-undang terhadap pelaku kerosakan bangunan di seluruh
negara. Seterusnya, saya berpendapat cara mengekalkan bangunan bersejarah di
negara kita juga dengan menjadikannya sebagai destinasi pelancongan yang terkenal.
LANGKAH 6: MENULIS PENUTUP

AP:Tuntasnya, terdapat pelbagai langkah yang boleh kita


lakukan untuk mengekalkan bangunan bersejarah di
Malaysia.

AC:Sehubungan dengan itu, semua pihak mestilah komited


untuk mengekalkan bangunan bersejarah di negara
Malaysia.

BI:Orang tua-tua ada berpesan, alang-alang menyeluk


pekasam biar sampai ke pangkal lengan perlu dihayati
dengan lebih bersungguh-sungguh untuk menjayakan
hasrat murni ini.

AH:Dengan ini, hasrat Perdana Menteri untuk mengekalkan


bangunan bersejarah di negara ini akan dapat
direalisasikan menjelang tahun 2020 nanti.

CATATAN:

Warna merah - wajib ditulis / disalin


Warna Biru - salin tema (rujuk rangka bahagian pendahuluan)
Warna Hijau- kumpulan sasaran (rujuk rangka bahagian pendahuluan)

PERENGGAN PENUTUP WAJIB DIGABUNGKAN

Tuntasnya, terdapat pelbagai langkah yang boleh kita lakukan untuk mengekalkan
bangunan bersejarah diMalaysia. Sehubungan dengan itu, semua pihak mestilah
komited untukmengekalkan bangunan bersejarah di negara Malaysia. Orang tua-tua ada
berpesan, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan perlu
dihayati dengan lebih bersungguh-sungguh untuk menjayakan hasrat murni ini. Dengan ini,
hasrat Perdana Menteri untuk mengekalkan bangunan bersejarah di negara ini akan
dapat direalisasikan menjelang tahun 2020 nanti.

HASIL KARANGAN PELAJAR YANG LENGKAP

Belakangan ini, isu mengekalkan bangunan bersejarah semakin hebat diperdebatkan


oleh masyarakat kita dalam media massa di seluruh pelosok negara. Sehubungan
dengan itu, semua pihak menunjukkan keiltizaman yang tinggi untuk mengekalkan
bangunan bersejarah di Malaysia sepanjang tahun. Bak kata peribahasa, kalau tidak
dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya, amat perlu dipraktikkan oleh kita semua
untuk menjayakan matlamat suci ini.Persoalannya, apakah cara-cara mengekalkan
bangunan bersejarah di negara kita?
Pada pandangan saya, antara cara utama mengekalkan bangunan bersejarah di
negara kita ialah menjadikannya sebagai pejabat atau pusat pentadbiran sesebuah
organisasi. Selain itu, menjalankan kerja-kerja pemuliharaan bangunan bersejarah juga
merupakan salah satu usaha mengekalkan bangunan bersejarah di Malaysia. Di
samping itu, langkah lain mengekalkan bangunan bersejarah di Malaysia ialah
penguatkuasaan undang-undang terhadap pelaku kerosakan bangunan di seluruh
negara. Seterusnya, saya berpendapat cara mengekalkan bangunan bersejarah di negara
kita juga dengan menjadikannya sebagai destinasi pelancongan yang terkenal.

Tuntasnya, terdapat pelbagai langkah yang boleh kita lakukan untuk mengekalkan
bangunan bersejarah di Malaysia. Sehubungan dengan itu, semua pihak mestilah
komited untuk mengekalkan bangunan bersejarah di negara Malaysia. Orang tua-tua
ada berpesan, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan perlu
dihayati dengan lebih bersungguh-sungguh untuk menjayakan hasrat murni ini. Dengan
ini, hasrat Perdana Menteri untuk mengekalkan bangunan bersejarah di negara ini akan
dapat direalisasikan menjelang tahun 2020 nanti.

LANGKAH 7: MENYEMAK KARANGAN

1. Para pelajar diwajibkan membaca semula karangan yang telah disiapkan itu.
2. perbetulkan kesalahan jika ada.
3. Para pelajar wajib menulis tajuk karangan tersebut.