Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (P) PUDU

JALAN FOSS, 55200, KUALA LUMPUR

DOKUMENTASI

GOTONG ROYONG PERDANA 1

TARIKH : 16 JANUARI 2016 (SABTU)

MASA : 7.30-10.30 PAGI

PENDAHULUAN

Aktiviti Gotong Royong Perdana 1 merupakan salah satu proses dalam menambahbaik
kebersihan dan keceriaan sekolah. Guru-guru, para pelajar, sataf sokongan dan pekerja am sekolah
bekerjasama menjalankan aktiviti ini seperti yang telah dirancang oleh pihak sekolah. Program ini juga
merupakan program tahunan sekolah. Ini adalah bertujuan bagi memastikan kawasan sekolah agar
sentiasa dalam keadaan bersih, ceria dan selamat.

RASIONAL

Amalan penjagaan kesihatan, kebersihan dan keselamatan menerusi aktiviti terancang dan
teratur serta mencapai piawaian yang ditentukan dapat menjamin tahap kesihatan warga sekolah di
tahap optimum.

MATLAMAT

Mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, ceria, sihat dan selamat.

OBJEKTIF

Adalah diharapkan melalui aktiviti gotong-royong ini akan dapat :

1. Mewujudkan kerjasama yang baik antara warga sekolah dengan agensi luar.

2. Mewujudkan toleransi antara warga sekolah yang pelbagai bangsa.

3. Melahirkan warga sekolah yang mementingkan kebersihan, kesihatan dan keselamatan.

4. Memupuk perasaan cinta dan sayangkan sekolah.


PIHAK TERLIBAT

1. Pelajar

2. Guru

3. Staf sokongan

4. Pekerja am

5. Alam Flora

LAPORAN AKTIVITI

Aktiviti gotong royong Perdana 1 berlangsung pada hari Sabtu, 16 Januari 2016, bermula pada
pukul 7.30 hingga 10.30 pagi. Guru-guru yang terlibat, pelajar, staf sokongan dan pekerja am telah
memberikan kerjasama dalam menjalankan aktiviti ini di lokasi yang ditetapkan.

Jadual tugas dan bidang tugas telah diumumkan kepada setiap kelas dan guru-guru empat hari
sebelum aktiviti gotong-royong diadakan. Guru-guru dan para pelajar telah diberi penjelasan yang lebih
khusus tentang aktiviti gotong-royong dalam perhimpunan pagi di Arena John Skrine (AJS) pada pukul
7.30 pagi oleh penyelaras aktiviti iaitu Pn. Arifah bt Yosri.

Pada aktiviti gotong-royong, para pelajar berkumpul di AJS bagi menjalani perhimpunan pagi
seperti biasa. Tepat pukul 8.00petang, para pelajar dan guru mula bergerak ke kelas atau lokasi yang
ditetapkan. Pelajar-pelajar dibenarkan memakai baju-T 100 tahun dan seluar sukan sepanjang sesi
gotong royong.

Guru penasihat taman angkat telah menetapkan ahli-ahli yang ditugaskan membersihkan taman
angkat. Guru penasihat jug telah menyediakan peralatan yang diperlukan. Pihak sekolah hanya
menyediakan plastik sampah sahaja. Papan tanda nama taman dan nama pokok telah dibersihkan atau
diletakkan dengan baik. Para pelajar telah mencabut rumput, membuang sampah dan menggembur
tanah. Selepas aktiviti gotong-royong tiada sebarang alatan, sampah atau plastik sampah ditinggalkan
selepas tamat aktiviti.

Gotong-royong di dalam bilik darjah dan bilik khas berjalan dengan lancar. Pelajar-pelajar telah
membawa peralatan untuk membersihkan dan menceriakan bilik darjah atau bilik khas. Kebanyakan bilik
darjah telah melengkapkan papan kenyataan namun terdapat beberapa kelas yang tidak mengemaskan
alatan atau kertas yang digunakan.

Lima orang pelajar setiap kelab permainan, badan beruniform dan badan berkhidmat telah
dipertanggungjawabkan untuk mengemaskini papan kenyataan. Pelajar-pelajar telah menyediakan
bahan hiasan sebelum aktiviti gotong-royong kerana masa yang terhad. Aktiviti dipantau oleh Pn.
Norihan bt Hashim supaya pelajar-pelajar yang tidak berkenaan berada di lokasi tersebut. Pn.
Norihanjuga memastikan kawasan papan kenyataan dan lantai ditinggalkan dalam keadaan bersih
selepas gotong-royong.

Aktiviti Gotong-royong Perdana 1 ini juga melibatkan kerjasama yang baik antara warga sekolah
dengan Alam Flora. Aktiviti ini berakhir pada pukul 10.30 petang.

PENUTUP/PENGHARGAAN

Aktiviti Gotong-royong Perdana telah dijalankan dengan jayanya. Semua pihak yang terlibat telah
menjalankan tugas yang diberikan dengan sebaik yamg mungkin. Aktiviti ini telah mewujudkan
kerjasama yang baik antara warga sekolah dengan Alam Flora. Diharapkan aktiviti ini akan dapat
diadakan setiap tahun bagi memastikan kebersihan, keceriaan dan keselamatan sekolah terjaga.

Anda mungkin juga menyukai