Anda di halaman 1dari 1

Saya telah mengajar mata pelajaran syariah di dalam kelas 3AN.

Saya memilih tajuk puasa dan


mengajar dalam Bahasa Arab. Masa yang diperuntukkan untuk mata pelajaran ini ialah setengah jam.
Saya menggunakan buku teks dan nota tambahan dalam sesi pengajaran ini.

Semasa sesi pengajaran ini dijalankan, saya mendapati murid-murid saya tidak jelas dengan
dengan pengertian-pengertian yang dikemukakan dalam Bahasa Arab. Mereka tidak menunjukan
respon yang baik apabila saya bertanyakan soalan yang berkaitan pengertian-pengertian tersebut.
Walaupun tajuk ini pernah diajar dalam Bahasa melayu sebelum ini, kemungkinan disebabkan tahap
penguasaan Bahasa Arab mereka masih lemah.

Pada masa yang sama, ketepatan masa penting bagi memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan dengan baik dan lancar. Di dalam rancangan pengajaran harian yang telah saya
sediakan, masa untuk menerangkan pengertian-pengertian tersebut hanya 8 minit, namun saya telah
menggunakan lebih masa untuk menerangkan pengertian tersebut, ini kerana murid-murid agak susah
untuk memahami dalam Bahasa Arab.

Anda mungkin juga menyukai