Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
PROTON WIRA
MASALAH PENYELESAIAN
Kereta semput bila tekan minyak Periksa injecter jika basah tukar
Pump minyak rosak
Throta body penuh carbon
Lamp check enjin menyala tapi enjin ok Sensor exzos rosak
PRODUA
KANCIL
MASALAH PENYELESAIAN
Gasket oil sump bocor Buka bumpler, mounting depan buka dan lapik
dengan kayu
Kelisa
Tapak oil filter bocor-o ring Perlu buka bumper, paip minyak, exzos jika
skru terlalu panjang, gunakan spanar 12nn
bentuk U.
Tegangkan tali altenator Jgnpasang lagi tali powerstring, cungkil
belakang alternater dan punggung power string
Enjin istilah 3 selinder api coil xkuat Mungkin fius rosak
MARCEDIS
String box- pusing kanan berat, pusing kiri Overhaul @ tukar, untuk masukkan string
ringan coupling perlukan 2 orang untuk ketuk masuk
bahagian bawah dan bahagian atas.
Tukar gear, jadi tersentap Electrik kit masih ok, komputer box rosak
MITSUBISI
Estima
Bleeding tapi tiada minyak keluar. Sembur paip line jika tersumbat
Tensioner bearing kereta
Kerosakan pada tensioner bearing ada beberapa peringkat, antaranya:
Peringkat permulaan Peringkat kedua Peringkat ketiga
Apabila start enjin masa Masa start enjin, dia bunyi Paling kritikal. Selepas
cold start, dia dah mula dan selepas enjin panas, enjin dihidupkan, dia mula
bunyi, tetapi apabila enjin bunyinya akan senyap, berbunyi hatta enjin panas
sudah panas, bunyinya tetapi akan berbunyi pun dia masih bunyi dan
akan hilang.. Bunyinya semula apabila buka bunyi itu makin teruk
seperti cengkerik. Masa ini aircond. Bunyi macam selepas aircond dihidupkan.
sakit (kondisi) nya tidak cengkerik juga dan masih Tindakan segera untuk
kritikal, tetapi jika hati rasa boleh bertahan untuk satu tukar tensioner perlu
sakit dengar bunyinya, tempoh jangka masa. dilakukan untuk elak benda
tukar lah. Jika tidak ada Disarankan pada masa ni teruk berlaku.
bajet, masih boleh jalan tukar tensioner.
untuk satu tempoh jangka
yang panjang lagi.
Berapa 'mileage' selalu rosak, seawal 70k km dan ada yang masih ok pada 180k km
1. Terdapat kebocoran pada sistem penyejukkan enjin anda (radiator bocor, host-
host sambungan, kebocoran pada water pump,
2. Minyak enjin anda terlalu kotor
3. Kipas radiator tidak berfungsi dengan baik atau rosak
4. Tangki radiator tersumbat
5. Termostat
6. Radiator cap
Sebab mengapa enjin kereta tidak boleh start
Jika pakai bateri sel basah, selalulah cek air bateri sebelum memandu lihat paras aor
bateri ok ke tak. Kalau pakai sel kering memang tak boleh cek jadi sentiada alert
dengan tanda tanda bateri nak kong.
Kalau tak boleh jumper, pinjam bateri kereta jiran, masukkan ke kereta anda untuk
hidupkan kereta sementara nak ke kedai bateri. Jika kereta dah boleh hidup,
tanggalkan semula bateri kereta jiran tadi dan masukkan semula bateri kereta anda.
Ini adalah disebabkan kabel penyambung bateri dan kepala bateri kereta anda sudah
berkarat dan kotor. Segala karat dan kekotoran ini akan menyebabkan kuasa dari bateri
tak sampai pada kereta anda. Untuk atasi masalah ini, sila bersihkan kabel dan kepala
bateri anda dari segala kekotoran.
Bila nak start kereta ada bunyi crank..crank... Lampu semua menyala, tapi enjin tidak
hidup. Ini bermaksud spark plug anda sudah rosak. Bila spark plug rosak, kereta tidak
boleh ignite.
Spark plug juga adalah antara punca kereta punya pick-up jatuh, terutamanya bila naik
bukit. Kita tekan minyak macam mana pun, kereta tetap rasa perlahan dan berat. Itu
petanda awal bagi kerosakan spark plug kereta anda.
4. Starter rosak
Starter berfungsi untuk menghidupkan kereta dan menggerakkan piston. Bila starter
rosak, ia akan kehilangan tenaga untuk menggerakkan sistem pembakaran dalam enjin
kereta. Akibatnya, pusing kunci macam mana pun, kereta takkan start kerana starter
sudah rosak. Jadi kenalah ganti yang baru secepat mungkin.
Bila fuel filter tersumbat, minyak kereta tidak akan dapat masuk ke dalam enjin kereta.
Bila minyak kereta tidak dapat masuk ke dalam enjin, sistem pembakaran dan
pergerakan piston tidak akan terhasil.
Fuel pump berfungsi untuk mengepam minyak dari tangki minyak ke dalam enjin kereta.
Bila minyak sudah berada di dalam enjin, barulah spark plug dapat membakar minyak
tersebut bagi menggerakkan kereta. Bila pembakaran terjadi barulah kereta boleh
bergerak. Sekiranya fuel pump rosak, minyak dari tangki tidak akan dapat dipam masuk
ke dalam enjin. Bila tiada minyak, kereta anda tidak dapat dihidupkan.
Kadang kadang sebab meter minyak rosak jadi susah nak pastikan berapa banyak lagi
minyak yang ada dalam tangki minyak.
Ketahui 10 petua penting penjagaan kereta jenis gear automatik
Sewaktu hendak menghidupkan enjin selepas dimatikan lebih enam jam, on suis dahulu
(jangan hidupkan) pastikan semua lampu panduan di meter menyala. Kemudian
gerakan gear setiap step bermula daripada paling atas hingga ke paling bawah.
Setiap step perlu berhenti 2 saat. Kemudian daripada paling bawah naik kan ke "n",
(pastikan brek tangan ditarik sekuat-kuatnya) dan hidupkan enjin. Biarkan gear di "n"
sahaja sehingga anda menggerakan kenderaan. Biarkan selama 5 minit,jika 6 jam dan
10 minit jika 7 jam keatas.
Bergantung kepada suhu meter, pastikan meter suhu naik 25 % sebelum memulakan
perjalanan. Tujuannya untuk memastikan semua pintu gear terbuka dan mengelakan
karat berlaku di pintu-pintu gear yang jarang digunakan.
Kebiasaanya pemandu akan menggunakan step "d" sahaja, manakala step-step lain
jarang digunakan atau tak digunakan langsung. Awas !!! Petua ini tidak sesuai
dilakukan di kawasan berbukit, pastikan di tempat yang rata sahaja.
minyak auto dan auto filter hendaklah ditukarkan setiap 30,000 km atau 6 bulan(yang
mana dulu). Ini amat penting dilakukan mengikut jadual. Sebenarnya kalau nak
diikutkan auto filter perlu ditukar apabila 2 kali tukar minyak auto.
Tetapi lebih baik ditukar setiap kali anda menukar minyak auto, kerana mekanik akan
buka semua takung minyak auto (bergantung kpd model kenderaan)dan bersihkan
sebersih-bersihnya. Elakan tukar minyak auto tanpa membuka takung minyak auto.
Ini kerana hendak mengelak adanya bendasing atau air dalam takung minyak auto. Jika
dibiarkan terlalu lama ianya boleh memudaratkan kotak gear. Pastikan minyak auto dan
filter yang digunakan tulin dan ianya menepati spesifikasi kenderaan anda.
Elakan mengguna barang tiruan kerana ia memberi kesan yang tidak bagus untuk
jangkamasa panjang (harga murah,tetapi selepas3-4 tahun lagi anda merana)
pastikan kaki anda tidak menekan brek dan gear berada di kedudukan "d" semasa
berhenti di lampu isyarat, dimana-mana sahaja atau dalam kesesakan lalulintas yang
teruk. Pastikan diletak di "n" sahaja.
Jangan di "p" ,ini kerana boleh menyebabkan anda lambat memulakan perjalanan dan
boleh menyebabkan orang di belakang anda marah. Sebab itu step "n" dan "d" diletak
berdekatan dan tak memerlukan anda menekan butang “lock”@tombol antara gear
untuk bergerak (butang tepi batang gear bersama butang od).
Jika anda mengamalkan budaya kereta dalam gear dan tekan brek, boleh
menyebabkan “clutch plate” cepat habis atau terbakar. Jangan sangka kan kereta auto
tiada “clutch plate”. Ianya ada berbelas-belas keping (bergantung kpd model
kenderaan).
Satu rosak anda kena tukar kesemua “clutch plate”. Tiada penjualan sekeping-sekeping
di kedai alatganti. Harganya amat mahal sekali (bergantung kepada model kenderaan).
Tidak silap saya untuk model wira pun rm 500++.
Amalkan begini juga di dalam kesesakan lalulintas. Ini dapat menjimatkan minyak anda
dan memberi lebih kuasa kepada kereta anda sewaktu hendak mula bergerak. Step "2"
umpama anda bermula dengan gear "1" untuk kereta manual.
Step "d" pula ibarat gear "2" atau "3" bagi kereta manual. Maknanya jika anda
memulakan dengan "2" step kereta anda dapat bergerak dengan “sukarela dan penuh
semangat” bukan nya dalam keadaan “terpaksa” jika bermula dengan step "d".
Bila kereta anda mulakan pergerakan dalam keadaan “terpaksa” lama kelamaan ianya
akan memberi kesan yang tidak baik kepada kotak gear dan enjin.
5) elakan melalui jalan yang ada air bertakung terlalu tinggi atau meredah banjir. Jika
terpaksa melalui juga pastikan dalam keadaan lancar atau “satu nafas” sahaja.
Jangan sesekali berhenti dalam air bertakung yang tinggi yang boleh terkena bahagian
bawah enjin. Ini boleh menyebabkan pintu kotak gear anda dimasuki air dan seterusnya
boleh menyebabkan minyak auto anda bercampur dengan air.
Ianya juga boleh menyebabkan “clutch plate” anda terbakar. Jika anda terpaksa juga
melalui jalan yang banjir (maklumlah di lembah klang ni faham-faham sendiri lah)
selepas itu pastikan anda berjumpa dengan mekanik anda untuk memastikan minyak
auto tidak bercampur dengan air.
7) pastikan step-step gear yang ada digunakan dengan baik sewaktu menaiki
bukit,sesuai dengan bacaan rpm kereta anda. Jangan paksa kereta anda mendaki bukit
menggunakan step "d". Gunakan sepenuhnya dua step lagi yang ada dibawah step "d",
sesuai dengan ketinggian bukit tersebut atau bacaan rpm anda.
8) elakan “reversed” kereta anda dalam keadaan laju, jarak yang jauh atau terlalu kerap
sangat. Gunakan gear “reversed” anda seminimum yang boleh. Penggunaan gear
“reversed” yang tidak betul boleh menyebabkan kotak gear anda cepat rosak.
9) jangan guna “over drive” atau od dalam pemanduan biasa. Gunakan semasa hendak
memotong kenderaan di hadapan anda dalam keadaan perlu sahaja.
10) jangan terlalu agresif sewaktu hendak memulakan perjalanan kenderaan anda.
Mula kan dengan perlahan-perlahan dan tambah kelajuan berperingkat-peringkat.
Jika anda mula dengan agresif bukan sahaja memberi kesan yang tidak baik kepada
kotak gear malah juga dapat memberi kesan yang tidak baik kepada “timing belt”. Inilah
salah satu punca “timing belt” putus sebelum sampai waktu penukaran yang akan
datang.
Info tambahan:
1) untuk memastikan enjin kenderaan anda sekarang masih baik atau tidak. Hidupkan
enjin kenderaan anda waktu pagi dan biarkan selama 10 minit, kemudian lihat di
bahagian ekzos ada atau tidak air menitis keluar dari lubang ekzos.
Boleh juga ambil sehelai kertas putih yang kosong letakan di muncung ekzos anda
kemudian tengok ada tak percikan air di kertas tersebut, jika ada air menitis atau ada
percikan air di kertas putih tadi maknanya enjin kenderaan anda masih dalam keadaan
“sihat walafiat”. Jika tidak maknanya enjin kenderaan anda ada sedikit “keuzuran".
2) pastikan minyak enjin dan oil filter yang anda gunakan adalah minyak yang sama
sepanjang masa dan pastikan ianya yang tulin. Banyak minyak enjin palsu di pasaran
sekarang yang mana minyak enjin lama yang dikitar semula dan dipek seolah-olah
minyak tulen.
Hati-hati jika anda ditawarkan minyak enjin yang terlalu murah.pastikan bacaan
kelikatan minyak enjin anda adalah sama setiap kali anda menukar minyak enjin.
Walaupun jenama sama tetapi bacaan kelikatan adalah berlainan.
Istilah mekanik “minyak tebal dan minyak nipis”. Sila lihat di botol minyak enjin ada
nombor seperti (contoh: 10w-40 ). Elakan menggunakan minyak enjin yang melebihi
10,000 km.
Ini boleh membuatkan anda malas hendak periksa minyak enjin anda dan anda
mungkin tidak menyedari minyak enjin anda sudah berkurangan atau kering. Jangan
amalkan tambah minyak enjin yang terlalu kerap atau banyak.
3) jangan sesekali bertukar minyak enjin daripada “fully synthetic” kepada “semi
synthetic”.ianya boleh merosakan enjin anda, tetapi boleh daripada “semi synthetic”.
Kepada “fully synthetic” tetapi bila dah gunakan “fully synthetic” jangan pulak kembali
kepada “ semi synthetic".
4) sebelum mematikan kenderaan anda off kan semua suis, penghawa dingin,
radio,lampu atau system audio lain. Selepas off semua suis biarkan 3-5 saat, kemudian
baru matikan enjin.
5) air hendaklah sentiasa diperiksa, kerana air memainkan fungsi yang cukup penting
dalam memastikan fungsi enjin berjalan dengan sempurna. Elakan menggunakan air
paip kerana ianya boleh menyebabkan keladak dalam radiator.
Gunakan air masak atau air yang telah disuling. Jika selama ini anda menggunakan air
paip, saya cadangkan anda pergi servis radiator anda dan selepas itu gunakan air
suling.
Jika anda bertanya kepada mekanik mereka akan jawab tiada masalah guna air paip,
kerana mereka hendak kereta kita rosak dan mereka ada bisnes. (bukan semua
mekanik begitu, siapa yang saya maksudkan anda faham-faham sendiri lah
6) semasa parkir (parking) kenderaan anda pastikan tayar dan stereng kenderaan anda
dalam keadaan lurus. Jangan sesekali parkir dalam keadaan tayar ke kanan atau kiri.
Ini boleh menyebabkan “drive shaft” anda cepat rosak.
8) sewaktu hendak menutup “hood” depan atau “bonet” kereta anda pastikan tangan
anda dalam keadaan “center” sewaktu menekannya. Jangan sesekali berat ke kanan
atau ke kiri.ini boleh menyebabkan “hood & bonet” anda menjadi tidak sama atau
bengkok.
9) sediakan sebuah buku kecil dalam kereta anda untuk anda merekodkan sebarang
pertukaran alat ganti yang lepas dan akan datang atau rekod penyelengaraan kereta
anda.
Pastikan mekanik anda adalah mekanik yang mahir dalam penyelengraan model
kenderaan tesebut.amalkan guna mekanik yang sama sahaja kerana dia tahu dan
mahir mengendalikan kereta anda dan dia tahu penyakit kereta anda yang lepas-lepas.
Lebih tepat lagi dipanggil istilah “satu tangan pomen sahaja ”. Gunakan minyak petrol
yang sama sahaja, jangan terlalu kerap menukar jenama petrol.
Tayar
~simptom-simptom kerosakan~
1. Tiba-tiba enjin tidak boleh dihidupkan..
2. Sesekali enjin hidup terus mati..
3. Enjin tersenggut2 bila naik bukit..
4. Kurang pick up bila bergerak..
5. Berbau minyak di enjin kereta..
6.tiba-tiba fius enjin terbakar atau putus sambungannya..
~fungsi~
1. Thermostat memainkan peranan penting pada sistem penyejukan kenderaan,
terutama sekali dgn ecu modern..
2. Sebabnya ignition timing, idle stepping, dan mcm2 lagi bergantung pada suhu..
3. Jika tiada thermostat, temperature sentiasa berubah dan tiada regulation
menyebabkan sistem tidak stabil..
4. Thermostat berfungsi utk menahan aliran air supaya radiator dpt menjalankan tugas
dgn efisyen bila suhu panas..
5. Jika suhu sejuk pula (contoh pada waktu pagi), thermostat akan menahan air dari
radiator utk mengalir ke enjin supaya suhu enjin cepat panas (warm up enrichment) dan
cepat sampai ke optimum working temperature..
6. Bila dah sampai "optimum working temperature" baru thermostat akan buka utk
membenarkan aliran air dari radiator ke enjin..
7. Mechanical thermostat jenis ni tak ada suis atau sensor (model lebih baru guna
digital thermostat), di dlm ada sejenis wax yg akan cair bila panas dan valve akan
buka.. Bila sejuk wax akan mengeras dan ia akan tutup..
8. Pada masa yg sama, ignition timing diubah oleh ecu dan minyak juga ditambah
(ibaratkan mcm autochoke) bila suhu di bawah "optimum working temperature"..
9. Jadi bayangkan jika anda buang thermostat dan suhu sentiasa berada di bawah
tahap optimum, ecu sentiasa akan activate "warm up enrichment mode", minyak petrol
akan sentiasa dlm keadaan rich (fuel enrichment mode)..
10. Thermostat juga boleh menyebabkan suhu air naik jika ia rosak dan "jam", air tak
dpt mengalir dalam sistem enjin dgn sempurna..
11. Pastikan anda periksa keadaan thermostat anda utk mengelakkan overheating..
Engine overheat
~simtom-simtom~
1. Tiba-tiba temperature engine anda naik lebih dari biasa..
2. Sudah sampai tahap ”merah" pada meter..
3. Ada warning dari computer..
4. Memang engine dah berasap..
~kerosakan komponen~
1.thermostat rosak, akibatnya yang sentiasa tertutup atau kerap tertutup, tak
membenarkan coolant dari radiator ke engine..
2. Water pump yang rosak, tak mengepam coolant yang telah panas ke radiator untuk
disejukkan..
3. Belting water pump telah putus atau longgar, maka tidak menyebabkan water pump
berfungsi..
4. Radiator cap telah rosak, oleh itu coolant terlalu panas akibat tekanan yang tinggi
yang tidak dilepaskan..
5. Mana-mana saluran yang tersumbat oleh karat atau kotoran..
6. Kipas radiator yang telah rosak atau fiusnya perlu diganti..
7. Mungkin ada sensor yang perlu ditukar atau sistem komputer perlu diresetkan..
~langkah penjagaan~
1. Periksa coolant anda dari masa ke semasa sentiasa cukup..
2. Jika ada coolant bocor, sila bertindak cepat, bawa ke bengkel untuk kesan tempat
kebocoran..
3. Sebaiknya gunakan coolant mengikut sukatan bancuhan dengan air suling untuk
radiator, bukan air paip kerana coolant lagi sukar untuk mendidih. Apabila cecair
mendidih, akan terbentuk buih. Buih ini akan mengurangkan haba yang dipindahkan
dari coolant ke radiator dan juga melambatkan karat..
4. Tukarlah cecair coolant anda setiap 60,000 km sekali atau setiap 2 tahun, untuk
mengurangkan risiko karat dan masalah lain..
5. Servislah secara berkala engine anda bagi mengelakkan overheat. Ini termasuk
penukaran minyak hitam, pengunaan minyak hitam yang betul dan penukaran spark
plug...
Kereta bergegar
~tanda-tanda bergegar~
1. Kereta bergegar pada kelajuan tertentu..
2. Bunga tayar terpisah..
3. Tayar tidak rata..
4. Tayar terkeluar dari pusingan dan bergolek tidak sama..
5. Kereta bergegar dan berketar (jerking) semasa memecut..
6. Kereta bergegar ketika melalui jalur derum (rumble strip) atau garisan kuning..
7. Kereta dapat dihidupkan dan dipandu dengan baik buat seketika sebelum gegaran
berlaku..
2. Axle/driveshaft
* kalau axle/driveshaft bengkok disebabkan pelanggaran, kemalangan, termasuk
lubang dan seumpamanya, kereta akan bergegar..
* lagi laju, lagi kuat gegaran kerana tugas kompoenen tersebut adalah memindahkan
tenaga dari engine ke tayar..
3. Masalah brake
* jika gegaran terjadi waktu brake, boleh jadi ia disebabkan oleh brake disc (brake rotor)
yang bengok atau tak sekata permukaannya..
* mungkin ia perlu di skim atau ditukar..
* jika kereta bergegar pada kelajuan tertentu dan selepas itu terus bergegar kuat dan
ada bau hangit seperti tayar terbakar, kemungkinan brake caliper melekat..
5. Tayar
* jika getaran berlaku di kelajuan tertentu, mungkin tire balancing perlu dilakukan..
* tayar yang haus tak seimbang, mungkin perlu tukar dari depan ke belakang dan
sebaliknya..
* jika tayar dah bengkak atau getah tayar dah mula merekah, sebaiknya ditukar terus.
Asap dari ekzos
1. Asap biru
* ia membakar minyak pelincir.
* bermakna ada kebocoran, mungkin seal atau piston ring dah tak elok, dan minyak
pelincir mengalir ke bahagian pembakaran..
* jika ia terjadi, tahap minyak pelincir perlu diperiksa selalu..
* walaupun baikpulih tersebut dikira kerja berat, tapi bagi kereta yang lama dan
kebocoran agak sikit, mungkin memadai anda menambahkan minyak pelincir yang
kurang dari masa ke semasa..
*pembakaran minyak pelincir boleh merosakkan spark plug anda, maka waktu nak start
engine mungkin ada kesukaran..
* jika kereta yang ada turbo, dan ada asap biru ini mungkin bermakna blower perlu di
repair..
2. Asap kelabu
* asap kelabu ni agak sukar nak diagnos..
* agak sama dengan sebabnya asap biru, juga pembakaran minyak pelincir dan
turbocharger dah tak elok..
* boleh juga minyak atf tersedut ke engine disebabkan automatic transmission
(gearbox) modulator tak elok..
* injap pcv (positive crankvase ventilation) yang tersangkut juga boleh menyebabkan
tekanan terlalu tinggi dan seterusnya mengakibatkan kebocoran minyak pelincir
seterusnya minyak pelincir dibakar sama..
3. Asap putih
* asap putih yang sedikit tak mengapa, tapi asap putih yang tebal atau berterusan
mungkin disebabkan coolant dibakar..
* ini mungkin serius, diakibatkan oleh masalah engine blok retak, silinder rosak, gasket
head dah tak elok, semuanya melibatkan sejumlah kos baikpulih..
* walaupun kosnya mungkin sedikit besar, jangan dibiarkan kerana ia mungkin melarat
atau bertambah parah seperti engine overheat dan kerosakan lain yang mungkin
berlaku..
* coolant yang bocor juga boleh bercampur dengan minyak pelincir dan menyebabkan
kerosakan yang memeningkan kepala..
4. Asap hitam
* asap hitam membawa maksud terlalu banyak minyak dibakar..
* sila periksa atau buat pemeriksaan air filter anda juga komponen lain seperti sensor,
fuel injector, fuel pressure regulator yang rosak atau saluran minyak kembali ke tangki
yang tersumbat juga mengakibatkan pengaliran minyak untuk dibakar tak lancar dan
seterusnya pembakaran minyak berlebihan berlaku..
* di samping itu, masalah yang sama juga mungkin berlaku apabila sensor maf atau
oksigen tak berfungsi dengan baik atau komputer problem..
* bagi kereta yang menggunakan karburetor, boleh jadi juga karburetor tidak berfugsi
dengan baik (choke/float)
Aircond kereta
1.compressor
* tanda-tanda kerosakan pada kompressor adalah bila suhu dalam kereta menjadi
panas yang ketara dan berbunyi bising bila aircond dihidupkan..
* periksa dengan meraba sekeliling kompressor, jika terdapat kotoran berkeladak hitam
kompressor tersebut berkemungkinan telah rosak.
* jika terdapat kotoran hitam bercampur sedikit habuk besi, kompressor tersebut juga
mengalami kerosakan bearing..
* apabila suis aircond dihidupkan magnet clutch tidak melekat pada pulley dan
berpusing kemungkinan besar gas aircond telah kurang dan suis rosak adalah besar..
2.cooling coil
* jika aircond kurang sejuk dan terdapat kabus seperti asap putih tebal dalam kereta
kemungkinan besar cooling coil anda rosak adalah tinggi..
* kebocoran kecil dan besar pada cooling coil boleh mengakibatkan suhu dalam kereta
jadi panas..
* bau gas aircond dalam kereta juga akan dapat dihidu jika terdapat kebocoran pada
cooling coil..* kerosakan ini boleh dibaiki dengan menukar yang baru atau melakukan
servis pada cooling coil dan menampal kebocoran pada cooling coil tersebut..
3.valve aircond
* injap ini bertindak mengawal suis automatik pada keseluruhan sistem aircond
menggunakan kesejukan suhu pada cooling coil..
*untuk itu bila ianya rosak ,aircond kereta menjadi tidak menentu kadangkala panas dan
kadangkala sejuk..
4.aircond fan
* komponen ini jarang rosak tetapi jika rosak bukan sahaja aircond anda tidak sejuk
sama sekali malah temperature atau suhu enjin akan meningkat lebih dari biasa..
* gantikan kipas aircond jika suhu enjin anda meningkat dengan perlahan..
5.condenser
* walaupun ramai di antara pengguna kenderaan telah melakukan servis serta semua
komponen telah disahkan berfungsi tetapi aircond masih tidak sejuk ini adalah petanda
utama kerosakan pada kondenser..
* kerosakan pada kondenser akan lebih senang diketahui jika enjin anda mengeluarkan
bunyi lebih kasar dan sedikit bising apabila tekanan pada pedal minyak ditambah..
* apabila memeriksa kondenser rasakan kedua hujung sambungan gas pada atas dan
bawah kereta,jika terlalu panas, kondenser anda rosak sama sekali dan jika terdapat
kebocoran keladak hitam akan terdapat pada kedua sambungan hose pada kondenser..
6.suis aircond
* suis aircond adalah didalam kereta iaitu yang anda tekan selalu dan satu lagi adalah
relay yang biasanya berada pada kotak hitam yang selalu dikedudukan dengan cooling
coil..
* jika kereta anda berbunyi dan tersentap sekali sekala jika aircond dipasang
kemungkinan suis aircond tersebut rosak adalah tinggi..
* ini hanya dapat dipastikan apabila semua komponen lain seperti kompressor dalam
keadaan baik..
* bunyi klik suis hanya sekali apabila anda pasang aircond adalah bunyi yang betul
apabila suis aircond berfungsi dengan baik..
7.gas aircond
* jika suhu kesejukan terasa sedikit kurang dan tolok suhu dalam kereta terpaksa
ditingkatkan kemungkinan besar gas aircond anda telah kurang adalah tinggi juga..
* tambah gas aircond bila berkeadaan demikian..
* tinggikan tahap tersebut sedikit demi sedikit apabila terasa kurang sejuk.
8. Belting aircond
* keadaan belting aircond yang kendur juga menyumbang kepada penurunan sejuk
pada aircond kenderaan anda..
* periksa ketegangan belting pada kompressor dan ketatkan jika perlu..
* belting aircond akan jadi lebih kendur jika terdapat kerosakan juga pada bering
adjuster..
Kerosakan pada palam pencucuh
Palam pencucuh yang normal
permulaan pembakaran adalah perlahan dan tidak kuat kerana akan memberi kesan
kepada prestasi enjin. Jumlah electrode dihakis adalah minimal yang mana
menunjukkan plug panas pada tahap yang betul dan ini membolehkan ia beroperasi
dengan baik.
Plug berminyak ( oil fouled )
Pre-ingition
biasanya satu atau lebih keadaan operasi dalam enjin mengalami pre-ingition. Hal ini
mungkin berpunca dari permulaan kebuk pembakaran bernyala, pembakaran dalam
kebuk pembakaran tidak terkawal atau tahap kepanasan plug terlalu tinggi untuk
membolehkan enjin beroperasi dengan stabil.
Cara mengatasi: baiki kerosakan pada enjin.
Letupan (detonation)
pembakaran tidak normal boleh menyebabkan insulator core pada plug retak atau
patah. Letupan yang berlaku memberikan tekanan yang tinggi keatas komponen dalam
enjin. Keadaaan ini menyebabkan masa pembakaran berlaku terlalu cepat, campuran
udara dan bahan api kurang sempurna akan berlaku.
plug mengalami kerosakan dan perlu ditukar. Voltage yang dikeluarkan untuk
menghasilkan percikan api adalah kira-kira dua kali ganda dan akan meningkat jika
perjalanan jauh dilakukan. Jika keadaan ini berlaku, pergerakan enjin berlaku dengan
pantas. Tidak baik untuk prestasi enjin dan penggunaan bahan api yang banyak akan
berlaku.
keadaan spark plug menunjukkan berlaku hakisan pada insulator dan electrode yang
melampau.
Berlaku disebabkan pembakaran terlalu pantas, timing enjin yang tidak sempurna,
sistem penyejukan enjin yang tidak berfungsi dengan baik. Campuran bahan api dan
udara yang tidak sempurna atau berlaku kebocoran pada intake manifold.
Gap bridging
permulaan pembakaran tidak menjadi kerana percikan api tersangkut antara ruang
electrodes, menyebabkan spark plug tidak meletus (misfire). Bahan-bahan kecil atau
debu yang terkumpul di sekitar electrode menyebabkan keadaaan ini berlaku.
Cara mengatasi: suci atau basuh spark plug dengan petrol, berus dan kertas pasir
Plug berdedu (ash fouled)
Cara mengatasi: suci atau basuh spark plug dengan petrol, berus dan kertas pasir.
Insulator glazing
permukaan plug diselaputi carbon. Hal ini kerap berlaku disebabkan oleh terlalu banyak
campuran bahan api dan udaraapabila pembakaran berlaku di kebuk pembakaran.
Periksa choke, air clearner (penapis udara) tersumbatatau masalah kaburator. Keadaan
ini juga boleh disebabkan voltan lemah, udara masukan ke kaburator tidak beropersi
dengan baik atau mampatan cylinder rendah.
Cara mengatasi: suci atau basuh spark plug dengan petrol, berus dan kertas pasir.
Senarai upah kerja mengikut pasaran semasa
Iswara Wira 1.3 Wira 1.6 Waja 1.6
Job description & 1.5 & above
Minor service Myr 25.00 Myr 25.00 Myr 25.00 Myr 25.00
Major service Myr 45.00 Myr 45.00 Myr 45.00 Myr 45.00
Timing belt Myr Myr Myr Myr
100.00 100.00 100.00 100.00
Water pump Myr 90.00 Myr 90.00 Myr 90.00 Myr 90.00
Gearbox manual Myr Myr Myr Myr
100.00 100.00 100.00 100.00
Gear box auto Myr Myr Myr Myr
120.00 120.00 120.00 150.00
Drive shaft each side Myr 40.00 Myr 40.00 Myr 40.00 Myr 40.00
Lower arm Myr 35.00 Myr 35.00 Myr 35.00 Myr 35.00
Tie rod end Myr 25.00 Myr 25.00 Myr 25.00 Myr 25.00
Absorber front Myr 40.00 Myr 40.00 Myr 40.00 Myr 40.00
Absorber rear Myr 40.00 Myr 40.00 Myr 40.00 Myr 40.00
Top overhaul Myr Myr Myr Myr
250.00 250.00 250.00 250.00
Normal overhaul without engine Myr Myr Myr Myr
remove 280.00 280.00 280.00 300.00
Change engine Myr Myr Myr Myr
350.00 350.00 350.00 350.00
Brake pad (front) Myr 15.00 Myr 15.00 Myr 15.00 Myr 15.00
Brake shoe (rear) Myr 18.00 Myr 18.00 Na Na
Brake pad (rear) Na Na Na Myr 25.00
Axel arm Myr Na Na Na
100.00
Engine mounting per pieces Myr 70.00 Myr 70.00 Myr 70.00 Myr 70.00
Belting (aircond,alternator & power Myr 18.00 Myr 18.00 Myr 18.00 Myr 18.00
steering)
Kereta wira
Wira 1.3 dayco timing belt kit set complete made in europe rm100 100,000km warranty
Wira 1.8 dayco timing belt kit set complete made in europe rm230 100.000km warranty
Wira 1.3, 1.5 original proton waterpump rm53
Wira bosch front head lamp per side rm146
Wira bosch front signal lamp per side- rm42
Black crystal headlamp made in taiwan rm270 ( 2 headlamps, 2 signal lamps)
Wira bosch rear taillamp (bonnet) rm99 per side -please note: wira rear has 4 taillamps
Wira bosch rear taillamp (body) rm99 per side
Wira side mirror-manual one rm40 per side local
Wira 1.3, 1.5 kayaba absorbers front gas rm101, oil rm86 per side
Kayaba absorbers rear gas rm56, oil 54 per side
Bosch wira 1.3 & 1.5 sports cable 8mm rm30
Wira 1.3, 1.5 engine mounting left rm49 rightrm42, front rm32, rear rm32 original proton
Wira 1.8 engine mounting front rm32, rear rm33, right rm45, left rm52 original proton
Wira 1.3, 1.5 alternator bosch rm175 new with 1 year warranty
Wira local front bumper rm70 front
Wira local rear bumper rm80 aeroback, rm70 sedan
Wira front wheel bearing rm36
Bosch wira 1.3, 1.5 brake pads rm25 per pair
Wira brake shoe rear rm26 fbk brand
Original proton auto transmission oil (atf oil) 1 litre-rm19 auto cars
Mitsubishi diaqueen sp111 atf oil 4litres- rm100 auto cars made in japan
Bosch super 4 spark plugs rm42
Bosch w8dc spark plugs normal ones rm14
Bosch brake fluid 1 litre rm20 made in germany high boiling point
Wira air filter local rm6- carburator type
Wira air filter local rm9- fuel injection
Bosch wira air filter - rm9 carburator type
Bosch wira air filterrm13- fuel injection
Wira bosch wiperblades rm20
Fuchs coolant rm15 per bottle made in germany
Kereta iswara
Kereta myvi