Anda di halaman 1dari 2

Tajuk : Pengalaman menyertai lawatan ke rumah orang-orang tua.

Contoh pengenalan :

Contoh 1 :

Pada minggu yang lepas, murid-murid Tahun Lima Merah dan 2 orang guru
pengiring telah menyertai lawatan ke Rumah Warga Tua Sri Kenangan. Rumah orang-
orang tua itu terletak di Jalan Merdeka, Sibu. Tujuan lawatan itu adalah untuk
memupuk sikap sayangkan orang-orang tua dalam kalangan generasi muda.

Contoh 2 :

“Rasa sayang hei rasa sayang-sayang hei……. Aku dan rakan-rakan sekelasku
menyanyi dengan riang sementara menunggu ketibaan bas sekolah. Kelas kami telah
menyertai lawatan ke Rumah Warga Tua Sri Kenangan pada minggu yang lepas. Rumah
tersebut terletak di Jalan Merdeka, Sibu. Lawatan tersebut bertujuan untuk
memupuk sikap sayangkan orang-orang tua dalam kalangan generasi muda.

Sebelum bertolak, kami berkumpul di di dewan sekolah. Kami bertolak pada


pukul tujuh pagi dengan menaiki bas sekolah yang telah disewa. Sepanjang perjalanan,
kami berbual-bual dengan riang sambil menikmati keindahan dan kehijauan alam
semula jadi. Tepat pukul lapan pagi, kami telah tiba di hadapan Rumah Warga Tua Sri
Kenangan.

Kedatangan kami disambut dengan mesra oleh pengurus rumah orang-orang tua
itu. Sebelum memulakan lawatan, kami diberi taklimat dan penerangan yang ringkas
oleh pegawai tersebut. Kami mendengar penerangan tersebut dengan penuh
perhatian.

Selepas itu, kami dibawa untuk mengunjungi sekitar kawasan rumah orang-
orang tua tersebut. Di situ ada ramai orang tua. Ada orang tua yang sihat dan ada
yang kurang sihat. Kami juga ternampak beberapa orang warga tua sedang membuat
bakul dan topi secara tradisional. Mereka begitu terharu dengan kehadiran kami
sehingga ada yang berjuraian air mata.
Selain itu, kami turut bekerjasama membersihkan kawasan rumah orang-orang
tua itu. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk melaksanakan tugas
masing-masing. Pengagihan kumpulan ini memudahkan kerja-kerja pembersihan
dijalankan. Antara tugas tersebut termasuklan menyapu sampah, mencabut rumput,
membersihkan longkang, mengutip sampah dan sebagainya. Kami bersatu hati
menjayakan aktiviti gotong-royong ini bagai aur dengan tebing.

Akhirnya, rumah orang-orang tua itu kelihatan bersih dan ceria. Sebelum
bertolak pulang, kami bergambar bersama-sama dengan warga tua sebagai kenangan.
Saya berasa gembira dan berpuas hati kerana berpeluang menyertai lawatan ini. Saya
berharap dapat menyertai lawatan sedemikian lagi pada masa akan datang.