Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA

PROGRAM DASAR WARGA


EMAS NEGARA
(DWEN)
TAHUN 2019

ANJURAN BERSAMA :
UNIT HAL EHWAL MURID
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
UNIT KOKURIKULUM
PANITIA PENDIDIKAN MORAL
1.0 PENDAHULUAN

Pada 5 Januari 2011, Mesyuarat Jemaah Menteri telah meluluskan Dasar Warga Emas Negara (DWEN)
yang telah digubal oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Dasar ini adalah
merupakan satu penilaian semula dan merupakan penambahbaikan kepada Dasar Warga Tua Negara
sebelumya. Pelaksanaan program ini bertujuan memupuk nilai budaya, sikap, amalan saling hormat
menghormati dan menghargai serta menyayangi sesama insan. Proses pembelajaran bukan sahaja
berlaku semasa pengajaran dan pembelajaran semata – mata. Guru boleh mempelbagaikan proses
pembelajaran melalui aktiviti – aktiviti di luar kelas yang boleh mendorong murid merasai sendiri
suasana berkenaan dan bukan sekadar teori sahaja. Guru boleh mengadakan lawatan sambil belajar bagi
memberi peluang kepada murid - murid mengkaji, menganalisis dan membuat perbandingan apa yang
mereka lihat dan pelajari. Sebagai contoh, lawatan ke rumah orang – orang tua dapat memberi peluang
murid belajar tentang kepentingan warga tua dalam masyarakat.

2.0 Rasional

Rasional utama pelaksanaan program ini adalah:

2.1 Pendedahan kepada murid -murid mengenai aktiviti yang dijalankan oleh warga tua sepanjang
di rumah orang – orang tua.

2.2 Memberi pengalaman baru dengan dan melihat sendiri kehidupan warga tua dengan lebih
dekat lagi.

2.3 Menyatupadukan individu, keluarga dan masyarakat dengan menyediakan perkhidmatan mesra
warga emas yang cekap dan berkesan serta membangunkan persekitaran yang membolehkan
dan membantu supaya warga emas hidup sejahtera dan produktif kepada Negara.

2.4 Membudayakan nilai, sikap dan amalan saling hormat - menghormati, menghargai serta
menyayangi sesama insan

2.5 Memanfaatkan pengetahuan, kepakaran dan pengalaman warga emas bagi meningkatkan
kerohanian, sahsiah dan jati diri dalam kalangan murid - murid dan remaja.
2
Page
3.0 OBJEKTIF

3.1 Melatih pelajar bekerjasama dalam satu pasukan dalam mengadakan persembahan untuk warga
emas.

3.2 Menerapkan rasa simpati, empati serta kasih sayang kepada golongan kurang bernasib baik.

3.3 Melalui pengalaman menarik ini yang dijangka dapat memberikan banyak faedah kepada para
pelajar.

3.4 Mengembirakan golongan tua yang kesunyian dengan aktiviti yang menceriakan.

4.0 SASARAN

4.1 38 orang pelajar tingkatan 4 Arif


4.2 38 Orang pelajar tingkatan 4 Bestari

5.0 BILANGAN PESERTA / GURU

Seramai 76 orang murid akan mengikuti program ini dengan kebenaran ibu bapa / penjaga. Seramai 5
orang guru akan mengawasi pelajar sepanjang program ini berjalan.

6.0 CADANGAN PROGRAM

Tarikh : 06 Ogos 2019

Hari : Selasa

Masa : 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari

Tempat : Kantin SMJK Chan Wa, Temiang


3
Page
7.0 AJK PROGRAM WARGA EMAS SMJK CHAN WA

Penasihat : Pn. Ean Yong Moon


(Pengetua SMJK Chan Wa)

Naib Pengerusi : Cik. Gan Kheng Leng


(Guru Penolong Kanan Pentadbiran)
Cik. Lim Boon Yuan
(Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
Pn. Yap Kwee Inn
(Guru Penolong Kanan Kokurikulum)

Setiausaha : Pn. Yap May Fong


(Guru Bimbingan dan Kaunseling)

Bendahari : Pn. Hee Wei Chuen


(Guru Bimbingan dan Kaunseling)

Penyelaras : Pn. Jeya Sundari A/P Karpayah


(Ketua Panitia Pendidikan Moral)

Jurukemara : En. Satha Sivam A/L Shanmugam


(Jurukamera)

AJK : 1. Pn. Maathavi Thiaharajan


(Persiapan tempat)
2. Pn. Bong Tan Niew
(Makanan)
4
Page
8.0 TENTATIF PROGRAM

8.30 pagi : Berkumpul di kantin

8.40 pagi : Membuat persediaan untuk persembahan

9.30 pagi : Ketibaan para Warga Emas ke kantin sekolah

10.00 pagi : Pelajar mula membuat persembahan

11.30 pagi : Pelajar menyuapkan makanan kepada warga emas

11.45 pagi : Warga emas bersama pelajar menjalankan aktiviti kuiz

12.00 t/hari : Memberikan hadiah kepada pemenang

12.15 t/hari : Warga emas bertolak balik ke rumahnya.

1.00 t/hari : Pelajar bergerak ke kelas

9.0 CARTA ALIR PELAKSANAAN PROGRAM

Pelajar berkumpul di kantin

Pelajar membuat persediaan untuk persembahan

Ketibaan para Warga Emas ke kantin sekolah

Pelajar mula membuat persembahan

Pelajar menyuapkan makanan kepada warga emas

Warga emas bersama pelajar menjalankan aktiviti kuiz

Memberikan hadiah kepada pemenang

Warga emas bertolak balik ke rumahnya.

Pelajar bergerak ke kelas


5
Page
10.0 ANGGARAN PERBELAJAAN

Peruntukan : Peruntukan Kegiatan Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam

Perbelanjaan : Makanan pelajar

(Setiap seorang) RM 6.00 X 76 (pelajar) = RM 456.00

Hadiah Kuiz

RM 6.00 X 30 (hadiah) = RM 180.00

Membeli Barang hiasan

RM 25.00

Jumlah : RM 661.00

11.0 PENUTUP

Diharap dengan menyertai program ini, dapat membuka minda disamping memberi peluang kepada
murid – murid untuk melihat dengan lebih dekat lagi corak kehidupan warga emas selain menghargai
peranan warga emas dalam masyarakat.

6
Page
Disediakan oleh Disahkan Oleh, Diluluskan oleh,

……………………… ……………….., ……………….,


(Pn. K. Jeya Sundari) (Pn. Lee Chwei Chee (Pn. Ean Yong Moon)
Ketua P. Pend Moral K.B. Kemanusiaan, Pengetua
SMJK Chan Wa, SMJK Chan Wa, SMJK Chan Wa,
Seremban Seremban Seremban

7
Page