Anda di halaman 1dari 1

Sambutan hari perayaan di negara ini meliputi perayaan Hari Raya Puasa buat orang Islam,

Tahun Baru Cina buat orang Cina dan perayaan Deepavali buat orang India. Ketika perayaan ini
disambut suasananya pasti dengan kegembiraan dan sedikit hidangan makanan. Semua rakyat
negara ini menanti-nanti setiap perayaan dengan penuh debaran dan semangat tinggi. Oleh itu
memang ada banyak kebaikan jika sambutan perayaan ini dilaksanakan di negara ini.

Kalau semua perayaan ini disambut bersama-sama sudah pasti akan berlaku interaksi antara
kaum dan hubungan erat akan terjalin. Perayaan di negara ini mempunyai konsep rumah
terbuka yakni setiap perayaan akan diadakan majlis melawat rumah orang yang menyambut
sesuatu perayaan itu. Lawatan yang diadakan sudah pasti akan menyebabkan berlakunya
interaksi antara kaum. Oleh itu, perayaan memang mampu meningkatkan interaksi kaum.

Interaksi yang wujud ketika melawat rumah seseorang itu akan meningkatkan pengetahuan
masing-masing akan budaya kaum yang lain. Pemahaman sebegini menjadikan masyarakat lebih
faham akan tindakan seseorang daripada kaum yang berbeza dalam sesuatu perkara. Sudah
pasti tidak akan timbul sebarang salah faham antara kaum pula. Maka, perayaan mampu
meningkatkan kefahaman tentang budaya kaum yang lain.

Malah, imej negara juga akan turut menjadi lebih baik pada mata masyarakat dunia terutama
pelancong asing. Bukan mudah untuk memiliki sebuah negara yang aman jika rakyatnya
berbilang kaum berdasarkan masa masyarakat antarabangsa. Kejayaan Malaysia mengekalkan
keamanannya banyak bergantung kepada keupayaan rakyat negara ini menyambut perayaan
setiap kaum dengan penuh kegembiraan. Jelaslah, perayaan di negara ini memberikan satu imej
yang positif kepada negara dengan begitu mudah.

Kesimpulannya, sambutan hari perayaan mestilah diamalkan oleh masyarakat di negara ini.
Pada masa yang sama sambutan ini hendaklah dijadikan satu perayaan kebangsaan yang
dinikmati bersama-sama. Generasi muda akan mendapat banyak manfaat daripada sambutan
sebegini. Masyarakat yang harmoni akan wujud menerusi perayaan sebegini pada masa
hadapan.

Anda mungkin juga menyukai