Anda di halaman 1dari 2

JURNAL MINGGUAN

(MINGGU 6)

ISI MASALAH

Pada minggu keenam pengajaran di dalam kelas pemulihan, saya telah mendapati
masalah yang dihadapi adalah masalah kawalan kelas di mana murid-murid suka
bercakap, kurang memberi perhatian semasa saya mengajar, suka mengadu, suka
mengganggu kawan dan suka membuat bising. Masalah kawalan kelas agak kurang
memuaskan. Masalah yang saya hadapi sekarang adalah saya sukar mengawal
kelas ketika membuat aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas
terutamanya sewaktu membuat kerja dalam kumpulan.

ANALISIS

Berdasarkan pemerhatian saya, saya dapati masalah ini timbul kerana murid tidak
berapa tertarik akan kaedah pengajaran yang saya praktikkan. Mereka hanya
memberi perhatian pada masa pertama dan pada masa kedua, perhatian mereka
sudah terarah kepada perkara lain. Mereka cenderung mengganggu kawan
menyebabkan suasana bising dan kawalan kelas tidak terkawal.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Selepas analisis dibuat, saya berpendapat bahawa saya perlu membuat


penambahbaikan dari segi perancangan pengajaran dan pembelajaran saya. Saya
perlu menggunakan teknik pengajaran yang menarik dan menggunakan pelbagai
bahan yang sesuai serta menggunakan teknik variasi rangsangan bagi menarik
minat mereka. Dengan ini, murid tidak akan melakukan perkara lain dan kawalan
kelas dapat dikawal dengan baik.
TEMPOH MASA

Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin agar murid-murid dapat
belajar dengan baik tanpa gangguan dan keadaan kelas berada dalam keadaan
terkawal.

PENILAIAN KEJAYAAN

Usaha untuk menilai kejayaan pengajaran dan pembelajaran yang dibuat boleh
dilakukan dengan cara meminta bantuan guru pembimbing atau pensyarah penyelia.
Penilaian mereka boleh dilakukan semasa waktu kelas pemulihan Bahasa Melayu
atau Matematik berlangsung. Hal ini boleh dinilai apabila murid tidak melakukan
perkara yang boleh menyebabkan keadaan kelas tidak terkawal seperti banyak
bercakap, mengganggu rakan dan sebagainya.

TINDAKAN SUSULAN

Sebagai seorang guru, saya perlu memainkan peranan yang penting dalam
mengatasi masalah ini dan perlu bijak mencari jalan penyelesaiannya.Tindakan
susulan yang saya boleh lakukan untuk mengatasi masalah ini adalah dengan selalu
memberi nasihat dan perhatian kepada murid tersebut. Hal ini adalah untuk
memastikan murid mendengar arahan guru agar kawalan kelas dapat dikawal
dengan baik.

Anda mungkin juga menyukai