Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI KAPIT

JALAN BUKIT GORAM,


96800, KAPIT, SARAWAK

KERTAS CADANGAN

PROGRAM MOTIVASI DAN HARI


PENETAPAN TARGET UPSR 2019

ANJURAN

UNIT KURIKULUM

PIBG

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI KAPIT

Tarikh : 28 FEBRUARI 2019


PENDAHULUAN

Program Motivasi dan Hari Penetapan Target ini dijalankan bertujuan untuk
meningkatkan motivasi serta keyakinan murid untuk menyiapkan diri bagi
menghadapi peperiksaan UPSR yang akan datang. Program ini juga dijalankan
untuk meningkatkan prestasi akademik murid-murid dengan meletakkan suatu
target bagi setiap matapelajaran peperiksaan awam (UPSR 2019) yang akan
diduduki pada bulan September ini. Ibu bapa atau penjaga murid Tahun 6 akan
bersama-sama dengan guru kelas akan merencanakan target bagi setiap
pelajar. Pada masa yang sama, pelajar, ibu bapa dan guru akan
menandatangani surat akujanji untuk membantu pelajar mencapai target
tersebut. Ini adalah untuk memastikan para pelajar sentiasa komited dan tidak
mengambil mudah untuk mencapai target yang telah ditetapkan.

OBJEKTIF

 Permuafakatan antara guru dan ibu bapa akan dapat memberi


peluang kepada penyelesaian masalah pembelajaran murid.
 Menunjukkan kepekaan ibu bapa terhadap bidang akademik dan
sahsiah anak-anak.
 Ibu bapa sedar akan tanggungjawab mereka serta memberikan
sokongan penuh kepada program-program sekolah.
 Memupuk kerjasama antara ibu bapa dan guru untuk
meningkatkan kecemerlangan akademik sekolah.
 Meningkatkan peratus keseluruhan UPSR SK Sg Kapit.
 Meningkatkan jumlah murid cemerlang dan lulus di dalam UPSR
2019.
 Mendapatkan kerjasama sepenuhnya daripada ibu bapa untuk
memantau pembelajaran anak-anak semasa di rumah.
JAWATANKUASA PENGELOLA AKTIVITI

Rujuk Lampiran 1

TENTATIF PERLAKSANAAN

Tarikh : 28 Februari 2019

Masa : 8.00 – 9.30 pagi

Tempat : Dewan Makan SK Sg Kapit

TENTATIF AKTIVITI

MASA AKTIVITI

Pendaftaran Ibu Bapa dan murid Tahun 6


7.30 pagi

Ibu bapa dan guru mengambil tempat duduk.


7.45 pagi

Ucapan Pengerusi
8.00 pagi Bacaan Doa
Nyanyian Lagu Negaraku
Ucapan Guru Besar
Ucapan perasmian oleh YDP PIBG
Sesi Permuafakatan
Penetapan target bersama guru kelas tahun 6
Menandatangani Surat Akujanji
Majlis bersurai

KUMPULAN SASAR

Semua murid Sk Sg Kapit.


ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA JUMLAH (RM)

1 Makan dan minuman Ibu bapa dan guru

85 orang x RM 5 RM 425.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 425.00

PENUTUP

Program ini diharap dapat dapat memberikan impak yang baik dan
berkesan kepada sikap pelajar terhadap pembelajaran mereka. Program ini
diharapkan dapat memupuk semangat pelajar untuk mencapai target yang
telah ditentukan dan secara tidak langsung meningkatkan peratus keseluruhan
SK Sg Kapit.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

-------------------------------------------- --------------------------------------------
(SYAMER MUHAZZAB ABD MALEK) (EN KENYULONG AK SENGKUAI)
Penyelaras Program, Penolong Kanan Kurikulum,
SK Sungai Kapit. SK Sungai Kapit.

Disahkan oleh:

----------------------------------------------
(EN MOHD SABLI BIN HJ BADI )
Guru Besar,
SK Sungai Kapit.
Lampiran 1

JAWATANKUASA PENGELOLA AKTIVITI

PENGERUSI

En Mohd Sabli bin Hj Badi

Naib Pengerusi

En. Kenyulong Sengkuai (PK Kurikulum)

Pn. Betty Jawit (PK HEM)

Pn Caroline Ja (PK Kokorikulum)

PENYELARAS

En. Syamer Muhazzab bin Abdul Malek

JAWATANKUASA

Semua guru Tahun 6