Anda di halaman 1dari 14

Catatan perjalanan Riza Atiq

21. Istanbul: Beberapa kawasan Menarik


Kami telah melawat Masjid Biru, Hagia Sophia, Masjid Abu Ayyub Al-Ansari dan Panorama 1453. Akan
tetapi masih banyak lagi yang boleh dan perlu dilihat. Di antara tempat-tempat atau aktiviti yang telah
kami lakukan ialah melawat:

• Muzium Sejarah Sains dan Teknologi dalam Islam.


• Muzium Arkeologi Istanbul
• Istana Topkapi
• Grand Bazaar dan Pasar Mesir
• Menaiki kapal di Selat Bosporus

Muzium Sejarah Sains dan Teknologi dalam Islam.


Muzium ini telah dibuka pada tahun 2008. Ia memamerkan replika instrumen-intrumen sains dan
teknologi yang direkacipta oleh orang-orang Islam dari kurun ke-9 hingga ke 16 Masehi. Lebih kurang
700 artifak dipamerkan yang merupakan inovasi besar pada zamannya. Walaupun kelihatan sederhana,
sebenarnya instrumen-instrumen itu merupakan asas kepada instrumen moden masa kini. Bahan-bahan
pameran itu disusun mengikut kumpulan astronomi, geografi, optik, perubatan, kimia, fizik, mineralogi,
teknologi dan senibina. Bagi ku yang berlatar belakangkan kejuruteraan, muzium ini mengasyikkan.

Bahagian depan Muzium Sejarah Sains dan Teknologi dalam Islam

1
Catatan perjalanan Riza Atiq

Salah satu bahan pameran yang merupakan model peralatan untuk melakukan pengukuran cakrawala

Muzium Arkeologi Istanbul


Muzium ini amat besar dan terdiri dari 3 bangunan dan mengandungi lebih sejuta bahan pameran. Kami
tidak sempat melihat semuanya. Muzium ini ditubuhkan pada tahun 1891 oleh kerajaan Usmaniah
dengan perintah dari Sulatan Abdul Aziz pada tahun 1867. Beliau telah mengarahkan semua negeri dan
daerah menghantar artifak untuk muzium itu. Oleh kerana empayar kerajaan Usmaniah pada masa itu
amat besar, dari Afrika Utara hingga ke Asia Tengah, bahan-bahan sejarah yang amat bernilai telah
dapat dikumpulkan dalam jumlah yang banyak. Akan tetapi paduka Sultan tidak sempat melihat muzium
itu kerana beliau telah mangkat pada tahun 1876. Kemangkatannya telah merencatkan pembinaan
muzium ini tetapi akhirnya dapat disiapkan 15 tahun kemudian.

Ketika berada di dalam muzium ini, aku terasa seolah-olah masa berundur 3000 tahun ke belakang dan
kemudian bergerak ke hadapan dengan cepat sehingga ke zaman 300 tahun yang silam. Apabila keluar
dari bangunan utama muzium ini ada 2 lagi bangunan besar yang menempatkan artifak peradaban timur
kuno dan kesenian Islam. Tapi kami tidak sempat memasuki kedua-dua bangunan itu.

2
Catatan perjalanan Riza Atiq

Di antara artifak di dalam Muzium Arkeologi

3
Catatan perjalanan Riza Atiq

Istana Topkapi
Istana Topkapi mula dibina pada tahun 1459 atas arahan Sultan Muhammad Al-Fatih, 6 tahun selepas ia
dan pasukannya menawan Constantinople. Ia dinamakan Topkapi yang bermakna pintu pagar Meriam.
Pada masa itu keadaan di Constantinople yang telah ditukar namanya kepada Istanbul masih belum
begitu selamat. Oleh itu pada masa itu istana Topkapi amat sederhana dan juga berfungsi sebagai pos
tentera. Sultan-sultan kemudiannya telah membesarkan istana ini dan telah membuat renovasi besar-
besaran selepas gempa pada tahun 1509 dan kebakaran pada tahun 1665. Istana ini telah diubah
menjadi muzium selepas kehancuran Kerajaan Usmaniah pada tahun 1923.

Ketika berada di dalam kawasan istana ini, Aku dapat merasakan kesederhanaan sultan yang
memerintah sebuah kerajaan raksaksa yang amat gagah pada zamannya. Ia tidak semewah istana-istana
kerajaan di Eropah yang pernah aku lawati dan juga tidak semewah rumah seorang kaya, Vanderbilt, di
Amerka Syarikat. Dalam istana Topkapi, kegunaan ruang lebih utama dari keindahan. Ia bukan satu
bangunan besar yang tersergam indah tetapi merupakan kumpulan beberapa bangunan rendah. Bagi
orang-orang Eropah istana ini tidak monumental.

Salah satu bangunan dalam kawasan Istana Topkapi

4
Catatan perjalanan Riza Atiq

Istana terdiri dari beberapa bangunan rendah, bukan satu bangunan besar yang tersergam megah

5
Catatan perjalanan Riza Atiq

Grand Bazaar
Grand Bazaar adalah pasar bertutup yang paling besar di dunia yang mengandungi 4000 kedai.
Pembinaannya bermula pada tahun 1455 atas perintah Sultan Muhammad Al-Fatih sebaik-baik sahaja
menawan Constantinople dan menukar nama bandar itu kepada Istanbul. Pasar ini siap dibina pada
hujung tahun 1460. Tujuan utama pembinaannya ialah untuk memacu ekonomi Istanbul dan kerajaan
Usmaniah.

Ketika kami masuk ke dalam bazar ini, terasa masa berundur beratus tahun. Tiba-tiba tersentak apabila
ada orang menyapa dalam Bahasa Melayu dengan pelat Turki, “Tuan Haji, mari, saya separoh Malaysia.
Isteri saya orang Malaysia. Kami duduk di Shah Alam”. Masa berputar semula ke zaman sekarang. Mana
ada Shah Alam seratus tahun dulu. Kami dipelawa masuk ke kedainya dan dihidangkan teh panas. Badan
yang tadi kedinginan menjadi panas. Sementara itu ia mengeluarkan berbagai-bagai jenis tikar
sembahyang dengan potongan harga yang istimewa. Kami pun beli sedozen. Selepas itu kami keluar dan
berjalan-jalan di dalam bazar itu. Sekali lagi kami disapa, “Pakcik, mari, abang saya duduk di Malaysia, di
Gombak”. Sekali lagi kami berhenti untuk membeli baklava. Dalam hatiku, pandai juga orang Turki
mengambil hati kita.

Pemandangan di Grand Bazaar yang sudah beroperasi lebih 450 tahun

6
Catatan perjalanan Riza Atiq

Pindu utama ke Grand Bazaar

Pasar Mesir dan Masjid Baru


Pasar ini adalah yang kedua terkenal di Istanbul. Ia siap di bina pada tahun 1660 serentak dengan Masjid
Baru yang dikenali sebagai Yeni Camii. Sewa kedai dalam pasar ini digunakan untuk perbelanjaan Masjid
Yeni. Pembinaan pasar dan masjid ini adalah atas kehendak Sultanah Safiye, permaisuri Sultan Murad.
Pintu masuknya di sebelah Masjid Yeni tetapi kamu masuk dari belakang kerana belakangnya
bersambung dengen Grand Bazaar. Bila kami berjalan-jalan di Grand Bazaar dan sampai di bahagian
belakang dan terus masuk ke Pasar Mesir. Kami perasaan telah keluar dari Grand Bazaar apabila tercium
bau-bau rempah. Pasar Mesir pada asalnya khas untuk menjual rempah tapi sekarang banyak juga
jualan kuih-muih Turki seperti baklava. Dahulu sumber utama rempah ialah dari Asia Tenggara. Aku
terkenang dengan sejarah pelabuhan-pelabuhan Singapura dan Kartanegara di Vietnam, Tanjung Periok
dan Maluku merupakan pelabuhan pengeksport rempah dan ianya dikuasai oleh orang-orang Melayu.
Pada fikiranku tentulah ramai peniaga-peniaga Melayu yang sampai ke Pasar Mesir di Istanbul ini
sebagai pembekal rempah ratus. Ketika fikiranku melayang ke Asia Tenggara, tanpa disedari kami telah
keluar dari pasar itu di bahagian depan. Di bahagian depan ini banyak juga jualan buah-buahan yang
segar lalu kami membeli buah delima segar. Selepas itu kami terus ke Masjid Baru (Yeni Camii).

7
Catatan perjalanan Riza Atiq

Pintu masuk ke Masjid Yeni di hadapan Pasar Mesir

Halaman di pintu masuk Masjid Yeni

8
Catatan perjalanan Riza Atiq

Bahagian dalam Masjid Yeni

Pemandangan di hadapan masjid ini amat indah kerana ia menghadap jambatan Galatan dan di
seberang kelihatan Menara Galata. Jambatan ini dua tingkat. Tingkat bawah dipenuhi dengan restoran
yang menghidangkan makanan yang berasaskan ikan. Kami sempat singgah di salah satu restoran dan
makan ikan yang baru dipancing di jambatan ini dan rasanya sangat sedap. Kami sempat juga naik ke
Menara Galata untuk melihat pemandangan yang amat indah.

Menaiki Kapal di Selat Bosporus


Menaiki kapal di Selat Bosporus satu lagi pengalaman yang indah. Ketika di atas kapal kita dapat melihat
Asia di sebelah dan Eropah di sebelah yang satu lagi. Kedua-duanya amat indah. Cuaca sejuk di hujung
tahun tidak menjadi halangan kepada kami. Penerangan dalam Bahasa Inggeris diberikan di samping
Bahasa Turki. Semasa di atas kapal ini kami sempat meminum teh susu yang dicampur dengan serbuk
kayu manis dan roti yang juga dicampur dengan kayu manis. Nampaknya orang Turki suka dengan kayu
manis.

9
Catatan perjalanan Riza Atiq

Jambatan Galata. Bahagian atas untuk kenderaan dan pejalan kaki dan bahagian bawah menempatkan
restoran

Menara Galatan dibina oleh Kerajaan Rom pada tahun 1348 untuk memerhati Selat Bosporus

10
Catatan perjalanan Riza Atiq

Pemandangan dari Menara Galata

11
Catatan perjalanan Riza Atiq

Pemandangan dari atas kapal yang menyusuri Selat Bosporus

12
Catatan perjalanan Riza Atiq

Pemandangan dari atas kapal yang menyusuri Selat Bosporus

13
Catatan perjalanan Riza Atiq

Pemandangan dari atas kapal yang menyusuri Selat Bosporus

14

Anda mungkin juga menyukai