Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Latar Belakang
PIH terbahagi kepada tiga iaitu mild pre-eclampsia, severe pre-eclampsia dan
eclampsia serta boleh menyebabkan kematian. Kebiasaannya, masalah kronik hipertensi
berlaku sebelum gestasi 20 minggu. Keadaan ini kerap berlaku pada wanita yang telah
mengalami masalah darah tinggi sebelum hamil, wanita yang berusia dan wanita yang
mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai darah tinggi. Manakala PIH berlaku hanya
ketika kehamilan dan akan hilang sebaik sahaja wanita melahirkan.
Di samping itu, Hipertensi yang sedia ada terjadi di kalangan 1 hingga 5% wanita
hamil,manakala hipertensi akibat mengandung terjadi di kalangan 5 hingga 10% wanita
hamil. Peratusan ini mungkin lebih tinggi di kalangan penduduk Asia oleh kerana faktor
genetik. Hipertensi semasa mengandung adalah lebih kerap berlaku semasa kandungan
pertama (sehingga 25% wanita hamil).Hipertensi semasa mengandung memerlukan
pemerhatian dan rawatan yang rapi. Wanita hamil berisiko tinggi mengalami Pra-
eklampsia atau Eklampsia (sawan) yang boleh menyebabkan
kerosakan otak dan buah pinggang, masalah pendarahan dan kemudaratan kepada janin
yang belum lahir.
Hipertensi yang sedia ada (sebelum mengandung) selalunya dikesan pada peringkat
awal kehamilan (trimester pertama). Lazimnya individu ini tidak mengalami sebarang
gejala dan tidak mengetahui mereka mempunyai tekanan darah yang tinggi sehinggalah
mengandung, di mana tekanan darah yang tinggi tersebut dikesan semasa lawatan
antenatal. Bagi golongan yang muda, andaian bahawa hipertensi yang dihidapi adalah jenis
hipertensi primer (essential hypertension) tidak boleh dibuat, tanpa pemeriksaan lanjut
Page | 1
untuk mengetahui sebab yang menyebabkan hipertensi sekunder seperti Sindrom
Cushing's, Sindrom Conn's dan phaeochromocytoma. Wanita dengan hipertensi yang sedia
ada (sebelum mengandung) adalah berisiko untuk turut mendapat pra-eklampsia, bayi yang
kecil berbanding umur (small for gestational age) dan placental abruption (satu keadaan di
mana uri terpisah dari rahim dan menyebabkan pendarahan). Golongan wanita ini
memerlukan rawatan oleh kerana risiko kejadian pra-eklampsia dianggarkan dua kali
ganda.
Selain itu,hipertensi dan protinuria (kehadiran protein di dalam air kencing) adalah
tanda-tanda utama kejadian pra-eklampsia. Protinuria semasa mengandung boleh
disebabkan oleh jangkitan kuman pada saluran air kencing (urinary tract infection), tetapi
ia mungkin kejadian pre-eklampsia walaupun tekanan darah adalah tinggi sedikit dari aras
normal. Tanda-tanda pre-eklampsia (dan juga eklampsia) mungkin timbul sebelum, semasa
dan juga selepas bersalin.
Eklampsia adalah satu masalah kesihatan di mana pesakit yang mengalami gejala
gejala pra-eklampsia (seperti di atas) turut mengalami sawan. Lain-lain penyebab sawan
seperti epilepsy, ketidakseimbangan biokimia dalam tubuh badan atau hipoglisemia
(kurang gula dalam darah). Perlu disahkan bukan penyebab sawan sebelum eklampsia
didiagnosa. Terdapat juga situasi di mana pra-eklampsia tidak menunjukkan tanda klinikal
yang jelas dan diagnosis hanya boleh dilakukan selepas eklampsia terjadi.
Page | 2
Lebih dari satu pertiga daripada wanita yang hamil mengalami episod sawan yang pertama
sebelum kejadian tekanan darah tinggi dan protinuria. Remaja hamil berisiko lebih 3 kali
ganda mengalami eklampsia berbanding wanita dewasa. Komplikasi akibat eklampsia
termasuklah angin ahmar (strok) disebabkan oleh pengecutan salur darah atau edema
(kebengkakan) di bahagian otak. Komplikasi ini lazimnya akan kembali normal dengan
sendirinya, namun ada di kalangan wanita ini yang mengalami kerosakan otak yang kekal.
-Puan Suganthi A/P Thalaimugram,32 tahun berbangsa india dan merupakan seorang suri
rumah tangga dan telah mempunyai gravida (G02,P01) telah datang ke Klinik Kesihatan
Buntong untuk mendapatkan pemeriksaan berkala oleh jururawat dan doktor setelah
disahkan hamil. Dengan aduan sakit kepala dan kurang penglihatan, didapati bacaan
tekanan darah yang diambil adalah 146/92 mmHg.Bacaan tekanan darah diambil sekali
lagi setelah 30 minit beliau merehatkan diri. Namun ukuran ulangan pula mencatat bacaan
setinggi 156/98 mmHg.
Maklumat Pesakit=>
Umur : 32 tahun
Bangsa : India
Sejarah keluarga
Sejarah Pembedahan
bacaan Hemoglobin mencatat 9.0 gm/dL di bawah paras normal dan albumin pula pada
bacaan 2+.
BMI melebihi 30kg/m2,umur melebihi 30 tahun, berat badan melebihi 80kg, dan
menghidapi penyakit Hipertension dan GDM(Gestational Diabetes Mellitus).
Page | 4
Pencarian Literature
Berdasarkan laporan World Health Organization (WHO) pada tahun 2002, kira-kira
5 juta kematian dicatatkan pada setiap tahun berpunca daripada tekanan darah tinggi ketika
hamil. Pengerusi Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan Perunding Kardiologi,
Datuk Dr Khoo Kah Lin berkata senario yang sama juga berlaku di negara ini dan
dianggarkan seorang daripada tiga warga Malaysia berusia 30 tahun ke atas berhadapan
dengan masalah tekanan darah tinggi semasa hamil.
Hipertensi adalah gangguan perubatan yang paling biasa bagi kehamilan dan
dilaporkan merumitkan sehingga 1 dalam 10 gestasi dan menjejaskan anggaran 240,000
wanita di Amerika Syarikat setiap tahun. Walaupun pakar perubatan selama beribu tahun
telah mengiktiraf pre-eklampsia, agak sedikit diketahui tentang patogenesis dan
pencegahannya.Kebimbangan utama mengenai tekanan darah tinggi berkaitan dengan
potensi kesan buruk kepada ibu dan janin. Kesan buruk yang berpotensi ini berkisar dari
keterukan dari ancaman kepada kehidupan yang mengancam. (Reem Mustafa,Sana
Ahmed,etl 2012)
Page | 5
Wanita dengan hipertensi yang disebabkan oleh kehamilan (PIH) berisiko tinggi untuk
preeclampsia, disfungsi buah pinggang, dan keguguran.Risiko yang berkaitan dengan janin
termasuk gangguan pertumbuhan intrauterin, kelahiran pra-matang,berat lahir rendah, dan
kemasukan ICU neonatal. Pemantauan berterusan untuk peningkatan hipertensi dan
proteinuria dan penggunaan terapi antihipertensi yang sesuai adalah komponen penting
dalam pengurusan wanita dengan PIH.( Jennifer Ribowsky, MS, RPA-C Caitlin
Henderson, S-NP, RN(Bsn),2016)
Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr. S. Silvam
menyatakan tekanan darah tinggi dalam kalangan wanita hamil biasanya berlaku ketika
usia gestasi 20 minggu dan ke atas. Menurut beliau, tekanan darah yang normal untuk
orang yang tidak mengandung ialah 140 ke 90, tetapi bagi ibu mengandung tekanan yang
normal ialah 110 ke 70. Jika tekanan darah melebihi daripada 110 ia dikategorikan sebagai
tekanan darah tinggi. Walau bagaimanapun peratusan kenaikan daripada tahap normal
hingga ke tahap tekanan itu akan dianalisis oleh doktor. Oleh sebab itu ibu hamil perlu
kerap melakukan pemeriksaan untuk mengelakkan berlaku sebarang komplikasi. Wanita
hamil mengalami hipertensi adalah disebabkan kehamilannya, uri dan bayi itu sendiri. Jadi
sebaik sahaja bayi dilahirkan darah tinggi pada ibu mengandung itu akan turun. Peratusan
untuk penyakit darah tinggi pada wanita hamil akan hilang selepas bersalin ialah sebanyak
hampir 100 %, kecuali ada faktor-faktor lain seperti usia si ibu yang sudah mencecah 40
tahun. Terdapat kes di mana selepas bersalin tekanan darah tinggi tersebut tidak hilang,
sebab mungkin secara semula jadinya darah tinggi itu sudah memang ada dalam dirinya
kerana faktor umur atau juga faktor-faktor lain dan bukan sebab mengandung.
Menurut kajian Health Consultant dari HUSM Encik Hafis Wasa, tekanan darah
tinggi yang dihidapi semasa hamil memberi kesan 5% terhadap kandungan dan 1 per 4
wanita hamil yang mana mempunyai tekanan darah tinggi akan cenderung kepada
‘preeclampsia’ semasa hamil, bersalin atau selepas melahirkan anak..Semua wanita yang
mengidap hipertensi semasa mengandung perlu menjalani pemeriksaan tekanan darah
secara berkala di klinik kesihatan yang terdekat selepas bersalin. Lazimnya tekanan darah
akan kembali normal selepas 6 minggu tempoh berpantang, namun ia mungkin mengambil
masa yang lebih panjang bagi sesetengah wanita.
Page | 6
Menurut Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Dr Ahamad Zailani Hatta Mohd Dali,
ubat-ubatan bukanlah rawatan sebenar penyakit hipertensi semasa hamil. Rawatan sebenar
ialah kelahiran dan pengeluaran uri itu sendiri. Ini kerana kejadian penyakit hipertensi
semasa mengandung berkait rapat dengan masalah uri. Biasanya doktor akan menasihatkan
agar proses kelahiran dipercepatkan kira-kira 2 minggu sebelum tarikh kelahiran sebenar.
Hipertensi yang sedia ada terjadi di kalangan 1 hingga 5% wanita hamil, manakala
hipertensi akibat mengandung terjadi di kalangan 5 hingga 10% wanita hamil. Peratusan
ini mungkin lebih tinggi di kalangan penduduk Asia oleh kerana faktor genetik. Hipertensi
semasa mengandung adalah lebih kerap berlaku semasa kandungan pertama (sehingga 25%
wanita hamil).(Dr.Sri Wahyu Taher,2016)
Perbincangan/Hujah
Di serata dunia, pre-eclampsia atau penyakit tekanan darah tinggi ketika hamil atau
sawan yang dialami oleh ibu hamil ini menjadi punca utama kematian ibu hamil.
Preeclampsia berlaku lebih kurang 5 – 10% daripada keseluruhan ibu hamil. Di Malaysia,
ia merupakan punca kedua kematian ibu-ibu hamil selepas pendarahan postpartum.
Pendarahan postpartum ialah pendarahan dari saluran pembiakan yang berlaku selepas
kelahiran (tumpah darah). Ia boleh menyebabkan hipotensi (tekanan darah rendah) atau
renjatan.
Faktor-faktor yang menyumbang kepada PIH adalah kehamilan pertama kali atau
dipanggil ‘primigravida’ (2-3 kali ganda lebih tinggi risiko) Walaupun wanita primigravida
(kandungan pertama) berisiko tinggi mendapat pra-eklampsia, wanita yang multiparous
(anak yang ramai) berisiko mendapat gejala yang lebih serius dengan pelbagai komplikasi..
Selain itu, faktor genetik contohnya sejarah keluarga seperti ibu atau kakak yang
menghidap pre-eclampsia juga meningkatkan risiko antara 20% hingga 40% kepada
saudara atau anak perempuan untuk menghidapinya. Jika ibu hamil pernah mempunyai
latar belakang preeclampsia pada kehamilan lalu, berkemungkinan besar untuk pesakit
menghidapnya pada kehamilan seterusnya.
Page | 7
Risiko untuk mendapatkan hipertensi semasa hamil lebih cenderung kepada wanita
yang berat badannya di atas paras normal atau gemuk (obesiti) BMI <30kg/m2 adalah
dikaitkan dengan peningkatan dua kali ganda risiko mendapat pra-eklampsia. BMI yang
tinggi sebelum mengandung atau pada peringkat awal mengandung akan meningkatkan
risiko kejadian hipertensi semasa mengandung.
Page | 8
Rawatan
Ubatan yang lazim digunakan adalah Methyldopa dan Labetolol. Wanita yang
menghidapi hipertensi sedia ada (sebelum mengandung) mungkin perlu menukarkan
ubatan yang mereka ambil memandangkan Angiotensin Receptor Blocker (ARB) dan
Angiotension Converting Enzyme Inhibitor (ACE-I) tidak boleh digunakan semasa
mengandung. Rawatan hipertensi semasa mengandung adalah bertujuan untuk
keselamatan wanita yang mengandung itu sendiri. Rawatan tidak mengurangkan risiko
kejadian pra-eklampsia atau kematian janin atau membantu tumbesaran janin. Pemeriksaan
saringan untuk mengesan sebab-sebab lain yang menyebabkan hipertensi perlu dilakukan
sekiranya hipertensi dikesan sebelum 20 minggu tempoh kehamilan. Selepas 16 minggu
tempoh kehamilan, pemeriksaan saringan bagi mengesan hipertensi perlu dilakukan ke atas
semua wanita yang mengandung tanpa mengira umur dan lain-lain faktor risiko.
Sasaran rawatan mungkin berbeza dari satu ke satu klinik. Untuk memastikan
peredaran darah di dalam sistem darah uri-janin tidak terganggu, tekanan darah diastolik
mestilah tidak kurang dari 90 mmHg. Jika pra-eklampsia terjadi, tidak kira sama ada sedikit
ataupun serius, rujukan kepada doktor pakar obstetrik adalah wajib, dan pesakit diberikan
rawatan dengan kerjasama pakar perubatan keluarga. Bagi kes yang tiada komplikasi,
wanita tersebut dibenarkan bersalin pada tempoh kehamilan 38 hingga 40 minggu. Bagi
semua kes-kes eklampsia pula, wanita ini perlu dirawat di hospital pakar, yang mempunyai
unit rawatan rapi neonatal yang baik. Keputusan untuk melahirkan bayi awal perlu
dilakukan oleh doktor pakar obstetrik dengan mengambil kira semua fakta klinikal bagi
setiap kes.
Page | 9
Rumusan/Kesimpulan
Penyakit ini dapat dielakkan sekiranya ibu hamil mengambil langkah penjagaan
seperti melakukan pemeriksaan, menjaga permakanan, menjaga kesihatan tubuh badan
dan melakukan senaman ringan. Bagi ibu hamil yang mempunyai sejarah keluarga yang
juga menghidap penyakit darah tinggi, penyakit tersebut dapat dikawal sekiranya ibu hamil
tersebut mengambil ubat seperti yang telah diarahkan. Faktor dalam menjaga pemakanan
amat penting bagi ibu hamil untuk diri serta bayi dalam kandungan supaya bayi sihat serta
dapat mengelakkan komplikasi. Ibu yang tidak menjaga kesihatan dan juga permakanan
ketika hamil akan mendapat komplikasi yang sangat buruk pada diri serta pada anak yang
dikandung seperti anak mati dalam kandungan dananak yang dilahirkan terlalu kecil.
Oleh itu langkah-langkah awal perlu diambil bagi mengelakan sebarang keadaan
yang tidak di ingini berlaku sebagai contoh dapatkan pemeriksaan antenatal di klinik sebaik
sahaja anda hamil, selain itu, Pastikan anda menghadiri temujanji yang ditetapkan. Jika
anda salah seorang dari kumpulan berisiko tinggi, anda dinasihatkan supaya menjalani
pemeriksaan lebih awal dan Laporkan ke klinik dengan segera atau pergi ke hospital
apabila anda mempunyai tanda-tanda amaran ini. Jangan tunggu temujanji yang ditetapkan.
Seterusnya Selalu membawa rekod kesihatan ibu mengandung (kad antenatal) semasa
pergi ke klinik supaya sebarang perkembangan dan keadaan anda akan direkod dan
diawasi. Selain itu, Menilai aktiviti bayi anda setiap hari. Lengkapkan carta pergerakan
bayi seperti yang dinasihatkan oleh doktor atau jururawat dan Pastikan anda mendapat
rehat dan tidur yang mencukupi (6-8 jam sehari).
Page | 10
Rujukan
Dr.Sri Wahyu Taher. (2016, April 4). Hipertensi Semasa Mengandung. Retrieved
from http://www.myhealth.gov.my/hipertensi-semasa-mengandung/ (Accessed on 22
Ogos 2019)
Mustafa, Reem, Ahmed, Gupta, Anu, C., R., & Sana. (2012, May 23). A
Comprehensive Review of Hypertension in Pregnancy. Retrieved from
https://www.hindawi.com/journals/jp/2012/105918/ (Accessed on 22 Ogos 2019)
(2014, September 17). Preeclampsia: Get the Facts on Treatment. Retrieved from
https://www.medicinenet.com/pregnancy_induced_hypertension/article.htm
(Accessed on 22 Ogos 2019)
Page | 11