Anda di halaman 1dari 2

ULASAN WEBINAR

NAMA : NORAHASYIEMIE BINTI MAT HUSIN


TARIKH : 29 OGOS 2019
MASA : 8.50 PAGI – 10:50 PAGI

TAJUK WEBINAR : BERSARA : AWAL ATAU PADA WAKTUNYA?

Ulasan Video :
1. Penjelasan tentang PENCEN dan BERSARA. Pencen berkaitan pampasan yang diterima setelah
bersara. Manalakala BERSARA berkaitan penamatan perkhidmatan sebagai penjawat awam.

2. Penerangan berkaitan lapan sebab persaraan wajib :


i. Mencapai umur bersara iaitu 55/ 58/ 60 tahun mengikut pilihan yang telah dibuat.
ii. Masalah kesihatan iaitu berkaitan kesihatan fizikal atau mental tanpa mengira umur
bersara.
iii. Dibersarakan disebabkan berlakunya pemansuhan jawatan yang disandang.
iv. Dibersarakan akibat penstrukturan organisasi.
v. Penamatan demi kepentingan awam (exit policy)
vi. Bersara atas kepentingan negara.
vii. Memalsukan dokumen untuk tujuan pelantikan
viii. Memberikan kepercayaan dan taat setia selain negara Malaysia.

3. Sekiranya mencapai umur bersara, tetapi terikat dengan prosiding undang-undang, maka
persaraan ditangguhkan. Tempoh perkhidmatan dilanjutkan.

4. Juga terdapat peringatan daripada pegawai berkaitan kepentingan Buku Rekod Perkhidmatan :
i. Pastikan catatan dalam buku betul.
ii. Semakan no kad pengenalan dan tarikh lahir supaya selaras.
iii. Pastikan nombor KWSP betul.
iv. Tarikh sah jawatan dan lantikan adalah betul.
v. Tarikh pemberian taraf berpencen.
vi. Gaji terakhir pegawai

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

…………………………….. ………………………….…
(Pn. Norahasyiemie binti Mat Husin) (Pn. Halijah binti Zam Zam)