Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

TUGASAN KERJA KURSUS

TAHUN AKADEMIK 2019


Program : PISMP Nama Siswa Pendidik:

Semester / Tahun : 1 / T
Kod : BMMB3063 Ambilan: Jun 2018
Kumpulan: Unit T (Majo
Nama Kursus : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Tugasan Tarikh Mula Tarikh
1. Penulisan Esei I (PBS) 6 Ogos 2019 19 Og

2. Penulisan Esei II 12 Julai 2019 01 Og

3. Simulasi Kumpulan (NPDL - EDUP3043, EDUP3053,


BMMB3073, TSLB3063, TSLB3073,BCNB3063, 23 Julai 2019 29 Ju
BCNB3073)

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Menghuraikan teori huraian bahasa dan teori pemerolehan bahasa dengan berkesan; (C2,
PLO1, PLO3, CTPS2)
2. Menganalisis pelaksanaan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah berdasarkan Pengalaman Berasaskan
Sekolah (PBS); (C4, PLO3, PLO6, CTPS3, LL1)
3. Membanding beza pendekatan, strategi, kaedah, dan teknik dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu; (C6,PLO3, PLO6, CTPS4, LL2)
4. Menghubungkaitkan strategi dan pendekatan Modular Bertema dalam simulasi pengajaran
dan pembelajaran secara berkumpulan (C6, PLO5, CS1, TS1).

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1,2,3 dan 4

Objektif Kerja Kursus:

Siswa pendidik dapat:

1. Menganalisis pelaksanaan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan


pembelajaran Bahasa Melayu yang dilaksanakan oleh guru di sekolah rendah semasa
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS).

2. Membanding beza pendekatan, strategi, kaedah, dan teknik dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu dengan mengaitkan teori huraian bahasa dan teori
pemerolehan bahasa.

3. Membuat simulasi pengajaran dan pembelajaran dengan menghubungkaitkan strategi dan


pendekatan Modular Bertema secara berkumpulan.

Seorang guru yang dinamik, perlu bijak dari aspek pengetahuan, pembentukan sahsiah serta
kepakaran. Seorang guru perlu mempunyai kemahiran dalam mengajar dan mengembangkan ilmu

1
serta membentuk amalan, sikap dan disiplin diri ke arah bersifat profesional. Oleh itu, guru haruslah
mempunyai ilmu tentang pendekatan, strategi, kaedah dan teknik dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu agar dapat memberi impak yang maksimum kepada murid.

Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

TUGASAN 1: PENULISAN ESEI I (PBS) (20%)

1. Anda dikehendaki menganalisis pelaksanaan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik


pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang dilaksanakan oleh guru di sekolah
rendah semasa menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS).

2. Analisis tersebut mestilah berdasarkan hasil pemerhatian dan analisis dokumen Rancangan
Pengajaran Harian yang dilaksanakan oleh guru di sekolah.

3. Tugasan ini adalah tugasan individu dan hendaklah tidak melebihi 600 patah perkataan.

TUGASAN 2: PENULISAN ESEI II (30%)

1. Anda perlu membanding beza pendekatan, strategi, kaedah, dan teknik dalam pengajaran
dan pembelajaran bahasa Melayu dengan mengaitkan teori huraian bahasa dan teori
pemerolehan bahasa.

2. Tugasan ini adalah tugasan individu dan hendaklah tidak melebihi 1000 perkataan.

TUGASAN 3: SIMULASI KUMPULAN (10%) NPDL

1. Anda perlu membuat simulasi pengajaran dan pembelajaran dengan menghubungkaitkan


strategi dan pendekatan Modular Bertema secara berkumpulan.

2. Simulasi ini hendaklah dilaksanakan dalam bentuk pengajaran selama 30 minit.

3. Rancangan pengajaran Harian (RPH) dalam perancangan pengajaran adalah berdasarkan


tugasan BMMB3073.

4. Tugasan ini dilaksanakan secara ’interdisciplinary’ dengan tugasan perancangan RPH


(BMMB3073, BCNB3063, BCNB3073) dan menggunakan media pengajaran yang
dibangunkan dengan menggunakan perisian dan elemen multimedia yang sesuai (EDUP3043,
EDUP3053, TSLB3063, TSLB3073).

Arahan Pelaksanaan Tugasan

2
1. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data, maklumat dan rujukan.Namun
anda perlu memastikan bahawa setiap data atau maklumat yang digunakan mestilah
merangkumi jurnal, buku rujukan, dan sumber internet.

2. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut :


2.1. Muka depan hendaklah dimuat turun dari Sistem Items.

2.2. Bentuk tugasan yang dilakukan perlu bertaip dengan saiz fon Arial 11 dan langkau 1.5
baris.

2.3 Rajah perlu dilabelkan dan kerja kursus yang dihantar perlu dikepilkan dengan:
a. Soalan Kerja Kursus

2.4. Rujukan prosedur mengikut format dan gaya APA (American Psychological
Association)

2.5 Penulisan anda harus menunjukkan keaslian, kematangan dan bermutu ilmiah serta
ditulis dalam Bahasa Melayu sahaja.

3. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.

4. Anda mesti menghantar tugasan anda mengikut tarikh yang ditetapkan. Tugasan yang
dihantar lewat tanpa sebab yang kukuh boleh menjejaskan gred kerja kursus anda.

5. Penulisan Akademik ini akan dinilai berdasarkan panduan pemarkahan yang disediakan.

Disediakan oleh: Disemak oleh:


__________________________ __________________________
(NOOR LIZA BINTI ABDULLAH) ( )

Disahkan oleh :

___________________________
( )