Anda di halaman 1dari 2

QADA' DAN QADAR (Kisah Nabi Musa)

Berbaik Sangkalah Kepada Allah SWT Setiap Peristiwa Yang Berlaku di Dunia Ini.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

‫الر ِحيْم‬
َّ ‫من‬
ِ ْ‫الرح‬
َّ ِ‫س ِْم هللا‬

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi
Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda
hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,


Qadak dan Qadar ialah ketetapan Allah yang telah ditentukan sejak dari azali lagi
berdasarkan ilmu-Nya yang Maha Tinggi, disusuli dengan kejadian seperti mana yang telah
ditetapkan.

Qadak Muallaq adalah ketetapan yang boleh berubah. Imam Baijuri di dalam kitab Tuhfatul
Murid Syarh Jauharatut Tauhid berkata, “Mengikut pendapat yang hak, Loh Mahfuz
menerima penghapusan dan penetapan.”

Salman radhiallahu ‘anhu berkata, Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : “Tidak tertolak
Qadak itu melainkan oleh doa dan tidak bertambah di dalam umur itu melainkan oleh
kebajikan.”(Hadis riwayat Tirmidzi)

Doa itu sendiri sebagai satu ibadat dan menjadi bentuk perhambaan kepada Allah SWT.
Mereka yang berdoa perlu mempunyai keyakinan kerana ada dinyatakan, Allah SWT tidak
akan mempersia-siakan mereka.

Rasulullah SAW bersabda yang diriwayatkan daripada Salman Al-Farisi:“Sesungguhnya


Allah itu Hidup dan Maha Pemberi, Dia malu jika seseorang mengangkat kedua tangannya
kepada-Nya lalu Dia mengembalikan kedua tangannya (membalas doa orang itu) dalam
keadaan kosong serta rugi.”(Hadis riwayat Tirmidzi)

Sahabat yang dimuliakan,


Terdapat satu kisah . Nabi Musa a.s. pernah bertanyakan Allah SWT bagaimana Dia
menetapkan suatu takdir kepada manusia di dunia ini. Lalu Allah SWT memerintahkan Nabi
Musa a.s. pergi disatu sungai dan terdapat sebuat batu yang besar dan baginda hendaklah
melihat saja dicelah-celah batu tersebut peristiwa yang akan berlaku dan biarkan peristiwa itu
berjalan jangan diganggu.

Apabila Nabi Musa a.s melihat di celah-celah batu besar tersebut tiba-tiba datang seorang
pemuda berkuda dan beliau berhenti ditebing sungai tersebut dan membasuh muka, pemuda
tersebut telah meletakkan sebuah uncang berisi emas ditebing sungai tersebut lalu beredar
dari situ. Selepas itu datang seorang lelaki pergi ketempat tersebut dan terjumpa uncang emas
tersebut lantas beliau mengambil uncang tersebut dan beredar dari situ. Selepas itu datang
pula seorang lelaki tua yang buta dan sampai ditempat yang sama membasuh mukanya, lalu
pemuda yang berkuda tadi datang semula ketempat tersebut dan meminta uncangnya
daripada orang buta tersebut . Lelaki buta itu mengatakan beliau buta dan mengaku tak
mengambil barang tersebut. Pemuda itu tak puas hati maka berlakulah pergaduhan tersebut
sehinggakan beliau mengeluarkan pisau dan membunuh lelaki buta tadi.
Setelah berlaku peristiwa terebut Allah SWT menceritakan kepada Nabi Musa a.s. bahawa
pemuda tersebut baru saja merompak dirumah lelaki tadi . Dan bila terjumpa uncang tersebut
lelaki itu mengambilnya kerana merasakan barang ini adalah hak milik keluarganya. Orang
tua yang buta itu, 20 tahun dahulu adalah orang jahat yang lalu telah merompak keluarga
pemuda tersebut dan membunuh kedua ibu-bapanya ini adalah pembalasan terhadap
kezaliman yang beliau lakukan dahulu.

Daripada peristiwa tersebut insaflah Nabi Musa a.s. bahawa balasan Allah SWT pasti berlaku
kepada sesiapa yang melakukan kezaliman kepada orang lain dan ianya berlaku di dunia lagi
sebelum tiba seksaan di hari akhirat.

Sahabat yang dikasihi,


Ingatlah bahawasanya sesiapa sahaja yang berbuat zalim kepada orang lain di dunia ini
samaada zalim itu berbentuk membuat fitnah, mengambil hak orang lain, mencuri,
mencederakan atau membunuh seseorang maka balasannya pasti akan diterima di dunia ini
seperti mana kisah di atas. Tetapi sekiranya mereka tidak di balas di dunia maka di hari
akhirat pasti akan menerima azab seksa daripada Allah SWT.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Allah
SWT berfirman, 'Aku sesuai dengan prasangka hamba-Ku kepada diri-Ku'."
(Hadis RiwayatAl-Bukhari)

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya : "Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan
kamu berbaik sangka dengan Allah." (Hadis Riwayat Muslim)

Akhirkata marilah kita redha dan berbaik sangka dengan Allah SWT. dan percaya terhadap
Qadak dan Qadar tanpa ragu-ragu. Sentiasalah berdoa kepada Allah SWT semoga Dia
memilih kita menjadi hamba-hamba-Nya yang di redhai di dunia dan akhirat.

Nama: Hendra Dwi Wardana


Kelas: XII-3