Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI DENDANG

JALAN KUBU GAJAH


34130 SELAMA, PERAK
TEL: 05-8802471 EMAIL: ABA6038@moe.edu.my

“PERAK EXCELLENT”
Ruj.Kami : SKSD 09/01/0029 ( )
Tarikh : 14 Mac 2019

Pegawai Teknologi Pendidikan


Pusat Kegiatan Guru Selama
SK Sri Selama
34100 Selama, Perak

PERMOHONAN PEMINJAMAN NETBOOK 1 MALAYSIA

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan itu, pihak sekolah ingin membuat pinjaman Netbook 1 Malaysia


sebanyak 10 unit untuk kegunaan PdPc di Makmal Komputer memandangkan sekolah ini
hanya dibekalkan dengan 10 unit Netbook sahaja.

3. Seperti yang tuan sedia maklum SK Sungai Dendang mempunyai Zoom Yes untuk
kegunaan Makmal Komputer sebanyak 4Mbps yang boleh menampung penggunaan 20 unit
Netbook secara serentak. Amatlah rugi dengan kelajuan internet yang ada sekarang
sekiranya kami tidak dapat menggunakan kemudahan ini sepenuhnya.

4. Besarlah harapan kami agar tuan dapat meluluskan permohonan ini memandangkan
jumlah Netbook yang ada sekarang tidak mencukupi untuk menampung jumlah murid setiap
kelas yang terpaksa berkongsi Netbook yang sangat kecil paparannya.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah

(MAHADHIR BIN MOHAMAD)


Guru Besar
SK Sungai Dendang

Anda mungkin juga menyukai