Anda di halaman 1dari 11

Kraf Perkhemahan

Pengurusan dan penjagaan khemah

 Sentiasa melindungi pancang khemah dan memastikan pancang/tiang khemah berada dalam
keadaan baik. Letakkan sedikit pelincir untuk memudahkan memasukkan dan mengeluarkan
tiang/ pancang.
 Letakkan juga pelincir pada zip untuk mengelakkan zip dari pada jem dan menyebabkan
susah untuk di buka.
 Jangan menyimpan makanan didalam khemah untuk mengelakkan daripada binatang
mencari dan merosakkan khemah anda dalam usaha mencari makanan tersebut.
 Saranan yang penting - sentiasa bersihkan khemah anda setiap kali selepas trip atau setelah
selesai menggunakkannya, dan pastikan anda memeriksa setiap kotoran dan sampah sarap
yang tertinggal.
 Sebelum menyimpan pastikan yang khemah anda betul- betul kering.
 Sekiranya khemah anda basah elakkan dari menekan, menarik, atau dengan apa cara
sekalipun untuk mengelakkan daripada terkoyak.
 Jangan menggunakan lilin, mancis, atau pembakaran terbuka berdekatan dengan khemah.

 Sentiasa menggunakan peralatan yang berkuasa bateri didalam khemah dalam usaha
mengelak kejadian tidak di ingini berlaku.
1. PERKHEMAHAN DAN KEM KRAFT

 Aktiviti paling menarik bagi pengakap.


 Peluang belajar ilmu perkhemahan. Mencuba pengalaman, keyakinan dan berdikari.
 Aktiviti membuat gadjet semasa perkhemahan merupakan perkembangan kemahiran fizikal,
mental dan kematangan berpengakap.

2. GAJET-GAJET PERKHEMAHAN

 Peralatan yang dibuat oleh pengakap untuk keselesaan sepanjang masa perkhemahan.
 Buatlah gajet-gajet yang diperlukan sahaja di peringkat awal semasa perkhemahan.
 Mengenal gajet perkhemahan:
o lazimnya gajet ialah alat yang dibuat atau didirikan semasa perkhemahan daripada
bahan sekitar perkhemahan.
o kedudukan gajet.
o aktiviti membuat gajet merupakan pertandingan semasa perkhemahan di antara
patrol.

3. TUJUAN MEMBUAT GAJET

 Meninggikan taraf penghidupan di kem seperti kebersihan, kemudahan dan keselesaan.


 Perekaan membuat gajet disamakan dengan situasi di rumah.
 Dalam membina gajet, hendaklah ia mempunyai fungsi.
 Dalam membina gajet semangat kekitaan dalam kumpulan dapat diterapkan dan
dipraktikkan.
 Semangat pertandingan yang sihat.
 Dapat melahirkan idea-idea yang baru.
 “Feeling of sense of achievement”, serta kejayaan dalam menghasilkan gajet.
 Meninggikan mutu perkhemahan.
 Mengisi K.M.L./S.T.A. semasa perkhemahan dengan mengisi masa membuat gajet-gajet
yang berfaedah.

4. BAHAN UNTUK MEMBUAT GAJET

 Merujuk kepada situasi keadaan persekitaran perkhemahan.


 Diperbuat dari bahan semulajadi.
 Pergunakan dari semua bahagian pokok.
5. JENIS / CARA MEMBUAT GAJET

 Yang boleh dibeli.


 Yang dibuat di rumah terlebih dahulu kemudian dibawa ke kem.
 Yang dibuat di kem, tetapi bahan dibawa dari rumah.
 Yang dibuat di kem, tetapi bahan dibawa dari luar kem.
 Yang dibuat di kem dari bahan semulajadi yang boleh didapati di kawasan kem atau yang
berhampiran.

6. JENIS-JENIS GAJET

 Gajet kawasan pintu.


 Gajet kawasan dapur dan yang berkaitan.
 Gajet kawasan tempat basuhan.
 Gajet kawasan tempat tinggal.
 Gajet kawasan pengeringan.
 Lain-lain gajet.

7.GAJET KAWASAN PINTU

 Gajet pintu terletak dibahagian hadapan sekali di sesuatu kawasan perkhemahan iaitu:
o Bahagian pintu hadapan
o Bahagian pagar
o Bahagian pintu belakang
 Variasi-Variasi pintu hadapan
o Tulis nama patrol/sekawan dengan bahan-bahan semulajadi
o Bahagian pintu yang boleh tertutup sendiri (self closing type).
o Pintu gerbang bukan gadjet tetapi projek perintis.
 Bahagian Pagar
o Menandakan kawasan sempadan, suasana perkhemahan yang teratur dan kemas
dan adanya kawalan keselamatan.
o Berjenis pagar boleh dibuat. Teknik menggunakan pokok-pokok kecil, pokok
menjalar dan menggunakan batang kayu.

8. GAJET-GAJET KAWASAN DAPUR

 Buat dari bahan semulajadi


 Selain membuat gajet-gajet dapur buat juga gejet sampingan di dapur seperti:
o Rak pinggan mangkuk
o Rak alatan tajam seperti pisau, parang dan kapak.
o Meja makan
o Penyangkut cawan / gelas.
o Rak menyimpan kayu api / tong gas.
o Gajet gerobok (camp larder).
o Gajet lubang basah dan kering.

9. GAJET KAWASAN TEMPAT MEMBASUH

 Gajet tempat meletak besen air.


 Gajet tempat menyimpan alat pergigian.
 Gajet tempat menyimpan sabun.
 Gajet mengantung tuala mandi.
 Gajet kawasan tempat basuhan.

10. GAJET KAWASAN TEMPAT TINGGAL

 Semua gejet yang dibuat hendaklah diatur / sususn dengan baik, disamping menjaga
kebersihan dan kekemasan diri di kawasan perkhemahan.
 Gajet-gajet yang biasa dibuat di kawasan tempat perkhemahan seperti tempat kasut,
penyangkut baju, meja tulis, kerusi, gadjet katil, papan kenyataan, buaian, penyangkut
lampu, penyapu, tempat letak beg, tempat ampaian, tiang bendera dan lain-lain.

11. GAJET TEMPAT MENJEMUR KAIN

 Ampaian yang kekal tidak boleh digerak dibina dikawasan tempat membasuh.

12. GAJET-GAJET LAIN

 Buatlah gadjet lain yang mustahak seperti:


o Tiang bendera
o Menara memerhati
o Gendang / Kantung kem
o Gejet pembawa barang (Indian Travois)
o Gejet pondok lalang (tempat berteduh)
13. PENEMPATAN GEJET DALAM KAWASAN PERKHEMAHAN

 Tidak jauh dari tempat memasak hendaklah disediakan dua lubang iaitu lubang basah dan
kering.
 Berhampiran dapur dirikan meja dan bangku makan, gejet alatan tajam seperti kapak,
gergaji dan parang, gejet gerobok makan, tempat meletak kayu api / tong gas.
 Berhampiran pintu masuk dirikan gejet Papan Kenyataan, tempat letak buku dan tempat
letak tongkat.

14. PRINSIP MEMBUAT GEJET

Gejet yang dihasilkan dengan baik dapat dijadikan contoh dan panduan oleh semua pengakap.

 Jangan gunakan kayu atau dahan yang buruk kerana kemungkinan patah atau roboh.
 Gunakan ikatan yang betul.
 Ikatan pada gadjet hendaklah betul.
 Gunakan bahan semulajadi.
 Gejet yang dibuat boleh digunakan dan bukan untuk pameran.
 Gejet mesti kukuh, dapat digunakan sepanjang masa perkhemahan.
 Gejet yang baik ringkas tetapi praktikal.
 Mulakan dengan membuat gejet yang ringkas dahulu.
 Fikirkan ciri-ciri keselesaan dan keselamatan gadjet.
 Gejet direka, dibuat dan diletakkan ditempat yang sesuai.
 Buat gejet ciptaan atau rekaan sendiri.

15. SIMPULAN DAN IKATAN DALAM MEMBUAT GEJET

Simpulan dan ikatan perlu diketahui dalam proses membuat gejet, perlu dipelajari lebih dahulu
supaya gejetnya kekal. Simpulannya perlulah ketat dan kuat.
 Ikatan Seraya (Square lashing) – mengikat tiang gadjet kerana memberi sokongan yang
kuat pada tiang yang telahg diikat.
 Ikatan Serong (Diagonal lashing) – mengikat tiang dan juga sebagai penyambung gejet
yang berbentuk serong.
 Ikatan Silang Gunting – mengikat dua batang kayu bersama, biasanya diikat pada pintu
pagar.
 Ikatan ‘Figure of eight lashing’ – mengikat tiga batang kayu bersama, sesuai untuk
pembinaan gadjet berbentuk tiga segi.
 Ikatan Ular (Snake lashing) – mengikat cara menganyamnya, batang-batang kayu yang kecil
diikat kepada batang yang lebih besar.
 Simpul Balak (Timber Hitch) – memulakan ikatan serong.
 Simpul manuk – memulakan ikatan silang gunting dan ikatan seraya.
 Ikatan Pemukat – ikatan gadjet yang memerlukan pengantungan. Ikatan ini digunakan untuk
membuat sesuatu loop pada tali.
 Whipping – mengemaskan tali yang berlebihan
CONTOH GAJET RAK KASUT

CONTOH GAJET RAK BEG


CONTOH GAJET AMPAI BAJU

CONTOH GAJET LANDSKAP


gejet kolam ikan

CONTOH GAJET PAGAR

CONTOH GAJET TIANG BENDERA


Rak berus gigi Alas kaki

CONTOH GAJET ALATAN TAJAM


CONTOH GAJET PAPAN NAMA SEKAWAN

CONTOH GAJET PAPAN KENYATAAN

papan nama dan kenyataan KMK3 IPGKDRI