Anda di halaman 1dari 17

SEJARAH: WALI 7 Syed Hussein JamadilKubra

Nusantara 1350M
by BobspekRockers AlKubra on Sunday, 23 May 2010 at 02:37
zuriat YM Syed Hussein JamadiKubra ibn Syeikh Ahmad Jalal (kesultanan Hind)

"The Malay’s king is Ahlulbait. To know AhlulBait you should know the Malay’s king
and to know the Malay’s king we should first know the Malays"- (Raja-Raja Melayu
adalah Ahlulbait. Nak mengenal AhlulBait perlu mengenal Raja-Raja Melayu; Dan nak
mengenal Raja-Raja Melayu perlu kenal orang Melayu dahulu).

SEJARAH: AHLULBAIT (AlKubra) DARI TITIHAN SYED HUSSEIN


JAMADILKUBRA NUSANTARA 1350M

AhlulBAit Nusantara adalah berasal dari titihan zuriat Yang Mulia iaitu Syed Hussein
JamadiKubra ibni Syeikh Ahmad Jalal dari Kesultanan Deccan (selatan India) (titihan
dari syaidina Hussein as bin Ali KWJ), yang belayar ke Tanah Melayu (timur) sebagai
'misi dakwah pada sekitar 1300M, yang mana di masa itu , di sebelah barat, Salahuddin
AlAyubi (khalifahtul'mukmin) telah berjaya menakluk Palastine dari tangan Yahudi.

YM Syed Hussein JamadilKubra belayar bersama dengan enam orang adik-beradiknya


yang lain dan tujuh orang lagi ditinggalkan di bumi kelahirannya, Deccan, kerana YM
Syed Hussein JamadilKubra mempunyai 14 orang adik-beradik. Beliau merupakan abang
yang sulong dan kerana itulah keturunannya diberi dengan pangkal nama 'LONG' pada
eranya yang bererti 'SULONG' atau anak yang sulong.

YM Syed Hussein JamadilKubra juga dikenali dengan nama 'WALI TUJUH' di kalangan
masyarakat Kelantan dan Nusantara sampai sekarang ini.Daripada titihan bagindalah
lahirnya zuriat keturunan Kesultanan AhlulBait Nusantara atau 'Raja-Raja Melayu'.

Sebelum sempat mendarat di bumi berkat Tanah Melayu, YM. Syed Hussein
JamadilKubra dan saudara-saudaranya telah diuji oleh Allah dengan satu ujian yang besar
sehingga kapal yang mereka naiki hampir 'KARAM' di laut sehingga YM baginda Syed
Hussein JamadilKubra hampir-hampir berputus asa dan beliau bersungguh-sungguh
berdoa supaya diselamatkan dari bencana itu dengan berikrar akan mendirikan sebuah
'rumah Allah' (masjid)jika mereka terselamat dari bencana karam itu.

Alhamdulillah, diizinkan Allah, secara tiba-tiba terjadilah 'Karamah WaliAllah' iaitu


doanya telah makbul (rujuk buku Penghantar Ilmu Tarekat &; Tasauf karangan Prof. Abu
Bakar Adtjeh)iaitu telah datang pertolongan Allah (Nasrum'minallah) berupa sekawan
'ikan kekacang' @ kekacang fish', telah datang menolong dengan menyumbat diri
masing-masing pada tempat yang terdapat lubang-lubang air di kapal itu. Manakala
sekawan yang lain telah menolak kapal itu sehingga selamat sampai ke daratan iaitu di
Kampung Laut, Tumpat, Kelantan.
Apabila selamat dari bencana itu, YM Syed Hussein JamadilKubra terus sujud syukur
dan bersembahyang dua rakaat bersama-sama yang lain.

Fenomena ini menjadi satu 'keganjilan' pada penduduk setempat yang datang menolong
kerana di masa itu penduduk di situ masih beragama Hindu dan Budhha yang belum
mengenal agama Islam lagi. Masyarakat di situ menjadi kagum dngan situasi yang wujud
itu. Aneh, dan tersendiri!!

Dalam keadaan itu, tiba-tiba satu lagi 'petunjuk' dari Allah datang apabila seekor Tupai
Putih melompat di hadapan baginda YM Syed Hussein JamadilKubra dan terus menuju
ke serumpun pohon buluh 'Betong' yang berada tidak jauh dari angkatan YM Syed
Hussein JamadilKubra berehat. Tupai putih itu lalu memakan 'umbut' pokok buluh
Betong itu dan berlalu dengan kenyangnya.

Memandangkan angkatan YM Syed Hussein JamadilKubra memang dalam keadaan lapar


dan dahaga selepai diamuk badai di lautan, maka berkeinginanlah lanta bagi YM Syed
Hussein JamadilKubra untuk mencuba apa yang dimakan oleh Tupai putih itu lantaran
laparnya.

Ekoran dari peristiwa ikan Kekacang dan rebung buluh Betong itu,YM Syed Hussein
JamadilKubra telah bersumpah dan mewasiatkan anak-cucu dari zuriat keturunanya
supaya tidak boleh lagi memakan 'ikan Kekacang' dan rebung buluh Betong.

Sesiapa yang melanggar pantang itu, biasanya akan terkena penyakit kulit, gatal-gatal,
badan bersisik, atau mendapat anak/zuriat yang terencat akal, atau diri sendiri hilang
ingatan.

Sengaja YM Syed Hussein JamadilKubra mewasiatkan dua perkara itu supaya dapat
dikenal akan keturunanya dan supaya anak-cucunya sentiasa berkeadaan berhati-hati di
dalam sesuatu perkara dan jangan bermain-main dengan 'WASIAT' atau amanah; sebagai
tanda menghormati dan menghargai 'pertolongan' yang telah diberi oleh Allah melalui
ikan kekacang dan rebung buluh Betong itu.

Realiti daripada peristiwa 'Karam Di Laut' itu, maka telah terdirinya Lagenda Masjid
Kampung Laut yang pertama; yang kemudiannya dipindahkan oleh kerajaan ke Nilam
Puri, Kota Bharu sehingga sekarang ini.

Setelah siap dibina masjid Kg. Laut, maka Syed Hussein bersama tujuh saudaranya
belayar mudik ke hulu sungai sehingga bertemu dengan sebuah bukit yang dip[anggil
'Bukit Panau'. Setelah mudik di muka kuala sungai (sungai Kelantan), maka Syed
Hussein dan rombongannya mula mendaki Bukit Panau itu sehinggalah sampai ke
puncaknya pada waktu hampir maghrib. Kemudian dari maghrib Syed Hussein
JamadilKubra mula beribadat secara 'Suluk' (ritual keagamaan) sehinggalah pada waktu
hampir dinihari, tiba-tiba bumi jadi bergoyang, angin bertiup kencang dan terasa ada
sesuatu yang bakal terjadi. Subhanallah! Dengan kebesaran Allah sekali lagi Allah
menunjukkan 'kekeramatan' wali-walinya.

Bumi yang malamnya gelap tiba-tiba bercahaya dengan satu kilauan yang pelik dan
menakjubkan. Hal ini menuimbulkan kegemparan penduduk setempat, lalu mereka
beramai-ramai mendaki Bukit Panau untuk melihat apa yang berlaku. Dalam keadaan
aneh, pelik, bingung dan cuba untuk tahu; Penduduk setempat tiba-tiba menjadi lebih
terkejut apabila hampir sampai ke puncak bukit apabila satu lagi dentuman yang amat
kuat seolah-olah 'petir' yang cahayanya adalah putih berkilau dan memancar terus dari
angkatan YM Syed Hussein JamadilKubra menuju ke langit dan membentuk satu imej
seolah-olah 'Tudung Saji'.Dari mulut penduduk setempatlah keluarnya perkataan
'KILAT..KILATAN' sehingga menjadi KELANTAN sampai sekarang ini.

Selepas peristiwa cahaya 'Tudung Saji' itu, YM Syed Hussein JamadilKubra telah
meninggalkan enam orang saudaranya di Bukit Panau itu untuk menjaga 'keberkatan
negeri Kelantan' yang baru 'disucikan' oleh YM Syed Hussein JamadilKubra supaya
menjadi negeri yang berkat, aman dan berdaulat.

Kemudian beliau dan beberapa orang lain telah belayar ke Champa dan kemudiannya
berkahwin dengan empat orang puteri Raja Champa yang mana keempat orang puteri raja
itu telah melahirkan empat dinasti kesultanan AhlulBait yang utama di Nusantara ini iaitu
kesultanan Pattani-Kelantan, kesultanan Mindanao, kesultanan Brunei (Borneo) dan
kesultanan Demak (wali songo).

Beliau kemudian wafat di Kalimantan dan dimakamkan di sana. Daripada beliaulah


lahirnya titihan keturunan Raja-Raja Melayu di Nusantara ini. Manakala adiknya yang
ketiga iaitu Syeikh Thanauddin atau dikenali sebagai 'Sang AdiPutera' merupakan guru
kepada Hang Tuah yang tersebut di dalam sejarah itu.

( ) Sila rujuk Perpustakaan Awam Kelantan-Hikayat Sri Kelantan.

Beliau adalah tokoh yang terpenting di Nusantara. Terlalu penting sehingga nama beliau
DIPADAMKAN oleh British dan DIPADAMKAN DARIPADA BUKU SEJARAH DI
SEKOLAH.

1. Sayyid Hussein Jamadil Kubra dikatakan sebagai datuk kepada Wali Songo.

2. Adik beliau merupakan Adi Putera, Guru Hang Tuah.

3. Keturunan beliau ialah Sultan Brunei sekarang.

4. Keturunan beliau adalah kesultanan Kelantan.


5. Beliau dikaitkan dengan pembinaan Masjid Kampung Laut.

6. Keturunan beliau di Kelantan memakai gelaran Tengku, Nik dan Wan.

7. Beliau ketua Wali 7.

8. Beliau menetap agak lama di Kelantan sebelum meneruskan misi dakwah bersama-
sama Wali Songo di Jawa. Bukit Panau di Tanah Merah Kelantan merupakan tempat
pertapaan beliau dan tempat Wali Songo berkumpul sebelum ke Jawa.

Baginda rombongan wali 7 telah sampai di Kelantan kira-kira pada tahun 1349 Masihi
besama adiknya Saiyid Thana’uddin atau Syekh Saman (anak murid kepada Ibnu Hajar).
Sepanjang misi dakwahnya Saiyid Husein sempat mengawini tiga puteri keluarga Diraja
Empayar Chermin yang ketika itu ibu kotanya bernama ‘Jiddah’ terletak 3 batu dari Bukit
Panau.

Dari isterinya yang pertama Puteri Linang Cahaya (adik kepada Cik Wan Kembang) ia
mendapat dua orang anak, yang lelaki bernama Maulana Malik Ibrahim (pelupur Wali
Songo) dan yang perempuan bernama Siti Aisyah.

Perkahwinannya dengan Ramawati puteri kepada Raja Champa, Sultan Zainol Abidin
(Ce Bo Nga) dan Permaisuri Siti Zubaidah maka lahirlah generasi yang tersenarai di
dalam kumpulan Wali Songo dari titisan Ibrahim Asmaro.

Sewaktu umurnya hampir 80 tahun Saiyid Husein telah dipertemukan jodoh dengan
Puteri Selindong Bulan atau Siti Syahirah iaitu cucu saudara kepada isterinya yang
pertama dan beroleh seorang anak lelaki Ali Nurul Alam yang kemudiannya nanti
menjadi Perdana Menteri Majapahit II (Majapahit Barat) di Kelantan bergelar Patih
Gajah Mada yang dikaitkan dengan beberapa peristiwa dengan Laksamana Hang Tuah.
(Di Patani Ali Nurul Alam terkenal dengan nama Sultan Qunbul)

(Semasa Sultan Iskandar Syah menjadi Raja Kelantan bergelar Bhatara Majapahit pada
1432 Masihi baginda telah mengisytiharkan negeri Kelantan sebagai Empayar Majapahit
II. Sampai ke hari ini keris kedaulatan negeri Kelantan dipanggil Keris Majapahit).

Syarif Muhammad Kebungsuan adalah anaknya yang bungsu dari isterinya yang ke
empat (keluarga Diraja Johor) yang kemudian terkenal sebagai pembangun Kesultanan
Mindanao (Filipina) sementara salah seorang dari abangnya menjadi Sultan Borneo yang
ke III bergelar Sultan Berkat, moyang raja-raja Brunei sekarang.
(Keempat-empat isteri yang dikahwininya itu ialah selepas tiap-tiap seorang daripadanya
meninggal dunia).
Pada awal abad ke 14 Ibrahim Asmaro dihantar oleh ayahnya Saiyid Husein Jamadil
Kubra ke Tanah Jawa membantu serta menyambung usaha-usaha dakwah abangnya
Maulana Malik Ibrahim yang meninggal dunia pada 1419 Masihi dan dimakamkan di
Gerisek, Tuban.
Turut serta ialah dua orang anaknya Maulana Tahmatullah dan Maulana Ishak
meninggalkan Ali Murtadho di Champa, dan kemudiannya berhijrah ke Patani, Thailand.

Mungkin inilah pelayaran wali-wali dari Champa yang dikaitkan atau mempunyai
hubungan dengan pembinaan Masjid Kampung Laut di Kelantan.

The Malay’s king is Ahlulbait. To know AhlulBait you should know the Malay’s king
and to know the Malay’s king we should first know the Malays.

zuriat YM Syed Hussein JamadiKubra ibn Syeikh Ahmad Jalal

"Sesiapa yang menentang AhlulBait bererti Kekafiran" ......


Whoever, opposed AhlulBait that means they are kafir.......(Hadith Rasulullah SAW)

"Mahu mengenal AhlulBait wajib tahu sejarah AhlulBait dahulu dan adab-adab dengan
AhlulBait ".
To know AhlulBait, first of all we should know the history of AhlulBait and their custom
(sila rujuk Kitab Keutamaan Keluarga Rasullulah SAW keluaran Klang Book Store. Sdn.
Bhd.)
(Pls refer to the book of the importyance of Rasulullah s.a.w. family published by Klang
Bookstore. Sdn. Bhd.)

Raja-Raja Melayu adalah Ahlulbait. Nak mengenal AhlulBait perlu mengenal Raja-Raja
Melayu; Dan nak mengenal Raja-Raja Melayu perlu kenal orang Melayu dahulu.
The Malay’s king is Ahlulbait. To know AhlulBait you should know the Malay’s king
and to know the Malay’s king we should first know the Malays.

Raja-Raja Melayu adalah AhlulBait (zuriat Rasulullah SAW) yang berbeza dengan
'keturunan' lain kerana mereka tidak boleh memakan wang zakat, sedekah atau apa-apa
pemberian kecuali ditukarkan niatnya kepada 'HADIAH'. Apabila AhlulBait yang
menjadi Raja (Penaung-Payung Negara), Insyaallah maka akan aman sentosalah negeri
itu. Tidak ada bala bencana seperti Tsunami, penyakit berjangkit seperti Chikigunya,
selsema Babi atau sebagainya selagi Raja itu masih berpegang pada prinsip-prinsip
AhlulBait sentiasa berpegang dengan AlQuran dan menjadi pemerentah yang adil dan
bertaqwa kepada Allah.

Malay’s king is ahlulBait (the ancestors from Rasulullaqh s.a.w.) which is different from
any other descendent because they could not received any of the zakat’s money, alms or
any other donation except they change their wish or intention to ‘GIFTS’. When
AhlulBait became the King (under the country’s shelter) InsyaAllah, the country will be
in good condition, peaceful and harmony. No disasters, such as tsunami, spreading
diseases, such as chikigunya, H1N1 or others till the King still using the AhlulBait
principles that is they still using Al Quran and govern the country in good justice and
taqwa to Allah.

Firman Allah:

"Sesungguhnya Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim (AHLULBAIT) dan
keluarga Imran MELEBIHI di atas orang-orang di dalam alam; Mereka itu SATU
KETURUNAN (Ahluilbait), setengahnya anak dari yang lain: dan Allah Maha
Mendengar lagi Maha Mengetahui."(alImran 3:33-34)
God did choose Adam and Noah, the family of Abraham(AhlulBait), and the family of
‘Imran above all people. Offspring, one of the other; and god heareth and knoweth all
things. (Ali Imran verse 33-34)

Kemudian Kami 'wahyu'-kan kepada kamu:"Ikutlah agama Ibrahim, sesungguhnya ia


bukan daripada orang-orang yang musyrik." (an Nahl 16:123)
Thus have We placed leaders in every town, its wicked men, to plot (burrow) therein; but
they only plot against their own souls, and they perceive it not. (An nahl verse 123)

LikeUnlike · Comment · Share


• BobspekRockers AlKubra, Nik Kin, Ahmad Taufiq and 22 others like this.
• 50 of 101

View previous comments


BobspekRockers AlKubra Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di


bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain
beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah
dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat
azab seksaNya, dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani.

28 May at 02:18 · LikeUnlike · 1 personLoading...

Pemudaahlisunnah Maksalmina

InsyaAllah.. terimakasih kangMas Oledz..Bobspek dan sahabat2 yg lain....


FIRMAN ALLAH : Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka
mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezki yang
banyak. Barangsiapa keluar dari ru...mahnya dengan maksud berhijrah
kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya , maka
sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang..See more

28 May at 02:20 · LikeUnlike

PuanNorhida Mat subhanallah.. amin alhamdulillah

28 May at 07:03 · LikeUnlike

Uda Razi subhanallah....

28 May at 12:52 · LikeUnlike


o

Oledz Zobun

@ BobspekRockers AlKubra; Tugas & tanggungjawab adalah ujian


...Insya Allah ... dgn IlmuNYA yg dRidhai ...La Haola Wala Wala
Kuwwata Wala Kuwwatihi Wala Kuwwatuhu Ila Billah
Aliyyuladhim .......
@ Pemudaahlisunnah Maksalmina; Hijrah utk Dun...ia ada 2 maksud; (1)
Hijrah karena Perintah mngisi Dunia yg kosong/Benua dan (2) Alasan
menghindari dari ancaman demi tercapainya tujuan sebagai Halifatulllah
fil Ardi
@ PuanNorhida Mat;Insya Allah ... berjalan lancar kongsi & sharing
pngalaman utk tugas semat ...See more

28 May at 12:56 · LikeUnlike

Normah Osman subhanallah....

29 May at 03:25 · LikeUnlike

Rock Fisabilillah Malay Quraisy Top Kingship.....

30 May at 11:06 · LikeUnlike

Pemudaahlisunnah Maksalmina "Dan di antara keduanya ada batas; dan di


atas A'raaf itu ada orang-orang yang mengenal masing-masing dari dua
golongan itu dengan tanda-tanda mereka. Dan mereka menyeru penduduk
surga:"" Salaamun 'alaikum"". Mereka belum lagi memasukinya, sedang
mereka ingin segera."

30 May at 12:58 · LikeUnlike


o

BobspekRockers AlKubra http://www.youtube.com/watch?


v=olpXuwLjMJQ

31 May at 14:22 · LikeUnlike

Submit
o

Ym Niksaidinalumar Mqtk

alBaqarah:2:213
Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (menurut ugama Allah
yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan
Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang
beriman dengan balasa...n Syurga, dan pemberi amaran (kepada orang-
orang yang ingkar dengan balasan azab neraka); dan Allah menurunkan
bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab Suci yang (mengandungi keterangan-
keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia
mengenai apa yang mereka perselisihkan dan (sebenarnya) tidak ada yang
melakukan perselisihan melainkan orang-orang yang telah diberi kepada
mereka Kitab-kitab Suci itu, iaitu sesudah datang kepada mereka
keterangan-keterangan yang jelas nyata, – mereka berselisih semata-mata
kerana hasad dengki sesama sendiri. Maka Allah memberikan petunjuk
kepada orang-orang yang beriman ke arah kebenaran yang diperselisihkan
oleh mereka (yang derhaka itu), dengan izinNya. Dan Allah sentiasa
memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke
jalan yang lurus See more

02 June at 04:33 · LikeUnlike · 1 personLoading...

Submit
o

Ym Niksaidinalumar Mqtk

9:86:atTaubah
Dan apabila diturunkan satu surah Al-Quran (yang menyuruh mereka):
“Berimanlah kamu kepada Allah, dan berjihadlah bersama-sama dengan
RasulNya”, nescaya orang-orang yang kaya di antara mereka meminta izin
kepadamu dengan berka...ta: “Biarkanlah kami tinggal bersama-sama
orang-orang yang tinggalSee more
05 June at 04:45 · LikeUnlike · 1 personLoading...

BobspekRockers AlKubra 33:63 Manusia bertanya kepadamu tentang


kedatangan hari kiamat; katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan
mengenainya hanyalah ada di sisi Allah. ” Dan apa jalannya engkau dapat
mengetahui? – boleh jadi masa datangnya tidak lama lagi.

05 June at 06:21 · LikeUnlike · 1 personLoading...

BobspekRockers AlKubra

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad


dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah, dan orang-orang
yang memberi tempat kediaman dan pertolongan , mereka semuanya
menjadi penyokong dan pembela antara satu... dengan yang lain. Dan
orang-orang yang beriman yang belum berhijrah, maka kamu tidak
bertanggungjawab sedikitpun untuk membela mereka sehingga mereka
berhijrah. Dan jika mereka meminta pertolongan kepada kamu dalam
perkara ugama, maka wajiblah kamu menolongnya, kecuali terhadap kaum
yang ada perjanjian setia di antara kamu dengan mereka. Dan (ingatlah)
Allah Maha Melihat akan apa yang kamu lakukan.See more

10 June at 21:05 · LikeUnlike · 1 personLoading...

Pemudaahlisunnah Maksalmina Orang-orang yang telah Kami berikan


kitab kepadanya, mereka mengenalnya seperti mereka mengenal anak-
anaknya sendiri. Orang-orang yang merugikan dirinya, mereka itu tidak
beriman.

10 June at 22:14 · LikeUnlike · 1 personLoading...

o
Abuya Falyastatiyunis

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya


menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat
kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka
mendirikan sembahyang dan memberi zakat, sert...a taat kepada Allah dan
RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah
Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.See more

13 June at 09:19 · LikeUnlike · 1 personLoading...

Submit
o

Ym Niksaidinalumar Mqtk subhanallah

13 June at 09:31 · LikeUnlike

BobspekRockers AlKubra

100:9-11
Tidakkah ia mengetahui (bagaimana keadaan) ketika dibongkarkan segala
yang ada dalam kubur?

Dan dikumpul serta didedahkan segala yang terpendam dalam dada?

...Sesungguhnya Tuhan mereka Maha Mengetahui dengan mendalam


tentang (balasan yang diberikanNya kepada) mereka – pada hari itu.See
more

13 June at 09:45 · LikeUnlike

Submit
o

Ym Niksaidinalumar Mqtk “Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan


kurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik
Pemberi rahmat!”
24 June at 04:25 · LikeUnlike

Abuya Falyastatiyunis
Dia lah yang telah mengutus RasulNya dengan membawa petunjuk dan
ugama yang benar , untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala
ugama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.
atTaubah:33]

24 June at 04:38 · LikeUnlike

Abuya Falyastatiyunis sejarah itu peradaban

06 July at 23:29 · LikeUnlike

Nik Kin Misteri tersembunyi

15 July at 11:47 · LikeUnlike · 1 personLoading...

BobspekRockers AlKubra 17;[84]


Katakanlah: "Tiap-tiap seorang beramal menurut pembawaan jiwanya
sendiri; maka Tuhan kamu lebih mengetahui siapakah (di antara kamu)
yang lebih betul jalannya".

15 July at 17:29 · LikeUnlike · 1 personLoading...

Abuya Falyastatiyunis adDukhaan:[58]


Maka sesungguhnya tujuan Kami memudahkan Al-Quran dengan
bahasamu, ialah supaya mereka (yang memahaminya) beringat dan insaf
(untuk beriman dan mematuhinya).

15 July at 18:49 · LikeUnlike · 1 personLoading...

Pemudaahlisunnah Maksalmina identiti bangsa adalah Rahsia Tamadun

15 July at 21:43 · LikeUnlike

Nik Kin http://www.mqtk.blogspot.com/

16 July at 00:11 · LikeUnlike

Pemudaahlisunnah Maksalmina Kak Lily ni bertuah...semua tempat Tuhan


izin melawat.

16 July at 01:05 · LikeUnlike

Pemudaahlisunnah Maksalmina no komen..hehe

16 July at 03:22 · LikeUnlike

Nik Kin Kena melawat 'Perkuburan Datuk' (Datuk Syed Kadok) di


Kelantan

16 July at 09:30 · LikeUnlike


o

Nikzulihsani Sumarnie Dan Kami pusakakan kepada kaum yang telah


ditindas itu, negeri-negeri bahagian timur bumi dan bahagian baratnya
yang telah Kami beri berkah padanya. Dan telah sempurnalah perkataan
Tuhanmu yang baik untuk Bani Israel disebabkan kesabaran mereka. Dan
Kami hancurkan apa yang telah dibuat Firaun dan kaumnya dan apa yang
telah dibangun mereka.

17 July at 02:29 · LikeUnlike

Nabi Nuh Ingatlah riwayat Nabi Nuh. Betapa banyak golongan sedikit
mengalahkan golongan yang banyak

24 July at 09:52 · LikeUnlike

Sam Jr Ramly sejarah membina siasah bangsa

25 July at 02:00 · LikeUnlike · 1 personLoading...

Nik Kin Dan Allah-lah yang Mengirimkan angin, lalu mengerakkan awan,
maka Kami Arahkan Awan itu ke suatu negeri yang mati lalu dengan
hujan itu Kami hidupkan bumi setelah mati. Seperti itulah kebangkitan itu.

27 July at 09:02 · LikeUnlike

Tamlikho Raqim munafik tetap wujud, namun ahlulbait tetap akan


muncul.. itu janji Allah!!
06 August at 19:44 · LikeUnlike

Ku Iskandar tanpa sejarah kita entah di mana..

07 August at 11:21 · LikeUnlike

Tamlikho Raqim Di mana Raja Pattani asal itu?

23 August at 21:17 · LikeUnlike

Raja Long Gaffar Ruhulamin Alfatihah untuk nendaku YM Syed Hussein


JamadilKubra AlAkhbar

06 September at 10:48 · LikeUnlike

BobspekRockers AlKubra Raja Pattani asal tu gua laa.. ehem.. ada sini
laa!~! ahakkk

07 October at 22:12 · LikeUnlike

Nik Kin PM lily mano demo royak tu...

08 October at 09:37 · LikeUnlike

o
BobspekRockers AlKubra Wahai Tuhanku, hukumkanlah (di antara kami
dengan mereka) dengan yang benar dan Tuhan kami ialah Yang
Melimpah-limpah rahmatNya yang dipohonkan pertolonganNya terhadap
apa yang kamu sifatkan itu.

11 October at 21:17 · LikeUnlike

Ku Iskandar jagalah huramat ini..itulah pesanannya....

12 October at 17:49 · LikeUnlike · 1 personLoading...

Nik Kin Bacaan kebenaran... Zzz...

12 October at 20:23 · LikeUnlike · 1 personLoading...

BobspekRockers AlKubra Siapakah yang lebih baik perkataannya


daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh
dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah
diri?"

14 October at 08:21 · LikeUnlike · 1 personLoading...

BobspekRockers AlKubra Two men of those who feared (Allâh and) on


whom Allâh had bestowed His Grace said: "Assault them through the
gate, for when you are in, victory will be yours, and put your trust in Allâh
if you are believers indeed."

24 October at 05:37 · LikeUnlike · 1 personLoading...


o

Azzunuwanis Raqim Dan supaya aku sentiasa membaca Al-Quran. Oleh


itu, sesiapa yang menurut petunjuk (Al-Quran dan beramal dengannya)
maka faedah perbuatannya itu akan terpulang kepada dirinya sendiri dan
sesiapa yang sesat, maka katakanlah kepadanya: Sesungguhnya aku
hanyalah seorang pemberi amaran. (27:92)

27 October at 05:20 · LikeUnlike · 1 personLoading...

Azzunuwanis Raqim Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti


kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang
Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan
Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia
mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya.

27 October at 05:21 · LikeUnlike · 1 personLoading...

Nik Kin Benar kata-kata Allah...


Bacaan kebenaran... Zzz..

27 October at 09:40 · LikeUnlike

BobspekRockers AlKubra Oleh itu, janganlah engkau menurut kehendak


orang-orang kafir, dan berjuanglah dengan hujah-hujah Al-Quran
menghadapi mereka dengan perjuangan yang besar dan bersungguh-
sungguh.

03 November at 06:22 · Like