Anda di halaman 1dari 3

1.

0 Isu-isu dalam Pendidikan


1.1 Profesion dan Profesionalisme

Kamus Dewan (2005) mentakrifkan profesion sebagai satu bidang pekerjaan


khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta serta kemahiran yang
tinggi dan latihan yang khas seperti bidang perguruan, perundangan dan perubatan.

Profesionalisme merujuk kepada sifat-sifat yang menunjukkan seseorang


berkemampuan, berkemahiran tinggi dan berkaliber dalam sesuatu bidang. (Kamus
Dewan, 2005). Dalam konteks profesionalisme keguruan, seseorang guru harus
inovatif supaya dapat mencipta idea-idea yang unik. Selain itu, guru juga perlu
berupaya untuk menjelaskan sesuatu dengan lancar. (Ragbir Kaur Joginder Singh,
2012).

Terdapat satu dokumen yang dapat menunjukkan standard guru Malaysia


iaitu Standard 1. Standard 1 mengandungi domain diri, domain profesion dan domain
sosial. Domain diri merujuk pegangan nilai dari guru yang sedia ada. Contohnya,
nilai amanah, nilas ikhlas dan nilai adil. Selain itu, domain profesion merujuk kepada
pegangan nilai yang perlu diamalkan oleh seorang guru dalam menjalankan
tugasnya. Contohnya, nilai integriti, proaktif dan berketerampilan. Seterusnya,
domain sosial berperanan sebagai agen sosialisasi seperti menguasai kemahiran
sosial, semangat bermasyarakat dan nilai patriotisme.

1.2 Standard Prestasi Antarabangsa

Kini, kadar literasi hampir 95% berdasarkan Berita Nasional Malaysia. Hal ini
dibuktikan dengan pencapaian pelajar Malaysia dalam keputusan Trends in
international Mathematics and Science Study (TIMSS) yang menunjukkan penurunan
berbanding dengan negara-negara lain seperti Hong Kong, Singapura dan Korea
Selatan. Misalnya lebih kurang 20% orang pelajar Malaysia gagal mencapai penanda
aras minimum pada tahun 2007, berbanding dengan hanya 5-7 pada 2003. (Rujuk
dalam Lampiran 1 dan 2).

1.3 Kepelbagaian Potensi Murid

Mengenal pasti kepelbagaian potensi murid merupakan satu elemen yang


sangat penting untuk dikuasai oleh setiap guru di Malaysia. Setiap pelajar
mempunyai sifat unik dari segi perkembangan efektif dan kognitif, kematangan sosial,
keupayaan, motivasi, aspirasi, minat serta potensi. Selain itu, terdapat juga faktor
lain seperti kepelbagaian daripada aspek kecerdasan, latar belakang sosial dan juga
ketidaksamaan antara pelajar dengan kurikulum yang disediakan. Setiap
kepelbagaian potensi pelajar ini hendaklah diketahui oleh setiap guru supaya segala
kelebihan murid-murid dapat dikembangkan dengan lebih teratur. Kemahiran
mengenal pasti kepelbagaian potensi murid ini semestinya mampu menyangkal
dakwaan yang diberikan oleh masyarakat bahawa para guru tiada kemampuan untuk
memanipulasi kepelbagaian potensi murid demi perkembangan murd itu sendiri.

Para guru hendaklah menyediakan pelbagai peluang pembelajaran yang


akan menjamin pembelajaran yang efektif termasuklah penggunaan bahan-bahan
yang berlainan dan bukan hanya berfokuskan kepada buku teks. Para guru
hendaklah cakna bahawa generasi Y dan Z lebih cekap dalam menggunakan
paparan skrin yang boleh disentuh iaitu penggunaan gajet. Manakala bagi murid-
murid yang berada di kawasan luar bandar, mereka lebih cenderung kepada
pembelajaran di luar kelas seperti lawatan di luar kelas dan juga aktviti berkumpulan.
Oleh yang demikian, para guru hendaklah lebih fleksibel dengan keadaan semasa
serta guru hendaklah menyesuaikan diri dalam sebarang situasi tanpa mengira di
kawasan bandar mahupun luar bandar. Hal ini dapat mengelakkan isu falsafah
dalam pendidikan berlaku dalam kalangan guru.

Guru-guru mestilah pandai untuk menggunakan satu spektrum kecerdasan


dan pengalaman multisensori untuk mencungkil kepelbagaian potensi murid. Oleh
yang demikian, pemahaman yang mendalam terhadap kepelbagaian murid yang
wujud sekarang bukan hanya dilihat pada tahap pembelajaran sahaja malahan guru-
guru seharusnya memberikan pemerhatian yang teliti terhadap faktor-faktor
kepelbagaian murid. Oleh yang demikian, guru tidak seharusnya memandang ini
sebagai suatu masalah, tetapi melihatnya sebagai suatu sumber untuk
menggalakkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Tidak lupa juga
gandingan kerjasama antara badan-badan pendidikan untuk menyelesaikan isu-isu
falsafah yang terdapat dalam pendidikan diperlukan bagi mengatasi masalah ini.

1.4 Masalah Sosial

Masalah sosial ataupun salah laku pelajar. Antara masalah sosial yang seing berlaku
dalam kalangan pelajar ialah ponteng sekolah dan isu buli. Menurut Kamus Dewan
(2005), ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa
kebenaran. Menurut Berita Nasional Malaysia (Bernama), ponteng merupakan
antara salah laku disiplin pelajar sekolah pada tahun 2017 iaitu 67 053 bersamaan
1.40%. (Rujuk dalam Lampiran 3). Ponteng sekolah akan menjatuhkan nama
sesebuah sekolah mahupun pelajar itu sendiri. Murid yang ponteng sekolah akan
mendapat keputusan yang teruk. Selain itu, amalan buli juga berlaku dalam kalangan
pelajar. Azizi Yahya (2007) menyatakan bahawa perlakuan buli adalah
penyalahgunaan kuasa dari operasi psikologi dan fizikal dan dilakukan secara
berulang-ulang. Mangsa buli adalah bersifat lemah dan tidak berupaya
mempertahankan dirinya dari mereka yang dianggap lebih berkuasa.

1.5 Isu Ketidaksopanan

Terdapat satu berita yang menunjukkan bahawa seorang murid perempuan yang
bersikap biadab terhadap guru disiplin. Seorang murid perempuan memanggil cikgu
lelaki “ah gua” dan dia dirotan dengan serius. Isu ini hangat diperdebatkan dalam
kalangan masyarakat kini. Ibu kepada perempuan ini tidak ingin meminta maaf atas
kesalahan anak sendiri malah ingin membuat aduan kepada guru tersebut yang
merotan anaknya. (Sila rujuk dalam Lampiran 6)

Anda mungkin juga menyukai