Anda di halaman 1dari 19

1.

0 Penghargaan
​ ssalamualaikum dan salam satu Malaysia. Pertama
A
sekali, Syukur ke Hadrat ilahi kerana dengan limpah
kurnianya, saya diberi kesempatan untuk menyiapkan tugasan
ini dengan sempurnanya kerana banyak kemudahan-
kemudahan yang telah diberikan-Nya kepada saya,
Alhamdulillah.
​ eterusnya, saya selaku guru pelatih daripada kelas
S
pengajian P1B, Muhammad Muaz bin Mohamad Bajuri ingin
merakamkan jutaan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya,
Mohamad Bajuri bin Gazali dan Janariah binti Nijar kerana
telah memberikan dorongan dan sokongan yang begitu padu
kepada saya terutamanya dalam menghadapi kemelut yang
melanda dalam kehidupan saya. Sumbangan beliau dari segi
kewangan tambahan untuk membeli printer dan laptop saya
adalah teramat penting bagi menyempurnakan tugasan ini.
​ emudian, tidak lupa juga diucapkan jutaan terima kasih
K
kepada pensyarah kami yang mengajar subjek Perkembangan
kanak-kanak iaitulah Puan Intan Zalinda Ahmad Zaini yang
bijaksana lagi prihatin terhadap kami. Terdapat benyak idea-
idea yang telah beliau sumbangkan serta banyak
mengingatkan kami supaya tidak menangguh-nangguhkan
kerja kursus ini khas dan kerja kursus lain-lain amnya.
​ khir sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih
A
kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang banyak
membantu saya terutamanya Ahmad Fakhruddin bin Ahmad
Sobri dalam mencari buku rujukan, sumber-sumber yang lain,
idea-idea yang bernas, dan memberikan kerjasama yang
terbaik dalam penghasilan tugasan kerja kursus ini.

https://www.scribd.com/document_downloads/direct/34450…&user_id=419279564&uahk=DG2_rRRTWajVdjgi54kyiJsE9p8 31/07/2019, 12Q18 PM


Page 1 of 19
2.0Pengenalan
2.1 Konsep dan prinsip asas perkembangan kanak-kanak
​ enurut Mok Soon Sang (2009), perkembangan
M
merupakan suatu proses berterusan dari peringkat lahir
sehingga mencapai peringkat kematangan. Mengikut kajian
ahli psikologi, kajian manusia dari aspek perubahan jasmani,
kognitif, emosi, sosial dan rohani adalah dipengaruhi oleh dua
faktor utama iaitu faktor baka dan faktor persekitaran. Ia
sering dikaitkan dengan pertumbuhan yang asasnya
merupakan perubahan fizikal tubuh badan. Manakala konsep
perkembangan pada asasnya ialah perubahan tingkah laku
mental.

​ ari aspek jasmani, secara pertumbuhannya dapat


D
diperhati dengan melihat bertambahnya saiz badan, berat,
gigi, organ deria dan lain-lain. Secara perkembangannya pula
boleh dilihat dari kemahiran menggunakan pertumbuhan
fizikal seperti berjalan, melihat, mendengar dan sebagainya.
Sementera itu dari aspek mental pula, secara pertumbuhannya
dapat dilihat dengan bertambahnya keupayaan berfikir kanak-
kanak tersebut. Perkembangannya pula dapat dilihat dari
kemahiran berfikir, mengingat, menaakul dan sebagainya.
Aspek yang ketiga iaitu aspek emosi, secara pertumbuhannya
dapat dilihat dari wujudnya perasaan takut, gembira, sedih dan
sebagainya. Perkembangannya pula dapat dilihat dari
kemahiran mengawal perasaan dalam situasi tertentu. Aspek
yang terakhir iaitu sosial, secara pertumbuhannya dapat dilihat
dengan meluasnya perhubungan komunikasi dan pergaulan
dengan orang-orang lain. Perkembangan aspek sosial pula
bagi kanak-kanak boleh dilihat dengan wujudnya kemahiran
mendisiplinkan dan penyesuaian diri dalam berinteraksi dan
bergaul bersama masyarakat luar.
2.2 Prinsip asas perkembangan kanak-kanak

​ enurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel dalam


M
Perkembangan Kanak-Kanak Edisi Kedua, prinsip asas

https://www.scribd.com/document_downloads/direct/34450…&user_id=419279564&uahk=DG2_rRRTWajVdjgi54kyiJsE9p8 31/07/2019, 12Q18 PM


Page 2 of 19
perkembangan kanak-kanak dapat dibahagikan kepada 5 jenis.
Prinsip asas perkembangan yang pertama ialah proses
perkembangan ini berlaku mengikut aturan. Sebagai
contohnya pada permulaannya seorang bayi pada mulanya
boleh duduk dengan bantuan, kemudian merangkak dan
seterusnya diikuti dengan kebolehan berdiri dan seterusnya
berjalan tanpa dipimpin. Perkembangan juga dapat dilihat dari
perkembangan konkrit kepada abstrak. Iaitu bayi atau kanak-
kanak hanya mampu membayangkan sesuatu yang berada di
hadapan mereka sahaja, namun akhirnya dapat memikirkan
sesuatu yang lebih kompleks iaitu yang sukar untuk
digambarkan.

​ rinsip kedua perkembangan kanak-kanak ialah


P
perubahan dalam pertumbuhan dan perkembangan beransur
daripada keadaan umum kepada yang lebih spesifik.
Pertumbuhan secara lahiriahnya akan berlaku dari otot-otot
yang besar dahulu sebelum berlakunya perkembangan ke otot-
otot halus. Sebagai contohnya seorang bayi hanya mampu
menggengam sesuatu objek dengan tangannya tanpa
menggerakkan jari, namun setelah sekian lama dia mampu
memegang sesuatu dengan jari-jemarinya seperti memegang
sebutir kacang dengan jari telunjuk dan ibu jarinya.

​ rinsip ketiga perkembangan kanak-kanak ialah


P
pertumbuhan dan perkembangan adalah suatu proses yang
berlaku secara berterusan. Ini bermakna perkembangan
kanak-kanak adalah suatu proses yang berterusan selagi
mereka hidup. Sebagai contoh sesuatu kemahiran asas pada
waktu kecil akan menjadi suatu kemahiran yang lebih rumit
dan kompleks di masa hadapan.

​ rinsip keempat perkembangan kanak-kanak ialah, corak


P
dan aturan perkembangan adalah hampir sama tetapi kadar
perkembangan manusia berbeza untuk setiap individu. Ini
kerana adanya perbezaan individu dalam setiap masyarakat
walaupun mungkin mempunyai umur yang sama. Sebagai
contohnya perkembangan kanak-kanak dari merangkak
kepada berjalan. Mungkin ada sesetengah bayi dapat
merangkak dalam 18 bulan, namun ada juga yang mengambil
masa yang lebih lama. Ini semua bergantung kepada faktor
baka dan persekitaran kanak-kanak tersebut.

https://www.scribd.com/document_downloads/direct/34450…&user_id=419279564&uahk=DG2_rRRTWajVdjgi54kyiJsE9p8 31/07/2019, 12Q18 PM


Page 3 of 19

​ rinsip kelima dalam perkembangan kanak-kanak ialah
P
perkembangan adalah hasil interaksi di antara kematangan
dan pembelajaran. kematangan adalah kemunculan potensi
yang sedia ada dalam seseorang individu, misalnya
merangkak, duduk, berjalan dan kemudian berlari. Ia
dipengaruhi oleh faktor-faktor genetik. Pembelajaran adalah
hasil daripada latihan, proses peniruan atau identifikasi dan
memerlukan usaha.

​ roses pembelajaran membantu seseorang individu


P
memperkembangkan potensi yang sedia ada dalam dirinya.
Misalnya perkembangan otot dan saraf anggota badan yang
sempurna memungkinkan seseorang itu berenang jika berlatih
atau meniru cara-cara berenang.
​ ok Soon Sang (2009) telah menyatakan bahawa secara
M
keseluruhannya perkembangan kanak-kanak boleh
dibahagikan kepada tiga peringkat utama iaitu peringkat bayi
iaitu berumur 0 hingga 2 tahun. Peringkat awal kanak-kanak
iaitu berusia sekitar 2 hingga 6 tahun. Manakala peringkat
ketiga ialah peringkat kanak-kanak iaitu berusia 6 hingga 11
tahun. Setiap peringkat kanak-kanak tersebut biasanya
mengalami perkembangan yang unik dalam aspek-aspek
seperti psikomotor, mental, emosi, sosial dan bahasa.

​ elain itu Mok Soon Sang turut menghuraikan keadaan


S
pertumbuhan, pertumbuhan berlaku dari dua arah iaitu dari
atas ke bawah dan dari tengah ke tepi. Pada kebiasaannya
struktur fizikal wujud mendahului kemahiran fungsinya.
Corak pertumbuhan setiap individu adalah sama namun yang
membezakannya hanyalah kadar bagi setiap individu.
Pertumbuhan pada kebiasaannya berlaku sehingga mencapai
tahap hadnya, tetapi perkembangan berlaku tanpa mempunyai
had sehinggalah seseorang individu itu meninggal dunia.
Pertumbuhan dan perkembangan saling bersaing dan
berinteraksi. Pertumbuhan jasmani yang kurang sihat boleh
menjejaskan perkembangan rohani, emosi dan social. Ciri-ciri
pertumbuhan boleh dikelaskan kepada beberapa peringkat
seperti pralahir, bayi, awal kanak-kanak, pertengahan kanak-
kanak dan sebagainya.
3.0 Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan

https://www.scribd.com/document_downloads/direct/34450…&user_id=419279564&uahk=DG2_rRRTWajVdjgi54kyiJsE9p8 31/07/2019, 12Q18 PM


Page 4 of 19
bahasa kanak-kanak
​ aripada beberapa sumber, terdapat 6 faktor utama yang
D
mempengaruhi perkembangan kemahiran berbahasa kanak-
kanak iaitu, umur. Kesihatan, jantina, kecerdasan, keluarga
dan alam sekitar. Dari segi umur, perbendaharaan kata kanak-
kanak akan bertambah apabila meningkat usia. Hal ini
disebabkan adanya hubungan rapat antara umur dan
kematangan terutama sekali alat suara dan akal. Kanak-kanak
tidak bercakap selagi belum matang.
​ eterusnya, dari sudut kesihatan pula, Perkembangan
S
bahasa kanak-kanak akan terganggu jika kesihatannya
terganggu terutamanya dalam masa 2 tahun pertama. Ini
kerana kanak-kanak yang sakit kurang aktif dan letih. Jadi
mereka kurang mendapat rangsangan alam sekitar dan
kelancaran pertuturan akan terganggu.
​ elain itu, jantina juga menjadi peranan dalam hal ini.
S
Secara amnya, kanak-kanak perempaun lebih cepat bercakap
dibandingkan dengan kanak-kanak lelaki. Ini disebabkan
perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak perempuan
lebih cepat berbanding lelaki. Oleh itu alat suara kanak-kanak
perempuan lebih cepat matang. Sebab itulah percakapan
kanak-kanak perempuan lebih mudah difahami. Selain itu
mereka lebih banyak perbendahaaan kata. Kesannya kanak-
kanak perempuan lebih banyak bercakap dan lebih cepat
membaca. Namun bagi sesetengahnya kanak-kanak
perempuan ada juga yang lambat mengalami perkembangan
bahasa.
​ alau bagaimanapun, ianya juga bergantung kepada
W
kecerdasan kanak-kanak tersebut. Kecerdasan dan kebolehan
bahasa seseorang amat berkait rapat. Jika dilihat pada kanak-
kanak yang cerdas, mereka lebih cepat bercakap dibandingkan
kanak-kanak yang lemah. Namun, tidak bermakna kanak-
kanak yang lambat bercakap tidak cerdas akalnya. Kanak-
kanak yang tahap kecerdasannya lebih tinggi mempunyai sifat
istimewa kerana dapat memerhati dan memahami erti
perkataan dan percakapan.
​ an akhir sekali, ia juga bergantung kepada keadaan
D
sesebuah keluarga. Secara amnya, perkembangan bahasa
kanak-kanak berstatus tinggi dan sederhana akan lebih cepat

https://www.scribd.com/document_downloads/direct/34450…&user_id=419279564&uahk=DG2_rRRTWajVdjgi54kyiJsE9p8 31/07/2019, 12Q18 PM


Page 5 of 19
bercakap jika dibandingkan dengan kanak-kanak berstatus
rendah. Selain daripada itu, perbendaharaan kata mereka juga
lebih tinggi. Saiz sesebuah keluarga juga mempengaruhi.
Andai kata jika kanak-kanak itu anak tunggal maka lebih
cepat bercakap dan lebih banyak berinteraksi dengan ibu bapa
serta mandapat layanan yang cukup. Manakala anak yang
ramai adik-beradik akan lebih kerap bercakap sesama sendiri
maka perbendaharaan katanya sedikit.

4.0 Kajian terhadap perkembangan bahasa kanak-kanak


​ i dalam kajian ini, saya telah memilih seorang kanak-
D
kanak (Sila rujuk lampiran 1) sebagai responden saya.
Disebabkan, kanak-kanak tersebut adalah adik saya sendiri,
maka, mudahlah saya untuk menyiapkan tugasan ini. Kaedah
yang saya gunakan untuk mendapatkan hasil kajian ini adalah
dengan membuat rujukan, temu ramah dan soal selidik dengan

https://www.scribd.com/document_downloads/direct/34450…&user_id=419279564&uahk=DG2_rRRTWajVdjgi54kyiJsE9p8 31/07/2019, 12Q18 PM


Page 6 of 19
secara tidak formal.
Takrif bahasa
​ ahasa menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996:87),
B
adalah satu sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai
alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia.
Secara mudahnya, bahasa adalah merujuk kepada percakapan
kita yang memberikan makna kepada orang yang
mendengarnya. Bahasa juga merujuk sesuatu identiti sesebuah
bangsa dan negara. Contohnya, bahasa Malaysia adalah suatu
bahasa yang menjadi suatu kelaziman kepada bangsa Melayu
dan masyarakat Malaysia. Apa yang menarik, ketawa,
tangisan, mimik muka dan sebagainya juga adalah sebahagian
daripada bahasa, malah ianya adalah bahasa antarabangsa dan
‘universal’ penggunaannya dalam kalangan seluruh manusia
tidak kira bangsa dan negara. Walau bagaimanapun, bahasa
bukanlah hanya terhad kepada sistem lambang bunyi suara
sahaja, akan tetapi ia merangkumi segala simbol yang boleh
difahami oleh semua orang seperti seseorang yang
berkehendak memanggil kawannya yang berada jauh darinya
dengan hanya memberi isyarat lambaian tangan sahaja sudah
cukup untuk menjadi alat komunikasi yang amat berkesan,
tepat, dan menjimatkan masa. Menurut Raminah Hj Sabran
(1985), “banyak dasar yang boleh dijadikan asas untuk
mendefinisikan bahasa.Sesetengah orang mendefinisikan
bahasa dari sudut fungsi bahasa itu sendiri. Bagi mereka
bahasa merupakan alat perhubungan atau komunikasi. Jadi
dapatlah disimpulkan bahawa bahasa merupakan suatu sistem
lambang pertuturan yang terdiri daripada leretan bunyi-
bunyian yang diucapkan dan digunakan oleh ahli sesebuah
masyarakat sebagai alat untuk berhubung. Bahasa juga boleh
dikatakan sebagai saluran bagi membolehkan kanak-kanak
menyusun dan menyatakan idea atau pengalamannya.
Teori perkembangan bahasa kanak-kanak
​ erdapat banyak teori yang menceritakan berkenaan
T
perkembangan bahasa kanak-kanak. Antara beberapa teori
yang menjadi panduan dan uji kaji saya ialah teori Behavioris,
teori Mentalis, dan teori Interaksionalis.
Teori Behavioris
​Menurut Husin Fateh Din, Teori Beharvioris

https://www.scribd.com/document_downloads/direct/34450…&user_id=419279564&uahk=DG2_rRRTWajVdjgi54kyiJsE9p8 31/07/2019, 12Q18 PM


Page 7 of 19
menekankan kepentingan persekitaran dalam pembelajaran
bahasa yang berlandaskan Teori pelaziman Operan. Teori ini
dipelopori oleh B. F. Skinner (1938). Menurut Skinner,
pembelajaran bahasa kanak-kanak berlaku apabila ibu bapa
atau keluarga yang lain mengajar kanak-kanak bercakap dan
memberi galakan dengan memberi ganjaran setiap kali kanak-
kanak dapat meniru atau menyebut perkataan yang diajar itu.
Ganjaran yang diberikan adalah untuk mengukuhkan sesuatu
perlakuan bahasa yang betul dan telah berjaya dilakukan oleh
kanak-kanak.
​ alam mempelajari bahasa, persekitaran mempunyai
D
pengaruh yang sangat penting terhadap kanak-kanak.
Pengaruh rangsangan persekitaran dalam bentuk bahasa dan
bukan bahasa akan membantu kanak-kanak menguasai bahasa
dengan lebih cepat. Aktiviti latih tubi dan latihan berulang
kali amat penting dijalankan lebih kerap untuk membolehkan
pemerolehan bahasa berlaku sehingga menjadi amalan
kebiasaan.
​ erdasarkan teori Behavioris ini, ia menekan kepada
B
persekitaran yang dihadapi sendiri oleh kanak-kanak tersebut.
Ini bermakna apabila persekitaran berbeza, maka kemahiran
berbahasa setiap kanak-kanak juga berbeza. Berdasarkan
responden yang telah saya kaji, persekitaran responden adalah
berada di dalam keluarga yang mempunyai kedudukan sosial
yang biasa-biasa sahaja di dalam masyarakat dan situasi luar
bandar atau kampung. Dan ibu bapanya pula adalah
berketurunan jawa. Oleh itu, responden memang mahir
bertutur di dalam bahasa Melayu yang cenderung kepada
bunyi loghat jawa serta menguasai sedikit demi sedikit
kemahiran berbahasa jawa. Responden tidaklah terlalu mahir
bertutur di dalam bahasa jawa kerana ibu bapanya hanya
menggunakan bahasa jawa semasa bersembang dengan orang
kampung di masjid, kenduri dan sebagainya. Tetapi bertutur di
dalam bahasa Melayu apabila mereka berkomunikasi bersama
anak-anak mereka. Walaupun responden tidaklah belajar
secara khusus dalam bidang bahasa jawa, malah hanya Cuma
terbiasa mendengar di sekeliling persekitarannya, dia mampu
untuk mengambil skema-skema tersebut untuk disimpan dan
diaplikasikannya di dalam kehidupannya. Oleh itu, saya
bersetuju dengan teori behavioris ini yang menyatakan
bahawa Pengaruh rangsangan persekitaran dalam bentuk

https://www.scribd.com/document_downloads/direct/34450…&user_id=419279564&uahk=DG2_rRRTWajVdjgi54kyiJsE9p8 31/07/2019, 12Q18 PM


Page 8 of 19
bahasa dan bukan bahasa akan membantu kanak-kanak
menguasai bahasa dengan lebih cepat.

Teori Mentalis
​ eori ini dipelopori oleh Noam Chomsky. Menurut teori
T
ini pemerolehan bahasa boleh ditakrifkan sebagai proses
pemikiran yang melibatkan aktiviti mental. Teori ini juga
dikenali sebagai Teori Kognitif, iaitu menjelaskan bahawa
bahasa sebagai pengetahuan yang dihasilkan melalui proses
dalam otak. Oleh itu, bahasa ialah aktiviti mental yang
merupakan kebolehan semulajadi manusia. Chomsky
berpendapat, manusia dilahirkan bersama Peranti
Pemerolehan Bahasa atau Language Acquisition
Device(LAD). Alat ini menyebabkan manusia mempunyai
kebolehan semulajadi untuk menguasai bahasa.
​ enurut Jean Piaget yang juga berfahaman Mentalis
M
mengatakan perkembangan bahasa kanak-kanak berkait rapat
dengan perkembangan mentalnya. Malah beliau berpendapat
bahawa bahasa kanak-kanak itu merupakan manifestasi
penting daripada perkembangan mentalnya. Untuk
memperolehi penguasaan bahasa kanak-kanak perlu melalui
beberapa peringkat perkembangan kognitif.
​ eringkat pertama (18 bulan – 2 tahun) kanak-kanak
P
membentuk skema atau struktur kognitif hasil dari interaksi
yang aktif dengan persekitaran. Pengetahuan digambarkan
dalam pelbagai bentuk simbolik. Daripada umur 2 hingga 7
tahun, kanak-kanak memasuki peringkat tahap pemikiran
praoperasi konkrit. Dalam peringkat ini penguasaan bahasa
kanak-kanak semakin berkembang.
​ eringkat kedua dalam lingkungan 4 tahun kanak-kanak
P
sudah mula pandai bercakap dan boleh membentuk ayat serta
memahami percakapan orang lain. Peringkat ketiga adalah
operasi konkrit (7-12 tahun) iaitu sudah dapat menguasai
beberapa kemahiran seperti hukum pengekalan, konsep
hubungan, pengkategorian dan persirian. Umur selepas 12
tahun dikatakan sebagai peringkat operasi formal.
​ erdasarkan teori mentalis ini, melalui pemerhatian saya
B
selama ini terhadap responden selaku adik saya sendiri, dia
mengalami peningkatan kemahiran berbahasa dengan baik

https://www.scribd.com/document_downloads/direct/34450…&user_id=419279564&uahk=DG2_rRRTWajVdjgi54kyiJsE9p8 31/07/2019, 12Q18 PM


Page 9 of 19
sekali apabila dia mencapai pada umurnya 11 tahun. Hal ini
kerana ia berkaitan dengan peningkatan pembelajarannya di
sekolah di samping dia telah terdedah dengan pelbagai ilmu-
ilmu yang semakin mencabar dengan penggunaan bahasa
yang kelihatan hebat atau ‘bombastic’. Dia juga adalah
seorang yang suka untuk membaca buku, artikel dan melayari
internet. Pembacaannya bukanlah pembacaan yang bersahaja,
tetapi dia suka untuk membaca bacaan yang berat seperti
membaca majalah solusi, Reader Digest dan perkara-perkara
yang berkaitan dengan ‘science fiction’. walaupun dalam usia
yang sangat muda iaitu 11 tahun tetapi pertuturannya adalah
seperti pertuturan orang yang matang. Selain daripada
pembacaan, dia juga suka untuk menonton cerita-cerita movie
barat yang berbahasa Inggeris. Ini menyebabkan dia, berjaya
memperolehi markah yang tinggi di dalam peperiksaan bahasa
Inggeris selain berjaya menguasai bahasa Inggeris dengan
baik sekali. Oleh itu, benarlah apa yang dinyatakan daripada
teori ini bahawa bahasa kanak-kanak itu merupakan
manifestasi penting daripada perkembangan mentalnya.

Teori Interaksionalis
​ eori ini berkembang pada tahun-tahun 60-an dan 70-an.
T
Terdapat beberapa orang ahli bahasa yang mempelopori teori
ini seperti Bloom, Bowennam, Cromer dan Halliday.
​Noor Aina (2007) berpendapat golongan ini kelihatan
telah berpakat dengan mengambil jalan tengah antara Teori
Behavioris dan Mentalis. Mereka bersetuju bahawa
persekitaran luaran dan faktor bawaan semulajadi memainkan
peranan yang sama penting dalam proses pemerolehan bahasa
oleh kanak-kanak. Kanak-kanak selain menerima latihan
bahasa yang pasif daripada ibu bapa, mereka juga dapat
memproses bahasa secara aktif kerana memiliki struktur
dalaman dalam memperolehi bahasa. Beberapa faktor seperti
persekitaran sosial, pematangan, biologi dan kognitif
memainkan peranan penting dalam perkembangan bahasa
kanak-kanak. Semua faktor ini saling berinteraksi lalu
melakukan penyesuaian antara satu sama lain.
​Pemerhatian saya terhadap proses perkembangan

https://www.scribd.com/document_downloads/direct/34450…&user_id=419279564&uahk=DG2_rRRTWajVdjgi54kyiJsE9p8 31/07/2019, 12Q18 PM


Page 10 of 19
responden tersebut adalah sama seperti apa yang dimaksudkan
oleh teori Interaksional ini. Responden mempunyai cara
percakapannya tersendiri. Walaupun begitu, cara
percakapannya itu adalah terlalu hampir sama seperti cara
percakapan ibunya yang mana ibunyalah orang yang paling
rapat dengannya.
Teori dan implikasi perkembangan terhadap pengajaran
dan pembelajaran guru
​ asil daripada kajian yang telah dilakukan, responden
H
tersebut telah mengasah kemahiran berbahasanya dengan
pengalaman yang konkrit. Contohnya, seperti di sekolah, guru
akan menyuruh kanak-kanak untuk membuat sesuatu aktiviti
yang telah diatur dan kemudian menyuruh mereka untuk
menceritakan bagaimana mereka melakukan aktiviti tersebut.
Selain itu, Responden tersebut mengatakan, semasa sesi
membaca, guru telah memberikan tumpuan terhadap
perkataan yang susah dan menerangkannya dengan perkataan
dan ayat yang mudah difahami olehnya. Kesannya, kemahiran
membaca dan bertutur dalam bahasa Malaysia semakin lancar
dan mantap.
​ elain itu, dalam proses pengajaran dan pembelajaran,
S
implikasi perkembangan bahasa dapat dipertingkatkan melalui
penggunaan strategi pengajaran yang pelbagai. Responden
mengatakan bahawa guru di sekolah akan menjadikan kanak-
kanak berpasang-pasangan semasa pengajaran bahasa kedua
iaitu bahasa selain bahasa ibunda kita. Guru akan
memasangkan kanak-kanak tersebut dengan pasangan yang
lebih mahir dalam kedua-dua bahasa supaya pasangannya
yang kurang mahir itu dapat meniru dan mempelajari daripada
rakannya secara langsung. Guru juga menggunakan pelbagai
strategi seperti bercerita, simulasi, dan sumbangsaran.
Responden menyatakan bahawa dengan cara inilah, mereka
berminat untuk bercakap dan secara tidak langsung dapat
membantu mereka memahami pelajaran-pelajaran yang
dipelajarinya di sekolah.
​Akhir sekali, responden menyatakan bahawa mereka
telah diberi peluang oleh guru-guru dengan galakan supaya
menggunakan bahasa. Contohnya, dalam aktiviti kumpulan,
setiap ahli diberi peluang untuk menceritakan hasil kerja
masing-masing. Galakkan pembentangan di dalam kelas

https://www.scribd.com/document_downloads/direct/34450…&user_id=419279564&uahk=DG2_rRRTWajVdjgi54kyiJsE9p8 31/07/2019, 12Q18 PM


Page 11 of 19
adalah cara yang terbaik untuk memberi peluang kepada
kanak-kanak memberi maklumbalas terhadap aktiviti yang
dilakukan .

5.0 Rumusan dan cadangan


​ emahiran berbahasa adalah suatu kemahiran yang
K
paling penting sekali di dunia. Hampir setiap masa yang
diperuntukkan di dalam kehidupan kita telah dimanfaatkan
dengan ruangan berbahasa. Bahasa yang baik mencerminkan
juga peribadi seseorang itu sejurus menggambarkan juga
kebijaksanaan dan kemuliaan seseorang. Oleh itu pendidikan
awal terhadap kanak-kanak dalam bidang penguasaan bahasa
adalah peringkat yang terpenting bagi seseorang untuk
memastikan kejayaannya pada masa akan datang.
Berdasarkan responden yang saya pilih, ternyata keluarganya
sangat bagus kerana menyediakan keperluan asas dalam

https://www.scribd.com/document_downloads/direct/34450…&user_id=419279564&uahk=DG2_rRRTWajVdjgi54kyiJsE9p8 31/07/2019, 12Q18 PM


Page 12 of 19
pendidikan kepadanya serta banyak memberikan rangsangan
yang positif kepada responden agar dia menjadi seorang yang
pandai berbahasa. Oleh itu, perlulah kita menghitung semula
apa yang wajar dilakukan kepada kanak-kanak.
​ ntara langkah-langkah yang perlu diketengahkan untuk
A
mempertingkatkan lagi kemajuan perkembangan bahasa
kanak-kanak ialah peranan ibu bapa. Mereka perlulah terus
bercakap dan berbual dengan kanak-kanak walaupun
perbualan itu hanya melibatkan sebelah pihak sahaja, tetapi ia
akan menolong kanak-kanak tersebut memperkembangkan
dan memperkayakan perbendaharaan kata dan pengalaman
berbahasa.
​ eterusnya, luangkan masa untuk mendengar percakapan
S
kanak-kanak. Kanak-kanak akan mula bercakap pada tahap
ini. Gaya percakapan mereka selalunya adalah perlahan dan
kadang-kadang salah. Cuba untuk tidak memotong
percakapan kanak-kanak atau menolong memberi idea kepada
percakapan mereka. Biarkan mereka meluahkan idea dan
kemahuan mereka. Sabar dan cuba fahami apa yang mereka
ingin sampaikan.
​ i samping itu, ibu bapa juga perlulah sentiasa
D
membawa bersama-sama anak-anak kecil mereka untuk
berhadapan dengan masyarakat. Bagi orang islam, seboleh-
bolehnya, bapanya perlulah membawa anak mereka ke masjid
pada setiap waktu maghrib dan isya paling kurang. Hal ini
kerana, kanak-kanak tersebut pasti akan terdedah dan
berjumpa dengan rakan-rakan sebayanya atau orang tua dan
sudah tentu akan ada berlaku komunikasi dua hala. Kesannya,
kanak-kanak akan lebih matang dalam perbualan mereka
sedang mereka selalu mendengar dan menyertai perbualan
orang-orang tua di masjid. Amatlah kesal kepada ibu bapa
yang tidak prihatin akan hal ini terhadap anak-anak mereka
kerana setengah ibu bapa yang mempunyai kepentingan
masing-masing dengan malarang anak-anak mereka bermain
di luar rumah, berkawan dengan anak rumah jiran sebelah,
dan segala aktiviti yang dapat mempertingkatkan kemahiran
berbahasa mereka. Golongan-golongan seperti ini selalunya
adalah terdiri daripada golongan-golongan yang kaya. Semua
alat gajet yang canggih seperti Iphone, Ipad, Komputer game
dan yang sejenis dengannya adalah menjadi adat bagi anak-

https://www.scribd.com/document_downloads/direct/34450…&user_id=419279564&uahk=DG2_rRRTWajVdjgi54kyiJsE9p8 31/07/2019, 12Q18 PM


Page 13 of 19
anak mereka. Kesannya, kanak-kanak seperti ini akan menjadi
lebih pasif dalam kalangan masyarakat kerana tidak
mempunyai banyak pengalaman berkomunikasi.
​ elain peranan ibu bapa, guru-guru juga penting untuk
S
memperkembangkan lagi kemahiran berbahasa kanak-kanak.
Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas perlulah
bersifat dua hala atau berpusatkan kepada murid. Ini adalah
salah satu cara untuk memberikan peluang kepada kanak-
kanak untuk membina keyakinan dalam pertuturannya di
khalayak ramai. Guru haruslah bijak dalam menguruskan hal
ini dengan memberikan galakan kepada kanak-kanak untuk
bersuara walaupun kenyataan yang dibuat oleh kanak-kanak
tersebut adalah salah kerana di situlah akan berlaku
komunikasi dua hala, iaitu guru tersebut akan
memperbetulkan semula fakta tersebut dengan penerangan
yang lebih jelas dan mudah difahami pada tahap pemikiran
mereka.
​ ihak sekolah dan ibu bapa hendaklah bekerjasama
P
dalam membantu kanak-kanak dengan memberikan mereka
kepada bacaan-bacaan yang baik dan bermanfaat. Hal ini
kerana, semakin tinggi tahap kualiti buku, maka semakin
tinggi kebarangkaliannya kanak-kanak dapat bertutur dengan
bahasa yang cantik. Ibu bapa perlulah membelikan anak-anak
mereka bahan bacaan yang bermanfaat, dan yang paling
kurang sekali pun adalah dengan membelikan mereka komik
yagn mudah untuk difahami dan mempunyai kualiti bahasa
yang diiktiraf. Hal ini kerana, melalui pembacaan juga akan
membentuk siapa diri kanak-kanak tersebut seperti pepatah
Inggeris mengatakan bahawa ‘you are what you eat and you
are what you read’.

https://www.scribd.com/document_downloads/direct/34450…&user_id=419279564&uahk=DG2_rRRTWajVdjgi54kyiJsE9p8 31/07/2019, 12Q18 PM


Page 14 of 19
5.0 Refleksi
5.1 Pengalaman
​ epanjang saya berusaha untuk menyiapkan tugasan ini,
S
banyak pengalaman yang positif dan negatif yang telah saya
perolehi. Tugasan ini telah diberikan dalam tempoh yang
cukup panjang mengikut kesesuaiannya. Sekiranya kita suka
bertangguh tangguh, maka kerugian dan kesibukanlah yang
akan melanda kehidupan kita. Itulah apa yang sedang saya
hadapi semasa menyiapkan tugasan ini. Dalam kesibukan
dengan pelbagai tugasan yang perlu dibuat pada masa yang
sama, saya masih lagi diberikan kekuatan oleh Allah untuk
mencari sumber-sumber rujukan. Walaupun rujukan saya
tidak banyak dan bervariasi, tetapi isi yang ingin disampaikan
diharapkan dapat menjawab soalan tugasan dengan baik
sekali.
​ elain itu, saya merasakan bahawa perlu ada suatu
S
perancangan strategik yang perlu dilakukan oleh pihak IPG
untuk memudahkan para guru pelatih untuk mendapatkan
maklumat dan sumber yang sahih dan relevan di perpustakaan
dan sebagainya. Sebagai contoh, berkenaan tugasan ini, untuk
lebih memperkembangkan pemikiran guru-guru pelatih,
mungkin sebuah website perlu diwujudkan bagi
menghubungkan guru-guru pelatih di antara IPG yang lain
untk membincangkan tentang tugasan ini. Hal ini secara tidak
langsung akan membimbing guru pelatih yang tidak berapa
pakar untuk melakukan tugasan ini dapat melakukannya
dengan baik.
​ alam pada itu, pengajaran yang saya pelajari semasa
D
melakukan tugasan ini yang pertamanya, kita hendaklah
mempunyai pengetahuan yang luas dan bersungguh-sungguh
dalam meningkatkan kemahiran diri dalam profesion
perguruan. Seterusnya, kita mestilah membudayakan sikap
rajin dan bukannya sikap acuh tidak acuh dalam
melaksanakan tugasan yang diamanahkan serta tidak
menangguhkan kerja yang telah diberikan.

https://www.scribd.com/document_downloads/direct/34450…&user_id=419279564&uahk=DG2_rRRTWajVdjgi54kyiJsE9p8 31/07/2019, 12Q18 PM


Page 15 of 19
5.2 Masalah yang dihadapi
​Secara keseluruhannya, tiada masalah yang besar bagi
saya bagi menyiapkan tugasan ini. Masalah saya yang utama
ialah kedangkalan dan kecetekan ilmu saya dalam bidang ini.
Tambahan pula, sumber-sumber untuk saya dapat hanya
tertumpu di perpustakaan yang mana saya perlu mencarinya di
rak-rak yang tersusun. Seterusnya, masalah yang saya hadapi
adalah keseganan saya untuk bertanyakan kepada pensyarah
atau rakan-rakan untuk mendapatkan idea-idea baharu dan
bernas serta bertanya tentang perkara yang saya kurang jelas.
Hal ini mungkin kerana faktor komunikasi yang menjadi
penghalang bagi saya. Kemahiran komunikasi saya amat
lemah terutamanya komunikasi formal di dalam kelas.
5.3 Pengetahuan yang diperolehi
​ ugasan ini telah membuatkan saya membaca bahan-
T
bahan ilmiah berkenaan ilmu keguruan seperti yang terdapat
dalam laman sesawang dan buku-buku di perpustakaan. Oleh
itu, ianya sedikit sebanyak dapat memotivasikan diri saya
untuk menjadi guru yang lebih berdedikasi dan berintegriti.
Walaupun, saya lihat terdapat beberapa beban yang perlu
dilalui oleh guru semasa menjalankan tugas mereka di sekolah
terutama dalam menghadapai kanak-kanak yang mempunyai
banyak ragam. Namun, kesabaran dan istiqamah yang tinggi
pasti akan membantu kita di samping mendapat ganajaran
pahala yang sangat besar di sisi Allah s.w.t..

https://www.scribd.com/document_downloads/direct/34450…&user_id=419279564&uahk=DG2_rRRTWajVdjgi54kyiJsE9p8 31/07/2019, 12Q18 PM


Page 16 of 19
Rujukan
Buku:
Haliza Hamzah, Joy N. Samuel. (2010). Perkembangan
Kanak-Kanak. Cetakan Ketiga. Kumpulan ​Budiman
Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
Mok Soon Sang (2009): Psikologi Pendiidkan dan Pedagogi :
Murid Dan Alam Belajar : Penerbitan ​Multimedia Sdn.
Bhd

Bahan internet:
Faktor yang mempengaruhi perkembangan bahasa kanak-
kanak. Diakses pada 5 Ogos 2015 ​daripada
http://ainulshahman.blogspot.my/2013/10/faktor-yang-
mempengaruhi- ​perkembangan.html
Faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak.
Diakses pada 5 Ogos 2015 daripada
​http://cikguhafiz18.blogspot.my/2014/05/edu3102-
perkembangan-kanak-kanak-faktor.html
Teori interaksionalis dalam teori pemerolehan bahasa.
Diakses pada 5 Ogos 2015 daripada
​http://atiqahaiza.blogspot.my/2013/03/teori-
interaksionalis-dalam-teori.html

https://www.scribd.com/document_downloads/direct/34450…&user_id=419279564&uahk=DG2_rRRTWajVdjgi54kyiJsE9p8 31/07/2019, 12Q18 PM


Page 17 of 19
Lampiran

Nama ​ ​: Muhammad Nasyaie bin Mohamad Bajuri


Tempat tinggal ​: Parit 3, KG Sungai Pergam, 36100
Bagan Datoh, Perak Darul Ridzuan.
Sekolah ​ ​: SK Sungai Pergam
Adik beradik ​: anak kelima daripada lima adik beradik
(bongsu)

https://www.scribd.com/document_downloads/direct/34450…&user_id=419279564&uahk=DG2_rRRTWajVdjgi54kyiJsE9p8 31/07/2019, 12Q18 PM


Page 18 of 19
Umur ​ ​: (di dalam gambar masih 7 tahun)
Lampiran 1

17

https://www.scribd.com/document_downloads/direct/34450…&user_id=419279564&uahk=DG2_rRRTWajVdjgi54kyiJsE9p8 31/07/2019, 12Q18 PM


Page 19 of 19

Anda mungkin juga menyukai