Anda di halaman 1dari 6

ALAM SEKITAR

SEBAHAGIAN pelajar sekolah mengukur kualiti air dengan menggunakan


alat “ Ysi Multimeter “ pada Program STEM berkonsepkan Young
Environmental Scientiest (Y.E.S) Explorace Peringkat Sekolah Menengah
bersempena dengan Sambutan Hari Pemantauan Air Sedunia di Tasik
Unisza Kampus Gong Badak.
KUALA TERENGGANU: Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mencatat satu
lagi kejayaan apabila menemui kaedah baharu bagi merawat air sisa dari
kilang batik dan keropok. Lebih menarik, kaedah baharu yang ditemui itu
sangat mesra alam sekitar kerana ia tidak menggunakan bahan kimia, iaitu
hanya dengan menggunakan biji pokok kelor atau nama saintifiknya, Moringa
Oleifera. Penemuan baharu itu hasil penyelidikan Institut Penyelidikan Alam
Sekitar Pantai Timur (ESERI), UniSZA. Pengarah ESERI, Prof Madya Dr Hafizan
Juahir, berkata rawatan menggunakan kaedah biologi tanpa bahan kimia itu
mampu mendapatkan peneutralan biologi, biosorpsi (penyerapan dalam
kimia) serta menghapus pewarna dan pencemaran organik kesan daripada
industri berkenaan. Selain mampu menjernihkan air, katanya, penyelidikan itu
terbukti berkesan, murah dan lebih mesra alam berbanding proses larutan
kimia konvensional yang digunakan secara meluas sejak bertahun dahulu.
MALAYSIA dan Indonesia selaku dua negara serumpun, mempunyai banyak
persamaan dari segi bahasa atau budaya, dengan majoriti penduduk Islam
jika digabungkan populasinya adalah yang terbesar di dunia. Isu dan
permasalahan kerosakan alam sekitar menjadi kebimbangan umat Islam
Indonesia dan Malaysia. Kerosakan akibat aktiviti pembalakan haram
berleluasa atau segala bentuk aktiviti tidak sihat, merencatkan keseimbangan
ekosistem dan mengundang bencana tidak diingini. Contohnya, kejadian
banjir dan tanah runtuh di Terengganu dan Pahang sejak beberapa tahun
lalu. Di Indonesia, banjir melanda Ciwidey, Bandung pada 2016 dan di
Mandailing Natal di Sumatera Utara pada pertengahan 2018. Bencana berlaku
di kedua-dua negara mengakibatkan kerosakan harta benda dan kehilangan
nyawa. Pastinya majoriti mangsa umat Islam. Sebagai umat Islam, kita
beranggapan pasti mereka bersikap sebagai ‘rahmatan lil’alamin’. Ertinya,
kewujudan Islam dan umat Islam itu sendiri wajar menjadi rahmat kepada
seluruh alam, termasuk dalam aspek pemeliharaan alam sekitar. Dua perkara
penting perlu ditangani mengenai isu alam sekitar. Pertamanya, ancaman
kepupusan kepelbagaian biologi dan ekosistem semulajadi disebabkan
aktiviti manusia.

Anda mungkin juga menyukai