Anda di halaman 1dari 7

BANJIR

MUMBAI: Sekurang-kurangnya 16 penduduk di Maharashtra maut apabila


hujan lebat menyebabkan air sungai melimpah, lalu menenggelamkan lima
daerah di negeri di barat India itu. Menurut jurucakap kerajaan, kejadian itu
turut memaksa pihak berkuasa memindahkan lebih 140,000 penduduk ke
kawasan lebih selamat. Selain itu, tindakan pihak berkuasa melepaskan air dari
empangan juga dipercayai menjadi punca banjir. Ia terpaksa dilakukan
selepas beberapa daerah seperti Kolhapur menerima sehingga 670 milimeter
hujan dalam tempoh seminggu.
DHAKA: Ribut monsun di Bangladesh meragut sekurang-kurangnya 100
nyawa hari ini tatkala paras air masih meningkat di kebanyakan kawasan di
negara itu. Pegawai berkata, kira-kira 20 orang maut dalam tempoh 48 jam,
menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 104 orang. Tambahnya,
kebanyakan mangsa yang maut akibat lemas selain tanah runtuh, dipatuk ular
dan dipanah petir. Pentadbir daerah, Ahmed Kabir memberitahu AFP bahawa,
kanak-kanak perempuan berusia enam hingga 18 tahun mati lemas selepas
bot dinaiki karam semasa banjir besar berlaku di daerah utara Jamalpur,
semalam. Difahamkan, air dari sungai Brahmaputra yang mengalir dari
Himalaya telah meningkat mendadak sejak 10 Julai lalu menyebabkan 1.2 juta
penduduk di Jamalpur hilang tempat tinggal. Bangladesh sering mengalami
bencana banjir ketika musim tengkujuh pada bulan Jun hingga September
akibat ratusan tebing sungai pecah.
NEW DELHI: Banjir terburuk dan ribut petir meragut nyawa lebih 650 orang
di seluruh India, Nepal, Bangladesh dan Pakistan, kata pihak berkuasa hari ini
ketika musim monsun tahunan membawa malapetaka di rantau berkenaan.
Lebih 10 juta orang di negara Asia Selatan terjejas akibat banjir, yang turut
memaksa ratusan ribu penduduk berpindah. Di India, hujan lebat sejak awal
bulan ini meragut nyawa sekurang-kurangnya 467 orang dengan kebanyakan
daerah di negeri Uttar Pradesh, Bihar dan Assam terputus hubungan akibat
banjir. Di Uttar Pradesh semalam, panahan petir membunuh 37 orang dalam
insiden berasingan, kata seorang pegawai pengurusan bencana. Kematian
terbaharu itu menjadikan angka maut di negeri utara itu kepada 228 orang.
Lapan kanak-kanak yang bermain di tempat terbuka di daerah Nawada, Bihar
juga maut disambar petir Jumaat lalu, menjadikan kematian di negeri timur
itu kepada lebih 100 orang ketika sungai melimpah dan menghanyutkan
penduduk, kediaman dan ternakan. Di Assam, 67 maut akibat banjir. Lebih 70
orang turut maut dalam runtuhan bangunan di negeri Maharashtra dan
Himachal Pradesh susulan hujan lebat. Di Nepal, 90 orang maut dan 29 lagi
hilang walaupun keadaan buruk bakal berakhir di negara pergunungan
Himalaya itu. Hujan lebat meragut lebih 97 nyawa di Bangladesh, majoriti
akibat lemas dan panahan petir sejak dua minggu lalu.

Anda mungkin juga menyukai