Anda di halaman 1dari 6

KEMALANGAN

MANILA: Tiga terbunuh manakala 240 lagi terselamat selepas sebuah feri
yang sarat membawa penumpang terbakar di selatan Filipina, kata pihak
berkuasa. Kebakaran berlaku menjelang subuh ketika feri dikenali sebagai Lite
Ferry 16 sedang dalam perjalanan ke Bandar Dapitan dari Cebu, memaksa
sebahagian penumpang terjun ke laut untuk menyelamatkan diri, kata
seorang saksi. Tidak diketahui jumlah sebenar penumpang diatas feri terbabit,
namun Pengawal Pantai Filipina berkata 245 orang berjaya diselamatkan
setakat ini dan tiga disahkan maut. Difahamkan, senarai rasmi feri berkenaan
hanya menyenaraikan 172 penumpang dan anak kapal. Pengendali feri,
Danilo Lines berkata pasukannya sudah dikerah untuk membantu
penumpang yang terselamat serta bot tunda untuk menunda feri terbabit ke
pelabuhan. Filipina yang terdiri daripada lebih 7,000 kepulauan sekian lama
dibelenggu sistem pengangkutan laut yang lemah, bot yang tidak
diselenggara dengan baik serta sering berdepan kemalanganLebih 30 tahun
lalu, Filipina berdepan tragedi terburuk di laut dalam sejarah dunia apabila
feri Dona Paz bertembung dengan sebuah kapal tangki minyak
mengakibatkan lebih 4,000 orang terkorban.
KOTA BHARU: Seorang remaja maut selepas motosikal ditunggang terbabit
dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Long Yunus, di
sini petang tadi. Dalam kejadian jam 3.20 petang itu, Amirul Hakim Ismail, 16,
maut di tempat kejadian. Kemalangan turut menyebabkan seorang lagi
penunggang motosikal warga Myanmar cedera di tangan dan kaki, manakala
dua pemandu kereta tidak cedera. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten
Komisioner Abdul Rahim Daud, berkata ketika kejadian, Amirul Hakim
menunggang motosikal Honda RS 150 dari Jalan Long Yunus menghala ke
Taman Maju. “Sebaik tiba di hadapan sebuah kedai, sebuah kereta Perodua
Alza dikatakan keluar dari simpang tiga Jalan Mail Lundang lalu membelok ke
kanan menghala ke Kota Bharu. “Bagaimanapun, kereta itu bergesel dengan
motosikal mangsa dan sebuah lagi motosikal Suzuki 125. “Akibat pelanggaran
kedua-dua penunggang, motosikal ditunggang mangsa terbabas ke kanan
jalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bergesel dengan sebuah
kereta Honda Jazz. “Mangsa maut di tempat kejadian manakala seorang
penunggang warga Myanmar cedera di tangan dan kaki,” katanya ketika
dihubungi, hari ini. Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja
Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat dan siasatan dibuat
mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak,


Superintendan Zakaria Abd Rahman berkata, kemalangan itu mengakibatkan
pemandu treler M Lithiskumar, 32, maut di lokasi kejadian. “Pemandu pacuan
empat roda, berusia lelaki berusia 32 tahun cedera di bahagian pinggang,
manakala penumpang wanita berusia 33 tahun tidak cedera. “Siasatan awal
mendapati treler berkenaan dalam perjalanan dari arah Ipoh ke Taiping dan
sampai di tempat kejadian ia dipercayai terlanggar bahagian belakang
pacuan empat roda berkenaan yang sedang bergerak di lorong kiri jalan,”
katanyaketika dihubungi hari ini. Zakaria berkata, akibat dari perlanggaran itu
kedua-dua kenderaan terbalik ke dalam longkang di bahu kiri jalan dan treler
berkenaan juga menghalang sepenuhnya laluan ke utara. “Mangsa yang
cedera dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh dengan
ambulans untuk rawatan susulan. “Aliran trafik sesak sepanjang lebih 7km hala
ke utara kerana kedua-dua lorong terhalang untuk semua kenderaan,”
katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner
Razali Ibrahim ketika dihubungi pula berkata, pengguna lebuh raya diminta
keluar di Tol Ipoh Selatan hala utara bagi mengelak terperangkap dalam
kesesakan susulan kemalangan itu. “Pihak PLUS juga membuka laluan kontra
di KM256.3 hingga KM253.9 berhampiran lokasi kemalangan dalam proses
mengurangkan kesesakan,” katanya.

Anda mungkin juga menyukai