Anda di halaman 1dari 5

PERTANIAN

JIKA melentur prestasi semasa, negara ada enam dekad bukti untuk menerangkan mengapa sektor
pertanian kita masih tidak berubah dari segi struktur. Dari dulu hingga kini wujud dualistik dalam pertanian
iaitu subsektor komoditi industri (sawit dan getah) dan subsektor makanan (tanaman, ternakan dan
perikanan). Lumrah ekonomi, sektor maju seperti sawit menarik sokongan kerajaan dan pelaburan swasta
kerana pulangan tinggi. Sokongan aktif menjadikan sektor ini kian maju. Namun, sebaliknya berlaku kepada
sektor seperti makanan negara yang kurang maju, kerana sokongan tidak mencukupi. Malah sektor tanaman
industri menarik keluar input pertanian seperti tanah, buruh dan modal daripada sektor makanan. Keluasan
sawit meningkat daripada 56,000 hektar (ha) pada 1960 kepada 5.7 juta ha pada 2017. Getah pula menurun
daripada puncaknya 1.5 juta ha pada 1976 kepada 670,000 ha kini. Tanaman koko hampir pupus selepas
memuncak pada 1989 dengan 414,000 ha.
SLIM RIVER: Pertubuhan Peladang Muda Perak yakin sektor pertanian di negara ini berkembang lebih pesat
tahun depan melalui peruntukan sebanyak RM6.5 bilion kepada sektor itu melalui Bajet 2018. Peruntukan
besar diberikan kepada kelompok pesawah, petani, peladang, nelayan, pekebun kecil, penternak dan penoreh
getah, termasuk RM2.3 bilion bagi bantuan dan insentif seperti baja dan input pengeluaran kepada pesawah
dan penoreh getah itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika membentangkan Bajet
2018 hari ini. Pengerusi Pertubuhan Peladang Muda Perak, Datuk Kassim Yaacob, berkata peruntukan besar
itu yang cukup menggembirakan dan mereka yang terbabit dalam sektor itu perlu memanfaatkannya
termasuk menyumbang pertumbuhan ekonomi negara. "Bantuan tanam semula sudah tentu meringankan
beban peladang yang mahu berbuat demikian supaya hasil pengeluaran meningkat dan secara tidak
langsung meningkatkan pendapatan. "Tidak cukup dengan itu, bajet juga menyediakan bantuan baja dan input
(RM2.3 bilion) pengeluaran kepada golongan berkenaan sekali gus dapat meningkatkan taraf hidup mereka,"
katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi. Kassim berkata, pesawah turut beruntung apabila Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut mengumumkan bantuan RM200 sebulan untuk selama tiga bulan
sementara menunggu hasil padi dituai. Sementara itu, Timbalan Ketua Sukarelawan Perikanan (SUPER)
daerah Muallim, Shaharin Samsudin, berkata bajet kali ini amat mesra rakyat dan terbukti kerajaan
mendahulukan rakyat. Beliau berkata, peruntukan besar bagi sektor ini diharapkan dapat mengubah masa
hidup golongan nelayan di negara ini terutama bagi mereka yang melakukan tugas itu sepenuh masa.
"Peruntukan besar ini akan memberi suntikan semangat kepada nelayan di negara ini dalam menghadapi
cabaran dalam pekerjaan di sektor itu," katanya.
KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan menilai semula dasar sektor pertanian
negara agar ia lebih mesra golongan sasaran. Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub berkata, antara yang akan
diberi perhatian ialah kadar tarif elektrik bagi kawasan pertanian agar lebih munasabah, selain beberapa
dasar berhubung pembiayaan kewangan dan percukaian untuk ditambah nilai selaras pelaksanaan pertanian
moden. “Saya akan berbincang dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung mekanisme
berkesan membantu petani menerusi dasar pertanian yang lebih mesra petani dan nelayan. “Tarif elektrik
bersesuaian mungkin boleh dilaksanakan di kawasan pertanian pada kadar muhasabah. Begitu juga kadar
pembiayaan kewangan kepada petani, manakala kadar cukai untuk peralatan pertanian dan perikanan
seperti jentera pembajak dan pukat perlu dikurangkan bagi memastikan harga peralatan itu juga
berkurangan,” katanya. Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Dialog Niaga Agrobank
2019 (DNA 2019), di sini, hari ini. Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri
Asas Tani, Datuk Mohd Sallehhuddin Hassan; Pengerusi Lembaga Pengarah Agrobank, Tan Sri Mohamad
Zabidi Zainal serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Syed Alwi Mohamed Sultan. DNA 2019
ialah program kepemimpinan pemikiran untuk berkongsi idea, maklumat terkini dan penyelesaian isu
berkaitan pertanian dan industri asas tani. Salahuddin berkata, dasar baharu yang dicadangkan berkenaan
adalah hasil maklum balas daripada petani menerusi lawatannya ke kawasan pertanian dan perikanan.
Mengenai Agrobank, beliau berkata institusi kewangan itu perlu lebih pantas membantu petani dan pekebun
kecil di luar bandar bagi meningkatkan pendapatan mereka menerusi pembiayaan pinjaman mudah ke arah
pertanian moden. “Kita juga mahu industri kecil dan sederhana berkaitan pertanian dan perikanan dapat
diperbesarkan dengan suatu masa nanti, semua sektor pertanian dan industri asas tani berteraskan
pertanian moden,” katanya. Mengenai tahap sara diri (SSL) beras negara, beliau berkata, ia mencapai tahap
70 peratus ketika ini dan dijangka terus meningkat. “Selain beras, kementerian turut memfokuskan
peningkatan industri ternakan khususnya lembu tenusu dan pengeluaran bijirin,” katanya.

Anda mungkin juga menyukai