Anda di halaman 1dari 5

SUKAN

Bakayoko kembali ke Monaco


MONACO: Tiemoue Bakayoko kembali menyertai Monaco secara pinjaman
daripada Chelsea selepas menempuh dua musim yang sukar sejak meninggalkan
kelab berkenaan pada tahun 2017.
Rakan sepasukannya, Gonzalo Higuain - yang kembali ke Juve selepas
dipinjamkan ke AC Milan dan Chelsea - meledak gol kedua selang tiga minit
kemudian manakala Cristiano Ronaldo menambah jaringan pada minit ke-61.
Bagaimanapun dua gol dihasilkan Kostas Manolas dan Hirving Lozano menjadi
pencetus semangat buat Napoli untuk terus berjuang. Giovanni Di Lorenzo
menjaringkan gol ketiga dan penyamaan permainan pada baki sembilan minit
perlawanan sekali gus menjadikan perlawanan bertambah sengit. Namun dengan
satu mata hampir pasti menjadi realiti, Koulibaly menutup tirai perlawanan
dengan mimpi ngeri buat pasukan kendalian Carlo Ancelotti, menamatkan
permainan dengan kekalahan 4-3. "Kami hilang kawalan permainan dan rasa
terganggu, jadi mereka mampu menyamakan kedudukan namun tuah memihak
kami pada penghujung permainan dan kami menang," kata Higuain. Ancelotti
dalam pada itu berkata: "Bukan satu prestasi yang positif. Satu jam pertama,
kami tidak beraksi dengan baik. Namun dengan (ketinggalan) 3-0 kami masih
berada dalam permainan, kami bangkit semula." – AFP
KUALA LUMPUR: Legenda badminton, Datuk Lee Chong Wei dianggap sebagai ikon perpaduan negara apabila
berjaya menyatukan seluruh rakyat Malaysia sepanjang karier profesionalnya bergelar pemain badminton
tersohor negara. Ini dapat dibuktikan selepas seluruh rakyat Malaysia tidak kira apa saja latar belakang
kaum bersatu hati menyokong setiap kali dia turun beraksi. Paling jelas ketika dia tewas kepada jaguh China,
Chen Long dalam pentas akhir Sukan Olimpik Rio 2016 apabila sewaktu itu jam bagaikan henti berdetik
dengan seluruh mata rakyat Malaysia berada di depan televisyen untuk menyokongnya. Namun, isu-isu
perpaduan yang hangat diperdebatkan kebanyakan rakyat Malaysia ketika ini tampak menarik perhatian
legenda berusia 37 tahun itu yang memuat turun bingkisannya di media sosial, hari ini. "Sejak kebelakangan
ini saya jarang membuka akaun media sosial sebab sakit hati dengan kandungan yang terpapar. Rakan-
rakan dan penyokong banyak mencaci antara satu sama lain. Semuanya kerana isu yang naif. Ini bukan
Malaysia yang saya juangkan selama ini. "Apabila saya bertemu Lin Dan pada final Terbuka Malaysia 2006
saya hampir kalah selepas ketinggalan 20-13, sukar untuk bangkit apatah lagi saya sudah penat dan tidak
bermotivasi saat itu. "Saya melihat penyokong, sokongan mereka tidak pernah pudar. Dan kemudiannya
saya ada melihat budak perempuan melayu menangkup mukanya dengan mata tertutup, dia berdoa kepada
saya. Di sebelah sudut lain stadium saya melihat budak perempuan India sedang menangis kerana saya.
"Kemudiannya saya turut terlihat rakan anak saya, kanak-kanak Cina menyorak nama saya sehingga
menyebabkan pengadil menegur untuk memperlahankan suara. "Di saat itu saya sedar saya tidak boleh
tewas, seluruh Malaysia doakan saya. Malaysia yang terdiri daripada kawan, Ah Ne dan Heng Dai. Warna-
warni Malaysia. Kita Malaysia lebih baik daripada apa yang kita lalui sekarang ini," katanya. Chong Wei yang
menghimpun koleksi tiga pingat perak Sukan Olimpik itu turut meninggalkan mesej ringkas apa yang dia
harapkan daripada seluruh Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai