Anda di halaman 1dari 2

Thor, watak hero dalam sejarah Viking diangkat sebagai dewa jahat dalam filem ini.

Dia cuba
memperolehi 3 alat yang membantu dia untuk menakluk dunia. 3 alat itu perlu diambil dari 3 dunia
berbeza.

Eirick Bloodletter, bekas pahlawan perang yang mati dihidupkan semula ditugaskan oleh dewa Frey
untuk membawa semboyan yang jika ditiup mampu menghancurkan Thor. Eirick menuruti perintah
dewa Frey itu kerana adiknya, dewi Freyja telah menghidupkan Eirick dan dia akhirnya mati. Eirick bukan
lagi manusia biasa, dia ialah undead dan dengan kuasa baru nya itu dia mampu memasuki 3 dunia yang
berbeza.

Eirick memulakan pengembaraannya bersama Sven, semasa di hutan mereka menjumpai Yang, pemuda
cina yang dijadikan hamba. Dia menyertai Eirick kerana untuk membalas budi Eirick, kebetulan pula Yang
handal bermain senjata. Di pekan Osberg mereka mengumpulkan anggota-anggota hasil bantaun Karl.
Mereka yang sudi menyertai Eirick adalah Olaf dan Gregor 2 rakan baik, Yomar- pemburu, Henrik,
Bernard - pembunuh ibu dan anak, Warick the wise dan Bryanna. Eirick enggan mengambil Bryanna
menyertai mereka tetapi terpaksa mengalah kerana dia adalah pemilik bot yang mereka gunakan untuk
pelayaran itu.

Pertempuran pertama mereka ialah di Gotland, kawasan berais. Henrik dan Yomar menemui ajal, Eirick
berjaya membunuh King Heflar , mereka berjaya mendapatkan khidmat Alcuin, seorang ahli sihir yang
mampu berinteraksi dengan alam sekitar. Dia dikurung di dalam sangkar tergantung di sebuah menara
kerana jika diletakkan di atas tanah dia mampu melepaskan diri.

Mereka meneruskan pelayaran hingga sampai ke Helheim, alam barzakh bawah air. Hanya Eirick yang
mampu memasuki alam itu. Di dunia bawah air itu dia diserang oleh roh jahat dan sempat diselamatkan
oleh bapanya yang mirip dengan mereka. Hasil bantuan bapanya Eirick berhasil mendapatkan semboyan
sakti dan bapanya mati dibaham naga yang cuba membunuh Eirick.

Mereka kembali ke Jomsberg dan menemui Raja Beothric, adik Eirick yang ditabalkan sebaga Raja.
Tetapi mereka diperangkap dan dikurung di penjara bawah tanah. Yang, Bryanna dan Alcuin
menyelamatkan mereka. Rupa-rupanya mereka diperangkap oleh Alcuin yang menyerahkan semboyan
sakti kepada Beothric. Keesokan paginya, Eirick mendapat khabar berita gembira apabila terdapat askar
Jomsberg yang mengkhianati Beothric untuk berperang bersamanya. Tetapi dikejutkan pula dengan
kematian Beothric akibat diracun.

Peperangan pun bermula dan kelihatan Eirick bakal kalah kerana kekurangan jumlah anggota
berbanding askar Thor. Kemudiannya mereka dibantu oleh askar-askar Jomsberg yang lain kerana
berang dengan kematian Raja mereka. Dalam pertempuran sengit itu Gregor, Warick dan Bernard mati
dibunuh tentera musuh. Yang, Sven, Eirick dan Bryanna pula gagal menghalang rancangan Thor yang
cuba menguasai 3 dunia. Bryanna mati ditikam Thor untuk menyelamatkan Eirick.

Rupa-rupanya dalang disebalik semua ini adalah Frey, yang mahu menghapuskan Eirick dan dalam masa
yang sama cuba menggunakan kelebihan Eirick untuk mendapatkan semboyan sakti itu dengan 3 alat
sakti di tanganya iaitu semboyan sakti, rantai Mary Magdelene dan Tukul Thor. 3 alat itu mampu
membuka pintu 3 dunia iaitu bumi, syurga dan neraka.

Alcuin muncul dan menceritakan segala-galanya, hasil maklumat alam semulajadi dia mendapat tahu
yang Frey telah berpakat dengan Beothric dan meracun Beothric, jadi dari awal-awal lagi dia telah
membuat semboyan tiruan untuk diberi kepada Beothric. Selepas dia meniup semboyan itu Frey dan
Thor akhirnya disedut ke alam neraka. Dunia kembali aman seperti sediakala.

Anda mungkin juga menyukai