Anda di halaman 1dari 2

TANGGUNGJAWAB ANAK-ANAK TERHADAP IBU BAPA

Seorang ibu dapat menjaga sepuluh orang anak tetapi sepuluh orang anak belum tentu dapat menjaga
seorang ibu. Begitulah kata-kata yang sering diingatkan kepada anak-anak agar menghargai segala jasa
dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibu bapa kepada anak-anaknya. Dari sejak kecil, kita telah
ditatang bagai minyak yang penuh oleh ibu bapa kita agar dapat menjalani kehidupan yang sempurna.
Sedasarwarsa ini, sering meniti dari bibir ke bibir setiap umat manusia di seganap empat penjuru dunia
tentang isu anak-anak melupakan ibu bapa mereka. Sebagai seorang anak yang telah dilahirkan dari
rahim ibu, kita hendaklah melaksanakan tanggungjawab kita sebagai seorang anak terhadap ibu bapa kita.
Tanggungjawab yang sepatutnya dilaksanakan oleh anak-anak terhadap ibu bapa adalah dengan
belajar bersungguh-sungguh. Ibu bapa hanya mengharapkan kejayaan daripada anak-anaknya dan
bukanlah wang ringgit atau harta benda. Kita hendaklah belajar dan menuntut ilmu dengan bersungguh-
sungguh agar dapat mengerapi segala impian dan harapan ibu bapa. Janganlah kita mudah berputus asa
dan rajinlah bertanya kepada guru-guru jika tidak memahami sesuatu topik yang telah dipelajari kerana
malu bertanya sesat jalan. Seorang cendekiawan dunia iaitu Albert Einstin ada mengatakan bahawa apa
yang paling penting bagi anak-anak muda pada masa ini adalah sikap rajin bertanya. Oleh sebab itulah,
kita hendaklah beringan mulut untuk bertanya. Sebagai seorang anak, janganlah kita sesekali
mengecewakan ibu bapa kita. Sebagai tamsilan, apabila seorang anak itu ingin menduduki peperiksaan
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), ianya perbelajaran yang begitu besar amatlah diperlukan oleh anak
tersebut dan oleh sebab itulah, kita hendaklah menjawabnya dengan bersungguh-sungguh. Hal ini
demikian, agar segala jenih-penih dan penat-lelah ibu bapa akan terbayar. Jelaslah bahawa, anak-anak
perlu melaksanakan tanggungjawabnya terhadap ibu bapa dengan belajar bersungguh-sungguh.
Di samping itu, sebagai seorang anak kita hendaklah mentaati segala perintah dan suruhan serta
nasihat yang telah diberikan oleh ibu bapa. Janganlah sesekali kita membantah percakapan mereka selagi
mana suruhan tersebut tidak bertentangan dengan hukum syarak. Kita mestilah patuh dan mendengar
nasihat ibu bapa dengan penuh rasa hormat kerana mereka merupakan orang yang lebih tua daripada kita.
Segala tugasan dan suruhan yang telah diberikan oleh ibu bapa kepada kita hendaklah dilaksanakan
dengan penuh rasa keikhlasan dan bermanis muka. Apabila kita dibelenggu sesuatu permasalahan,
mintalah nasihat dan dorongan daripada ibu bapa. Saidina Abu Bakar pernah berpesan bahawa sebaik-
baik manusia adalah manusia yang sering meminta dan memberi nasihat. Uswahnya, apabila melakukan
kerja-kerja dirumah, mintalah pertolongan dan pandangan daripada ibu bapa agar pekerjaan tersebut
dapat dilaksanakan dengan sempurna. Janganlah melakukan sesuatu kerja itu bagai melepaskan batuh di
tangga. Tuntasnya, taatilah perintah, suruhan dan nasihat ibu bapa kerana amalan ini merupakan salah
satu tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa.
Selain itu, anak-anak perlu menghulurkan bantuan kepada ibu bapa sekiranya telah dewasa dan
berjaya. Setelah berjaya, janganlah kita mudah lupa bahawa ibu bapalah cerucuk utama kejayaan kita.
Jika ibu bapa memerukan bantuan, bantilah mereka. Kita mestilah sentiasa mengingati bahawa segala
perbelanjaan kita dari sejak kita kecil sehinggalah berjaya adalah dibawah tanggungan ibu bapa kita.
Selain itu, apabila kita mempunyai keluarga sendiri, kita perlu kerap menziarahi ibu bapa agar anak-anak
akan mencontohi sikap kita kerana kepimpinan adalah melalui teladan. Sebagai seorang anak, kita
mestilah sentiasa beringat bahawa azab Allah itu amat sakit jika kita menderhaka terhadap ibu bapa kita.
Janganlah bersikap bagai kacang lupakan kulit kerana tanpa ibu bapa siapalah kita. Oleh itu, kita
hendaklah melaksanakan tanggungjawab kita sebagai seorang anak dengan menghulurkan bantuan
kepada ibu bapa kita.
Seterusnya, tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh anak-anak terhadap ibu bapa kita adalah
dengan menghormati ibu bapa. Tanggungjawab ini amat penting kerana ibu bapa merupakan pihak
pertama yang perlu kita hormati. Jangan sesekali kita menderhaka terhadap ibu bapa walau seburuk dan
sejahat manapun mereka. Kita dilarang sama sekali meninggikan suara kepada ibu bapa. Jika kita
mempunyai ibu bapa yang kurang berakhlak mulia, kita perlu menasihati mereka dengan nada suara yang
baik dan berhemah tinggi. Senario ini persis dengan kata-kata seorang cendekiawan yang bernama Aflatun
yang telah mengatakan bahawa percakapan yang beradab sopan dan berlemah-lembut boleh melembutkan
hati yang keras. Oleh itu, nasihatilah dan bercakapalah dengan ibu bapa kita dengan menggunakan nada
suara yang sederhana. Tambahan lagi, sebagai seorang anak juga kita perlu sentiasa berakhlak mulia
terhadap ibu bapa kita. Rasulullah s.a.w pernah bersabda,"Akhlak yang buruk akan merosakkan amal,
bagai cuka merosakkan madu." Kata-kata ini membawa maksud bahawa hiasilah diri dengan akhlak yamg
mulia agar ibu bapa tidak bersusah hati. Sebagai contoh, kita perlu mencari rakan-rakan yang baik dan
yang tidak akan mempengaruhi kita dengan budaya hedonisme seperti melepak, berpeleseran dan merokok.
Tegasnya, hormatilah ibu bapa kerana itu merupakan tanggungjawab kita sebagai seorang anak.
Tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa yang seterusnya pula adalah dengan memberi
kebahagiaan kepada ibu bapa. Apabila dewasa kelak, mungkin kita akan sibuk dengan kerjaya masins-
masing dan keluarga sendiri, kita tidak seharusnya melupakan ibu bapa kita yang pernah membahagiakan
kita dahulu. Kita perlulah meluangkan sedikit masa bersama ibu bapa dengan membawa merekapergi
bercuti, Selain itu, kita juga boleh mmembawa ibu bapa ke rumah kita untuk makan bersama-sama. Hal ini
sekali gus dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Pada masa ini, janganlah kita hanya makmur
dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kekeluargaan. Bagi melahirkan keluarga yang sakinah, anak-anak
perlu membahagiakan ibu bapa. Cara lain bagi membahagiakan ibu bapa kita adalah dengan memberi
kejayaan dan menuntut ilmu bersungguh-sungguh. LakmanulHakim pernah berpesan,"Wahai anak-anak
kesayangan ku, tuntutlah ilmu kerana semasa kamu fakir, ilmulah hartamu dan semasa kamu kaya
ilmulah perhiasan dirimu." Oleh sebab itulah, ibu bapa sering menasihati anak-anaknya agar belajar
dengan bersungguh-sungguh. Sebagai contoh, apabila kita melanjutkan pelajaran, gunalah wang
perbelanjaan untuk belajar, bukannya untuk berfoya-foya kerana kejayaanlah yang membahagiakan ibu
bapa kita. Jelaslah, antara tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh anak-anak terhadap ibu bapa
adalah dengan membahagiakan mereka.
Selain daripada itu, anak-anak hendaklah mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan ibu bapa di
dunia dan akhirat. Kita perlu berdoa dan memohon pertolongan daripada Allah setelah selesai
menunaikan solat. Kita mestilah memohon agar ibu bapa kita ditempatkan dalam kalangan para
mukminin. Setelah ibu bapa kita meninggal dunia, sentiasalah menziarahi kubur mereka dan mendoakan
kesejahteraan mereke agar segala dosa-dosanya diampuni oleh Allah. Tambahan pula, jika ibu bapa kita
sering melupakan kewajipannya terhadap Allah. Kita perlu membantu mereka supaya Allah meringankan
seksaan-Nya terhadap ibu bapa. Jelaslah bahawa, anak-anak hendaklah mendoakan kesejahteraan ibu
bapa kerana itu adalah salah satu tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa.
Sebagai akhir kalam, anak-anak perlu memainkan peranan yang represif akan segala tanggungjawab
kita dapat dilaksanakan dengan sempurna. Setiap generasi yang cemerlang lahir daripada keluarga yang
sakinah. Anak-anak perlu melaksanakan tanggungjawab dengan penuh rasa keikhlasan bagi mewujudkan
sebuah keluarga yang harmoni dan cemerlang. Keluarga yang harmoni dapat merealisasikan visi kudsi
Wawasan 2020 sekali gus dapat menjulang negara ke puncak jagat kerana generasi yang bersahsiah,
berketerampilan dan berakhlak mulia lahir daripada keluaga yang harmoni.

Anda mungkin juga menyukai