Anda di halaman 1dari 42

 P/S

NOTA INI BUKANLAH UNTUK DIJUAL IANYA PERCUMA DAN


BOLEH DIKONGSIKAN KEPADA RAKAN TRADER DAN SAHABAT
YANG LAIN.MOHON SAHABAT DILUAR SANA JANGAN
DIGUNAKAN UNTUK PERKARA YANG TIDAK BAIK..ILMUNYA
BAIK SAHIFAH NYA CANTIK ISTINGGARNYA RAPIK JADI
GUNAKAN AKAL YANG CERDIK BAGI MEMBIDIK SASARAN-
SASARAN YANG BAKAL DI GUNDIK.INSYAALLAH..AMIN3 YA
RABBALALAMIN…..
HACKER SCALPER BY
MR. ANGAH
SAHIFAH
HIKAYAT SI BUTA
YANG CELIK
DENGAN LAFAZ BISMILLAHIRAHMANIRAHIM BERMULA LAH HIKAYAT……….
MUQADIMMAH

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kat sini angah akan ajar tentang basic
scalping, macam mana nak jadi seorang trader scalper dengan betul, angah
akan share semua Tips trading bermula dari step no 1 dan seterusnya.
 Menjadi Real Trader yang baik bukan lah berpunca dari teknik trading yang
hebat semata mata akan tetapi semuanya bermula dari dalam diri kita
matlamat kita trade, cara kita berfikir semasa trade dan pekara paling
penting adalah persedian psycology seorang trader
 Semua pekara tu angah akan ajar dan kongsi kat sini. kenapa Trading
Psycology penting.? sebab dia yang control mind trader kita. macam mana tu
angah.? macam ni...
 Pernah tak korang trade dan belajar teknik trade baru tak kisah la apa - apa
teknik pn. Masa mula blajar teknik tu ok je boleh buat popit tapi apabila waktu
bergerak 3-4 hari... 1-2 minggu teknik tu macam jadi tak betul tak boleh buat
popit, loss je. lepas tu apa.?
 Trade dah setahun kadang ada yang 2-3 tahun tapi macam tak de arah kejap
timbul kejap tengelam. kenapa..? Teknik yang salah ke atau diri sendiri yang
salah.? Kalau kata teknik salah berpuluh teknik dah cuba tapi tak menjadi
sedangkan orang lain ada yang ok je, menjadi je. macam mana..?
 Jawapannya Diri sendiri yang salah, belajar campur campur, takde matlamat
yang jelas tak ada trading plan yang betul, tak de minda trading psycology yang
betul.
 Oleh sebab tu angah akan ajar semua benda tu, dan angah rasa tak ramai
trader lain nak share benda ni.
 Kelebihan angah memang trade cara SCALPING jadi angah akan ajar step by
step cara nak jadi scalper, macam mana nak jadi scalper yang baik angah akan
ajar dari rules no 1 dan seterusnya.
 Jadi kalau ada yang dalam ni rasa ilmu dia banyak dah sila rendahkan diri dan
cuba follow step yang akan angah ajar, bagi newbie mudah korang tingal
follow sebijik sebijik macam mana cara angah bentuk psycology korang.
 Kelas dalam ni bukan kelas 1-2 hari, kelas ni berjalan setiap hari, kalau angah
free angah akan masukkan nota dan tips secara berperingkat. semunya angah
susun step by step untuk korang follow bagi perbetulkan diri tu.

FROM TRADER TO TRADERS


MATA BUTA
YANG CELIK
EMOSI DAN MENTAL

 Baik.. ramai trader yang gagal dalam trading, trade pandai tapi gagal betahan lama dalam
dunia trading termasuklah anda yang membaca ni. Betul atau tak.?? kenapa jadi macam tu.??

 Pertama sekali yang sebenarnya anda tak faham dengan jelas apa tugas seorang trader dan
apa tindakan seorang trader. Bila kita belajar tentang forex yang kita selalu di tekankan jaga
emosi..jaga emosi.. apa tu.??

 Anda kena faham bagaimana cara kerja seorang forex trader. Cara kerja forex trader adalah
sangat berbeza dengan bidang bidang lain, sebagai contoh dengan seorang buruh binaan.
Seorang buruh binaan memerlukan skil, ilmu dan tenaga banyak untuk bekerja TAPI seorang
trader forex lebih banyak mengunakan skil, ilmu dan MENTAL untuk bekerja. Sebab itu di
tekankan pada seorang forex trader untuk kuasai MENTAL / EMOSI / ILMU / SKIL, kerana trade
forex ni tak gunakan tenaga banyak seperti seorang buruh binaan. Sebab tu trader forex perlu
Lebih latihan pada bahagian MENTAL / EMOSI/ FOKUS.
 Boleh faham dan dah nampak tak perbezaan cara kerja seorang trader dengan
bidang lain.??
 Sebab tu trader perlukan latihan yang lebih pada bahagian MENTAL dan
EMOSI.
 Apabila kita faham dengan jelas konsep dan cara kerja seorang trader baru
kita nampk apa persediaan dan keperluan awal sebelum kita ceburkan diri
dalam trading forex.
 Rata rata tak faham bab basic ni apabila di tanya kenapa join forex kenapa
jadi trader jawapannya nak buat profit, nak buat duit TAPI tak faham apa tu
asas peranan seorang trader forex.
 Apabila anda faham bab ini baru anda akan ada matlamat jelas kenapa aku
trade selepastu baru kita pergi ke step seterusnya.
 Kenapa trade..?
 Macam mana nak trade.?
 Apa yang paling awal perlu belajar.?
 Apa konsep nak trade.?
 Kemudian baru lah masuk fasa jalankan trade.
 Modal berapa.?
 Berapa kita nak profit.?
 Trade nk guna teknik apa.?
 Macam mana nk urus entry.?

 Sebab tu yang paling awal sekali sebenarnya kita perlu fahamkan apa cara kerja trader
sebenarnya dengan kefahaman dan kekuatan MENTAL dalam diri kita.

 Trader kerja Lebih dengan kekutan MENTAL/EMOSI tak perlukan tenaga yang banyak atau
stamina yang tinggi.

 Jadi apa perlu kita buat adalah cuma melatih lebih pada bahagian MENTAL / EMOSI kita, itu
saja.

 Saya akan kongsikan banyk lagi pada post akan datang, stay tune...

FROM TRADER TO TRADERS


DEFINISI KONSISTEN TRADER
 Ramai golongan trader yang melangkah ke dalam dunia trading fx dengan
majoriti utama adalah untuk membuat profit secara konsisten dan berjaya
dalam trading termasuk anda yang sedang membaca sekarang ini. Betul atau
tidak..??

 Semua trader mahukan result untuk konsisten dalam trading dan menjadikan
trading fx sebagai 1 karier yang membantu mendapatkan pendapatan utama
ataupun sampingan.

 Akan tetapi ramai trader tidak menemui rentak dan tidak mampu menempuh
liku liku dunia trading dan sentiasa melanggar tembok yang sama setiap kali
lalukan trading. Di mana silapnya..??
 Kebanyakan besar trader memang tidak jumpa akan konsisten dalam trading
dan gagal untuk kekal konsisten kerana terlalu asyik mengejar teknik itu ini
yang menjanjikan profit tampa loss.
 Apabila jumpa 1 teknik baru saja terus membuak perasaan untuk mencuba,
mula mula profit tetapi apabila 1 - 2 minggu kehadapan tidak lagi profit. Masa
tu emosi dan perasaan mula memberontak dan dengan rajinnya mencari jika
ada teknik lain yang lebih baik. Jumpa tak..?? tak jumpa kan, betulkan dulu
mindset yang ni yang dalam FX tiada teknik HOLY GRAIL..!!
 Pekara dan perbuatan tu bukan anda je buat malah saya pon sama macam tu,
tapi dulu. Habistu sekarang..?? Sekarang lain sebab saya da ubah mentaliti
saya dan ini yang nak saya ajar dan kongsikan di sini.
 Fahamkan dan fikirkan apa yang saya nak ajar dan kongsikan ye sebab rata
rata sifu forex ajar tentang Teknik...teknik.. teknik.. Tak ramai mengajar
tentang Mentaliti trader, tentang latihan emosi dan jenis minda yang di
perlukan seorang trader. Jadi saya tak menekankan tentang Teknik saya mahu
bantu didik trader dengan mindset yang betul.
 Bagi saya Teknik adalah no 2 dan yang paling utama adalah Mentaliti /
Mindset dan Emosi dalam trading. Kenapa..?? Sebab kita sebagai trader kita
lakukan trading lebih dengan menggunakan otak/akal/ilmu dan bukan dengan
tenaga yang banyak kerana itu lah perlunya kekuatan mental yang lebih.
Faham tak..?? mungkin ada yang faham mungkin ada yang masih blur kan.
Saya kasi 1 contoh untuk bantu anda faham lebih jelas
 Anda ada sebuah kereta, kereta Mewah, Mahal. Katakan kereta Lamborgini.
Jika anda ada sebuah kereta lamborgini dan anda memandu kereta tersebut
dengan keadaan Tenang nyaman dalam keadaan happy bersama keluarga
tentulah pemanduan anda sangat Hebat dan anda akan sampai ke destinasi
dengan jayanya tampa ganguan atau masaalah. Betul tak.?? Tentulah, kerana
anda memandu dengan tenang dan aman anda selesa dengan pemanduan
anda.
 Situasi kedua, anda ada lamborgini anda memandu kereta tersebut dengan
dalam fikiran berkecamuk, fikirkan sarat dengan hutang keliling pingang
dengan keadaan mabuk alkohol lagi. Adakah anda rasa anda Fokus dengan
pemanduan anda dan adakah anda akan sampai ke destinasi anda dengan
jayanya..?? Rasanya tidak, kalau sampai pon mungkin nasib hanya
menyebelahi anda.
 Apa yang anda faham tentang cntoh yang saya beri kat atas..? Baik saya
terangkan straight to point.
 Dalam dunia trading ni, Sehebat mana Teknik anda, Sebesar mana Capital
anda jika anda gagal kawal emosi dan mentaliti anda semasa trade anda akan
hilang kawalan secara waras terhadap akaun trading anda dan selagi itulah
tidak akan berjaya Konsisten..!! Sebab itulah anda jadi kaki depo saja,
Loss..loss...loss...Profitnya sekali sekali itu pon profitnya akan loss semula
sebab tak WD betul tak..?? Sebab itu saya tekankan pentingnya untuk ubah
minda dan Belajar kawal emosi anda dan fahamkan cara trading yang betul
sebab bila emosi anda berada pada tahap baik anda akan berada dalam
keadaan lebih Sedar dan Waras semasa trade, barulah anda akan dapat
KONSISTEN..!!
 Berbalik kepada tajuk utama kita saya nak tanya apa erti konsisten dalam
trading yang anda faham..??
 Pada awalnya rata rata apa trader faham tentang konsisten kebanyakannya
adalah profit sentiasa itulah erti konsisten yang mereka fikir awalnya
termasuk lah saya. Setiap kali entry wajib profit itu konsisten katanya. Betul
tak.? Itu jugak lah yang saya fikirkan awal dulu.
 Tapi itu adalah mentaliti yang tidak betul dan jika mentaliti anda seperti itu
sebab itu lah anda konsisten loss, bukan konsisten profit. Ini yang perlu anda
ubah dan ini jugak lah yang saya mula ubah dan kemudian merubah style
trading saya dari konsisten loss kepada konsisten profit.
 Apa dia konsisten trader..?? Ini adalah pendapat saya dan apa yang saya dah
buat dalam suasana trading saya. Apa erti konsisten bagi saya.
 Secara mudahnya dan bahasa simple nya adalah. Kita trade kita entry setiap
hari dan keputusan trading kita adalah PROFIT melebihi LOSS..!!
 Contoh dalam seminggu kita trade dengan total entry sebanyak 50 entry. 30
entry profit dan 20 loss.. Anda untung atau rugi..?? untung kan..
 Pekara ini kita perlu ulang saja dalam trading harian kita, setiap hari trade
kena pastikan entry profit mesti lebih dari entry loss. Jika result harian
sebegini maka result 1 minggu anda adalah sama PROFIT lebih dari loss tidak
kira sama ada profit tersebut banyak atau sikit yang penting entry yang
PROFIT kena lebih dari yang LOSS.
 Dapat banyak atau sikit itu sedikit sebanyak bergantung kepada keadaan
market dan Rezeki. Apa yang penting adalah pastikan Jumlah entry yang
Profit lebih dari Loss dan ulang setiap kali trade.
 Bagi saya ini adalah pemikiran dan mentaliti yang perlu untuk konsisten
trader yang perlu anda fahamai, pelajari dan gunakan untuk dapat title
KONSISTEN TRADER.
 Kena ingat trade forex adalah seperti MARATHON. Kita mahukan dengan akaun
trading ada, kita mampu buat profit yang berterusan dan mampu dinikmati
setiap hari setiap minggu dan seberapa lama yang boleh.
 Bukan trade seperti SPRINT hari ini trade esok nak dapat profit besar dan jadi
jutawan Tak akan kemana.
 Trader yang kekal berjaya dalam bidang ini dan mampu bertahan lama adalah
trader yang ada Kefahaman, Mentaliti dan mindset yang betul dalam trading
bukan trader yang ada Teknik Power.
 Belum ada lagi trader berjaya kerana Teknik Hebatnya, jika ada tentu ramai
trader lain dah berjaya hanya copy paste guna teknik tersebut.
 Dan di situ adalah silapnya anda dan saya dahulu. Sebab itulah sekarang saya
lebih suka ajar dan kongsikan tentang Mindset, Emosi seorang trader. Apabila
Emosi anda baik, mindset anda jelas tentang trading anda mampu mengawal
Akaun trading anda dengan Waras dan Cemerlang.
 Banyak lagi akan saya kongsikan akan datang, stay tune...
PENYEMBUHAN
SI BUTA YANG
BAKAL CELIK
RULES NO 1

KARAKTER
 Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua😎 Di harap dalam keadaan baik
dan sihat bermula malam ni angah akan share ilmu TIPS untuk jadi SCALPER
YANG PADU Jadi cuba bukak minda dan fikir dengan baik apa yang angah
akan share ni, segalanya yang angah kongsi adalah dari pengalaman angah
sendiri dan angah susun STEP terpenting macam mana nak jadi scalper yang
baik. Malam ni angah akan masukkan Rules no 1 dulu, lepas baca fikirkan,
renungkan dan tanya pada diri betul atau tak apa yang angah katakan selepas
tu terpulang pada korang sama ada nak bertindak untuk berubah atau tidak.
 Pekara pertama sekali trader yang trade cara scalping perlu tahu dan perlu
lakukan adalah membuat pilihan personaliti / karakter / yang betul dan
kekal dengan gaya seorang scalper tampa mengubahnya.!!!
 Tapi apa yang berlaku kepada korang sekarang adalah korang cakap korang
scalper tapi korang sebenarnya tak bertindak sebagai seorang seorang scalper,
sebaliknya korang trade dengan pelbagai gaya trading sekejap scalping
sekejap swing sekejap intrday. kalau dah identiti korang pon korang tak kenal
dan tak kekal macam mana nak dapat rentak trading yang konsisten. Seorang
scalper yang baik dia harus kekal dengan gaya scalper sepanjang masa semasa
menjalankan trading. Kebanyakan dari korang gagal sebab rules no 1 ni lah.
Bila trade tak ada dan tak kenal personaliti diri sendiri jenis trader apa
memang akan menyebabkan trading jadi melalut. Bermula sekarang tekad,
kalau nak jadi scalper jadi scalper je, kalau nak swing jadi la swinger, pilih 1
je. Tapi kat sini angah ajar jadi scalper 100% kalau rasa ni bukan diri korang
boleh la left sekarang. Dan oleh kerana korang gagal Rules no 1 ni dulu korang
tergolong dalam 1 nama golongan trader. Tau apa..? Trader Rojak..!! bila
personaliti trader diri jenis trader apa pon tak tau dia mempengaruhi
tindakan semasa trading. Apabila watak pon rojak maka gaya dan cara trading
korang pon akan jadi rojak dan itulah kegagalan awal korang.!! tak percaya.?
 Baik sekarang nampak dan dah sedar tak..? Bila kita trade dengan watak yang bercampur
campur sekejap jadi scalper sekejap jadi swinger makan dia akan mempengaruhi cara kita
semasa trade, sebab tu masa trade jadi bercampur gaya teknik jadi macam yang angah cakap
kat gambar atas tu dan penghujungnya korang banyak kali gagal sampai la sekarang ni
sampai xjumpa punca, jadi malam ni angah dah bagitau korang apa silapnya.
 Jadi kesimpulannya RULES NO 1 yang perlu korang follow dan kena buat untuk jadi scalper
yang padu adalah
 PILIH DAN KEKAL PERSONALITI DIRI BAHAWA KITA ADALAH SEORANG SCALPER YANG TRADE
CARA SCALPING DAN BERTINDAK DALAM TRADING HANYA DENGAN CARA SEORANG
SCALPER. Lupakan dulu teknik teknik lain dan tak perlu follow yang lain selain scalper. Kekal
dulu dengan scalper sampai khatam. bukan angah kata tak boleh belajar cara swinger dan
lain lain tapi belum masa lagi. Belajar 1 per 1 nanti bagi mengelakkan korang trade cara
ROJAK faham..?!
 Angah bagi 1 perumpamaan yang mudah la buat senang korang faham macam ni :
 Seorang AHLI TINJU dia akan bertarung di gelangang dengan TEKNIK CARA BERTINJU
 Seorang AHLI SILAT MELAYU dia akan bertarung di gelangang dengan TEKNIK PERSILATAN
 Seorang AHLI KARATE dia akan bertarung di gelangan dengan TEKNIK PUKULAN KARATE
 Seorang AHLI KUNG FU dia akan bertarung di gelangan dengan TEKNIK GAYA KUNG FU
 Apa jadi kalau bertarung di gelangang dengan cara sekejap KUNG FU sekejap KARATE sekejap
gaya TINJU.? Bertarung cara ROJAK atau macam orang cakap " gaduh koboi" teknik bercampur
campur mesti hasilnya tak akan konsisten dan akhirnya gagal.
 Macam tu jugak lah kita ni Trader. Jadi pegang cara scalper bertindak cara scalper itulah
RULES NO 1 untuk jadi scalper padu.😉
RULES NO 2

SCALPER WAJIB KENAL NEWS. Seorang scalper wajib kena kenal News / waktu
bila News dan JANGAN TRADE WAKTU NEWS.
 Antara website / apps yang kebanyakan trader buat rujukan dan perlu Scalper
rujuk dan waspada;
 👉 Investing.com
 👉 Forex factory
 👉 Forex calender / myfxbook
 Apa yang scalper kena tahu tentang NEWS.?👇
 👉 Scalper dia kena ikuti jadual News dan kena tahu tarikh / masa news nak keluar
 👉 Kena tahu matawang yang terlibat semasa News ( Yang terlibat dengan News
kita elakkan dan jangan trade yang tak terlibat tu boleh la trade macam biasa)
 👉 Kekuatan kesan News tersebut kena tau lah kalau News yang lemah &
sederhana boleh je kita scalping pair yang tak terlibat TETAPI jika melibatkan
News besar seperti NFP/FOMC/RBA/RBZ/BOC dll sebaiknya kita tak payah la trade.
 Kenapa tak boleh trade NEWS angah.?😅
 👉 X nak korang MC
 👉 Masa News ni kebiasannya banyak order flow
 👉 Waktu nak dekat hampir News ni kebiasannya banyak big trader/jerung atau
bank yang hedge fund ni tak masuk dan tak buat order.
 👉 Bila kekurang / ketiadaan order dalam market membuatkan Low Liquidity
 👉 Sebab tu masa News berlaku Price bergerak laju sekejap pacak sekejap terjun.
 👉 Pergerakan price yang laju tu berlaku kat kawasan yang kosong(Low Liquidity)
Sambil price nak cari order yang available tu sebab berlaku GAP atau SPIKE tu yang
kita pangil Market Volatile.
 Yang terbaik sekali 1 jam sebelum waktu News kita dah stop scalping dan clearkan
position .
 Sebab apa angah.?
 orait, ini yang terjadi tadi kat pair EURUSD tadi
 waktu untuk NEWS BOC & FED'S belum lagi sampai, kalau kita tengok👆
54minit lagi baru waktu NEWS
 👆 di antara pair yang terlibat dan kebanyakannya pair yang berhubung kait
dengan currency USD.
 Kenapa jadi macam tu.? Waktu News belum sampai tapi market dah bergerak
macam tu.
 Nak tahu tak sebab apa.?
 👉 Sebab dan punca terjadi pergerakan yang besar secara mengejut macam tu
masa nak dekat waktu News sebab apa..?? apa sebab.??
 SEBAB..

 👉 Sebabnya adalah apabila nak belaku NEWS kebiasannya dalam masa 1 jam
Menghampiri nak berlaku NEWS akan BERLAKU MANIPULATION pada MARKET
yang di buat oleh BIG TRADER / JERUNG / BANK dll.
 tu lah sebab nya.
 Belum sampai waktu NEWS tapi market dah macam kena NEWS, tu jadi loss
jadi kelam kabut, sebab itu SCALPER KENA ELAKKAN TRADE WAKTU NEWS
bukan kata scalper kebiasannya mana mana trader elak News kecuali Trader
yang trade NEWS.
 Dalam setiap hari ada beberapa sesi pada Market jadi kena tau lah, kena tahu
sesi/ masa yang sesuai untuk scalping, bukan scalping syok sendiri ikut suka
hati bila dan pair apa.
RULES NO 3

PEMILIHAN BROKER/AKAUN UNTUK SCALPING.


 Setiap broker forex yang ada kat malaysia ni menawarkan pelbagai jenis bentuk akaun trading dan
pelbagai jenis rules yang berbeza beza, dan sebagai trader SCALPING kita haruslah membuat pilihan
dengan membuka akaun yang bakal memberi kelebihan kepada SCALPER.
 Ciri - ciri broker dan jenis akaun bagi seorang scalper ;

 1. Bukan broker bermasalah boleh depo dengan mudah dan boleh Wd dengan mudah.

 2. Pilih jenis akaun yang mempunyai SPREAD paling kecik, lagi kecik lagi bagus sebab ia memberi
kelebihan dari segi jumlahprofit yang bakal terhasil , jika spread adalah besar dia akan
menyebabkan:
 👉 FLOAT LOSS yang tinggi lepas entry.
 👉 Senang kena BE kalau spread besar
 👉 Mendapat peluang entry lebih SHARP kat Pucuk & akar (zero/minimun float entry)
 3. Laverage yang besar / Laverage yang besar memberikan kelebihan
terutama scalper yang suka entry dengan saiz entry lot yang lebih besar dari
capital pada akaun dan jika korang seorang scalper yang baik dan selalu
mendapat sharp entry di pucuk&akar sememangnya 1 kelebihan untuk
membuat peluang profit yang besar dengan lebih pantas.

 Pemilihan Jenis akaun sangat - sangat penting bagi seorang scalper trader,
jika silap memilih atau membuka akaun yang tidak memberi kelebihan kepada
scalper akan menyebabkan
 👉 Entry lambat profit
 👉 Floating agak lama
 👉 Jumlah hasil profit jadi sikit
 Akaun trading ibarat sebuah Medium/Alatan untuk kita trade, jadi kena pilih
akaun yang betul & tepat
 Angah bagi 1 perumpamaan yang mudah untuk bagi korang faham
 Seorang Master Chef dia nak masak Nasi Goreng, dekat dapur dia ada 3 PILIHAN alatan

 1. KUALI
 2. PERIUK
 3. CEREK

 Jika Master Chef tu nak masak Nasik goreng apa Alatan yang paling tepat untuk dia ambil dan guna.?
jawapannya....

 tentulah KUALI kan😎


 walaupon ke tiga2 alatan tersebut adalah alatan memasak tapi spesifikasi dan fungsi setiapnya adalah
berbeza beza mengikut pengunaan

 Macam tu jugak lah nak jadi SCALPER kita kne pilih alatan / jenis akaun yang tepat untuk kita guna buat
SCALPING😉

 Habis tu ingat BROKER sediakn pelbagai jenis akaun tu buat apa.? sebab ada la kegunaan, ada kelebihan
kekurangan mengikut ciri ciri dan jnis teknik yang diguna pakai oleh individu setiap trader
 Angah sendiri scalping kat pelbagai broker untuk trade, setiap broker ad kelebihan dan kekurangan sendiri,
tapi pilihan angah mestilah yang SPREAD rendah, itu adalah yang UTAMA.
 Ramai jugak yang pm angah bagitau follow signal dapat popit sikit sikit je sebab spread besar ni.
 antara broker yang ok la untuk scalping ni:
 👆 ni antara pilihan broker yang ok yang ada jenis akaun sesuai untuk scalping
 Tapi jika kita nak bandingkan perbezaan tak lah terlalu ketara dan jarak
perbezaan antara sesama broker tak lah terlalu banyak, macam angah bagitau
awal tadi ada kelebihan dan kekurangan masing masing
 cuma ada follower yang follow signal angah dan selalu share popit diorg kat
angah bagitau popit dia lebih kurang sama, kebanyakan tu dari yang guna
broker tickmill / gmi
 tickmill angah pernah guna tapi angah kurang puas hti bab bila nk msuk/close
oder, ad macam lembab skit
 gmi angah tak prnah guna tapi angah dah buat pmerhatin dan angah tengokk
agak menarik sbb spread dia mmg halus dan mungkin dalam masa terdekat
angah akan keluarkan separuh deposit angah dari broker broker yang sedia
ada angah guna pindah ke gmi.
 pmerhatian angah spread halus, tapi angah tak suka tgk normal time
 angah suka tengok dan uji SPREAD sesebuah broker masa waktu NEWS
 so tadi ada news dan angah perhati time tu dan angah puas hati, waktu NEWS
spread dia steady so sangat puas hati lah jawapannya bagi angah.
 Menepati selera scalper lah sng cite. Ada sesetengah broker yang yang rules
dia dah x cantik angah akan wd smua capital dan mngkin beralih ke gmi..
sasaran no 1 octafx😂 ckp tros terang.. sbb dlu ok skrg mcm dah xmesra sclper
sbb spread dia jahat banyak mengelat.hahaa
RULES 4

 JENIS PAIR YANG SCALPER AKAN TRADE


 👉 Dalam market semasa terdapat banyak pair dan Antara pilihan pair yang
scalper trader akan trade adalah semestinya pair yang mempunyai SPREAD
yang kecil.
 👉 Seorang scalper yang baik kebiasannya dia akan trade pada MAJOR PAIR 👇
 kenapa major pair angah..?
 Sebabnya
 👉 Major pair ni adalah pair yang paling banyak trader trade seluruh dunia
 👉 Pergerakan price pada major pair adalah lebih jelas
 👉 Kebiasannnya candel yang terbentuk pada major pair adalah lebih
solid/cantik
 👉 Pergerakan price pulak kebiasannya lebih respect dekat zone-zone SNR
sebab tu jugak kita lebih sedikit mudah nak buat jangkaan untuk melakukan
entry
 Dan disebabkan tu lah jugak kalau korang perasan Angah lebih banyak trade
dekat Major pair , tak caya.? tengok balik signal-signal yang angah share😎
 Scalper trader jugak kena elakkan dari scalping dekat pair yang Spread dia
besar atau dekat pair - pair yang banyak bergerak secara Agresif, contohnye:
 GBPJPY / GOLD / GBPNZD
 pair ni semua agak agresif pergerakkan Price dia lebih laju dan lebih banyak
mengelirukan, jadi saranan angah elak elak kan pair yang Agresif.
RULES 5

 WAKTU TERBAIK & PAIR YANG TEPAT UNTUK SCALPER SCALPING


 8pagi - 4ptg
 👉 Waktu ni sesi Tokyo atau Asia
 👉 dalam waktu ni matawang yang paling banyak di perdagangkan adalah matawang YEN JEPUN / currency asia dan kalau
korang perhatikan waktu pagi ni pair kebanyakan paor JPY lebih aktif banyak pergerakan
 👉 Antara pair yang baik untuk Scalping waktu ni :
 USDJPY / EURJPY / GBPJPY / AUDJPY dan mana mana pair yang terlibat dengan JPY masa ni yang spread kecik memang terbaik
untuk scalping waktu ni😉
 4ptg - 12mlm
 👉 Waktu ni sesi London
 👉 Dalam waktu ni matawang yang paling aktif dan banyak di perdagangkan adalah matawang EUR & GBP dan pair yang terlibat
dengan matawang ni lebih banyak pergerakan pada masa ni
 👉 Antara pair yang baik untuk Scalping waktu ni;
 EURUSD / GBPUSD / EURGBP /EURJPY / EURGBP dan mana mana pair EUR & GBP yang spread kecik bagus scalping waktu ni😉
 9mlm - 5pg
 👉 Waktu ni sesi New York / US
 👉 Dalam waktu ni matawang USD paling banyak di perdagangkan dan lebih aktif
 👉 Antara pair yang baik untuk Scalping waktu ni ;
 EURUSD / GBPUSD / USDJPY / USDCAD dan mana mana pair USD yang spread kecik bagus untuk scalping time ni.
 Jadi selepas ni bila angah dah share semua benda ni pastikan lah nak scalping lepas ni gunakan cara / kaedah dan tips yang
angah dah ajar ni, tak lah trade suka hati tak kira masa xkira pair apa dan di harap korang boleh scalping secara dengan ada
plan yang lebih jelas dan teratur😉
 Alhamdulillah selesai dah angah SHARE 5 RULES dan cara untuk jadi scalper yang
terbaik. Angah dah cuba kongsikan semua yang angah ada pada korang dan angah
rasa benda ni tak ramai orang nak share sebenarya, apa yang angah nampak
kebanyakan sifu forex lagi suka ajar teknik..teknik...teknikk.
 Apa yang angah share adalah atas pengalaman sendiri dan ada ramai jugak yang
angah dah ajar 5 RULES SCALPER ni dan rata rata baru tersentak dan terbuka mata
dan ramai yang dah berubah.

KAMI MENJEMPUT ANDA UNTUK SERTAI KELAS PERCUMA DAN SIGNAL PERCUMA HACKER
SCALPER.NO HIDDEN CHARGE/GROUP .... GUD LUCK ALLS..
LINK GROUP SIGNAL
https://t.me/joinchat/AAAAAFSWFJExafv_OcX9qg
LINK GROUP CLASS
https://t.me/joinchat/AAAAAEeoeKGlx6AWXVc9TA

FROM TRADER TO TRADERS

Anda mungkin juga menyukai