Anda di halaman 1dari 2

Tenangkan minda di FRIM Kepong

Cerita seterusnya, kami pergi mengunjungi FRIM Kepong. Tempat ni memang selalu menjadi tempat
berjoging saya dan keluarga. Selain daripada menyihatkan badan, minda jadi tenang melihat pepohon
hijau yang masih segar terpelihara. Semasa ’Study Week’ kami meluangkan masa di Frim setelah
memerah otak menghafal dan belajar sebagai persediaan menduduki peperiksaan. Daripada IPG
Kampus BM ke FRIM dekat je. Kami bertolak awal pagi menaiki KTM daripada KL Sentral terus ke Kepong
Sentral. Kemudian menghubungi Grab Car untuk membawa kami ke FRIM. Perjalanan memakan masa
hampir 1 jam 30 minit. Jalan-jalan tu dapatlah kurangkan stress belajar dalam bilik.Sampai je dekat FRIM
terus pergi sewa basikal di kedai ‘Pang Motor’ yang menyediakan perkhidmatan sewaan basikal dan
bayaran hanya RM10 nak pusing berapa puluh jam dengan basikal tu pun takpa harga sama je. Kami
teroka satu FRIM tu dengan berbasikal. Kawan-kawan saya ni ada yang penat lelah semua ada
terutamanya bila nak mengayuh basikal menaiki bukit. Ada yang terdiri mengayuh basikal, ad yang
menolak je basikal tu, ada juga yang bersungguh mengayuh bak atlet basikal. Tapi bukitnya memang
tinggi dan agak memenatkan. Namun kenikmatan naik bukit tu sebab ada keseronokannya bila dapat
turun bukit pula. Semua menjerit woahhhhhhhh bila turun bukit dengan basikal. Angin yang deras
dengan bauan hutan yang menyamankan memang memberi satu kepuasan. Dah penat kami singgah ke
kafe untuk beli sedikit juadah makanan lalu bergerak ke Air terjun yang terletak dalam FRIM. Bukan nak
mandi, Cuma ingin merasai, dengar bunyi derasan air terjun membasahi batu-batu. Memang hilang
semua tekanan dan kepenatan kayuh basikal tadi. Dah gembira-gembira duduk kat air terjun tu, pukul 1
ptg terus kami bertolak keluar dari FRIM dengan kayuhan basikal lagi. Huhhh tu yang malasssss. Penat
tau panas-panas lagi. Nasib la banyak pokok yang melindungi pancaran matahari. Setelah memulangkan
basikal, kami berjalan ke rumah saya. Ini kali pertama kawan-kawan IPG saya datang rumah hihi. Mereka
semua jauh-jauh ada dari Kelantan, kedah, Terengganu dan perak. Haaaa tu yang bawa mereka pi jalan-
jalan tu. Ok sampai rumah terus solat zohor, makan dan tidur. Petang tu barulah pulang semula ke
asrama IPGKBM. Apapun seronok melalui hari itu bersama kawan-kawan. Memang hilang semua
tekanan. Lepas ni bacaaaaa buku exam nak dekat!!!

Itu sahaja cerita saya sekian.

Bergambar di FRIM.
JANGAN JADI MACAM NI KALAU KITA NAK BERIADAH. JAUHKAN TELEFON DARIPADA ANDA.HARGAILAH
ALAM SEKITAR YANG INDAH PERMAI TUUU…. hihii