Anda di halaman 1dari 1

Contact Number:017-5459919 / 04-2404577

Cereka

Berkelah di Pantai Teluk Batik, Lumut

Kamu dan keluarga kamu pergi bercuti dan berkelah di tepi pantai di negara kita.
Ceritakan suasana semasa perkelahan kamu dan keluarga kamu itu.

Tuliskan karangankamu itu selengkapnya.

Saya dan keluarga saya telah pergi berkelah ke pantai Teluk Batik, Lumut, Perak,
Berkelah di kawasan pantai yang popular itu sungguh menyeronokkan. Malahan, semasa
berkelah, kita juga dapat melapangkan fikiran.

Kami sampai di destinasi perkalahan, kira-kira pada pukul 9.00 pagi. Alunan ombak
yang memukul pantai seolah-olah mengalu-alukan kedatangan kami. Saya dan abang tidak
sabar-sabar lagi untuk menjejakkan kaki di gigi pantai.

Selepas munukar pakaian, ayah mengajak kami mandi. Apa lagi, kami pun berlari ke
pantai dengan membawa pelampung masing-masing. Ibu berteriak mengingatkan kami
supaya tidak pergi jauh dari tepi pantai.

Setelah puas berenang, kami naik ke tepi pantai. Ibu sudah pun menyiapkan
makanan. Wah, memang amat berselera sekali kami makan pada tengah hari itu! Kemudian,
kami berjalan menyusuri pantai dengan perasaan riang dan gembira.

Ketika kami mengharungi pantai, pelbagai gelagat pengunjung dapat kami lihat. Ada
yang berenang, bermain bola dan menunggang skuter air. Kanak-kanak pula begitu riang
membina istana pasir dan mengutip kulit-kulit karangan laut.

Apabila matahari hampir terbenam, kami sekeluarga pun berangkat pulang. Saya
tertidur sepanjang perjalanan tersebut. Perkelahan yang kami lalui memang menyeronokkan
walaupun kami dalam keletihan.

menyeronokkan masing-masing riang


mengharungi terbenam keletihan
berkelah berselera mengalu-alukan
menyusuri riang menyeronokkan
melapangkan fikiran destinasi perkelahan berangkat

Anda mungkin juga menyukai