Anda di halaman 1dari 1

Hukuman denda sebenarnya agak besar tetapi pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab

ini masih meneruskan tabiat buruk itu kerana mereka tahu tidak ada orang yang melihat...
bagaimanapun kami mengerahkan pasukan kami untuk menjalankan pemantauan dari
semasa ke semasa.
“Kami berharap kesedaran orang ramai terus meningkat. Mungkin kami tidak dapat
membasminya 100 peratus tetapi sekurang-kurangnya mengurangkan sebanyak 60
peratus,” katanya pada lawatan media bersama DBKU dan Trienekens (Sarawak) Sdn Bhd
di Jalan Loba Kara-Jalan Sultan Tengah di sini, semalam.
Hadir sama, Pengurus Kanan Logistik dan Perkhidmatan Trineken Sarius Lee, Jurutera
Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Kuching Awang Mohammad Fadillah, Timbalan
Pengarah Kawal Selia DBKU Morshidi Ahmad dan Ketua Bahagian Kesihatan Persekitaran
DBKU Basheer Ahmed.
Berdasarkan Seksyen (18) dibacakan bersama Seksyen 18 (3) Local Authorities
(Cleanliness) By Law 1999, jika disabit kesalahan, mereka yang membuang sampah
sembarangan akan dikenakan denda tidak melebihi RM1,000 bagi kesalahan pertama.
Manakala untuk kesalahan kedua/berikutnya, denda yang dikenakan adalah sebanyak
RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Perbuatan membuang sampah sembarangan bukan sahaja akan mencemarkan
pemandangan dan menghasilkan bau busuk malah mewujudkan tempat pembiakan
nyamuk aedes, lalat serta tikus sekali gus membahayakan kesihatan dan nyawa penduduk
setempat.

Anda mungkin juga menyukai