Anda di halaman 1dari 6

Arthritis

on 2015/2/14 3:20:00 (60769 reads)

Pengenalan

Arthritis adalah suatu jenis penyakit yang mendatangkan kesakitan, kemerahan, bengkak
dan kekejangan sendi. Antara sebab-sebab ianya berlaku adalah :

Kerosakan Sendi
Jangkitan kuman
Penyakit yang diwarisi
atau sebab-sebab lain
Arthritis yang sering dihidapi di kalangan dewasa adalah :

Osteoarthritis (OA)
Arthritis rheumatoid
Arthritis yang disebabkan oleh jangkitan kuman
Gout

OSTEOARTHRITIS(OA)

Jenis yang paling lazim dihidapi


Disebabkan oleh sendi yang telah haus akibat penggunaan
Lebih kerap berlaku di kalangan warga tua
Menjadi lebih sakit bila melakukan pergerakan
Menjadi lebih sakit di penghujung hari

RHEUMATOID ARTHRITIS (RA)

Lebih kerap dihidapi kaum wanita


Disebabkan oleh tindakan daya tahanan badan yang bercelaru di mana tubuh badan
sendiri menghasilkan antibodi untuk menyerang sendi-sendi sendiri
Menyebabkan kekejangan sendi di waktu pagi
Kekejangan mengambil masa lebih dari tiga puluh minit untuk reda pada waktu pagi
Sendi-sendi terlibat adalah jari, pergelangan tangan, tangan dan kaki.
ARTHRITIS YANG DISEBABKAN JANGKITAN KUMAN

Arthritis jenis ini disebabkan oleh kuman


Anda selalunya demam dan menggigil
Selalunya menyerang satu sendi sahaja

GOUT

Disebabkan oleh asid urik yang mendap di sendi-sendi


Lazim menyerang kaum lelaki di pertengahan umur
Lazim menyerang pangkal ibu jari kaki

Tanda-Tanda Arthritis

Sakit sendi (tangan, pergelangan tangan, jari, pergelangan kaki, punggung, tulang
belakang di bahagian bawah)
Sendi bengkak
Kekejangan sendi
Susah untuk bergerak seperti biasa
Sakit apabila bergerak
Perubahan kepada sendi
Lutut berbunyi bagi penyakit osteoarthritis lutut
Otot betis menjadi kecut bagi penyakit osteoarthritis lutut
Sakit bila sekeliling sendi ditekan

Berikut mungkin menambahkan risiko arthritis

Peningkatan usia
Badan terlalu gemuk:
bagi penyakit osteoarthritis lutut
Jika ada ahli keluarga yang mengidap peyakit arthritis:
terutama sekali bagi osteoarthritis keseluruhan, gout ‘familial’
Sendi yang terlebih fleksibel (‘hypermobile joints’)
Kecederaan berat contoh bersukan
Mencangkung bagi osteoarthritis lutut
Pekerjaan:
Osteoarthritis lutut bagi pekeja buruh
Osteoarthritis punggung bagi peladang

Rawatan

Boleh di ubati secara ubatan dan bukan ubatan untuk melegakan dan memulihkan fungsi
sendi.
Di sesetengah kes, pembedahan diperlukan.

Langkah-langkah mudah untuk kesihatan sendi

Pengidap arthritis harus peka tentang penyakit mereka dan menambah pengetahuan
mengenai penyakit tersebut
Kurangkan berat badan
Senaman sendi
Menjalani program senaman yang membolehkan sendi mereka bergerak dengan lebih
lancar dan otot mereka menjadi lebih kuat.
Selain dari senaman sendi, anda juga harus bersenam untuk kesihatan am contohnya
berjalan, berbasikal atau berenang.

Perlindungan Sendi

Anda harus melindungi sendi anda dari kerosakan selanjutnya


Elakkan aktiviti yang menambahkan tekanan pada sendi
Guna alat pembantu untuk mengurangkan tekanan pada sendi contohnya penarik zip dan
alat bantu bagi bangun dari kerusi, tandas dan katil
Bagi osteoathritis lutut, elakkan mencangkung dan duduk di atas lantai. Apabila duduk di
atas kerusi, pastikan kerusi itu di paras lutut dan tidak terlalu rendah. Gunakan kerusi
yang ada pemegang tangan untuk membantu anda bangun dari kerusi
Guna kasut yang boleh menyerap hentakan.

Penahan Sakit

Rawatan haba boleh melegakan sakit contohnya pek panas tetapi ini tidak boleh
digunakan semasa sendi sedang mengalami radang. Ubat-ubatan boleh diberi untuk
disapu atau dimakan:

Ubat sapu contoh salicylate


Penahan sakit contoh paracetamol
Ubat anti- radang kerap diberi bagi meredakan sakit dan keradangan contoh bagi
penyakit arthritis rheumatoid dan osteoarthritis
Bagi kes yang teruk, ubat boleh disuntik terus ke sendi yang sakit
Bagi arthritis rheumatoid, ubat-ubatan yang dipanggil ubat pengubah penyakit (’disease-
modifying anti- rheumatic drugs) juga diberi awal untuk mengelakkan kecacatan.

Menangani Tekanan

Sakit sendi selalunya menyebabkan kekejangan otot dan tanda-tanda lain tekanan.
Tekanan juga menentukan tahap kesakitan seseorang itu.

Kerap rehat dan bertenang boleh membantu.


Mengubah aktiviti anda untuk menyesuaikan diri dengan waktu sakit.
Seimbangkan rehat dan aktiviti

Pembedahan

Jika rawatan perubatan gagal dan sakit berterusan, pembedahan adalah salah satu
penyelesaian.
Pembedahan yang sering dilakukan ialah pembedahan gantian sendi.
Pencegahan

Kurangkan berat badan- ini mengurangkan tekanan pada sendi


Kerap bersenam- senaman membantu melancarkan pengaliran darah, memastikan tulang
dan otot kita kuat. Ia juga membantu pergerakan sendi. Seimbangkan rehat dan
senaman dan elakkan dari menggagahkan diri untuk bersenam jika anda megalami
kesakitan
Makan makanan yang seimbang – mustahak untuk mempunyai berat badan yang unggul
dan mempunyai cukup zat. Elakkan dari makan makanan yang kaya dengan purin
contohnya makanan laut, daging jika anda mengidap gout
Pelihara sendi anda- kurangkan tekanan pada sendi, gunakan mekanisma badan dan
postur yang betul . Ambil berat tentang kesakitan dan rehat jika penat.

Bagaimana ubat alternatif selamat?

Berhati-hati dalam penggunaan ubatan alternatif kerana kandungan bahan aktif jarang
diketahui. Mungkin ada interaksi dengan ubat-ubatan lain yang diambil dan ubatan
alternatif ini juga mungkin dicampur dengan bahan-bahan lain.

Bersikap positif

Amalkan cara hidup sihat dan sentiasa bersikap positif.


Walaupun arthritis adalah sebab utama kecacatan bagi mereka yang berumur 18 tahun
ke atas, ianya boleh dirawat dan anda boleh mengambil langkah untuk mengurangkan
risiko untuk mendapat arthritis.
Hidup sejahtera dan bahagikan tugas anda mengikut kepentingannya.
Menjadi ahli persatuan sepertiArthritis Foundation Malaysia dan Persatuan SLE Malaysia
juga boleh membantu.

Semakan Akhir : 28 April 2008


Penulis : Dr. Heselynn Hussein
Sumber dari portal myhealth
http://hpd.moh.gov.my/v1/modules/news/article.php?storyid=38