Anda di halaman 1dari 7

Sesungguhnya, industri pelancongan merupakan salah satu sektor utama di

Negara kita. Secara kesuluruhannya, industri ini juga menjadi salah satu daripada

pendapatan Negara. Tidak hairanlah jika ramai pelancong asing yang datang ke

Malaysia. Menurut laporan United Nation World Tourism Organization (UNWTO)

menyatakan pada tahun 2011, industri ini telah menerima sejumlah 983 juta
ketibaan pelancong dan menyumbang sejumlah USD1,030 billion kepada
pendapatan dunia.

Media massa juga sering memaparkan tentang isu pelancongan di Negara kita
namun, kedatangan pelancong asing ini juga memberikan impak yang negatif kepada
Negara ini terutamanya kepada alam sekitar. ‘Pelancong’ ini tidak hanya tertumpu
kepada luar Negara sahaja namun, di dalam Negara juga diiktiraf sebagai pelancong
contohnya, dari Bandar ke Bandar, dari luar Bandar ke luar Bandar, dari luar
Bandar ke Bandar dan dari Bandar ke luar Bandar. Masyarakat haruslah
mengambil berat dan tidak memandang sebelah mata mengenai hal ini seperti bak
kata pepatah “mencegah lebih baik dari mengubati”. Mana mungkin rakyat akan
hidup dengan aman dan damai jika kita membiarkan Negara kita “dijajah” dengan
adanya sampah sarap.

Secara logiknya, tidak dinafikan bahawa kesan pelancongan ini memberikan


impak yang besar kepada Negara kita contohnya, sungai dan pantai tercemar kerana
pembuangan sampah oleh pelancong yang datang melancong. Biar kita ambil contoh,
pembuangan sampah ini kerap kita lihat di pantai dan sungai-sungai kerana
pelancong yang datang tidak menitikberatkan soal pembuangan sampah. Kita sebagai
rakyat Malaysia yang prihatin haruslah mengambil iktibar dan berusaha untuk
menjaga kebersihan alam sekitar sebagaimana kita menjaga kebersihan diri kita
seperti dalam hadis yang mengatakan “kebersihan itu adalah separuh daripada
iman”. Jika kita yang tidak menjaga kebersihan alam sekitar di Negara kita, siapa
lagi? Tepuk dada Tanya selera.
Hakikatnya, sektor pelancongan merupakan sektor yang semakin giat
berkembang pada masa kini. Banyak negara telah menfokus kepada sektor
pelancongan supaya dapat dimajukan dan dapat mengembangkan ekonomi
negara. Hal ini demikian kerana, perbelanjaan ekonomi Negara telah menyumbang
kepada pendapatan Negara akan tetapi, tidak lupa kepada kesannya juga. Antara
kesan lain ialah penebangan hutan.

Penebangan hutan ini bertujuan untuk membuka kawasan pelancongan seperti

pembinaan hotel, jalan raya, taman rekreasi, padang golf dan lain-lain lagi. Hal ini

menyebabkan pelbagai kepupusan flora dan fauna hidup. Jika ditanya bagaimana
flora

dan fauna boleh pupus? Mudah. Hutan merupakan ‘rumah’ kepada hidupan flora dan

fauna kerana disitulah tempat mereka berteduh. Bagi mereka yang hanya
memikirkan

keuntungan semata-mata akan mudah terpengaruh dengan harta dunia yang fana
ini.

Selain itu, mereka tidakakan memikirkan kesan buruk yang akan berlaku kepada

makhluk-makhluk lain dimuka bumi ini. Oleh sebab itu, pihak yang
bertanggungjawab

haruslah memainkan peranan yang penting bagi memelihara dan memulihara flora
dan
fauna ini agar pupus ditelan zaman seperti bak kata pepatah “sediakan payung
sebelum hujan”.

Pembangunan industri pelancongan memberikan pelbagai kesan kepada

Malaysia samada berbentuk positif ataupun negatif. Biar kita lihat dari segi positif
positif

kerana dapat membantu dalam pembangunan negara untuk menjadi lebih maju.
Antara

kesan ekonomi adalah meningkatkan pendapatan negara, menarik lebih ramai


pelabur

asing, banyak prasarana ditubuhkan untuk kemudahan pelancong, menyediakan

peluang pekerjaan, guna tenaga meningkat dan pengangguran dapat dikurangkan .

Dari segi alam sekitar pula pembangunan pelancongan memberi kesan

seperti perubahan dalam komposisi flora dan fauna, pencemaran persekitaran,


hakisan

tanah, sumber asli, impak penglihatan dan sebagainya. Manakala dari segi sosio-

ekonomi turut memberikan kesan seperti memupuk persefahaman antara masyarakat

sejagat, dapat mengetengahkan budaya tradisional negara kita kepada pelancong-


pelancong asing, memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk terlibat dalam

aktiviti pelancongan disamping meningkatkan kualiti hidup masyarakat setempat.

Pelancongan turut memberkan kesan negatif kerana kedatangan pelancong mampu


menghakis nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat tempatan dan kes-kes
jenayah

akan meningkat akibat daripada kedatangan pelancong asing. Hal ini demikian
kerana,

pelancong asing yang datang di Negara kita membawa budaya barat yang menjadi

ikutan anak muda di Negara ini. Rakyat Malaysia haruslah prihatin dengan masalah
ini

yang akan mendorong kepada gejala bebas oleh generasi Y ini. Sebagai ibu bapa dan

masyarakat kita perlulah mengawasi perlakuan anak-anak kita agar mereka tidak

mudah terjebak dalam gejala negatif ini seperti kata pepatah “melentur buluh biarlah

dari rebungnya”.

Kepesatan peningkatan sektor pelancongan ini telah menyebabkan lebih banyak

prasarana disediakan untuk kemudahan para pelancong. Sebagai contohnya,


Malaysia

menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada pelancong asing yang datang ke

Malaysia namun, kenderaan yang membawa pelancong asing mengeluarkan karbon

monoksida dan sulfur dioksida yang mencemarkan udara. Hal ini menyebabkan
kesan

rumah hijau dan bunyi bising kepada alam sekitar. Tetapi tidak dinafikan juga
bahawa
sektor pelancongan berkait rapat dengan pembangunan dan penerokaan alam semula

jadi. Secara langsung, sektor ini membuka banyak kawasan semula jadi yang

dahulunya tersorok dan tidak dikongsi oleh manusia. dan kemudiannya dibangunkan

serta masyarakat di seluruh dunia mengunjunginya. Sebagai contoh, di Malaysia,

perubahan yang dialami oleh Pulau Langkawi akibat perkembangan industri

pelancongan amat ketara. Hal ini berkait rapat dengan penerokaan alam semula jadi
di

Negara ini. Ada baiknya juga kita meneroka alam semula jadi ini kerana kita dapat

mengetahui keistimewaan baharu yang terdapat di Malaysia ini seperti bak kata

pepatah “tak kenal maka tak cinta” dan “kalau tidak dipecahkan ruyung manakan
dapat

sagunya”.

Kesannya lagi, peningkatan suhu kerana kurangnya proses fotosintesis yang


menyebabkan bertambahnya karbon dioksida. Hal ini demikian kerana kurangnya

sejatan peluhan dan muka bumi terdedah kepada sinaran matahari. Seperti yang

dibincangkan, peningkatan suhu ini akan semakin meningkat jika banyak


penebangan

dan pembinaan bangunan konkrit. Hal ini akan menyebabkan Bandar tersebut
menjadi
pulau haba. Pulau haba adalah disebabkan jalan yang tidak berturap, bangunan yang

dibina rapat-rapat dan sebagainya. Oleh hal yang demikian, kita haruslah
menumpukan

perhatian terhadap alam sekitar terlebih dahulu sebelum menumpukan kepada

keuntungan. Masyarakat khususnya, haruslah bekerjasama memainkan peranan


yang

penting untuk menjaga maruah dan nama negara seperti kata pepatah “bulat air
kerana

pembentung, bulat kata kerana muafakat”.

Natijahnya, sebagai warganegara yang menjaga maruah negara, kita sewajarnya

memupuk sikap bertanggungjawab dalam diri kita. Sebagai contoh, kita haruslah

memulihara alam sekitar yang telah rosak dengan mewartakan kawasan sebagai
tempat terpelihara. Hal ini bertujuan untuk memelihara dan memulihara alam sekitar
di

negara ini. Kitalah yang akan mencorakkan nama Malaysia di mata dunia kerana

sebagai rakyat kita perlulah prihatin dengan alam sekitar di negara ini. Mereka yang

tidak menanam sikap patriotisme mudah cenderung untuk menjatuhkan nama


Malaysia

kerana mereka tidak ada rasa tanggungjawab dalam diri mereka. Mana mungkin
negara akan dipandang mulia sekiranya kita tidak membangunkannya sendiri. Akhir

kata dengan cogan kata “Malaysia tanah airku!”.

Anda mungkin juga menyukai