Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN AJK KEHADIRAN

UNIT Q
Pada hari 7 februari 2015, kehadiran guru pelatih dari unit Q4 sangat
memuaskan dan ramai pelajar dari kelas tersebut membuat persembahan
pada malam Majlis Penutupan Pesta Ponggal. Seterusnya, guru pelatih
India unit Q dari kelas lain juga menghadirkan diri dan memberi sokongan
moral kepada rakan-rakan mereka yang membuat persembahan.

UNIT N
Kehadiran bagi unit N4 adalah sangat memuaskan. Terdapat dua
pelajar sahaja yang tidak menghadirkan diri pada Pesta Pongal disebabkan
urusan tertentu. Tambahan pula, kebanyakan pelajar dari unit N5 juga hadir
pada malam Pesta Ponggal dan kehadiran mereka juga sangat memuaskan.
Kehadiran ramai guru pelatih memeriahkan lagi malam majlis Penutupan
Pesta Ponggal dan memberi kerjasama dan sokongan yang begitu
bersungguh-sungguh.
UNIT M
Walaupun kehadiran unit M2 tidak memuaskan namun segelinir
daripada kelas mereka memainkan peranan masing-masing dengan
melibatkan diri dalam apa-apa yang perlu. Tambahan pula, kehadiran bagi
unit M2 dan M3 sangat memuaskan. Kehadiran mereka memeriahkan lagi
malam tersebut. Seterusnya kehadiran unit M5 memuaskan dan segelintir
guru pelatih dari kelas tersebut tidak hadir ke Pesta Ponggal.

UNIT L
Kehadiran guru pelatih dari Unit L4 juga sangat memuaskan. Selain
itu, guru pelatih India unit L dari kelas lain juga turut hadir dan memberi
kerjasama serta sokongan moral kepada rakan-rakan yang membuat
persembahan.

UNIT K
Bagi unit K5, kehadirannya adalah memuaskan namun sebahagian
guru pelatih dari kelas tersebut tidak menghadirkan diri.
Walaubagaimanapun, rakan-rakan yang lain yang hadir melibatkan diri
dalam aktiviti seperti membersih dewan dan yang lain-lain. Seterusnya, guru
pelatih unit K dari kelas yang lain turut memberi sokongan mereka dengan
menghadirkan diri pada malam itu menjayakan lagi Majlis Penutupan Pesta
Ponggal.
Akhirnya, kehadiran setiap guru pelatih ke malam Majlis Penutupan
Pesta Ponggal menjayakan program ini dengan jayanya tanpa ada apa- apa
halangan. Saya selaku AJK Kehadiran mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua guru pelatih yang sudi menghadirkan diri ke Majlis
Penutupan Pesta Ponggal dan menjayakan program ini berjalan dengan
lancar.