Anda di halaman 1dari 1

Tamadun Rom banyak memberi sumbangan dalam bidang seni bina.

Konsep
perancangan tamadun ini adalah baik kerana pembinaan bandar Rom
adalah terancang dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan awam dan
infrastukur. Contohnya, dilengkapi dengan kemudahan bekalan air, sistem pemanas, rumah
ibadat, teater, sarkas, tempat berdialog atau forum, rumah mandi awam dan istana. kepandaian
masyarakat tamadun ini merancangkan bandar telah dijadikan rujukan kepada generasi kini.
Pembinaan bangunan seperti aqueduct (saliran air
bersih), Colloseum dan Pantheon merupakan warisan yang dikagumi dan berharga sebagai
sumber pelancongan dan sumber contoh seni bina. Selain itu, kemahiran masyarakat Rom
membina sistem saliran bawah tanah dan terusan juga merupakan salah satu sumbangan
kepada kita.